BUKU SKRAP DIGITAL ANTIDADAH #LEBIH BAIK CEGAH: Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara
Biodata Murid Nama : Zara Sofea Binti Mohd Kamal Al Maamur Nama sekolah : SMK Petra Jaya Kod sekolah : YEA1301 Tingkatan : 3B Guru pembimbing : Siti Jauyah Binti Jaranee Jawatan guru : Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Siti Jauyah Zara Sofea
Isi Kandungan • Biodata Murid dan Guru • Pengenalan • Definisi • Kebaikan menghindari dadah • Keburukan mengambil dadah • Penutup
KENALI DADAH • Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. • Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.
DEFINISI Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat, merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan, kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna Alkohol ialah cecair yang mudah dan memberi kesan memabukkan kepada seseorang jika diminum secara berlebihan Tahukah anda definisi tersebut?
Rokok ialah tembakau yang dibaluti dengan kertas dan apabila seseorang menghisap rokok, individu tersebut boleh menghembuskan asap yang dikeluarkan dari paru-paru melalui mulut dan hidung. Terdapat lebih 7,000 bahan kimia yang digunapakai untuk menghasilkan sebatang rokok seperti bahan cat, racun,kadmium dan bahan pelarut toluena Vape ialah suatu alat yang berfungsi seperti rokok namun tidak menggunakan ataupun membakar daun tembakau. la mengubah cairan menjadi wap yang dihisap oleh perokok ke dalam paru-parunya Rokok elektrik umumnya mengandungi nikotin, zat kimia lain serta perasa/flavour dan bersifat toksik/ racun
Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan bahan mudah meruap (volatile). Inhalan disalahgunakan untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. HIV merupakan singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, HIV adalah virus yang mengambil alih sel-sel sistem kekebalan tertentu untuk membuat banyak salinan dirinya sendiri. Penyebaran HIV lambat tetapi malar kerosakan pada sistem kekebalan tubuh. AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome. AIDS adalah kondisi didiagnosis bila ada sekumpulan gejala berkaitan yang disebabkan oleh jangkitan HIV parah. AIDS akan menjadikan tubuh pesakit semakin lemah
Kebaikan Menghindari Dadah Kesihatan terjaga dan lebih terjamin tanpa pengambilan dadah. Cergas dalam melakukan apa-apa sahaja aktiviti. Contohnya ialah bersukan. Emosi terkawal dan tiada tekanan. Dapat meluangkan masa dengan keluarga tercinta.
Keburukan Mengambil Dadah Sanggup menjatuhkan maruah dan memalukan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok, alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menjejaskan kesihatan Perbuatan perokok membuang puntung rokok yang masih menyala boleh menyebabkan kebakaran yang besar
Penutup Dadah memberikan impak negatif terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Setiap golongan dalam masyarakat perlu berganding bahu bagi menyelesaikan masalah ini. Setiap agama melarang umatnya melakukan keburukan begitu juga isu dadah. Kesimpulannya, sebagai generasi muda pewaris negara, kita perlulah bijak mencari kawan dan berusaha untuk selalu mengatakan TIDAK kepada DADAH kerana DADAH MUSUH NO 1 NEGARA.