The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zufayrisyakir722, 2021-06-16 23:08:22

Buku Program Virtual Showcase IPGKTB 2021

Buku Program

VIRTUAL SHOWCASE

KAPASITI PEDAGOGI
PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)

TARIKH : 18 JUN 2021 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI – 12.35 TENGAH HARi
MEDIUM : GOOGLE MEET / FACEBOOK LIVE

“PEMBELAJARAN BERMAKNA PEMANGKIN
PENDIDIKAN BERKUALITI”

“Pembelajaran bermakna teras
transformasi pendidikan
negara”
(petikan ucapan KPPM)

“IPGM sebagai peneraju
Kapasiti Pedagogi

Pembelajaran Bermakna”
(Petikan Ucapan Rektor IPGM)

KATA ALU-ALUAN

ENCIK MOHD SAAT BIN ABAS

PENGARAH IPGK TUANKU BAINUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
keiizinanNya, dapatlah kita berhimpun dalam satu majlis yang bersejarah iaitu
Program Showcase Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) peringkat
IPGK Tuanku Bainun. Terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa
KPPB, pensyarah dan semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan Showcase pada
hari ini. Kejayaan dalam melaksanakan program ini sebenarnya telah memberi
peluang kepada guru pelatih untuk menimba pengalaman dan mengambil manfaat
daripada program ini.

Apa yang terpamer menerusi showcase ini sebenarnya bukanlah perkara mudah,
tetapi menggambarkan usaha dan impak positif proses pembelajaran pelajar
sepanjang semester ini. Anda sangat hebat khususnya dalam mengharungi cabaran
pendidikan secara online selain meneroka pembelajaran bermakna. Saya pasti
bahawa penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang bakal dipersembahkan hanya
sebahagian kecil daripada apa yang telah anda perolehi daripada sesi PdPR. Jadikan
ini sebagai medium untuk membina jati diri seorang pendidik di samping belajar
bersama rakan pembelajaran dalam pelbagai bidang pengkhususan. Saya berbangga
dengan bakat,kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan oleh semua pelajar
yang terlibat dalam program ini. Oleh itu, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan
kepada para pensyarah yang telah membimbing pelajar untuk meneroka ilmu baharu.

Sepertimana yang kita sedia maklum, kapasiti pedagogi guru ini merangkumi Rakan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital dan amalan pedagogi.
Pelaksanaan KPPB adalah berlandaskan pada teras pembelajaran bermakna dan
kemenjadian murid yang terdapat dalam Teras TS25. Pembelajaran bermakna ialah
apabila pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran isi kandungan untuk
meneroka dan mencipta pengetahuan dan kemahiran yang baharu. Kemudiannya, ia
dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah di dalam kehidupan. Kompetensi
Global 6C juga ditekankan dalam pembelajaran bermakna dimana ia terdiri daripada
Character (Sahsiah) ,Citizenship (Kewarganegaraan) , Collaboration (Kolaboratif)
Communication (Komunikasi) ,Creativity (Kreativiti) dan Critical Thinking (Pemikiran
Kritis)

Seterusnya, Pemanfaatan Digital juga adalah salah satu model KPPB.
Penggunaan teknologi digital dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah dapat memacu, membugar dan sebagai nilai tambah terhadap
pembelajaran pelajar. Pembelajaran Bermakna juga menekankan kolaborasi
yang kompleks dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, serta perhubungan
baharu pembelajaran dalam kalangan pelajar, guru, keluarga dan juga komuniti.
Hubungan kolaboratif ini dapat merealisasikan pemanfaatan digital dalam
konteks pembelajaran bermakna. Akhir sekali, semoga showcase seperti ini
akan terus memberi semangat kepada semua bagi meneruskan pelaksanaan
KPPB demi membentuk kemenjadian murid. Dengan lafaz
Bismillahhirrahmanirrahim…..saya merasmikan/melancarkan Showcase KPPB

.peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun

Sekian,

Selamat Maju Jaya,

ENCIK MOHD SAAT BIN ABAS
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA DR. ROSLI BIN YACOB

TIMBALAN REKTOR KANAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Assalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha,

Encik Mohd Saat bin Abas ,

Pengarah IPGK Tuanku Bainun.

Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat

Timbalan Pengarah IPGK Tuanku Bainun.

JK Pengelola Showcase KPPB IPGK Tuanku Bainun

Ketua-ketua Jabatan, para pensyarah, panel jemputan, pasukan pembentang
showcase seterusnya warga IPGK Tuanku Bainun sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua dapat kita berhimpun dalam
satu majlis yang bersejarah, iaitu Majlis Perasmian Penutup SHOWCASE
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) peringkat IPGK
Tuanku Bainun ini.Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
menjayakan showcase ini. Tidak lupa juga kepada semua yang hadir bagi sama-
sama menyaksikan perasmian satu lagi mercu tanda kebanggaan warga IPG
Kampus Tuanku Bainun dalam menjayakan KPPB. Showcase KPPB yang
dilaksanakan secara maya ini menjadi salah satu lambang kehebatan
IPGKTB/IPGM dalam mendidik dan melahirkan guru-guru yang akan
merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa sedar bahawa peranan IPGM
amat penting demi mencapai jangkaan dan harapan masyarakat semasa terhadap
agenda pendidikan yang sentiasa berubah, apatah lagi dengan cabaran pandemik
Covid-19 ini. Saya berbangga dan berterima kasih kepada warga pensyarah serta
staf pelaksana yang bekerjasama secara profesional bagi menjayakan program
seumpama ini. Hal ini sudah tentu mampu menjadi contoh kepada siswa pendidik
kita. Perkongsian Showcase KPPB secara maya ini akan bertindak sebagai
penggerak kepada proses membudayakan semangat juang yang tinggi bagi
mendepani cabaran pendidikan secara global, selain mampu melahirkan insan guru
yang beriltizam tinggi, berdedikasi, dan berjiwa proaktif. Peranan ini amat besar
maknanya dalam memastikan visi dan misi sistem pendidikan di Malaysia dapat
dicapai. Semangat juang dan komitmen sebeginilah yang perlu ada dalam diri
setiap warga pendidik kita.

Pemerkasaan Kapasiti Pedagogi secara bermakna perlu lebih berfokus kepada
membangunkan modal insan serta menjamin kemenjadian murid sebagaimana yang
digariskan dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Siswa pendidik mestilah
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah
secara berterusan. Oleh itu, showcase seperti ini dapat dijadikan contoh. Akhir kata,
sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan pengurusan IPGK
Tuanku Bainun, Jawatankuasa Pengelola KPPB, pensyarah-pensyarah dan seluruh
siswa pendidik IPG atas usaha untuk menjayakan SHOWCASE KPPB ini. Selamat
maju jaya, tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan
kecemerlangan pendidikan perguruan demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini
sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.
Saya dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan SHOWCASE
KPPB IPGK TUANKU BAINUN.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YANG BERBAHAGIA DR. ROSLI BIN YACOB

TIMBALAN REKTOR KANAN,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA.

PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk mempamerkan potensi pelajar setelah mengaplikasi Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) sepanjang semester pertama 2021. KPPB
merupakan peneraju pembelajaran bermakna yang diperkenalkan oleh Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) seterusnya menjadi lambang kehebatan pedagogi warga IPGM.
Selain itu, Virtual Showcase ini juga menjadi salah satu mercu tanda kehebatan siswa
pendidik dalam usaha memantapkan kurikulum latihan guru melalui pelaksanaan
pembelajaran secara bermakna. Siswa pendidik turut diberi peluang berkongsi
kefahaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan secara
interdisiplinari. Secara tidak langsung, penerokaan pembelajaran menerusi Model KPPB
dapat menjayakan aspirasi pedagogi yang dihasratkan oleh Institut Pendidikan Guru
Malaysia dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan bertaraf dunia.

OBJEKTIF KPPB :

1. Memantapkan kompetensi pensyarah dan siswa pendidik melalui aplikasi Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna.

2. Memperkasakan amalan pedagogi yang berteraskan elemen kompetensi Global 6C
dalam kalangan pensyarah dan siswa pendidik.

3. Menyediakan medium perkongsian pengalaman pembelajaran dan refleksi siswa
pendidik berasaskan model KPPB seperti pemanfaatan digital serta rakan
pembelajaran.

4. Membangunkan jati diri siswa pendidik, keyakinan dan kefasihan dalam bahasa
yang dipelajari melalui persembahan projek yang dihasil.

LAGU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja

Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Masa Negara tercinta

Berwibawa, berintegriti
Keunggulan peribadi
Beteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati

Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang, berakhlak mulia
Mendukung Visi, Misi IPG

LAGU KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM

Penasihat JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi
Penolong Pengerusi Encik Mohd Saat bin Abas
Penyelaras Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

Dr. Mohamad Fadzil bin Che Mat
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

Encik Abd Shukor bin Abdulullah
Ketua Unit Pembangun & Latihan

Dr. Noor Miza bt Abdul Rahman

Penolong Penyelaras Dr. Hashima bt Sulaiman

Setiausaha Dr. Rashidah bt Md Hassan

Pengurus Projek Dr Salina bt Mokhtar

Ahli Jawatankuasa Ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran

Dr. Zabedah bt A. Aziz

Dr. Sajap bin Maswan

Dr. Shuhaila bt Hurmuzan

Staf UTM

Staf UPL

Pengacara Majlis -Sdr. Nadiah Nabilah bt Roshidi
-Sdr. NurFatin Fakhira bt Norli
Moderator Sidang
Pembentangan Pelajar -Sdr. Ikhwan Syazwan bin Abdul Rahim
Pembaca Doa -Sdr. Siti Munirah bt Shamsulbahari

-Sdr. Muhammad Naim bin Abdul Hamid

PANEL PENILAI

1. YBrs. Dr. Kartini bt Abdul Mutalib
(Timbalan Pengarah IPGKSAH)

2. YBrs. Dr. Abdul Hadi bin Mat Rawi
(Pensyarah Cemerlang Gred Khas C IPGKI)

3. YBrs. Dr. Hj Abdul Razak Othman
(Mantan Pensyarah Cemerlang Gred Khas B IPGKPP)

4. YBrs. Dr. Mahaya bt Salleh
(PKJ Ilmu Pendidikan IPGKDA)

5. YBrs. Puan Nor Azlifah bt Zulkafali
(Penyelaras KPPN IPGKBM)

MASA ATURCARA MAJLIS
7.50 PAGI
8.20 PAGI PERKARA

9.20 PAGI Pendaftaran peserta

11.40 PAGI  Ucapan pengerusi
 Bacaan doa
12.10 TENGAH  Ucapan Tuan Pengarah
HARI  Tayangan video montaj KPPB IPGKTB
12.35 TENGAH  Ucaptama KPPB : Dr Razila Aw Kamaludin
HARI
“KPPB Peneraju Pembelajaran Bermakna”
 Nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia”

 Pembentangan showcase KPPB:
Kumpulan 1 : 2 PISMP Pengajian Tamil(A)
Kumpulan 2 : 2 PISMP TESL
Kumpulan 3 : 2 PISMP Pendidikan Seni

 Tayangan video : Aktiviti pembelajaran Prasekolah Mithali
Kumpulan 4 : 2 PISMP Pengajian Islam
Kumpulan 5 : 2 PISMP Pengajian Melayu
Kumpulan 6 : 2 PISMP Pengajian Cina
Kumpulan 7 : 2 PISMP Pengajian Tamil (B)

 Tayangan video : Suara Pensyarah
I. Suara pengarah IPGKTB
II. Suara ketua jabatan
III. Suara pensyarah

 Penilaian/Ulasan Panel Penilai:

1. YBrs. Dr Abdul Hadi Bin Mat Dawi (IPG Ipoh)
2. YBrs. Dr Kartini Binti Abdul Mutalib (IPGKSAH)
3. YBrs. Dr Mahaya Binti Salleh (IPG Darul Aman)
4. YBrs. Dr Hj Abdul Razak Bin Othman, Mantan

Pensyarah Cemerlang Gred Khas b, IPGK Pulau Pinang
5. Puan Norhayati (IPGK Teknik)

 Ulasan keseluruhan oleh Dr Abdul Razak Othman

 Perkongsian Suara Pelajar
 Tayangan video Suara Pensyarah
 Ucapan perasmian penutup

Oleh YBhg Dr Rosli bin Yacob (TRK IPGM)
 Tayangan dan nyanyian lagu IPGM
 Ucapan penutup oleh pengacara

 Showcase KPPB tamat

SENARAI PESERTA

VIRTUAL SHOWCASE KPPB

IPGK TUANKU BAINUN 2021

KUMPULAN 1: 2PISMP PENGAJIAN TAMIL (A)

1) YANNUSHAA A/P PRABHU
2) KAUSALYAH A/P NATHAN
3) SELVADRASHNI A/P N SALAVAKUMAR
4) BALANIROSHINI A/P THAMIL SELVAN
5) THURGASHEENI A/P SINNADURAI

KUMPULAN 2: 2PISMP PENGAJIAN TESL

1) CHARU MANASI A/P SANTHIRAKUMAR
2) NUR FARHANA SYAHIRAH BINTI MOHD ASNAWI
3) NUR UMMI SYAFIAH BINTI MOHD RIDUAN
4) TEH ENG FOO

KUMPULAN 3: 2PISMP PENGAJIAN SENI

1) MUHAMMAD AMIRUL BIN ABU HASSAN
2) MUHAMMAD HARITS BIN ILIAS
3) NOR SYAFIQAH INSYIRAH BINTI MOHAMAD

ISHAK
4) IKHWAN SYAZWAN BIN ABDUL RAHIM
5) BATRISYA NUR BINTI MAHPUD
6) NUR SHATIRAH BINTI MOHAMAD LUTHFI

SENARAI PESERTA

VIRTUAL SHOWCASE KPPB

IPGK TUANKU BAINUN 2021

KUMPULAN 4: 2PISMP PENGAJIAN ISLAM

1) MUHAMMAD SYAKIR ZUFAYRI BIN SABRAN
2) AUFA BINTI ABDUL RAHIM
3) SITI BALQIS BINTI ABDUL HALIM

KUMPULAN 5: 2PISMP PENGAJIAN MELAYU
1) EFFAH NURSYAHIRAH BINTI ROSLI
2) NURUL ATHIRAH BINTI ZAKARIA
3) AHMAD AS SYAFIE BIN SAHROF
4) NURHASLINDA BINTI HARIFIN
5) ROHAIFI AZRI BIN AHMAD

KUMPULAN 6: 2PISMP PENGAJIAN CINA
1) ALICE LAI WAN YUNG
2) LIM XIN HUI
3) TEE YEE WEN
4) YAP TZE LUN
5) KELVIN KIU CHYI LUNG

KUMPULAN 7: 2PISMP PENGAJIAN TAMIL (B)
1) PRIYATHARISINI A/P PANDIYAN
2) ANUPRIYA VADIVEL
3) RATHINI A/P MOHAN
4) MOGANA A/ P MAHENDRAN
5) TAAMODARAN A/L NANTHA KUMARAN

SENARAI PENSYARAH PEMBIMBING

VIRTUAL SHOWCASE KPPB

IPGK TUANKU BAINUN 2021

1) DR SALINA BT MOKHTAR
2) DR HASHIMA BT SULAIMAN
3) DR NOR HAYATI BT MUSA
4) DR NOOR MIZA BT ABDUL RAHMAN
5) DR. RASHIDAH BINTI MD HASAN
6) DR NAZIRAH BINTI RADIN SALIM
7) ENCIK MOHD HAFIZAN AB HALIM
8) ENCIK MANIMARAN A/L GOVINDASAMY
9) ENCIK SEGARAN MUTHAPPEN
10) PUAN JURINA BINTI IBRAHIM
11) PUAN HARYASINDRA BINTI MOHD YAKIN
12) PUAN DAYANG MAHERAN BINTI AHMAD



MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 1 : 2 PISMP Pengajian Tamil (A)

MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 2 : 2 PISMP TESL

MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 3 : 2 PISMP Pendidikan Seni

MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 4 : 2 PISMP Pengajian Islam

MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 5 : 2 PISMP Pengajian Melayu

MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 6 : 2 PISMP Pengajian Cina

MAKLUMAT PERKONGSIAN
PELAJAR

Kumpulan 7 : 2 PISMP Pengajian Tamil (B)

SEKALUNG PENGHARGAAN

YBhg Dr Rosli bin Yacob
Timbalan Rektor Kanan
Institut Pendidikan Guru Malaysia

YBrs Encik Mohd Saat bin Abas
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

YBrs Dr. Mohamad Fadzil bin Che Mat
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun

YBrs. Dr Razila binti Aw Kamaludin
Pegawai Penyelaras KPPB IPGM Pusat Kecemerlangan Akademik

Ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran
Jawatankuasa Pelaksana

Unit Pembangunan Latihan
Unit Teknologi dan Maklumat

Penaja Program Showcase

dan
Semua pensyarah, pelajar serta pihak yang terlibat dalam

menjayakan program ini.

Bergelut dunia dengan adaptasi,
Tatkala teknologi mendominasi kehidupan,
Pendidik berkualiti penjana transformasi,
Memacu kecemerlangan tanpa sempadan.


Click to View FlipBook Version