The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-10132, 2023-05-22 01:36:13

BUKU MESYUARAT PIBG 10

BUKU MESYUARAT PIBG 10

MOTO PIBG PIBG SMK JERLUN MEREALISASIKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN MOTO SEKOLAH SEDERAP MELONJAKKAN PRESTASI SEKOLAH MATLAMAT PIBG SMK JERLUN PIBG SEBAGAI AGENSI SOKONGAN KEPADA SEMUA PROGRAM PENINGKATAN SEKOLAH KE ARAH MERAPATKAN HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN KOMUNITI


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Sekapur Sirih Penasihat PIBG 1 2. Seulas Pinang YDP PIBG 2 3. Atur Cara Majlis 3 4. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 4 - 8 5. Laporan Kewangan PIBG 9 - 12 6. Notis Mesyuarat Agung PIBG 13 - 15 7. Agenda Mesyuarat Agung PIBG 16 8. Laporan Aktiviti PIBG Bersama Sekolah 17 9. Jawatankuasa Induk Mesyuarat PIBG 18 10. Catatan 19 11. Sekalung Budi 20


SEKAPUR SIRIH PENASIHAT PIBG SMK JERLUN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan inayah-Nya, kita dapat melaksanakan dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 ini. Sekalung budi dan tahniah diucapkan kepada AJK PIBG atas sokongan dan bantuan dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun sebagai sebuah sekolah yang cemerlang di Daerah Kubang Pasu khasnya dan seluruh Negeri Kedah amnya. Sesungguhnya dengan segala sokongan dan kerjasama pihak PIBG sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga serta sokongan moral, maka pelbagai program dapat dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum para pelajar di sekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun menggalas tanggungjawab dan harapan dari pelbagai pihak bagi merealisasikan objektif dan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai hasrat tersebut saya menyeru kepada warga pendidik, ibu bapa dan para waris agar menjadikan PIBG sebagai platform yang membolehkan tuan-tuan dan puan-puan bertemu untuk berkolaboratif, berdiskusi dan menjana idea bagi merealisasikan kecemerlangan pendidikan yang dicita-citakan, bak kata pepatah Melayu BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT. Akhir kata, saya mewakili warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya atas sumbangan semua pihak bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Semoga Usaha murni tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” "PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH GEMILANG" (NORRIDA BINTI ABD RASHID) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun 1


SEULAS PINANG YDP PIBG SMK JERLUN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayah-Nya, kita telah dipertemukan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 ini. Segalagalanya lahir daripada ketulusan dan keikhlasan serta komitmen yang jitu demi kepentingan dan kejayaan anak-anak kita. Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, saya yakin bahawa PIBG merupakan mekanisme yang amat penting dan berkesan dalam usaha menjayakan Sarana Ibu Bapa bagi merealisasikan kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia selaras dengan Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak PIBG sentiasa memberi dan mencurahkan segala bantuan dan sokongan sama ada dari segi moral atau material, agar pembinaan modal insan cemerlang mampu dilaksanakan dengan mampan dan jitu demi kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Semoga menerusi PIBG, kita dapat bersama-sama merealisasikan wawasan pendidikan negara dan juga impian melihat kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum melalui kerjasama yang mantap antara para waris dengan guru. Saya amat optimis dengan adanya perpaduan, permuafakatan serta keprihatinan antara pihak waris dengan guru-guru, kita mampu menjulang martabat anak-anak dan generasi kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata sebagai ibu bapa dan waris, segala usaha dan pengorbanan para guru amat kami hargai dan sanjungi. Sesungguhnya pengorbanan anda pasti diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” "PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH GEMILANG" (NOR AZEHAD BIN HJ HASIM) Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun 2


ATUR CARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN KALI KE-10 /2023 2.00 petang : Pendaftaran ibu bapa / penjaga 2.30 petang : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan doa : Ucapan Aluan oleh Yang Berusaha En Nor Azehad bin Hj Hasim, Yang Dipertua PIBG SMK Jerlun : Laporan oleh Yang Berusaha Pn Norrida bin Abd Rashid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Jerlun : Jamuan ringan Waris / Guru / Pelajar 3.15 petang : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 dimulakan. : Cabutan bertuah 5.30 petang : Bersurai 3


MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN KALI KE-9 TAHUN 2022 Tarikh : 29 Jun 2022 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Seri Pagi SMK Jerlun I. Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 1. Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Norazehad bin Haji Hasim mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 pada tahun ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para waris yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini. II. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 2. Puan Norma binti Abu Seman selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat kali kelapan tahun 2021. Cadangan pengesahan : Encik Samsuri bin Saibun Disokong oleh : Puan Rosaiti binti Salleh III. Laporan Aktiviti PIBG 2021 3. Puan Norma binti Abu Seman merumuskan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh jawatankuasa pada tahun 2021 (Rujuk Lampiran 13) iaitu sebanyak 16 aktiviti. IV. Laporan Kewangan 4. Puan Suharni binti Hussin selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan PIBG yang bermula 01 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2022. Baki pada 31 Mac 2022 berjumlah RM38,343.33. Jumlah keseluruhan pendapatan bermula 01 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2022 adalah sebanyak RM66,526.33. Manakala jumlah perbelanjaannya ialah sebanyak RM28,183.00 (Lampiran 1). Laporan kewangan PIBG ini telah disemak dan disahkan oleh Puan Suhaily binti Ahksan selaku juruaudit dalaman dan Encik Abdul Wahab bin Abdul Rahman selaku pemeriksa, wakil ibu bapa. 5. Bendahari menyenaraikan 44 perkara (Lampiran 4 dan 5) yang dijalankan dengan menggunakan duit bayaran dan sumbangan PIBG serta sumbangan dari pihak luar. 6. Bendahari juga membentangkan kutipan PIBG dan bayaran tambahan yang telah dipersetujui pada tahun 2021 seperti dalam Lampiran 6. 7. Puan Siti Rubiah binti Mohd Arshad selaku Pengetua SMK Jerlun menjelaskan berkenaan dengan sumbangan PIBG telah dimuktamadkan dalam Mesyuarat Agung PIBG sebelum ini, kutipan bagi Tabung Kecemerlangan PT3 tidak dilakukan kerana PT3 dimansuhkan tetapi kutipan bagi Tabung Kecemerlangan SPM diteruskan. 4


8. Senarai sumbangan PIBG dan bayaran tambahan berikut adalah telah dipersetujui oleh waris semasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9. TING. SUMBANGAN PIBG (1 KELUARGA) PROGRAM KECEMERLANGAN MURID TABUNG KECEMERLANGAN SPM JUMLAH PENUH 1 50 60 - 110 2 50 60 - 110 3 50 60 - 110 4 50 70 - 120 5 50 80 100 230 Perincian pembayaran di atas adalah seperti berikut: a) PIBG dibayar oleh seorang sahaja anak mewakili anak-anak yang lain yang bersekolah di sekolah ini sahaja b) Bayaran Tabung Kecemerlangan SPM dibayar oleh pelajar tingkatan 5 pada tahun semasa bagi tujuan menampung kos program-program khas tingkatan 5 seperti kelas tambahan berkala semasa hari persekolahan dan hari cuti, bengkel teknik menjawab, program motivasi luar sekolah, bahan-bahan edaran semasa kelas tambahan dan keperluan tambahan sebelum SPM sebenar berlangsung. c) Bayaran Program Kecemerlangan Murid pula diperuntukkan untuk menampung kos program khas setiap tingkatan seperti kelas pemulihan, bengkel-bengkel, pengangkutan ke program luar sekolah, bayaran makan dan minum semasa program di dalam sekolah dan luar sekolah, bayaran sumbangan kepada pelajar yang kehilangan ibubapa atau terlibat dengan bencana, pembelian peralatan tambahan ICT untuk PdPc, bahan edaran atau modul, kelas agama, dan juga untuk program keceriaan kelas. d) Pecahan kepada bayaran Program Kecemerlangan Murid merangkumi bahagian akademik, kebajikan, ICT, PBD dan surau. 9. Pengetua turut menjelaskan bahawa Kutipan Tabung Kecemerlangan SPM diperlukan oleh pihak sekolah sebagai pembiayaan makan minum pelajar kerana sebahagian besar program akan melibatkan masa yang panjang dan pelajar perlu makan untuk tenaga. Pihak sekolah mendapati kebanyakan pelajar datang ke sekolah dengan perut yang kosong. 10. Memandangkan bebanan bayaran yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa murid Tingkatan 5 untuk kutipan PIBG dan bayaran tambahan sebanyak RM270.00, Encik Saadon bin Yahya telah mencadangkan pengurangan bayaran sebanyak RM50 untuk Kutipan Tabung Kecemerlangan SPM menjadikan jumlah bayaran adalah RM100 untuk Kutipan Kecemerlangan SPM. Oleh itu, keseluruhan bayaran murid Tingkatan 5 adalah sebanyak RM230.00. Cadangan ini telah disokong oleh Puan Siti Azira binti Mat Isa. V. Pembentangan dan Perbahasan Usul 11. Encik Norazehad memberitahu bahawa terdapat lima usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ibu bapa dan juga guru iaitu usul yang pertama daripada Encik Saidon bin Mat Isa selaku guru penasihat bola sepak mengusulkan cadangan supaya PIBG sebagai penaja kepada pasukan bola sepak dalam menguruskan dan mengendalikan pasukan bola sepak SMK Jerlun. Cadangan disokong oleh semua yang hadir dan YDP PIBG memaklumkan bahawa PIBG akan menjadi teras dalam penubuhan pasukan bola sepak ini. 5


12. Usul kedua daripada Puan Norhayati binti Ramli iaitu mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dan kelas tambahan serta mewujudkan aktiviti pada waktu petang seperti badminton, sepak takraw dan sebagainya. Puan Siti Rubiah memaklumkan aktiviti pada waktu petang ada dilaksanakan tetapi bersesuaian dengan tempoh bagi aktiviti tersebut seperti latihan rumah sukan. Tambahan pula, terdapat aktiviti sukan tertentu yang tidak dapat dilaksanakan seperti bola sepak memandangkan di sekolah ini, kebanyakan guru adalah guru wanita. Sukan badminton pula tidak sesuai dijalankan kerana masalah ketiadaan gelanggang yang sesuai atau dewan tertutup untuk badminton. Namun, terdapat aktiviti riadah petang yang dijalankan oleh pembantu makmal sekolah iaitu aerobik. Manakala, kelas tambahan akan dijalankan terutamanya untuk pelajar Tingkatan 5 dan dijangka akan bermula pada bulan Julai selepas Hari Raya Aidiladha. Berkenaan gotong royong, Puan Siti Rubiah menggalakkan ibu bapa yang berkelapangan untuk memantau dan membantu pihak sekolah bagi menceriakan lagi kawasan sekolah terutamanya kelas-kelas pelajar serta membantu projek tanaman mempelam di sekolah. Encik Norazehad memaklumkan AJK PIBG akan mengadakan perbincangan lanjut untuk menetapkan tarikh gotongroyong dan semua waris akan dijemput untuk hadir. 13. Puan Mazuin binti Ahmad mencadangkan untuk memohon waktu rehat pelajar diadakan secara dua sesi. Puan Siti Rubiah memaklumkan bahawa untuk memohon waktu rehat dua sesi ini biasanya terdapat di sekolah-sekolah yang besar yang pelajarnya mencapai 700 ke atas. Jadi, sekolah tersebut memerlukan rehat dua sesi di mana satu sesi untuk pelajar menengah rendah dan satu lagi sesi untuk menengah atas. Namun begitu, untuk SMK Jerlun yang pelajarnya hanya 338, pihak sekolah mendapati semua pelajar dapat selesai makan dalam tempoh 20 minit sahaja. Selain itu, pihak sekolah juga tidak menggalakkan waktu rehat yang panjang kerana berkemungkinan akan timbul perkara-perkara yang tertentu seperti masalah disiplin dan sebagainya. Oleh itu, Pengetua menyatakan bahawa usul yang dikemukakan tersebut tidak akan dilaksanakan kerana tiada keperluan berikutan pelajar sekolah yang sedikit. 14. Usul keempat daripada Encik Ridzuan bin Harun dan Puan Asmahan binti Ahmad iaitu memohon agar pengawal keselamatan menjaga pelajar ketika pulang di jalan besar dan berharap agar aktiviti surau SMK Jerlun dihidupkan semula dengan teratur dan bersih. Puan Siti Rubiah memaklumkan bahawa pengawal keselamatan sekolah telah menjaga pelajar pulang ketika semua pelajar pulang dalam waktu yang serentak di jalan besar tersebut tetapi, bagi sebahagian pelajar yang pulang lewat disebabkan terlibat dengan aktiviti lain, tiada kawalan yang akan dilakukan oleh pengawal keselamatan. Seterusya, pengetua mengingatkan kepada semua waris bahawa semua pengawal keselamatan di sekolah tidak dibekalkan dengan insurans nyawa jadi pihak sekolah tidak mempunyai satu arahan untuk mereka mengawal laluan di jalan yang besar. Seterusnya, Encik Norazehad memberi pencerahan bahawa beliau telah meminta lintasan lampu daripada pihak JKR dan apabila berlaku pelebaran jalan, Jurutera Daerah Kubang Pasu menjelaskan bahawa akan adanya jejantas. Bagi cadangan untuk menghidupkan semula aktiviti surau, pengetua memberitahu apabila berdepan dengan COVID-19, banyak aktiviti dihadkan. Walaubagaimanapun, apabila kelonggaran diberikan, pihak sekolah telah mula menghidupkan kembali aktiviti surau seperti solat Dhuha di surau dan solat zohor berjemaah di dewan terbuka. Pengetua juga menjelaskan bahawa solat zohor tidak dapat dijalankan di surau kerana ruangan yang terhad dan tidak dapat memuatkan semua pelajar untuk solat berjemaah serentak. 15. Puan Che Asiah binti Abdul Ghani mengusulkan tentang menu untuk pelajar di kantin yang sama setiap hari dan tidak ada variasi. Puan Siti Rubiah memaklumkan perbincangan bersama Penolong Kanan HEM dan pengusaha kantin telah dijalankan untuk meningkatkan perkhidmatan dari segi harga dan menu yang disediakan. Penolong Kanan HEM bersama-sama AJK Kantin akan sentiasa mengawasi dan memantau perkara tersebut. Puan Siti Rubiah juga mengingatkan ibu bapa bahawa semua urusan penyediaan makanan untuk pelajar adalah melalui kantin. Oleh itu, sekiranya terdapat ibu bapa yang memberi bekal makanan kepada pelajar, diingatkan supaya meletakkan makanan dalam bekas yang tertutup untuk mengelakkan berlakunya masalah kesihatan. 6


VI. Hal – Hal lain 16. Puan Siti Rubiah menyampaikan taklimat tentang perbezaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), PIBK (Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti) dan KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) tetapi lebih berfokuskan kepada PIBG dan KSIB. Beliau memaklumkan jawatankuasa yang sedia ada telah diatur semula untuk PIBG dan KSIB iaitu YDP PIBG kekal sebagai penasihat, NYDP dan seterusnya AJK KSIB yang kebanyakannya terdiri daripada guru-guru. KSIB ditubuhkan di bawah Biro PIBG, di bawah Anjakkan 9 iaitu peluasan kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. KSIB masih di bawah kelolaan PIBG, di bawah seliaan sekolah dan diketuai oleh ketua biro yang mana ahlinya adalah ibu bapa atau penjaga murid, komuniti luar, alumni serta individu yang tidak mempunyai anak yang berada di sekolah tetapi berminat untuk membantu. Oleh itu, untuk pengurusan dan pentadbiran, AJK yang sedia ada dipecahkan kepada dua bahagian namun mesyuarat masih dijalankan serentak. Peluasan tersebut akan dikuatkuasakan melalui hari ini dan setiap jawatankuasa yang dilantik akan berperanan untuk membantu pihak sekolah dalam semua aspek. VII Pengesahan Jawatankuasa PIBG sesi 2022 17. Puan Siti Rubiah membuat pengesahan perlantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2022: Penasihat : Pn Siti Rubiah binti Mohd Arshad Yang Dipertua : En Norazehad bin Hj Hasim Naib Yang Dipertua : En Zainuddin bin Ismail Setiausaha : Pn Norma binti Abu Seman Penolong Setiausaha : En Muhammad Hanif bin Che Hanafi Bendahari : Pn Suharni binti Hussin Penolong Bendahari : Pn Intan Syahirah binti Mohamad AJK Guru/Waris : En Shaidon bin Mat Isa : En Muhammad Saifullah bin Hussin : Pn Siti Meriam binti Salleh : Pn Rosma Sainrah binti Ghazali : Pn Nor Shahida binti Shafie : En Mat Radzi bin Said AJK (KSIB) : En Ishak bin Md Isa : En Bazri bin Abu Bakar : En Che Din bin Othman : En Chek Din bin Baharum : En Sobri bin Lebai Ismail : Pn Zawiyah binti Saad : Pn Norma binti Md Isa : Pn Rahimah binti Rahim : Pn Rozita binti Rejab 7


Juru Audit Dalaman : Pn Suhaily binti Akhsan Pemeriksa Kira-kira : En Abdul Wahab bin Abdul Rahman VII. Ucapan Penangguhan 18. YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali kesembilan ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.17 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh, ………………………… ………………………… .................................. Hamizah binti Abd Hamid Norrida binti Abd Rashid Norazehad bin Haji Hasim Pencatat Minit Penolong Kanan Hem YDP PIBG 8


9 LAPORAN KEWANGAN PIBG SMK JERLUN BERMULA 1 APRIL 2022 SEHINGGA 31 MAC 2023 (Laporan Bagi Sesi Persekolahan 2022) PENDAPATAN PERBELANJAAN BIL PERKARA / TUJUAN JUMLAH (RM) BIL PERKARA / TUJUAN JUMLAH (RM) 1 Baki bawa hadapan 31 Mac 2021 38,343.33 1 Perbelanjaan Bahagian PIBG (rujuk lampiran) 23,867.00 2 Kutipan Bayaran PIBG 2021 (termasuk hibah bank) 12,901.51 2 Perbelanjaan Bahagian Akademik (rujuk lampiran) 5,207.00 3 Kutipan bagi lain-lain bayaran (Akademik, Kebajikan, ICT, PBS, Agama) 16,070.00 3 Perbelanjaan Bahagian Kebajikan (rujuk lampiran) 650.00 4 Tabung Kecemerlangan SPM 2022 5,520.00 4 Perbelanjaan Bahagian ICT (rujuk lampiran) 1,900.00 5 Perbelanjaan Bahagian PBD (rujuk lampiran) 6,260.00 6 Perbelanjaan Bahagian Surau (rujuk lampiran) 3,390.00 7 Perbelanjaan dari Tabung SPM 9,400.00 JUMLAH PERBELANJAAN 50,674.00 8 Baki pada 31 Mac 2023 22,160.84 JUMLAH 72,834.84 JUMLAH 72,834.84


KUTIPAN BAYARAN DAN SUMBANGAN PIBG SMK JERLUN 1 APRIL 2022 HINGGA 31 MAC 2023 TINGKATAN PENDAPATAN (RM) JUMLAH PIBG (50) AKADEMIK KEBAJIKAN ICT PBD AGAMA/S URAU TABUNG SPM TING. 1 2,550.00 1,100.00 550.00 550.00 550.00 550.00 5,850.00 TING. 2 2,700.00 1,020.00 510.00 510.00 510.00 510.00 5,760.00 TING. 3 1,900.00 670.00 330.00 330.00 330.00 330.00 3,890.00 TING. 4 2,050.00 1,200.00 400.00 400.00 390.00 390.00 4,830.00 TING. 5 3,700.00 3,200.00 580.00 580.00 0.00 580.00 5,520.00 14,160.00 HIBAH BANK 1.51 JUMLAH KUTIPAN / PENDAPATAN 2022 12,901.51 7,190.00 2,370.00 2,370.00 1,780.00 2,360.00 5,520.00 34,491.51 BAKI BAWA HADAPAN 2021 13,677.32 4,652.41 1,470.00 2504.90 6,920.50 3,457.20 5,661.00 38,343.33 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 26,578.83 11,842.41 3,840.00 4,874.90 8,700.50 5,817.20 11,181.00 72,834.84 PERBELANJAAN 2022/2023 23,867.00 5,207.00 650.00 1,900.00 6,260.00 3,390.00 9,400.00 50,674.00 BAKI TERKINI SEHINGGA 31 MAC 2023 2,711.83 6,635.41 3,190.00 2,974.90 2,440.50 2,427.20 1,781.00 22,160.84 LAST UPDATE: 31 Mac 2023 SENARAI BAYARAN PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN LAIN BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022 TING. SUMBANGAN PIBG (1 KELUARGA SHJ) TABUNG KECEMERLANGAN MURID TABUNG SPM JUMLAH PENUH AKADEMIK KEBAJIKAN ICT PBD SURAU 1 50 20 10 10 10 10 110 2 50 20 10 10 10 10 110 3 50 20 10 10 10 10 110 4 50 30 10 10 10 10 120 5 50 50 10 10 - 10 100 230 **Kutipan PIBG hanya akan dibuat selepas Mesyuarat Agung PIBG pada tahun semasa dan selepas mendapat kelulusan Pendaftar (JPN) 10


REKOD PENGELUARAN DARI AKAUN PIBG SMK JERLUN 2022/2023 BAGI TUJUAN AKTIVITI / PROGRAM PIBG DAN SEKOLAH BIL NO.BAUCAR TARIKH TUJUAN JUMLAH (RM) 1 PV 001/04/22 01-Apr-22 Bayaran mesin air Coway (Apr) 132.00 2 PV 002/04/22 10-Apr-22 Poket File Guru Kelas 13.00 3 PV 003/04/22 17-Apr-22 Keceriaan Kelas PAK21 900.00 4 PV 004/04/22 19-Apr-22 Kertas A4 (Cetakan PBD) 1860.00 5 PV 005/04/22 19-Apr-22 Kertas A4 (Cetakan PBD) 1200.00 6 PV 006/04/22 26-Apr-22 *Keceriaan Pusat Sumber Cemerlang Fasa 2 500.00 7 PV 007/05/22 05-May-22 Bayaran mesin air Coway (Mei) 132.00 8 PV 008/05/22 09-May-22 Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, PSS dan PRS 250.00 9 PV 009/05/22 16-May-22 Jamuan Hari Raya Aidilfitri (Makanan Pelajar) 1000.00 10 PV 010/05/22 16-May-22 *Keceriaan PSS Cemerlang fasa 1 600.00 11 PV 011/05/22 16-May-22 Cenderamata Sempena Hari Guru 350.00 12 PV 012/06/22 01-Jun-22 Bayaran mesin air Coway (Jun) 132.00 13 PV 013/06/22 02-Jun-22 Selenggara aircond Makmal Komputer 1410.00 14 PV 014/06/22 13-Jun-22 Hadiah Dan Banner Mesyuarat Agung PIBG 600.00 15 PV 015/06/22 13-Jun-22 Lawatan Kerjaya Pelajar ke UUM 200.00 16 PV 016/06/22 15-Jun-22 Cenderamata Majlis Sanjungan Budi 120.00 17 PV 017/06/22 20-Jun-22 *Pasukan Senamtari Sekolah 1345.00 18 PV 018/06/22 27-Jun-22 *Majlis rasmi sekolah / PIBG (Sofa) 1950.00 19 PV 019/06/22 27-Jun-22 Mesyuarat Agung PIBG 1995.00 20 PV 020/06/22 27-Jun-22 Mesyuarat Pra Mesyuarat Agung PIBG 80.00 21 PV 021/06/22 27-Jun-22 Mesyuarat AJK PIBG 115.00 22 PV 022/07/22 03-Jul-22 Pengangkutan Pelajar Ke Bengkel Suntingan Video KDC Alor Setar 410.00 23 PV 023/07/22 03-Jul-22 Bayaran mesin air Coway (Julai) 132.00 24 PV 024/07/22 14-Jul-22 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Cetakan) 2200.00 25 PV 025/07/22 14-Jul-22 Program Penetapan Target SPM 310.00 26 PV 026/07/22 14-Jul-22 Makanan Pelajar Acara Bola Jaring MSSD 200.00 27 PV 027/07/22 19-Jul-22 Program Lancar Bahasaku 510.00 28 PV 028/07/22 20-Jul-22 Bayaran Sewa Lori Khemah 200.00 29 PV 029/08/22 02-Aug-22 *Kem Kepimpinan Sahsiah Dan Pembangunan Pemimpin Pelajar di Kem D'Omland Sg.Petani 2000.00 30 PV 030/08/22 02-Aug-22 Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (PPKI) 300.00 31 PV 031/08/22 02-Aug-22 Cetakan Kerja Kursus Sains Komputer Pelajar SPM 80.00 32 PV 032/08/22 02-Aug-22 Program Motivasi Dan Kemahiran Belajar Ting. 1 Dan 2 300.00 33 PV 033/08/22 02-Aug-22 Bayaran mesin air Coway (Ogos) 132.00 34 PV 034/08/22 08-Aug-22 Majlis Apresiasi Akademik 5317.00 35 PV 035/08/22 28-Aug-22 Sambutan Ambang Merdeka 250.00 36 PV 036/08/22 28-Aug-22 *Projek Laman Minda Sihat 1500.00 37 PV 037/09/22 5-Sep-22 Bayaran mesin air Coway (Sept) 132.00 38 PV 038/09/22 13-Sep-22 Wakil peserta Kejohanan Sukan PPKI (melontar peluru) Kebangsaan di Terengganu 250.00 39 PV 039/09/22 21-Sep-22 Program Bina Insan Cemerlang 200.00 40 PV 040/09/22 21-Sep-22 Pengurusan Kelas PAK 21 1000.00 41 PV 041/09/22 29-Sep-22 Program Motivasi Kebangkitan Pelajar : Road To SPM 152.00 42 PV 042/09/22 29-Sep-22 Program "Keep Going Keep Growing" 935.00 43 PV 043/09/22 29-Sep-22 Bayaran Tuisyen Intensif Matematik dan Sains SPM 2100.00 44 PV 044/10/22 17-Oct-22 Bengkel Pace Off SPM PPD Kubang Pasu dan Bengkel Sains Komputer 800.00 45 PV 045/10/22 17-Oct-22 Program Shoot The Star 1125.00 46 PV 046/10/22 17-Oct-22 Karnival Pendidikan Kerjaya Murid 200.00 47 PV 047/10/22 18-Oct-22 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 120.00 48 PV 048/10/22 27-Oct-22 Bayaran upah mesin rumput kolam ikan 270.00 49 PV 049/10/22 27-Oct-22 Majlis Sanjungan Budi 350.00 11


BIL NO.BAUCAR TARIKH TUJUAN JUMLAH (RM) 50 PV 050/10/22 5-Oct-22 Bayaran mesin air Coway (Okt) 132.00 51 PV 051/11/22 4-Nov-22 Bayaran mesin air Coway (Nov) 132.00 52 PV 052/11/22 7-Nov-22 Bayaran racun rumput kolam PIBG 89.00 53 PV 053/11/22 10-Nov-22 Pembangunan sukan memanah sekolah 1472.00 54 PV 054/12/22 29-Nov-22 *Pembelian kain telekung surau 140.00 55 PV 055/12/22 1-Dec-22 Bayaran mesin air Coway (Dec) 132.00 56 PV 056/12/22 25-Dec-22 Modul dan kertas A4 2200.00 57 PV 057/12/22 25-Dec-22 Pembangunan Surau Annur 3000.00 58 PV 058/01/23 1-Jan-23 Bayaran mesin air Coway (Jan) 132.00 59 PV 059/01/23 16-Jan-23 Program Sentuhan Akhir SPM 3375.00 60 PV 060/01/23 18-Jan-23 Baikpulih lampu di dalam kawasan sekolah 500.00 61 PV 061/02/23 1-Feb-23 Bayaran mesin air Coway (Feb) 132.00 62 PV 062/02/23 9-Feb-23 Majlis Sanjungan Budi 520.00 63 PV 063/02/23 12-Feb-23 Program Pasca UAS - Mencanting batik 500.00 64 PV 064/02/23 12-Feb-23 Program Pasca UAS - English Camp 200.00 65 PV 065/02/23 12-Feb-23 *Program Pasca UAS - Ceramah Motivasi 150.00 66 PV 066/02/23 13-Feb-23 Jamuan Pengawas, PSS, PRS 100.00 67 PV 067/02/23 13-Feb-23 Banner Ucapan SPM 27.00 68 PV 068/03/23 15-Mar-23 Program Santapan Rohani Pelajar SPM 250.00 69 PV 069/03/23 16-Mar-23 *Baikpulih aircond Pusat Sumber Sekolah 1000.00 70 PV 070/03/23 16-Mar-23 Bayaran mesin air Coway (Mac) 132.00 JUMLAH PERBELANJAAN 50,674.00 **Pengeluaran wang dari akaun PIBG telah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat AJK PIBG 12


Rujukan Kami : SMKJ 7001/14 ( 36 ) Tarikh : 09 Mei 2023 Ibu Bapa / Penjaga dan Guru, Ahli-ahli PIBG, SMK Jerlun, KM 16 Jalan Putra, 06150 Ayer Hitam, Kedah Darul Aman. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK JERLUN KALI KE-10 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Jerlun akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 seperti ketetapan berikut : Tarikh : 25 Mei 2023 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Seri Pagi SMK Jerlun 3. Bersama-sama surat ini disertakan Lampiran 1 (Borang jawapan Kehadiran dan Penyataan Usul ) untuk dilengkapkan oleh para waris dan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PIBG selewat-lewatnya pada 14 Mei 2023 (Ahad). 4. Memandangkan pada tahun ini, Jawatankuasa PIBG sesi 2021-2023 akan dibubarkan, kami mengalu-alukan cadangan tuan/puan untuk mencalonkan waris pelajar sekolah ini yang difikirkan layak pada mesyuarat nanti di Lampiran 2. 5. Untuk makluman tuan/puan, makanan dan minuman serta cabutan bertuah disediakan kepada ibu bapa yang hadir ke mesyuarat tersebut. 6. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan amanah, …………………………………………………………… (NOR AZEHAD BIN HJ HASIM) YDP PIBG SMK JERLUN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN 06150AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN 13


_________________________________ _________________________________ __________________________________________________________________________________ Kepada, Setiausaha PIBG, SMK Jerlun, KM 16 Jalan Putra, 06150 Ayer Hitam, Kedah Darul Aman. Tuan / Puan, MESYUARAT AGUNG PIBG SMK JERLUN KALI KE-10 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya ibu / bapa / penjaga kepada ____________________________________________ dari Tingkatan _______________________ * akan hadir / tidak hadir pada mesyuarat agung kali ke-10. 3. Bersama-sama ini saya sertakan usul untuk dibahaskan dalam mesyuarat tersebut. 3.1 ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 3.2 ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 3.3 ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 4. Kerjasama tuan / puan dalam memaklumkan notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, ……………………………………………. ( ) 14


MESYUARAT AGUNG PIBG SMK JERLUN KALI KE-10 TAHUN 2023 BORANG CADANGAN CALON PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SMK JERLUN SESI 2023-2025 1. YANG DI PERTUA : ____________________________________________________ 2. NAIB YANG DI PERTUA : ____________________________________________________ 3. AJK IBU BAPA : Bil Kampung Nama 1 Kg. Kuala Jerlun 2 Kg Pekan Jerlun 3 Kg. Matang Selaput 4 Kg. Kubang Sepat 5 Kg. Teluk Tui 6 Kg. Jeruju 7 Kg. Tengah Jerlun 8 Kg. Bohor Karang 9 Kg. Padang Lalang 10 Kg. Seri Pantai 4. PEMERIKSA KIRA-KIRA (LUAR): _________________________________________________ 15


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 Ucapan Pengerusi PIBG Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 Membentang Laporan Aktiviti PIBG 2022 Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG 2022 Membentangkan usul-usul dan cadangan o Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Jerlun Sesi 2021/2023 o Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Jerlun Sesi 2023/2025 o Ucapan penangguhan 16


AKTIVITI PIHAK SEKOLAH BERSAMA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2022 BIL PERKARA TARIKH 1 MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG (1) 19 JANUARI 2022 2 PENYAMPAIAN MAKLUMAT PEPERIKSAAN KEPADA WARIS TING.5 MELALUI AJK PIBG SEWAKTU PKP 29 JANUARI 2022 3 ZIARAH CAKNA AJK WARIS KE RUMAH PELAJAR 30 MAC 2022 4 PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN 27 APRIL 2022 5 SAMBUTAN HARI GURU & MAJLIS HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 16 MEI 2022 6 KEJOHANAN MERENTAS DESA 26 MEI 2022 7 MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG (2) 13 JUN 2022 8 KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH 25 JUN 2022 9 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 29 JUN 2022 10 PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM 2022 19 JULAI 2022 11 KEM KEPIMPINAN & SAHSIAH PELAJAR 12 OGOS 2022 12 PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS APRESIASI AKADEMIK 2022 16 OGOS 2022 13 GOTONG-ROYONG (PROGRAM CLEAN UP DAY) 21 SEPTEMBER 2022 14 MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG (3) 02 OKTOBER 2022 15 HARI PELAPORAN PBD 18 OKTOBER 2022 16 TAKLIMAT VERIFIKASI ANUGERAH PIBG/PIBKS 20 OKTOBER 2022 17 GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN KELAPA MATAG 27 OKTOBER 2022 18 MAJLIS PENUTUPAN TUISYEN MARA 30 OKTOBER 2022 19 MAJLIS PERSARAAN PN NURMA BINTI KOMIZA (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) 31 OKTOBER 2022 20 HARI KOKURIKULUM 07 DISEMBER 2022 17


JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG: Pengerusi : Puan Norrida binti Abd Rashid (PK Hal Ehwal Murid) Timb. Pengerusi : Encik Zurayme bin Abu Bakar (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi : Encik Mohamad Sobri bin Hj Ahmad (PK Kokurikulum) Setiausaha : Puan Norma binti Abu Seman Pen. Setiausaha : En Mohd Hanif bin Che Hanafi Bendahari : Puan Suharni binti Hussin Pen. Bendahari : Puan Intan Syahirah binti Mohamad SAMBUTAN: Semua Penolong Kanan & Semua Guru Kanan PENYELARAS: PN SHARIFAH BINTI DIN BUKU PROGRAM MESYUARAT AGONG PIBG: Pn Intan Syahirah binti Mohamad Pn. Nurul Syazwani binti Rosli BROSUR DAN BUKU PELAWAT: Pn. Noor Azima bt Che Omar SLIDE (PERLANTIKAN AJK BARU): Pn. Nor Asmawati binti Fadhil En Mohd Hanif bin Che Hanafi PENDAFTARAN KEHADIRAN GURU, AJK PIBG DAN IBU BAPA: Pn Noorshahida binti Shafie (K) Khairunnisa binti Zainal PENYELARAS: PN NOR LAILA BINTI MOHD ALI TEKS UCAPAN: Pn Faridah binti Haron PENGACARA MAJLIS: Pn Noor Liyana binti Md Zain HADIAH CABUTAN BERTUAH DAN CENDERAHATI: Pn Bibi Sabariah binti Abu Bakar (K) Pn Zakiah binti Mohd Yusof Cik Mastura binti Ahmad Pn Nor Azrihan binti Abdul Aziz DOKUMENTASI: Cik Norfarhana Nadia binti Abdul Rahman PENYELARAS: PN CHE ASIAH BINTI ABD. GHANI BACAAN DOA En Mohd Hanif bin Che Hanafi PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn Nazliza binti Ramli (K) Cik Hamizah binti Abd Hamid Pn Rosma Sainrah binti Ghazali JK JAMUAN VIP Pn. Siti Meriam bt Salleh (K) Pn Sohina binti Ab Aziz JK JAMUAN WARIS DAN GURU Cik Noor Fadzillah bt Mohmd Rozi (K) Pn. Nor Zahirah binti Abd Hamid Pn Verawaty Mariah Binti Mohamad Ali Basah Pn. Noorasmah binti Said@Razak PENYELARAS: EN SOBERI BIN HARUN TEKNIKAL DAN SIARAYA: En. Mohd Farhan bin Ghazali HIASAN PENTAS: Cik Siti Norimas binti Hajamaidin (K) Pn Mardziah binti Adam Pn. Russhelinda binti Othman PERSIAPAN TEMPAT (Sebelum Majlis) En Shaidon bin Mat Isa (K) En. Mohd Shukor b Abdul Rahim PENGEMASAN DEWAN (Selepas Majlis) En Muhammad Saifullah bin Hussin (K) En.Liem a/l Tan Bun Bang FOTOGRAFI Pn Nurul Shuhadak binti Zaidun 18


CATATAN 19


SEKALUNG BUDI Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Para tetamu dan jemputan khas, Guru-guru dan kakitangan SMK Jerlun Dan semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat agung PIBG kali ke-10 tahun 2023. 20


Click to View FlipBook Version