BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ
SK FELDA SEMENCHU
SIFAT CAHAYA
CAHAYA BOLEH DIPANTULKAN
Kita akan pelajari…
• Pantulan Cahaya
• Kegunaan Cahaya
• Gambar Rajah Sinar
PANTULAN CAHAYA
Apabila melihat cermin, kita akan melihat imej kita terbentuk pada
cermin. Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.
Cahaya yang menyinari kita sebenarnya
dipantulkan ke arah cermin dan cermin
itu memantulkan imej ke arah mata
kita
PANTULAN CAHAYA Imej pantulan
Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya. pada
permukkaan
Imej pantulan jubin
pada cermin
muka Imej pada
permukaan
Imej pantulan cermin sisi
daripada kereta
permukaan air
PANTULAN CAHAYA
Mengapakah terdapat bahagian yang berkilat pada lampu?
Jawapan…
Supaya cahaya dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang terhasil
bertambah.
PANTULAN CAHAYA (INFO SAINS)
Pada waktu malam kita lihat Bulan seolah-olah bercahaya. Tetapi bulan
bukanlah sumber cahaya.
Bulan kelihatan bercahaya di
waktu malam kerana Bulan
memantulkan cahaya Matahari
ke arah Bumi
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA
Cermin sisi kenderaan membolehkan
kita melihat objek di belakang dan
sisi kenderaan
Cermin pandang belakang kenderaan
membolehkan kita melihat objek
yang berada di belakang kenderaan.
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA
Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan lain yang
terlindung daripada pandangannya untuk mengelakkan kemalangan.
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA
Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan gigi
pesakit pada bahagian yang terlindung.
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA
Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai melalui
cermin yang diletakkan di bahagian lantai.
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA
Selain membantu tukang gunting melihat keadaan rambut pelanggan
yang diguntingnya. Cermin di kedai gunting rambut juga membolehkan
pelanggan melihat imej di bahagian belakang kepalanya melalui cermin
yang di letakkan di bahagian belakang.
KEGUNAAN PANTULAN CAHAYA
Dua cermin yang terdapat di dalam periskop memantulkan cahaya
daripada objek yang terhalang ke arah mata pemerhati.
Tentera laut boleh melihat objek yang berada
di permukaan laut dari dalam kapal selam.
GAMBAR RAJAH SINAR
Apabila cahaya terkena pada permukaan rata dan licin seperti cermin
muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
Cahaya yang dituju pada Cahaya yang dipantul
permukaan cermin dari permukaan cermin
Permukaan cermin
GAMBAR RAJAH SINAR
Melakar rajah sinar.
Sinar tuju Sinar pantulan Sinar tuju
Cahaya yang dituju pada
Permukaan cermin permukaan cermin
Sinar pantulan
Cahaya yang dipantul
dari permukaan cermin
GAMBAR RAJAH SINAR
Arah dan sudut pantulan
Permukaan yang licin akan memantulkan Permukaan yang kusam, kasar dan gelap
cahaya secara selari. memantulkan cahaya ke pelbagai arah.
Contoh permukaan cermin muka atau Contoh permukaan kulit dan kain.
cermin satah