The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KELUARAN 1. APRIL 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wannurfariza, 2021-04-07 22:42:13

LENSA KITAB

KELUARAN 1. APRIL 2021

Lensa KITAB

KELUARAN 1 • APRIL 2021 

Kesinambungan UTAMA DI KITAB
Pentadbiran dan Kepimpinan KITAB
ISI KANDUNGAN
- IPT Islam Milik Penuh MAINPP - ms 4
SECANGKIR KOPI REKTOR - m/s 3
MOTO KITAB
PENANG ISLAMIC
Memacu Legasi Tarbiah DIGITAL LIBRARY -m/s 6
Ke Arah Melahirkan Ulul Albab
NEW CITY CAMPUS KITAB - m/s 7

KUNJUNGAN HORMAT
KE ATAS TYT -m/s 14

LENSA@KITAB - m/s 16

Tinta Editor

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﺣﻤﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulillah. Jawatankuasa sidang redaksi KITAB telah diberikan kepercayaan untuk melahirkan buletin
yang dikenali sebagai Lensa KITAB bagi tahun 2020. Tahun 2020 menyaksikan lembaran baharu KITAB
dengan kehadiran Prof. Dr. Mohamad dalam memimpin dan menguruskan KITAB. Pada masa yang sama
juga, pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah UTSB yang dikenali sebagai KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd, Dr
Roslan Ahmad yang merupakan mantan Ahli Akademik Universiti akan bersama-sama dengan Prof. Dr.
Mohamad bakal menyaksikan KITAB mengorak langkah dengan lebih jauh serta membawa hala tuju KITAB ke
arah yang lebih baik dan cemerlang. Bertunjangkan kata-kata "sepakat membawa berkat", semua kakitangan
KITAB sama ada akademik mahupun pentadbiran saling bekerjasama dan bersatu hati dalam membawa dan
melonjakkan nama KITAB agar dikenali masyarakat. Para kakitangan sentiasa mengembleng tenaga dan
usaha untuk melihat KITAB lebih maju serta menjadi sebuah IPT Islam yang unggul dan berdaya saing.
Diharapkan Lensa KITAB ini akan menjadi pemangkin semangat buat semua warga KITAB agar terus
berusaha menjadikan KITAB sebagai sebuah IPT Islam milik penuh MAINPP yang terunggul. Pihak sidang
redaksi merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan keluaran Lensa KITAB bagi edisi 2020. Terima kasih kepada Rektor, Prof Dr
Mohamad bin Abdul Hamid kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada sidang redaksi kali
ini bagi menyempurnakan Lensa KITAB kali ini.

Memacu Legasi Tarbiah
Ke Arah Melahirkan Ulul Albab.

Jawatankuasa Sidang Redaksi

Penasihat: Penyunting Pengurusan:

Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Ustazah Nur Fazihan Izyani binti Subohi
Pensyarah
Pengerusi:
Grafik:
En. Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy bin Wan Mohar
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Cik Farah Atika binti Anassuzastri
Pegawai Teknologi Maklumat
Setiausaha:
Ahli Jawatankuasa Penyunting:
En. Muhammad Hazim bin Ahmat
Penolong Pendaftar, Pusat Komunikasi Korporat dan Hajah Rohana binti Ahmad - Pensyarah
Ustazah Noramira binti Adnan@Jamaludin - Pensyarah
Pemasaran
Puan Wan Nurfariza binti Wan Mazlan - Pensyarah
Ketua Penyunting:

Ustaz Yazid bin Salleh
Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan Pemasaran

2

Secawan Teh....
PENGERUSI
LEMBAGA PENGARAH KITAB PULAU PINANG SDN BHD

(DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI USAHA TARBIAH SDN BHD)

Assalamu’alaikum WBT

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya peluang untuk mencurahkan khidmat
bakti saya dalam pembangunan pendidikan tinggi untuk ummah melalui KITAB, dengan
pelantikan saya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd oleh
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Sebagai Timbalan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),
saya berasa bangga dengan kewujudan KITAB sejak 2004 yang merupakan
kesinambungan dari Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAINPP. KITAB adalah satu-
satunya IPT Islam milik penuh MAINPP.

Dengan kepesatan perkembangan yang berlaku di sekeliling kita, kefahaman mengenai
realiti perubahan global amat penting, kerana ia akan memberikan impak secara
langsung mahupun tidak langsung dalam perkembangan sektor pendidikan tinggi. Oleh
itu, Pengurusan KITAB dan seluruh kakitangan KITAB perlu menjana keputusan yang
terbaik untuk menzahirkan perancangan dan program-program pembangunan
akademik serta pembangunan fizikal supaya KITAB akan terus berada di hadapan.

MAINPP akan terus menyokong KITAB dalam usaha menjadikan KITAB sebuah institusi
pengajian tinggi Islam yang unggul serta menjadi pusat rujukan serantau. Saya menyeru
kepada semua kakitangan KITAB khususnya, dan seluruh umat Islam terutamanya di
Pulau Pinang untuk memberikan sokongan kepada KITAB. Wassalam.

DR ROSLAN BIN AHMAD

Secangkir Kopi....

REKTOR

Assalamu'alaikum WBT

Alhamdulillah kerana atas limpah kurniaNya, lahir Buletin yang
dikenali sebagai Lensa KITAB bagi tahun 2020. Saya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi
Lensa KITAB di atas penerbitan ini. KITAB telah beroperasi sejak
25 tahun yang lalu adalah kesinambungan yang bermula dari
sebuah Maahad Tahfiz pada tahun 1995. Saya mengucapkan
penghargaan yang tinggi kepada MAINPP yang memberi
kepercayaan dan amanah yang sepenuhnya untuk saya memikul
tanggungjawab dan amanah ini bagi menerajui kesinambungan
kepimpinan KITAB yang merupakan IPT Islam milik penuh MAINPP.

KITABInsya-Allah, nama "" mempunyai kekuatan dan kelebihan yang

tersendiri dalam minda masyarakat khususnya ummat Islam di Pulau

Pinang sebagai sebuah IPT Islam milik penuh MAINPP. KITAB dan Maahad

Tahfiz Al-Quran sebelumnya telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh

dakwah dan profesional dalam bidang Al-Quran, Shariah dan Undang-

undang. Kini, KITAB telah bersedia mengorak langkah melalui

perancangan strategik KITAB 2020-2030 yang telah diluluskan oleh

MAINPP ke arah sebuah IPT Islam yang berdaya saing. Justeru, halatuju

KITAB dalam tempoh 10 tahun ini adalah ke arah sebuah universiti Islam di

Pulau Pinang. Wassalam

PROF. DR. MOHAMAD BIN ABDUL HAMID

3

Kesinambungan Kepimpinan Kenali Rektor KITAB
Baharu - Rektor KITAB yang ke 5

Tanggal 2 Januari 2020 Prof Dr Mohamad Bin Abdul Hamid Prof Dr Mohamad Bin Abdul Hamid adalah Timbalan
telah dilantik sebagai Rektor yang baharu selaku Ketua
Eksekutif KITAB oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan
(MAINPP). Beliau telah dipinjamkan dari Universiti Islam
Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Antarabangsa) UniSHAMS bagi tempoh 3 tahun
(UniSHAMS), Kedah Darul Aman. Pada awal tahun 2020 juga
menyaksikan pertukaran kepimpinan baharu di MAINPP di sebelum melaporkan diri sebagai Rektor KITAB. Beliau
mana YB Dato Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman
telah dilantik sebagai Yang Di Pertua MAINPP dan YBhg Dr adalah profesor dalam bidang pengurusan risiko dan
Roslan bin Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Yang Di
Pertua MAINPP merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah kewangan Islam, Pusat Pengajian dan Penyelidikan
UTSB yang kini dikenali sebagai KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd
bagi sesi 2020/2021. KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd merupakan Kewangan Islam (CIFER), UniSHAMS. Memulakan
anak syarikat MAINPP yang ditubuhkan bagi mewujud dan
mengawal selia KITAB berdasarkan Akta 555 IPTS. Di samping kerjaya di industri kewangan Islam dan kemudian
itu, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan
Mohd Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dilantik menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
sebagai Pengerusi Pengelola KITAB iaitu lembaga yang
mengelola KITAB berdasarkan Perlembagaan KITAB yang selama 15 tahun dan kemudian Universiti Islam Malaysia
diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
selama 2 tahun, beliau pernah menjawat pelbagai

jawatan akademik serta menganggotai Lembaga

Pengelola beberapa IPT.

Keterlibatan beliau di industri kewangan Islam sebagai
ahli Jawatankuasa Shariah sebuah syarikat takaful dan
Ahli Lembaga Peperiksaan Persatuan Takaful Malaysia
(MTA). Prof Dr Mohamad juga merupakan Ahli
Jawatankuasa Akreditasi, Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) untuk bidang sastera dan sains sosial, dan Ahli
Panel Kanan, MQA untuk Program Kewangan Islam dan
Muamalat. Beliau memperolehi PhD dalam bidang
Perbankan dan Kewangan Islam di UIAM serta pelawat
akademik di Pusat Kajian Antarabangsa Ekonomi Islam,
Universiti King Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi dan
merupakan Felo Akademik Pasca Doktoral kewangan
Islam, Markfield Institute of Higher Education (MIHE),
Islamic Foundation United Kingdom.

2 Januari 2020 - Majlis Penyerahan tugas Rektor kepada Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
selaku Ketua Eksekutif KITAB oleh Pemangku Rektor KITAB, Dato' Mustafa Kamal bin Mohd Yusuff

dengan disaksikan oleh 2 orang Ahli Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah Sdn Bhd sesi 2018/2019.

4

Tampuk Kepimpinan Baru

Perubahan dalam kepimpinan KITAB di awal tahun 2020 bermula dengan pelantikan Rektor baharu dan perubahan
komposisi Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah (Pulau Pinang) Sdn Bhd (UTSB). UTSB adalah anak syarikat Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Syarikat ini diwujudkan bagi pendaftaran KITAB yang merupakan IPT
Islam milik penuh MAINPP oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Barisan ahli-ahli Lembaga Pengarah yang
baharu terdiri dari gabungan para pemimpin negeri yang merupakan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli
profesional dan pemegang taruh di bawah MAINPP iaitu Timbalan Yang Di Pertua selaku Pengerusi, dan ahli-ahlinya
dianggotai oleh 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Ketua
Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang dan seorang peguam.
Usaha Tarbiah Sdn Bhd diluluskan pertukaran nama oleh MAINPP dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan
nama baharu iaitu KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd.

Barisan Ahli Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd.
Dari kiri: En Ahmad Tarmizi bin Jusoh - Peguam, En Amran bin Hazali - Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang,
YB Haji Mustafa Kamal Bin Ahmad - ADUN Telok Air tawar, Dr Roslan Bin Ahmad - Timbalan YDP MAINPP selaku Pengerusi Lembaga Pengarah,
Tuan Haji Rosidi Bin Hussain - Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang, Prof Dr Mohamad Bin Abd Hamid - Rektor KITAB,

Encik Mohammad Rashdan Sulhi - Pendaftar KITAB

10 Mac 2020: Kunjungan hormat Pengerusi Lembaga Pengarah, Dr. Roslan bin Ahmad, dan Rektor KITAB Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid ke
atas Y.Bhg. Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SS Dato’ Seri Wan Salim bin Wan Mohd Noor selaku Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB di
Pejabat Mufti, Komtar Pulau Pinang

5

KITAB Mengorak Langkah

Penang Islamic Digital Library (PIDL)
– Perpustakaan Digital Islam Bakal
Beroperasi di Kampus KITAB

Menyahut seruan pembinaan perpustakaan digital Islam
ini, atau ringkasnya PIDL, KITAB mengambil inisiatif
pelaksanaanya di kampus sedia ada bersebelahan
Masjid Negeri Pulau Pinang.

PIDL merupakan sebuah perpustakaan yang
menawarkan perkhidmatan secara digital bagi
menempatkan sumber-sumber rujukan Islam dalam
bidang undang-undang, shariah, ekonomi, politik, sosial
dan teknologi. Ia adalah projek kerajaan negeri yang
bermula dengan Perpustakaan Digital Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi amanah
kepada MAINPP bagi menawarkan perkhidmatan
perpustakaan digital Islam. MAINPP menempatkan
PIDL ini di kampus KITAB dan dikendalikan sepenuhnya
oleh pentadbiran KITAB.

Keunikan PIDL adalah perpustakaan yang lengkap
dengan infrastruktur moden dan fasiliti yang kondusif
bagi rakyat Pulau Pinang khususnya dan Malaysia
amnya dengan kemudahan sumber-sumber rujukan
Islam secara digital.

Projek dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(MAINPP) ini akan menjadikan KITAB sebuah IPT Islam
yang menawarkan pakej sistem teknologi maklumat
secara digital sesuai dengan namanya Kolej Islam
Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

6

KITAB Mengorak Langkah

Cadangan "NEW CITY CAMPUS" KITAB

MAINPP secara prinsipnya bersetuju untuk KITAB
mencadangkan perancangan sebuah kampus bandar di
Batu Kawan.

Sehubungan dengan itu, KITAB membuat perancangan
awal dengan mencadangkan KITAB sebagai sebuah IPT
berkonsepkan wakaf bagi tujuan cadangan pembinaan
"new city campus" di Batu Kawan.

17 Jun 2020: Pembentangan oleh Rektor KITAB, Prof. Dr. Mohamad bin Beberapa siri perbincangan bersama Wakaf Pulau Pinang
Abdul Hamid berkenaan kertas cadangan KITAB sebagai IPT berasaskan dan Penang Development Corporation (PDC) serta
wakaf dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Wakaf Pulau Pinang (WPP) lawatan tapak ke tanah milik MAINPP di Batu Kawan
yang dipengerusikan oleh YB TKM 1 Pulau Pinang. yang diketuai oleh YB TKM 1 Pulau Pinang merangkap
YDP MAINPP. Siri-siri perbincangan tersebut bersama PDC
bagi menyediakan cadangan "design concept" kampus
bandar tersebut untuk pembentangan cadangan kepada
MAINPP.

3 Oktober 2020: Rektor KITAB, Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid bersama
Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang (WPP), Tuan Hj. Rosidi bin Hussain
dan Ketua Pusat Pengembangan dan Kelestarian Institusi, KITAB, Ustaz
Mohammad Aisamuddin Bin Hj Akob di Pejabat PDC Batu Kawan bagi melihat
perancangan Bandar Batu Kawan.

6 Oktober 2020: Lawatan tapak tanah MAINPP di Batu Kawan oleh YB TKM 1
Pulau Pinang dan pegawai-pegawai MAINPP serta agensi-agensi MAINPP.

15 Oktober 2020:
Perbincangan awal dan lontaran idea mengenai konsep
pembinaan kampus bandar KITAB di Batu Kawan bersama
pihak PDC. Turut hadir dalam perbincangan bersama
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PDC, En. Aziz bin Bakar
dan pegawai-pegawai, Dr. Roslan bin Ahmad, Pengerusi Ahli
Lembaga Pengarah, Prof Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Rektor KITAB, Tn. Hj. Rosidi bin Hussain, Ketua Pegawai
Eksekutif Wakaf Pulau Pinang,

7

3 November 2020: Pembentangan konsep lakaran awal

pembangunan kampus bandar Batu Kawan Kolej Islam

Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang oleh pihak

Penang Development Corporation (PDC) yang

dipengerusikan oleh Sr Saari bin Hj Din, Ketua Bahagian

Pengurusan Bangunan. Turut hadir Prof. Dr. Mohamad bin

Abdul Hamid, Rektor KITAB dan Tn. Hj. Rosidi bin Hussain,

Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang

10 Disember 2020: Mesyuarat Pembentangan Cadangan Lakaran Awal Konsep Pembangunan Kompleks Islam - Kampus Bandar KITAB
di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang oleh Penang Development Corporation (PDC). Turut hadir bersama, Yang Berhormat
Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP.

8

Fasiliti yang Kondusif

ASRAMA

Pembangunan dan penambahan program-program
pengajian baru di KITAB dijangka akan melonjakkan
jumlah pelajar KITAB dalam masa yang terdekat. KITAB
telah mencadangkan kepada Majlis Agama Islam
Negreri Pulau Pinang (MAINPP) untuk membeli
bangunan 4 unit rumah teres 3 tingkat bagi kemudahan
asrama dan mendirikan sebuah bangunan asrama dalam
kampus KITAB.

21 Ogos 2020: Perbincangan berkenaan proses pembelian bangunan 4-unit teres 3 tingkat untuk dijadikan asrama dan proses
pembinaan asrama baru dalam kampus sekarang bagi Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Perbincangan
dipengerusikan oleh YB. Dato’ Ir. Hj. Zakiyuddin Abd Rahman, TKM 1 Pulau Pinang merangkap YDP MAINPP.

9

Jalinan Ukhuwah

KUNJUNGAN HORMAT KITAB

7 Januari 2020: Kunjungan hormat Rektor KITAB
bersama mantan Ahli Lembaga Pengarah UTSB sesi
2018/2019 ke atas Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan
Mohd. Noor selaku Pengerusi Lembaga Pengelola KITAB

17 Februari 2020: Kunjungan awal KITAB ke atas Wakaf Pulau
Pinang bagi membincangkan potensi kerjasama wakaf
pendidikan tinggi untuk KITAB bersama Wakaf Pulau Pinang.

ertemuan antara Rektor KITAB dengan Timbalan Yang di-
Pertua MAINPP merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah
KITAB (UTSB) Dr Roslan bin Ahmad dan Ketua Pegawai
Eksekutif Waqaf Pulau Pinang Ustaz Hj. Rosidi bin Hussain

13 Januari 2020: Kenyataan media Zakat 2019 di Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang turut di hadiri
oleh Rektor KITAB Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid

10

Jalinan Ukhuwah

28 Julai 2020: Majlis Penghargaan Sekapur Sirih Wakaf Pulau
Pinang. KITAB diwakili oleh Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin Hj
Akob, Ketua Pusat Pengembangan dan Kelestarian Institusi, KITAB

28 Januari 2020: Sesi taklimat berkaitan KITAB kepada
ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang
telah disampaikan oleh Rektor KITAB, Prof. Dr. Mohamad
bin Abdul Hamid

21 September 2020: Majlis Induksi Khaira Ummah
2030 sebuah gagasan yang dibentuk oleh Pejabat
Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Berhormat Dato’ Ir.
Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman yang
berlangsung di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau
Pinang. KITAB diwakili oleh Rektor dan Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk Kluster Hikmah
dan Anak Muda, Khaira Ummah 2030.

11

Jalinan Ukhuwah

KUNJUNGAN TETAMU KE KITAB

20 Januari 2020: Pihak KITAB berbesar hati menerima
kunjungan hormat daripada Pengerusi IPSI Tuan Haji
Kamaruddin Bin Abdullah

24 Januari 2020: Lawatan perbincangan kerjasama
akademik daripada Al-Bukhary International University ke
KITAB. Perbincangan menjurus ke arah kerjasama akademik
bagi kedua-dua IPT

31 Januari 2020: Kunjungan mesra oleh Imam Besar
Masjid Negeri Pulau Pinang ke KITAB

6 Februari 2020: Kunjungan mesra oleh
Pusat Islam USM, Pulau Pinang ke KITAB

12

6 Februari 2020: Kunjungan dan perbincangan
kerjasama akademik dari Pusat Pengajian
Perniagaan Islam (Islamic Business School)
Universiti Utara Malaysia (UUM) ke KITAB

11 Februari 2020: Majlis Lawatan dan Menandatangani MOU Sekolah Tinggi Agama Islam, Pengembangan Ilmu Al-Quran
Sumatera Barat, Indonesia

9 Julai 2020: Pihak KITAB menerima lawatan daripada University
Malaysia of Computer Science & Engineering, UNIMY yang diketuai
oleh Prof Datuk Ts. Dr. Mohd Razali Bin Muhamad

13

Jalinan Ukhuwah

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT

Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang
Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul
Rahman bin Haji Abbas sangat mengambil berat
mengenai KITAB untuk memartabatkan ummat Islam
Negeri Pulau Pinang melalui pendidikan tinggi
berteraskan Islam.
Delegasi KITAB yang terdiri daripada Rektor, Prof Dr.
Mohamad bin Abdul Hamid, dan tiga ahli Lembaga
Pengarah serta pegawai-pegawai KITAB telah
membuat kunjungan hormat ke atas TYT Tun pada 12
Oktober 2020 untuk memaklumkan TYT Tun tentang
perkembangan terbaharu KITAB.
Rektor KITAB telah membuat pembentangan
mengenai hala tuju dan strategi KITAB untuk tahun
2020-2030.
Semoga TYT Tun sentiasa berada di bawah
lindungan Allah SWT dan dipanjangkan usia serta
mendapat rahmat daripada Allah SWT.

14

Gambar sekitar kunjungan hormat

15

Lensa

HAL EHWAL AKADEMIK (HEA)

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam, akademik adalah tunjang kepada kewujudan dan perkembangan
KITAB. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) harian adalah suatu proses yang sentiasa perlukan perubahan
mengikut peredaran masa dan teknologi.

KITAB sentiasa memastikan semua program akademiknya adalah patuh kepada peruntukan dan garis panduan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Oleh itu, beberapa siri bengkel semakan program sedia ada, bengkel
penilaian cadangan program-program baharu bersama penilai-penilai luar akademik, industri dan alumni telah
diadakan. Turut diadakan siri-siri bengkel pembelajaran berasaskan objektif (OBE) serta yang berkaitan
dengannya.

KITAB juga telah memantapkan peraturan akademiknya bagi melicinkan lagi pengurusan Hal Ehwal Akademik
yang berterusan.

Alhamdulillah KITAB akan menawarkan 4 program baru iaitu Diploma Pengajian Islam, Diploma Kaunseling,
Diploma Pengurusan Halal dan Diploma Pentadbiran Muamalat yang telah dikemukakan untuk kelulusan MQA.

20 Februari 2020: Kursus OBE & MQF yang disampaikan oleh 23 Januari 2020: "Academic Brainstorming Session"
Tuan Haji Anas Suzastri Bin Ahmad, Pengarah Pusat Pengurusan semua pensyarah KITAB bersama Rektor KITAB Prof.
Akademik UniSHAMS, Kedah kepada para pensyarah KITAB. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid

24 Februari 2020: Bengkel Penilaian Program di KITAB 13 Julai 2020: Kunjungan hormat Lembaga Penasihat Khas Akademik
bersama penilai-penilai luar yang dijemput khas dari KITAB ke atas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB. Dato' Ir
UniSHAMS, Kedah Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman merangkap YDP MAINPP

16

13 Julai 2020: Mesyuarat Lembaga Penasihat Khas Akademik KITAB 15 Julai 2020 – 16 Julai 2020: Bengkel Pembelajaran Berasaskan
bersama Pengurusan Eksekutif dan Ketua-ketua Pusat Pengajian KITAB. Hasil (OBE) & Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
anjuran Pusat Jaminan Kualiti KITAB.

14 September 2020: Bengkel MQA01 bagi Program Baharu iaitu 5 November 2020: Bengkel semakan program sedia ada iaitu
Diploma Pengurusan Halal, Diploma Pengajian Islam, Diploma Diploma Syariah, Diploma Kewangan dan Diploma Tahfiz Al-Quran
Kaunseling dan Diploma Pentadbiran Muamalat yang diadakan di yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang
Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang bersama penilai- bersama penasihat-penasihat Luar yang terdiri daripada:
penilai Luar yang terdiri daripada:
Dr. Mohd Hapiz Bin Mahaiyadin (UiTM),
Dr. Nor Aina Binti Mhd Khotib (UUM), Ustaz Mohd Hanif Bin Omar @ Wahab (JHEAIPP),
Ustaz Faizal Bin Ibrahim (JHEAIPP), Dr. Shahir Akram Bin Hassan (USM),
Ustaz Rosli Bin Othman (JHEAIPP), Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol (UniSHMAS),
Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Bin Mohamed Fisol (UniSHMAS), Dr. Mukhamad Hadi Musolin Subagio (UniSHAMS),
Dr. Mukhamad Hadi Musolin Subagio (UniSHAMS), Tn. Hj. Anassuzastri Bin Ahmad (UniSHAMS),
Dr. Mohd Suhadi Bin Mohamed Sidik (UniSHAMS), Tn. Hj. Abdul Ghani Bin Abd Wahab (Bank Islam Wilayah Utara),
Tn. Hj. Anassuzastri Bin Ahmad (UniSHAMS), Ustaz Muneer Bin Mohamed Farid (Peguam Syarie)
En. Mohd Syukri Bin Kamis (PEKA),
Tn. Hj. Abdul Ghani Bin Abd Wahab (Bank Islam Wilayah Utara)
Turut hadir bersama: Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah UTSB.

14 Disember 2020: Bengkel Semakan Dan Pemurnian Peraturan Akademik Kolej Islam Teknologi
Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang Anjuran Jabatan Pengurusan Akademik (JPA) yang diadakan

di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang.

17

Lensa

HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (HEPA)

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
merupakan sebuah jabatan bagi mengurus
hal ehwal pelajar dan alumni. Salah satu
fungsinya adalah memantau aktiviti yang
dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP).

Bersama MPP, HEPA telah berjaya
melaksanakan program luaran seperti
Kembara Dakwah 1.0 di Batu Kurau, Perak
dan Outreach Global Programme bersama
Universitas Islam Negeri Sumatera Utara di
Medan.

11 Mac 2020: Pertemuan antara Rektor KITAB dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sekalipun agak terkekang dengan situasi
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang yang telah diadakan di pandemik dan Perintah Kawalan
Bilik Mesyuarat KITAB. Pergerakan (PKP 1.0), HEPA tetap
menjalankan beberapa aktiviti menerusi
atas talian termasuk penyertaan MPP
dalam 7th IIIT Regional Virtual Winter
Camp.

15 dan 16 Februari 2020: Program Kembara
Dakwah 1.0 oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan
kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
KITAB ke Batu Kurau, Perak.

27 Februari 2020 – 2 Mac 2020: “Outreach Global Programme” Pertukaran idea antara Majlis Perwakilan Pelajar KITAB
dengan MPP Universitas Islam Negeri Sumater Utara (UinSU) ke arah kemantapan organisasi.

18

30 Disember 2020: Penyertaan 13 orang Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB di peringkat luar
negara. Program 7th IIIT Regional Virtual Winter Camp
telah dianjurkan oleh IIIT.

19

Lensa

ENGAGEMENT & NETWORKING

Engagement & Networking dengan pihak industri,
IPT-IPT serta lain-lain pemegang taruh amat
penting bagi memastikan KITAB sentiasa
terkehadapan. Ia juga membuka peluang
kerjasama antara KITAB dan pihak-pihak luar
untuk kepentingan bersama dalam konteks
akademik dan praktikal.

KITAB telah melakukan lawatan penanda aras ke Lawatan (KITAB) ke Perpustakaan Digital Bank Rakyat
beberapa agensi pada 18 Ogos - 20 Ogos 2020. (Serambi Ilmu Rakyat, S.I.R)

Perbincangan berkenaan Wakaf Korporat bersama
Awqaf Holdings Berhad

KITAB menerokai potensi Kerjasama Pintar Wakaf dan Jariah
Pendidikan Tinggi bersama Ketua Sektor Shariah Bank Rakyat,
Ustaz Zamerey Abdul Razak di Ibu Pejabat Bank Rakyat, Kuala Lumpur

Perbincangan kerjasama akademik antara KITAB dengan
University Malaysia of Computer Science & Engineering
(UNIMY) di Cyberjaya

Penerokaan kerjasama Wakaf al-Qur’an bersama dengan
Yayasan Restu di Presint 14, Putrajaya

Lawatan ke Ibu Pejabat sebuah Badan Bukan Pertemuan dan perbincangan penerokaan potensi Wakaf Pengajian
Kerajaan iaitu Kedamaian Kemanusiaan Berhad Tinggi bersama Ketua Sektor Shariah Bank Islam (M) Bhd,
Ustaz Nazri Chik di Ibu Pejabat Bank Islam Kuala Lumpur.
(KKB) di Jalan Perak, Kuala Lumpur
20

21 Disember 2020: Bengkel Pemerkasaan Kerjasama Bagi Program Tahfiz KITAB Bersama Maahad dan
Sekolah-sekolah Tahfiz Pulau Pinang yang diadakan di Ixora Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang

24 Disember 2020: Perbincangan Rektor KITAB dan Pengurus Besar Wakaf Pulau Pinang (WPP) bersama Ahli Lembaga Pengarah dan
Pegawai Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) di Ixora Hotel, Seberang Jaya,Pulau PInang

21

Lensa

SUMBER MANUSIA

Pembangunan sumber manusia yang kukuh
memerlukan pencapaian yang cemerlang dalam

sesebuah organisasi. KITAB telah mengadakan
Kursus Transformasi Kecemerlangan untuk semua
staf akademik dan pentadbiran KITAB yang
diadakan di Bukit Merah Laketown Resort pada 11 –
13 September 2020.
Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Ir Ahmad
Zakiyudin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua
Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di Pertua
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Kursus ini telah mendapat komitmen yang tinggi
dari semua staf.
Kemuncaknya adalah semua staf telah berikrar
untuk menggembleng segala daya usaha ke arah
menjadikan KITAB sebuah IPT yang cemerlang
melalui penerapan nilai-nilai murni dan berpegang
teguh kepada peraturan-peraturan KITAB demi
melicinkan pengurusan dan pengendalian aktiviti
KITAB di hadapan Pengerusi Lembaga Pengarah
dan Rektor KITAB.

22

Lensa

PEMASARAN & KORPORAT

Akviti pemasaran bagi memperkenalkan
KITAB kepada masyarakat telah membawa
pasukan Pemasaran KITAB menjelajah ke
seluruh daerah dalam Negeri Pulau Pinang.
KITAB juga turut mengambil bahagian
dalam aktiviti jelajah Khaira Ummah anjuran
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

KITAB muncul di Mutiara FM, stesen radio
Pulau Pinang dengan penampilan 2 orang
pensyarah KITAB, iaitu Ybrs Ustaz Haji
Ahmad bin Hashim Al-Hafiz, Ketua Pusat
Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Ybrs Ustaz
Haji Yazid bin Salleh Al-Hafiz, Ketua Pusat
Komunikasi Korporat dan Pemasaran.

27 Februari 2020: Lawatan daripada pelajar tingkatan 6
Sekolah Menengah Islam Darul Ulum,
Kuala Nerang Kedah

5 Mac 2020: Warna warni sekitar keputusan SPM 2019. Para pensyarah dan kakitangan KITAB turun ke sekolah-sekolah yang
terlibat untuk mempromosikan program pengajian yang terdapat di KITAB.

23

18 September 2020: Majlis perasmian Jelajah Khaira Ummah 2030 (JKU2030) yang dirasmikan
oleh YB Dato' Ir Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang
merangkap YDP MAINPP di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang

19 September 2020: Majlis penyampaian surat tawaran
pengajian dan tajaan biasiswa ZPP-KITAB kepada 6 pelajar
terpilih dalam Program kasih Wakaf - Etiqa - KITAB bersama

Sungai Dua KesayanganKu.

19 September 2020: Program kasih Wakaf - Etiqa -
KITAB bersama Sungai Dua KesayanganKu adalah

program CSR KITAB bersama Wakaf Pulau Pinang telah
dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

Dato' Ir Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman merangkap
YDP MAINPP

19 Disember 2020: KITAB menyertai pameran dalam
International Inspirasi Khadijah Virtual 2020 oleh Penang
Halal International Sdn Bhd (PHI) yang disempurnakan oleh
YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Dato Abdul Halim
Exco Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan.

24

25

Lensa

UMUM

10 Februari 2020: Perhimpunan bulanan kakitangan KITAB 18 Februari 2020: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Senat KITAB yang julung kalinya
bersama Rektor Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid dipengerusikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid

15 Jun 2020: Mesyuarat Lembaga Pengelola KITAB yang 8 SEPTEMBER 2020: Majlis penyerahan wakaf Al-Quran oleh
dipengerusikan oleh SS Dato’ Seri Dr. Hj. Wan Salim bin Wan Noor Yayasan Warisan Ummah Ikhlas milik Karangkraf Sdn Bhd. Set Wakaf
Al Quran tersebut diserahkan kepada Rektor KITAB, Prof Dr Mohamad
yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
bin Abdul Hamid yang diadakan di Galeri Sheikh Abdullah Fahim,
Masjid Abdullah Fahim, Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang

19 Oktober 2020: Mesyuarat KAYUHAN SANTAI KITAB 2020 yang akan diadakan pada 15 November 2020 dipengerusikan
oleh Rektor KITAB bersama Ahli MBPP, Pegawai MBPP, Wakil-wakil Bikemaxx dan PDRM serta pegawai-pegawai KITAB.

26

16 Oktober 2020: Perhimpunan bulanan staf KITAB dan Sesi taklimat khas berkaitan wakaf kepada kakitangan KITAB disampaikan
oleh Tuan Haji Rosidi Hussain selaku Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang merangkap Ahli Lembaga Pengarah UTSB (KITAB)

6 November 2020: Taklimat khas misi visi dan halatuju KITAB 2020 23 November 2020: Majlis penyerahan kad sim Celcom (data)
- 2030 oleh Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor KITAB oleh pihak Celcom kepada Rektor KITAB yang akan diserahkan
kepada YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman,
kepada pelajar-pelajar KITAB dalam tempoh
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang DiPertua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

15 Disember 2020: Mesyuarat Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah Sdn. Bhd. bil. 3/2020 telah berlangsung
di Hotel The Light Seberang Jaya, Pulau Pinang yang telah dipengerusikan oleh Timbalan YDP MAINPP Dr. Roslan bin Ahmad

merangkap Pengerusi UTSB.

27

Memacu Legasi Tarbiah
Ke Arah Melahirkan Ulul Albab

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang,
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Pulau Pinang
No Tel; 04-8351688
No Faks: 04-8351689

kitab.edu.my Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi kitabpulaupinang


Click to View FlipBook Version