Muhammad
Ziyad bin
Zolkefli
Seorang atlet paralimpik dari
Malaysia yang bersaing dalam
penganjuran klasifikasi T20
Latar Belakang
Seorang atlet paralimpik dari
Malaysia yang bersaing dalam
penganjuran klasifikasi T20. T20 ialah
klasifikasi sukan kurang upaya untuk
olahraga kurang upaya dalam acara
trek dan lompat. Ia secara meluas
meliputi atlet yang kurang upaya
intelek.
Latar Belakang
Beliau merupakan pemegang rekod
dunia semasa dalam majlisnya.
Zolkefli mewakili Malaysia pada
Sukan Paralimpik Musim Panas 2012
di London, di mana beliau memenangi
pingat gangsa dalam pukulan itu.
Latar Belakang
Selain kejayaan Paralimpik, Zolkefli
telah memenangi kedua-dua
Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia
dalam sukannya pada 2013 dan 2014
masing-masing.
Cabaran yang
Dihadapi
Ziyad sepatutnya mempertahankan
pingat emas yang dimenanginya
selepas memecahkan rekod dunia
dengan lontaran sejauh 17.94m di
Stadium Olimpik Tokyo untuk
Paralimpik Tokyo 2020.
Bagaimanapun, penyertaannya
dibatalkan selepas protes daripada
kem Ukraine, yang mendakwa atlet
berusia 31 tahun itu lewat melaporkan
diri di 'call room' (bilik pemeriksaan)
Cabaran yang
Dihadapi
Pembatalan pingat emas Muhammad
Ziyad adalah berdasarkan Peraturan
5.5 WPA - 'Kegagalan Melapor Diri Di
Bilik Menunggu' yang menyatakan
bahawa sekiranya atlet tidak hadir di
bilik berkenaan pada waktu dinyatakan
dalam jadual bilik menunggu,
keputusan mereka akan dinyatakan
sebagai Did Not Start (DNS).
Pencapaian
Pada tahun 2012, Ziyad menjadi
terkenal ketika memenangi pingat
gangsa - dengan membuang
15.21m - dalam acara lontar peluru
lelaki F20 pada Sukan Paralimpik
di London.
Pencapaian
Telah mencatatkan 15.23m terbaik
untuk memenangi pingat emas
pada Kejohanan Jawatankuasa
Atlet Dunia (PARC) Paralimpik
Antarabangsa (IPC) pertama di
Perancis.
Usaha dilakukan
Jaguh lontar peluru negara,
Muhammad Ziyad Zolkefli mengambil
pendekatan selamat apabila ingin
turun ‘lebih awal’ ke Stadium Nasional
My Dinh bagi membolehkan
penyertaannya di Sukan SEA Vietnam
2021 berjalan lancar.
Tindakan itu dibuat selepas melihat
masalah pengangkutan dan juga
keadaan trafik di bandaraya terutama
Hanoi yang agak sesak sekali gus
mahu memastikan episod duka di
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak
lagi berulang.
Pengajaran
Kisah Ziyad yang sepatutnya diketahui
oleh rakyat Malaysia, biar jadi
pengajaran. Budaya tepati masa ni
budaya yang harus dicontohi tak kira
situasi dan kepada siapa yang kita dah
berjanji.
Masa itu sangat berharga dan ia berlalu
dengan begitu pantas tanpa kita sedari.
Justeru, kita hendaklah menggunakan
masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya masa itu jika tidak
dimanfaatkan oleh manusia dengan
sebaik-baiknya, nescaya ia akan benar-
benar dalam kerugian.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman
dalam surah Al-‘Asr ayat 1-3 tafsirnya:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
benar-benar dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amalan-amalan soleh, dan
saling berpesan untuk mengikut yang hak
serta saling berpesan untuk bersabar.”
Oleh yang demikian, kita hendaklah
menghargai masa, memanfaatkannya dan
tidak membiarkan masa itu berlalu
dengan sia-sia.
Disediakan oleh:
Nur Sakina Amalia binti Mahamad Zaidi
3 Bougainvillea