MOBAIL
Arca Mobail
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya
terawang-awang. Mobail kebiasaannya ini digantung di atas syiling.
Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air,
perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengakibatkan berlakunya
pergerakan.
Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat
yang lebih tinggi. Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak
atau berputar perlahan-lahan
AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA SENI
TUGASAN : Menghasilkan Arca Lantera / Tanglung
TEKNIK : Mobail
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Di akhir Pembelajaran Murid Dapat
Menghasilkan Mobail Lantera atau Tanglung secara keratif dan
Menarik.
ALAT DAN BAHAN
Kertas lukisan
Cat air / Poster
Botol mineral
Pembaris
Pisau
Gunting
Putik kapas
Gelang getah
Straw
Gam
Pensel
Tali parcel / benang
Chopstick / lidi sate
Lilin Led (Pilihan)
LANGKAH KERJA
Potong kertas lukisan kepada saiz A4.
Titiskan warna di atas kertas lukisan. Kemudian tiup menggunakan straw atau
penyedut minuman.
Ulang dengan pelbagai warna sehingga memenuhi ruang.
LANGKAH KERJA
Ikat beberapa batang putik kapas dengan gelang getah.
Celupkan warna dan kemudian buat titikan pada kertas lukisan
Ulang dengan pelbagai warna sehingga memenuhi ruang.
LANGKAH KERJA
Terbalikkan kertas lukisan dan buatkan garisan atau jalur berukuran 1cm.
Buat ukuran dalam 2cm di bahagian atas dan bawah serta gariskan (sebagai
garisan sempadan untuk memotong nanti)
LANGKAH KERJA
Dengan menggunakan pisau, potong mengikut garisan atau jalur yang telah dibuat.
Potong jangan sampai melebihi garisan atas dan bawah.
Sila berhati-hati semasa memotong. Anda juga boleh meminta bantuan orang dewasa.
Untuk lebih selamat, anda dicadangkan menggunakan gunting untuk memotong.
Caranya dengan melipat kepada dua bahagian. Gunting mengikut garisan atau jalur.
Dan pastikan tidak melepasi garisan hujungnya.
LANGKAH KERJA
Potong bahagian atas botol mineral seperti gambar di bawah.
LANGKAH KERJA
Lekatkan di kedua-dua hujung kertas dengan double sided tape
LANGKAH KERJA
Lekatkan kertas di hujung botol mineral yang telah dipotong.
Ulang langkah yang sama di bahagian bawah botol mineral
LANGKAH KERJA
Lakatkan bahagian hujung botol mineral dengan tali parcel atau benang.
Masukan lilin LED (pilihan) atau lilin biasa ke dalam lantera atau tanglung.
CONTOH HASIL KERJA
SELAMAT MENGHASILKAN
KARYA