ISTIADAT
PANDU PUTERI
TUNAS
Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin
oleh pemimpin (kakak setia / Siti Setia) setiap
kali terdapat perjumpaan pasukan . Peralatan
yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri.
Cara ahli masuk membentuk lingkungan
adalah secara rekaan iaitu menggunakan
tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa
istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan
lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara
rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng PP
Tunas.
SIANTAN -
SIANTAN DATANG BERKAWAN,
BERANI MACAM PAHLAWAN
MELOR - MELOR TAAT DAN SETIA
BERUSAHA SETIAP MASA
KENANGAN - KAMI BERNAMA KENANGA
BERJASA BERTENAGA
CEMPAKA - CEMPAKA BERSUKA RIA
MENOLONG ORANG DUKA
TERATAI -
TERATAI NAMA KAMI BEKERJA
TIAP HARI
KESIDANG - KAMI KESIDANG DATANG
MENOLONG PAGI PETANG
Lagu Pandu Puteri Lagu kumpulan Lagu Lonceng Pandu
Tunas Siantan datang berkawan Puteri Tunas
Berani macam pahlawan
Oh Tuhanku seruan
Puteri Tunas bertujuan
hambamu
Menolong dan
berkawan Melor taat dan setia Beri kami nikmat
Berusaha setiap masa sepanjang hayat
Selamat tinggal / Malam
Lagu Ahli Baharu Kami bernama Kenanga (3x)
Berjasa bertenaga
Ahli baharu suka hati
Menjadi Puteri Tunas
Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka
Bunga Teratai nama kami
Bekerja setiap hari
Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang
Istiadat Lingkungan Tunas
Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan
pennant ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan
membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang
sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu
persatu.
Arahan : Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan
dengan kumpulan......
Respon : Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi
pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar ( yang akan terbentuk
setelah enam kumpulan mengambil tempat)
Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli
berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas.
Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagi PP Tunas.
Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik
bagi ahli membentuk satu lingkungan besar .
Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ’humming’
lagu kumpulan ”na na na na.....” . Ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil disekeliling
penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.
Setelah selesai ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan
besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli
sekali lagi ’humming’ lagu kumpulan.
Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli
pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai
dan menyanyikan lagu PP Tunas.
Setelah selesai menyanyikan lagu PP Tunas dan berskip, semua ahli berhenti,
lepaskan tangan dan berdiri tegak .
Pemimpin : akan sebut perkataan ’T.O.S’ sekali
Ahli : Tangan dalam keadaan hormat ( aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali .
Setelah selesai serentak turunkan tangan.
Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat,
memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain.
Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam dalam
kuda.
Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu
Setelah semua kumpulan berenam membentuk
lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke
tengah penant dan duduk bertinggung.
Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan,
ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan
lagu ahli baharu sambil skip ke kiri dan kanan.
Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka.
Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai
menyanyikan lagu PP Tunas.
Penutupan perjumpaan mingguan
Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan
menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan
menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk
lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Lonceng.
Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing masing. Pemimpin
boleh memberi arahan ’keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam
kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan.
Ringkasan mengendalikan istiadat Lingkungan Tunas.
Pemimpin tentukan tempat & tema – Pemimpin beri arahan kumpulan bentuk
lingkungan—Kumpulan masuk secara rekaan mengelilingi penant dan membuat
lingkungan besar –ahli baharu masuk dan duduk bertinggung---lagu PP Tunas
dalam lingkungan besar ---lepas tangan –kumpulan masuk membuat lingkungan
dan menyanyikan lagu kumpulan – ahli baharu pegang tangan & skip –ahli baharu
masuk kumpulan berenam—semua ahli pegang tangan dan menyanyikan lagu PP
Tunas beramai-ramai –hormat T.O.S—pemeriksaan kebersihan & kutipan—tutup
lingkungan.
POW WOW
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan,
mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan
oleh pemimpin.
Cara melaksanakan :
Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow
Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow
Wow berulang kali
Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut
Pemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberi
pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab (3 jari)
Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan
tunjukkan isyarat seperti gengam jari : tidak setuju / buka gengaman (setuju)
Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian.
Apabila selesai pow wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai.
Hormat Besar
Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan
orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan.
Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak dibawah dagu seperti kuntum
bunga yang belum berkembang.
Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli lain
Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga
yang tertutup beransur-ansur berkembang.
Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali
sambil mengucap ” selamat datang ”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan
empat kali dan menyebut ” selamat datang” .
Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman
Ahli boleh menyanyikan lagu ’Selamat Datang”
LAGU SELAMAT DATANG
Selamat datang tuan/puan
Selamat datang tuan/puan
Selamat datang kami ucapkan
Selamat datang tuan/puan