The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 986-27-chaw, 2023-06-16 10:23:52

GAYA KESANTUNAN PERIBAHASA

GAYA KESANTUNAN PERIBAHASA

Kesantunan Berbahasa: ''Peribahasa '' Aaron, Azlina, Izzah


ahli kumpulan:


ISI KANDUNGAN DEFINISI PERIBAHASA JENIS-JENIS PERIBAHASA CONTOH PERIBAHASA 1. 2. 3.


DEFINISI PERIBAHASA Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap, rapi serta mempunyai maksud yang tertentu. bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yang tetap susunan dan mempunyai maksud tertentu (kamus dewan bahasa)


DEFINISI PERIBAHASA MENURUT TOKOH ABDUL RAZAK ABDUL KARIM (1994) MENYATAKAN BAHAWA PERIBAHASA IALAH AYAT ATAU URUTAN KATA-KATA YANG MEMPUNYAI SUSUNAN YANG TETAP DAN MENGANDUNGI PENGERTIAN YANG TERTENTU. SUSUNAN KATA YANG PENDEK DENGAN MAKNA YANG LUAS, MENGANDUNGI KEBENARAN, SEDAP DIDENGAR DAN BIJAK PERKATAANNYA. (ZA'BA)


JENIS-JENIS PERIBAHASA Simpulan bahasa Perumpamaan Bidalan Pepatah


Ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut. SIMPULAN BAHASA Susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama. PERUMPAMAAN Susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai erti selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat. BIDALAN Seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. PEPATAH Terbentuk daripada penggunaan kata nama am,kata kerja,kata adjektif,kata nama khas dan nilai kepercayaan CIRI-CIRI:


C O N T O H P E R I B A H A S A Bagai pungguk rindukan bulan Bagai pinang dibelah dua Bagai aur dengan tebing Perumpamaan Panjang tangan - suka mencuri Ada hati - ada kemahuan Periuk nasi - punca pencarian Simpulan Bahasa Ada udang di sebalik batu - melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain sebaliknya Rosak badan kerana mulut - mendapat masalah akibat terlanjur dalam berkatakata Bidalan Bagaimana acuan begitulah kuihnya - seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya Pepatah


Simpulan Bahasa Amar dikenali sebagai seorang yang panjang tangan kerana sering ditangkap mencuri. Bidalan Tindakan Nasrul memberi hadiah kepada Aina ada udang di sebalik batu kerana dia ingin memikat gadis itu. Perumpamaan Dina dan pasangannya bagai pinang dibelah dua. Pepatah Sikap peramah yang dimiliki oleh Adam sama seperti ayahnya, bagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan.


Click to View FlipBook Version