UNIT 2 MANUSIA
PROSES PERKUMUHAN
DAN
PENYAHTINJAAN
ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ
SKFS 2021
UNIT 2: MANUSIA
Proses Perkumuhan Dan Penyahtinjaan
Serta Kepentingannya
Proses Perkumuhan adalah proses penyingkiran bahan buangan dari
tubuh badan. Bahan buangan ini termasuklah peluh, air kencing, karbon
dioksida dan wap air.
Kandungan Bahan Perkumuhan:
Peluh
Apa Yang keluar dari tubuh badan kita? Dari mana ianya keluar ?
Ya, betul. Peluh akan keluar. Dan peluh ini akan mengalir keluar menerusi
kulit. Jadi kulit merupakan organ perkumuhan yang mengeluarkan peluh.
Peluh yang keluar mengandungi air, garam mineral dan juge urea.
Karbon Dioksida
Apakah udara yang dihembus keluar? Apakah nama udara yang
dihembus itu?
Ya, bagus anak-anak. Udara yang dihembus keluar adalah gas karbon
dioksida. Gas ini adalah tidak diperlukan oleh tubuh badan. Jadi Selain
gas karbon dioksida, wap air juga keluar bersama daripada peparu. Jadi
peparu merupakan organ perkumuhan yang menyingkirkan karbon
dioksida dan wap air.
Air Kencing
Air kencing merupakan air berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh
badan dan. Air kencing yang disingkirkan ini mengandungi garam dan
urea. Ginjal atau buah pinggang bertindak sebagai organ perkumuhan
yang menyingkirkan air kening ini.
Proses Penyahtinjaan
Proses Penyahtinjaan pula adalah penyingkiran tinja dari tubuh badan.
Bahan makanan yang kita makanan dan tidak dicernakan oleh tubuh
badan akan menjadi tinja atau najis. Bahan ini akan berkumpul di dalam
usus besar dan perlu disingkirkan. Oleh yang demikian, usus besar
adalah organ penyantinjaan yang menyinkirkan tinja melalui dubur.
Ringkasan
Organ dan
Bahan
Kandungan
Perkumuhan
Ringkasan
Organ dan
Bahan
Kandungan
Penyahtinnjaan
Kepentingan Bahan kumuh yang berada
di dalam badan perlu
disingkirkan daripada dalam
tubuh. Ini kerana bahan
kumuh yang berkumpul di
dalam tubuh boleh
mendatangkan penyakit
kepada diri kita.
Kepentingan
Proses
Perkumuhan
Kepentingan
Proses
Penyahtinjaan