The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KELUARAN 2. OGOS 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wannurfariza, 2021-09-18 04:43:03

LENSA KITAB

KELUARAN 2. OGOS 2021

LensaKITAB
KELUARAN 2 • OGOS 2021 

UTAMA DI KITAB

ISI KANDUNGAN

KUNJUNGAN HORMAT KITAB KE ATAS YANG AMAT
BERHORMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG - m/s 4

PENANG ISLAMIC DIGITAL "NEW CITY CAMPUS" KITAB

LIBRARY -m/s 6 DI BANDAR CASSIA-m/s 11

BICARA 30 SIRI KITAB -m/s 9 LENSA @ KITAB- m/s 13

MOTO KITAB

Memacu Legasi Tarbiah
Ke Arah Melahirkan Ulul Albab

Dapatkan maklumat berkaitan KITAB Pulau Pinang di pelbagai medium kami:

048272216 011-11434688 [email protected] kitabpulaupinang

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang-Rasmi www.kitab.edu.my

Tinta Editor

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠ ﮵ﻜﻢ ورﺣﻤﺔ اﻟﻠﻪ و ﮳ﺮ ﮴ﻪ‬

Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Maha Pencipta, Allah sw.t kerana dengan izin-Nya, Lensa Kitab keluaran
kedua dapat diterbitkan lagi dan menemui para pembacanya khususnya warga Kolej Islam Teknologi Antarabangsa
(KITAB) Pulau Pinang dan masyarakat amnya.
Tahun 2021 menyaksikan KITAB terus mengorak langkah demi mengembangkan sayap Legasi Tarbiah ke arah
melahirkan ulul albab yang holistik dengan menjayakan pelbagai aktiviti dan program. Kelahiran Lensa KITAB ini
adalah untuk memahatkan segala kenangan dan peristiwa-peristiwa yang penting yang berlaku dalam tahun 2021
supaya ianya dapat dikenang oleh seluruh warga KITAB dan bukan sekadar menjadi satu lipatan sejarah.
Sidang redaksi mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam usaha menerbitkan Lensa Kitab keluaran kedua ini.
Serumpun bak serai, sesusun bak sirih, begitulah diibaratkan team sidang redaksi yang mengamalkan amalan hidup
saling bermuafakat sehingga mampu menerbitkan Lensa Kitab terkini dan diharapkan amalan ini akan berterusan.
Justeru terima kasih buat seluruh team sidang redaksi dan semoga usaha ini menjadi satu titik tolak mengangkat
nama KITAB ke persada dunia.
Akhir kata, kami mengharapkan agar Lensa KITAB akan terus memberikan manfaat kepada semua pembaca dan
mengharapkan semua jabatan akan terus berusaha berkongsi maklumat untuk semua perkembangan terkini serta
aktiviti-aktiviti berkaitan.

Memacu Legasi Tarbiah
ke Arah Melahirkan Ulul Albab.

Jawatankuasa Sidang Redaksi

Penasihat: Penyunting Pengurusan:

Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Ustazah Nur Fazihan Izyani binti Subohi
Pensyarah
Pengerusi:
Grafik:
Ustazah Khadijah binti Mohd
Timbalan Rektor Puan Nurul Shameza binti Mohamad
Pegawai Teknologi Maklumat
Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan
Ahli Jawatankuasa Penyunting:
Setiausaha:
Hajah Rohana binti Ahmad - Pensyarah
En. Muhammad Hazim bin Ahmat Ustazah Noramira binti Adnan@Jamaluddin - Pensyarah
Penolong Pendaftar
Puan Wan Nurfariza binti Wan Mazlan - Pensyarah
Pusat Komunikasi Korporat
LensaKITAB 02
Ketua Penyunting:

Ustaz Yazid bin Salleh
Ketua

Pusat Komunikasi Korporat

Secawan Teh.... PENGERUSI

LEMBAGA PENGARAH KITAB PULAU PINANG SDN BHD

(DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI USAHA TARBIAH SDN BHD)

Assalamua’laikum WBT.
Kalimah syukur dipanjatkan atas nikmat Islam, Iman dan Ihsan Allah SWT
kepada kita semua dan saya sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah
KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd amat berbesar hati dapat berkhidmat dan
bersama-sama berusaha bagi mencapai halatuju KITAB 2020-2030.
Seiring dengan perancangan halatuju Pulau Pinang 2030, perkembangan
terkini dan perancangan halatuju serta strategi KITAB 2020-2030 akan
dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa pertama merupakan fasa pemerkasaan
KITAB dengan memberi fokus kepada pembentukan govenans, sumber
manusia, akademik, kelestarian kewangan, fasiliti dan kemudahan serta
jaringan industri dan komuniti.
Dalam fasa kedua pada tahun 2025, sasaran KITAB yang merupakan sebuah
IPT Islam milik penuh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dapat
dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti Islam Pulau Pinang (KITAB-KUIPP) yang
berasaskan wakaf dan dikenali serta menjadi pilihan di Malaysia. Manakala
pada fasa yang ketiga, iaitu dalam 10 tahun akan datang pada tahun 2030
KITAB disasarkan akan menjadi Universiti Islam Pulau Pinang (UIPP), sebuah
Universiti Wakaf dengan kampus yang serba lengkap dan menjadi pilihan di
Rantau Asean.
Harapan saya kelestarian Universiti Islam Pulau Pinang yang berasaskan
wakaf ini dapat menarik minat orang ramai yang ingin berwakaf dan sama-
sama membangunkan KITAB bermula dari sekarang sehingga tercapai hasrat
halatuju Pulau Pinang 2030. Wassalam.

Secangkir Kopi.... LensaKITAB 03

REKTOR

Assalamua’laikum WBT.
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan
kurnianya Buletin KITAB edisi kedua dapat diterbitkan bagi tahun 2021 ini.
Halatuju KITAB 2020-2030 merupakan satu hasrat yang besar dengan capaian
dinaik taraf daripada sebuah Kolej kepada Kolej Universiti dan seterusnya
kepada sebuah Universiti Islam milik penuh Majlis Agama Islam Pulau Pinang
(MAINPP). Bagi mencapai hasrat ini, pemerkasaan 5 bidang utama telah
dibentuk melalui bidang Pengajian Islam, bidang Pembangunan Keluarga dan
Komuniti, bidang Pengurusan Halal dan bidang Teknologi Maklumat, bidang
Kewangan dan Keusahawanan. Sejurus itu, pembangunan dan pemerkasaan 5
bidang utama KITAB ini amatlah penting untuk dilaksanakan dengan
perancangan pembentukan akademik melalui program-program yang akan
ditonjolkan seiring dengan keperluan masa kini.
KITAB akan memberi fokus utama kepada pembangunan program-program
baharu meliputi program diploma dan program secara kerjasama sarjana muda,
dan juga menjalinkan kerjasama Institusi dalam dan luar negara serta
meningkatkan jaringan luar untuk kelestarian kewangan serta pembangunan
KITAB. Pada tahun 2030, KITAB mensasarkan untuk menjadi sebuah Universiti
Islam di Pulau Pinang dengan memiliki kepakaran tenaga akademik dalam 5
bidang fokus akademik.
Akhir kata dari saya, agar kita dapat bersama-sama bergerak sederap dan
senada serta saya mendoakan kesejahteraan buat kita semua untuk terus
berusaha bagi mencapai kegemilangan demi kemajuan KITAB pada masa depan
khususnya di Pulau Pinang ini. Wassalam.

Jalinan Ukhuwah

Kunjungan hormat KITAB ke atas
Yang Amat berhormat Ketua Menteri

Pulau Pinang

22 APRIL 2021

Delegasi KITAB yang diketuai oleh Y.Bhg. Dr.

Roslan bin Ahmad (Pengerusi Lembaga Pengarah

KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd) bersama Prof. Dr.

Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) serta

pegawai-pegawai KITAB telah membuat

kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berhormat

Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau

Pinang untuk membentangkan berkenaan

perkembangan KITAB, pelan strategik 10 tahun,

PIDL dan perancangan 'New City Campus' di Batu

Kawan, Pulau Pinang.

LensaKITAB 04

KITAB Mengorak Langkah

PERASMIAN QURANIC LAB

27 APRIL 2021
Perasmian Q-Lab@KITAB yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Roslan bin Ahmad, Timbalan YDP Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd. Program
dimulakan dengan ucapan aluan Prof. Dr. Mohamad Abdul Hamid (Rektor KITAB) sekaligus menerangkan
pelancaran dan perasmian Q-Lab@KITAB adalah cetusan awal ke arah sebuah Q-Lab yang lebih komprehensif
dalam perancangan pembangunan 'New City Campus' KITAB.

PERASMIAN PPZ-AZKA

6 MEI 2021
Perasmian PPZ-AZKA Etiqa Takaful Corner dan ZPP-WPP Corner sebagai Pusat Sumber Muamalat KITAB yang
disempurnakan oleh Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri. Dr. Hj. Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Negeri Pulau
Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

LensaKITAB 05

KITAB Mengorak Langkah

PEMBINAAN PENANG ISLAMIC DIGITAL LIBRARY

20 JANUARI 2021
Perbincangan berkaitan Pembangunan Penang
Islamic Digital Library (PIDL) diadakan di Bilik
Mesyuarat KITAB bersama Ketua-Ketua Agensi
di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP) selaku Ahli Jawatankuasa
Kewangan dan Pembangunan KITAB.

2 MAC 2021
Pembentangan 'Concept Design' Penang Islamic Digital Library (PIDL) telah disampaikan oleh Project Management
Consultant PIDL yang diadakan di Dewan Utama KITAB. Pembentangan ini dihadiri oleh:

Y.Bhg. Dr. Roslan Bin Ahmad (Timbalan YDP MAINPP selaku Pengerusi KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd.)
En Amran Bin Hazali (Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang)
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB)
Tuan Hj. Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang),
Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin Hj Akob (Ketua Pusat Pengembangan dan Kelestarian Institusi KITAB),
En. Mohd Zameer Bin Abdul Talib (Penolong Bendahari dan menjalankan tugas Bendahari).

LensaKITAB 06

28 MEI 2021
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) bersama 2 orang ahli Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang
Sdn. Bhd. iaitu Tuan Hj. Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang) dan En. Ahmad Tarmizi
Bin Jusoh (Peguam) telah membuat lawatan tapak pembangunan Penang Islamic Digital Library (PIDL),
Kafeteria dan Dataran KITAB. PIDL merupakan satu-satunya “Islamic Digital Library” Pulau Pinang yang pertama
akan ditempatkan dan dikendalikan oleh KITAB.

26 JULAI 2021
Timbalan Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP)) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah
KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd., Dr. Roslan Bin Ahmad telah
membuat lawatan tapak Penang Islamic Digital Library (PIDL)
dan Kafeteria KITAB.

LensaKITAB 07

Jalinan Ukhuwah

perasmian KAYUHAN SANTAI KITAB 2020
oleh y.b. timbalan ketua menteri 1 pulau pinang

3 JANUARI 2021
Warna-warni Program Kayuhan Santai KITAB 2020
bersama Persatuan Basikal BIKEMAXX yang
dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Roslan Bin Ahmad,
Timbalan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP) mewakili Y.B. Dato' Ir. Hj. Ahmad
Zakiyuddin Bin Abdul Rahman merangkap YDP
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Turut dibantu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

LensaKITAB 08

Jalinan Ukhuwah

BICARA 30 SIRI KITAB

Bicara 30 siri KITAB adalah medium mengetengahkan para ilmuan yang dijemput KITAB dari dalam
dan luar KITAB bagi perkongsian ilmiah di dalam bidang ilmu masing-masing.

LensaKITAB 09

LensaKITAB 10

KITAB Mengorak Langkah

PEMBINAAN "new CITY CAMPUS" KITAB
DI BANDAR CASSIA, BATU KAWAN, PULAU PINANG

2 FEBRUARI 2021
Y.Bhg. Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) bersama Dr.
Roslan Bin Ahmad (Timbalan Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAINPP)), Tuan Hj. Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai
Eksekutif Wakaf Pulau Pinang) dan Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin
Hj Akob (Ketua Pusat Pengembangan dan Kelestarian Institusi (PPKI))
telah mengadakan perbincangan berkenaan lakaran Kampus KITAB
berkonsepkan City Campus di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau
Pinang dengan pihak Penang Development Corporation (PDC) yang
diadakan di PDC, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

16 FEBRUARI 2021
Perbincangan dan percambahan idea berkenaan Konsep Pembinaan 'New City Campus' di Bandar Cassia, Batu Kawan,
Pulau Pinang oleh Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB), Tuan Hj. Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai
Eksekutif Wakaf Pulau Pinang) dan Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin Hj Akob (Ketua Pusat Pengembangan dan
Kelestarian Institusi (PPKI)) bersama Tn. Hj. Tajuddin bin Zachariah (Project Director Ivory Properties Group Berhad). Turut
bersama adalah Dr. Roslan Bin Ahmad (Pengerusi KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd.).

LensaKITAB 11

16 MAC 2021

Satu perbincangan dan pembentangan

lakaran lengkap serta kos anggaran bagi

Pembinaan 'New City Campus' KITAB yang

akan ditempatkan di Bandar Cassia, Batu

Kawan, Pulau Pinang telah diadakan di PDC

Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek

pembangunan ini akan dibangunkan dengan

kerjasama Wakaf Pulau Pinang (WPP) bagi

menginspirasikan satu-satunya Pusat

Pengajian Tinggi Islam berkonsepkan Wakaf

di Pulau Pinang. Cadangan ini akan

dibentangkan ke peringkat seterusnya.

22 MAC 2021
Pihak PDC, Bayan Lepas, Pulau Pinang bersama-sama Rektor KITAB telah mengadakan pembentangan dan
perbincangan berkenaan lakaran lengkap 'New City Campus' di Bandar Cassia Batu Kawan, Pulau Pinang.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman (Timbalan Ketua
Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang). Turut bersama adalah Dr. Roslan
Bin Ahmad (Timbalan Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)). Kampus City ini juga akan
menempatkan beberapa komponen yang penting bagi kegiatan penduduk agama Islam di Batu Kawan, Pulau
Pinang termasuk Kampus Induk KITAB, masjid, sekolah agama dan pusat membeli belah.

1 APRIL 2021
PDC membentangkan pembangunan 'New City Campus'
KITAB di Batu Kawan, Pulau Pinang dalam Mesyuarat Khas
Lembaga Pengarah Wakaf Pulau Pinang. Mesyuarat ini
telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hj.
Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua
Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga
Pengarah Wakaf Pulau Pinang. Hadir bersama di dalam
mesyuarat khas ini adalah Dr. Roslan Bin Ahmad (Pengerusi
KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd.) dan Prof. Dr. Mohamad Bin
Abdul Hamid (Rektor KITAB).

LensaKITAB 12

Lensa

GOVERNaNS KITAB

15 MAC 2021

Mesyuarat Lembaga Pengarah Usaha

Tarbiah Sdn. Bhd. Bil. 1/2021 telah
berlangsung di Dewan Utama KITAB. Usaha
Tarbiah Sdn Bhd di dalam proses
pertukaran nama baharu kepada KITAB
Pulau Pinang Sdn Bhd yang telah diluluskan
oleh MAINPP.

31 MAC 2021

Mesyuarat Lembaga Pengelola KITAB yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Hj. Wan

Salim Bin Wan Mohd Noor (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang) telah diadakan di Dewan Utama KITAB. Mesyuarat
ini dihadiri oleh:
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB),
Tn. Hj. Rosidi bin Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang),
Tn. Hj. Amran Bin Hazali (Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang),
En. Ahmad Tarmizi Bin Jusoh (Peguam),
En. Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy bin Wan Mohar (Timbalan Rektor Akademik),
En. Mohammad Rashdan Sulhi bin Mohd Latzfi (Pendaftar KITAB),
Ustazah Khadijah Binti Mohd (Ketua Jabatan Pengurusan Akademik),
Ustaz Mohammad Aisamuddin bin Hj Akob (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),
En. Mohd Zameer Bin Abdul Talib (Penolong Bendahari dan menjalankan tugas Bendahari).

Ahli Lembaga Pengelola KITAB yang baharu dilantik adalah:
Prof. Dr. Munirah Binti Ghazali (Pusat Pengajian Pendidikan USM),
Prof. Madya Dr. Sukki @Syauqi Bin Othman (Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi UPM).

LensaKITAB 13

15 JULAI 2021

Mesyuarat Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang Sdn. Bhd. Bil. 2/2021 telah diadakan secara hibrid iaitu

kehadiran bersemuka dan dalam talian demi melangsungkan gerak kerja dan tadbir urus KITAB secara terancang

dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

28 JULAI 2021

Y.Bhg. Sahibus Samahah Dato’ Seri

Dr. Hj. Wan Salim bin Wan Mohd

Noor (Mufti Kerajaan Negeri Pulau

Pinang) telah mempengerusikan

Mesyuarat Lembaga Pengelola

KITAB Pulau Pinang secara maya.

LensaKITAB 14

Lensa

HAL EHWAL AKADEMIK

5 MAC 2021
Bengkel Analisis 'Outcome - Based Education
(OBE) telah disampaikan oleh Tuan Hj.
Anassuzastri Bin Ahmad (Pengarah Pusat
Pengurusan Akademik, UniSHAMS) dan En.
Zulhazlin Bin Abas (Timbalan Pengarah Pusat
Pengurusan Akademik, UniSHAMS). Bengkel ini
memfokuskan kepada kualiti pengajian yang
digariskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

23 & 24 APRIL 2021
Audit Pematuhan Akreditasi Penuh secara Virtual Audit (MQAVA) telah diadakan bersama panel-panel yang dilantik
oleh pihak MQA bagi program Diploma Kewangan dan Diploma Syariah manakala program Diploma Tahfiz Al Quran
telah diaudit oleh panel MQA tanpa MQAVA. Hal ini adalah untuk membuktikan program-program tersebut
memenuhi kriteria pematuhan yang ditetapkan oleh MQA.

19 JULAI 2021

Mesyuarat khas Senat telah diadakan secara

virtual yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.

Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB). Turut

hadir bersama adalah Pendaftar KITAB, Ketua-

Ketua Pusat Pengajian, Ketua Pusat

Pengembangan dan Kelestarian Institusi (PPKI),

Ketua Pusat Komunikasi Korporat dan

Pemasaran (PKKP), Ketua Jabatan Bendahari,

Ketua Pusat Jaminan Kualiti (PJK) dan

Pustakawan KITAB.

LensaKITAB 15

Lensa

HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (HEPA)

11 FEBRUARI 2021
Tazkirah Maghrib dan Bacaan Yasin anjuran Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) KITAB yang dijalankan secara dalam talian melibatkan kakitangan
dan pelajar KITAB.

13 APRIL - 12 MEI 2021
Program Kasih Ramadhan adalah satu program inisiatif yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni (JHEPA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB. Program Kasih Ramadhan ini juga telah
dilaksanakan dengan kerjasama daripada Unit CSR Al-Ikhsan dengan mengedarkan pek bantuan bahan makanan
kepada keluarga para pelajar dan masyarakat luar KITAB yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Sumbangan ini
berlangsung sepanjang bulan Ramadhan 1442.

LensaKITAB 16

29 APRIL 2021
Ceramah Nuzul Al-Quran adalah kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB dan
Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Malaysia (AMAR). Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz
Muhammad Aiman Bin Subri secara dalam talian kepada kakitangan dan pelajar KITAB.

20 JULAI 2021
Bacaan Surah Al-Mulk dalam talian kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KITAB bersama
Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Malaysia (AMAR) melibatkan kakitangan dan pelajar KITAB.

LensaKITAB 17

Lensa

engagement & networking

10 FEBRUARI 2021
Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) telah
mempengerusikan perbincangan kerjasama Kolej Islam Teknologi
Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dengan Yayasan Islam Pulau
Pinang (YIPP).

15 FEBRUARI 2021

Satu mesyuarat di antara KITAB-WAKAF

PULAU PINANG dengan MAHA Shariah

telah diadakan secara dalam talian

yang dihadiri oleh Prof. Dr. Mohamad

Abdul Hamid (Rektor KITAB) dan Tuan

Hj. Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai

Eksekutif Wakaf Pulau Pinang).

Mesyuarat diadakan untuk

membincangkan kerjasama strategik

Wakaf Pengajian Tinggi KITAB. Turut

hadir bersama adalah En. Tarmizi Bin

Jusoh (Ahli Lembaga Pengarah KITAB)

dan Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin

Hj Akob (Ketua Pusat Pengembangan

dan Kelestarian Institusi).

LensaKITAB 18

8 APRIL 2021
Pertemuan di antara Rektor KITAB, Pengarah
JAHEIPP, Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau
Pinang, Pegawai-Pegawai JAHEIPP dan Pegawai-
pegawai BIMB Zon Utara bersama Tuan Mizan Bin
Masram (Chief Business Officer Bank Islam Kuala
Lumpur). Pertemuan ini telah membincangkan
tentang beberapa peluang kerjasama di antara
BIMB dengan agensi-agensi Islam di Pulau Pinang.

10 JUN 2021
Mesyuarat Penerokaan Potensi Kerjasama antara
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau
Pinang dengan Kolej Universiti Islam Selangor
(KUIS) telah diadakan secara virtual. Antara
pencapaian perbincangan adalah kerjasama
dalam (3) bidang utama iaitu kerjasama akademik,
penyelidikan & penerbitan serta aktiviti pelajar
antara kedua-dua Pusat Pengajian Tinggi Islam ini.

10 MEI 2021
Mesyuarat kerjasama di antara Wakaf Pulau Pinang, Kolej Islam
Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dengan MAHA
Shariah berkaitan Wakaf Pengajian Tinggi KITAB (WPTK).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mohamad
bin Abdul Hamid (Rektor KITAB). Turut hadir bersama dalam
mesyuarat ini ialah Tn. Hj Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai
Eksekutif Wakaf Pulau Pinang) dan En. Zawawi dari MAHA
Shariah beserta pegawai-pegawai.

28 April 2021

Perbincangan dan penerokaan potensi

kerjasama Akademik di antara KITAB yang

diketuai oleh Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul

Hamid (Rektor KITAB) bersama wakil Universiti

Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Prof. Dr. Irwan

Bin Mohd Sobri (Pengarah Besar International

Fatwa and Halal Centre (iFFAH)). Turut serta di

dalam perbincangan ini secara virtual adalah

wakil-wakil USIM daripada Fakulti Shariah dan

Undang-Undang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat

serta Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

LensaKITAB 19

28 April 2021
Majlis Iftar yang telah dihadiri oleh Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) dan Tuan Hj. Rosidi Bin
Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang) bersama-sama ahli Mesyuarat Syura Kerajaan Negeri
Pulau Pinang, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Bt. Ya’akub dan Prof. Dr. Wan Kamal Mujani (Dekan Fakulti
Pengajian Islam UKM) di Bangi Convention Center, Bandar Baru Bangi, Selangor. Satu perbincangan
diadakan berkaitan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang Syariah dan Ekonomi Islam. Turut
dibincangkan juga berkenaan kerjasama program keusahawanan untuk pelajar-pelajar KITAB bersama
Presiden Dewan Peniagaan Islam Malaysia (DPIM) Y.Bhg. Tuan Hj. Sahar Mat Din.

1 JULAI 2021
Satu perbincangan Kerjasama Akademik antara KITAB dengan USIM yang memfokuskan kepada tiga bentuk
kerjasama iaitu dalam bidang akademik, penyelidikan dan penawaran kursus-kursus jangka pendek telah diadakan
secara virtual. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Radhi Bin Ibrahim (Timbalan Naib Canselor
Akademik dan Antarabangsa) dan turut dihadiri oleh pihak USIM yang terdiri daripada:
Prof. Madya Dr. Mohd Zuhdi Bin Mohd Amin (Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah),
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh (Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang),
Prof. Dr. Muhammad Ridwan Bin Ab Aziz (Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat),
Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Binti Ahmad Khair (Pengarah Pusat Jaminan Kualiti).
Pihak KITAB telah diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB). Perbincangan ini turut
dihadiri oleh:
Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin Hj Akob (Ketua Pusat Pengembangan dan Kelestarian Institusi),
Ustazah Khadijah Binti Mohd (Ketua Jabatan Pengurusan Akademik),
Ustazah Malyanah Solehah Binti Mohamad Shukor (Ketua Pusat Jaminan Kualiti),
En. Mohd. Ikhmal Bin Fadzil (Penyelaras Unit Lestari).

LensaKITAB 20

Lensa

SUMBER MANUSIA

6 -7 APRIL 2021
Bengkel Pengurusan Organisasi dan Kakitangan Bertaraf Dunia telah dikelolakan oleh Tuan. Hj. Ariffin daripada ABH
Inspire Global Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Utama KITAB. Bengkel ini dirasmikan oleh Dr. Roslan Bin Ahmad (Pengerusi
Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang Sdn Bhd). Seramai 40 orang kakitangan KITAB yang terlibat dan terdiri daripada
staf akademik serta pentadbiran.

12 APRIL 2021
Bengkel Penetapan Petunjuk Prestasi Kakitangan dan Bidang Keberhasilan Utama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa
(KITAB) Pulau Pinang 2021/2022 telah diadakan di Hotel The Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Bengkel ini telah dihadiri
oleh 24 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Pusat Pengajian, Ketua-Ketua Jabatan, penyelaras unit,
pensyarah, kaunselor dan staf pentadbiran bagi membincangkan tentang pematuhan kriteria MyQuest dan Petunjuk
Prestasi Utama kakitangan KITAB.

LensaKITAB 21

Lensa

PEMASARAN & KORPORAT

8 JANUARI 2021
Majlis Perasmian Jelajah Khaira Ummah 2030 siri 5
oleh YB. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul
Rahman (Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
merangkap YDP MAINPP). Ceramah berkaitan
"Masjid Aya Sofya & Kebangkitan Umat Islam"
disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Penolong
SUA, Union of NGOs of Islamic World (UNIW).

8 JUN 2021
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) telah memberikan taklimat kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Seberang Perai Utara dan Pengetua-Pengetua Sekolah sekitar Daerah Seberang Perai Utara
berkenaan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Antara intipati taklimat adalah sesi
pengambilan pelajar baharu ke KITAB, penawaran kerjasama KITAB dengan sekolah-sekolah sekitar Pulau
Pinang dan keistimewaan-keistimewaan yang disediakan oleh pihak KITAB kepada para pelajar.

LensaKITAB 22

KITAB @VIRTUAL KITAB @MUTIARA FM

LensaKITAB 23

Lensa

UMUM

9 - 11 FEBRUARI 2021
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) sebagai Pembentang Jemputan dalam International Research
Conference on Shariah Compliant Industries anjuran bersama Kolej Profesional Baitulmal dan Kolej Islam Teknologi
Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, ISDEV USM, UKM dan UNISSA. Sekalung tahniah kepada Rektor KITAB dan warga
KITAB atas keterlibatan dalam penyelidikan dan persidangan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

8 MAC 2021
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) bersama Tn. Hj. Rosidi Bin Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf
Pulau Pinang) telah menandatangani pembukaan akaun baharu WPP- Wakaf Pengajian Tinggi KITAB dengan kerjasama
Affin Islamic Bank yang diwakili oleh Senior Relationship Manager, Northern Region, En. Rosli bin Suparlan. Pembukaan
akaun utama ini amat penting bagi menjamin kelestarian KITAB seterusnya menjana dana bagi perancangan
Pembangunan 'New Campus City' KITAB di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang. Penerokaan terbaru ini adalah
bagi melestarikan KITAB melalui instrumen Wakaf.

LensaKITAB 24

24 FEBRUARI 2021
Mesyuarat pertama Seminar Wakaf Pengajian Tinggi 2021 sempena Majlis Pelancaran Wakaf Pengajian Tinggi KITAB
telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh
penganjur bersama seminar iaitu Tn. Hj. Rosidi bin Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf Pulau Pinang) beserta
pegawai-pegawainya.

5 APRIL 2021
Penyerahan buku dan Al-Quran wakaf oleh
Wakaf Pulau Pinang (WPP) kepada KITAB
untuk ditempatkan di ZPP-WPP Corner@KITAB
dan Quranic Lab@KITAB. Penyerahan tersebut
telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif Wakaf Pulau Pinang, Y.Bhg. Tuan
Haji Rosidi bin Hussain kepada Prof. Dr.
Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor Kolej Islam
Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

LensaKITAB 25

6 APRIL 2021
Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) bersama Tuan Hj. Rosidi Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif
Wakaf Pulau Pinang) telah membentangkan Kertas Kerja berkaitan Ju'alah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri Pulau Pinang Bil 2/2021. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yg Bhg Sahibus Samahah Dato' Seri Wan
Salim Bin Wan Mohd Noor (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang) di Hotel Ixora, Prai, Pulau Pinang.

10 APRIL 2021
Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid (Rektor KITAB) telah menghadiri Program Induksi Susulan Khaira Ummah
2030 Anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang berlangsung di Hotel Park Royal, Batu
Feringgi, Pulau Pinang. Gagasan Khaira Ummah yang meletakkan sasaran 10 tahun (2020-2030) adalah untuk
menaiktaraf umat Islam secara khususnya di Pulau Pinang. Matlamat Gagasan Khaira Ummah dalam Kluster
Hikmah adalah menjadikan KITAB sebagai Universiti Islam di Pulau Pinang berasaskan wakaf menjelang 2030.

LensaKITAB 26

17 & 18 JULAI 2021
PARTICIPATION AT THE IIIT ONLINE WORKSHOP ON DEVELOPMENT OF SUSTAINABLE

PRIVATE ISLAMIC EDUCATIONAL INSTITUTIONS
The International Institute of Islamic Thought (IIIT) for East and Southeast Asia, based in Kuala Lumpur, organized
a regional workshop on “Developing Sustainable Private Islamic Educational Institutions in the Muslim
Countries/Communities” from 17th to 18th July 2021 through Zoom (online platform). Kolej Islam Teknologi
Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang was invited with about more than 400 participants from Malaysia, Indonesia,
Brunei, Thailand, Cambodia, Philippines, Singapore, Myanmar, Hong Kong and other countries to participate in
this program. Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, the Rector of KITAB was a Moderator for Session III of the
Workshop: Managing Human Resources - Attracting and Retaining Quality Human Resources.

25 JULAI 2021
Sesi taklimat hari silaturrahim bersama pelajar-pelajar baharu KITAB sesi Julai 2021 telah disampaikan oleh
Ketua - Ketua Pusat Pengajian, Ketua Jabatan Pengurusan Akademik, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ketua
Jabatan Bendahari dan Kaunselor. Sesi taklimat ini diakhiri dengan ucapan Prof. Dr. Mohamad Bin Abdul
Hamid (Rektor KITAB) berkaitan hala tuju KITAB kepada pelajar - pelajar berkenaan.

LensaKITAB 27

Memacu Legasi Tarbiah
Ke Arah Melahirkan Ulul Albab

kitab.edu.my Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, kitabpulaupinang
Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Pulau Pinang
No Tel; 04-8351688
No Faks: 04-8351689

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi


Click to View FlipBook Version