SAINS
TAHUN 4
PERUBAHAN
BENTUK-BENTUK
TENAGA
BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ
SK FELDA SEMENCHU
PERUBAHAN BENTUK TENAGA
Tenaga tidak boleh dimusnahkan dan dicipta.
Tetapi tenaga boleh berubah daripada satu
bentuk kepada satu bentuk yang lain.
IMBAS KEMBALI BENTUK-BENTUK TENAGA…
BENTUK-BENTUK
TENAGA
Tenaga Suria Tenaga Nuklear
Tenaga Cahaya Tenaga Bunyi
Tenaga Haba Tenaga Kimia
Tenaga Elektrik Tenaga Kinetik
Tenaga Keupayaan
PERUBAHAN BENTUK TENAGA
Pelajari simbol-simbol dalam perubahan bentuk tenaga.
Simbol ( --------> ) bermaksud berubahan kepada
Simbol ( + ) bermaksud dan
Contoh:
1. Tenaga kimia berubah kepada tenaga elektrik.
Tenaga Kimia -----> Tenaga Elektrik
2. Tenaga keupayaan berubahan kepada tenaga kinetik kemudian
berubah kepada tenaga bunyi.
Tenaga Keupayaan -----> Tenaga Kinetik -----> Tenaga Bunyi
3. Tenaga Elektrik berubah kepada tenaga cahaya dan pada masa
yang sama berubah kepada tenaga bunyi.
Tenaga Elektrik -----> Tenaga Cahaya + Tenaga Bunyi
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Semasa aktiviti mengayuh
basikal, tenaga kimia daripada
makanan yang dimakan akan
berubahah kepada tenaga kinetik
(pergerakan kaki dan basikal)
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Kimia -----> Tenaga
Kinetik
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Ketika menghidupkan
televisyen, tenaga elektrik (di
dalam litar elektrik televisyen)
yang digunakan berubah kepada
tenaga cahaya (imej atau gambar)
dan tenaga bunyi (suara).
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Elektrik -----> Tenaga
Cahaya + Tenaga Bunyi
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Semasa menyalakan lilin,tenaga
kimia yang tersimpan dalam
bahan bakar pada lilin berubah
kepada tenaga haba.
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Kimia -----> Tenaga Haba
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Semasa terjun dari papan anjal,
tenaga keupayaan (kedudukan
penerjun dari tempat tinggi)
berubah kepada tenaga kinetik
(pergerakkan penerjun) dan
kemudian berubah kepada tenaga
bunyi (bunyi percikan air).
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Keupayaan -----> Tenaga
Kinetik -----> Tenaga Bunyi
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Ketika menyalakan lampu suluh,
tenaga kimia yang tersimpan di
dalam bateri berubah kepada
tenaga elektik (dalam litar
elektrik lampu suluh). Kemudian
tenaga elektrik berubah kepada
tenaga haba (mentol menjadi
panas) dan tenaga cahaya (mentol
menyala).
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Kimia -----> Tenaga
Elektrik -----> Tenaga Haba +
Tenaga Cahaya
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Ketika menggunakan kalkulator
yang menggunaan bateri. Tenaga
kimia (dalam bateri) berubah
kepada tenaga elektrik (dalam
litar kalkulator), kemudian tenaga
elektrik berubah kepada tenaga
cahaya (skrin memancarkan
cahaya iaitu nombor-nombor
yang terpapar).
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Kimia -----> Tenaga
Elektrik -----> Tenaga Cahaya
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Ketika menggunakan kalkulator
solar. Tenaga suria yang diperolehi
daripada Matahari berubah
kepada tenaga elektrik (dalam
litar kalkulator), kemudian tenaga
elektrik berubah kepada tenaga
cahaya (skrin memancarkan
cahaya iaitu nombor-nombor yang
terpapar).
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Suria -----> Tenaga
Elektrik -----> Tenaga Cahaya
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Ketika kenderaan bergerak,
enjin kereta mengubah tenaga
kimia yang tersimpan dalam
bahan api fosil (minyak petrol)
kepada tenaga kinetik
(pergerkan kereta)
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Kimia -----> Tenaga
Kinetik
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Kapal selam yang menggunakan
tenaga nuklear sebagai sumber
kuasa ditukarkan kepada tenaga
elektrik untuk sistem enjin
berfungsi dan menukarkan kepada
tenaga kinetik (untuk bergerak).
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Nuklear -----> Tenaga
Elektrik -----> Tenaga Kinetik
PERUBAHAN
BENTUK TENAGA
• Semasa bermain papan selaju,
pemain bermula dari tempat yang
tinggi (tenaga keupayaan)
kemudian luncur ke bawah
(tenaga kinetik). Apabila sampai
ke penghujung, pemain akan
berhenti seketika (tenaga
keupayaan) dan kemudian
meneruskan pergerakannya
semula.
• Perubahan bentuk tenaga…
• Tenaga Keupayaan -----> Tenaga
Kinetik -----> Tenaga Keupayaan
PERINGATAN…
• Semasa membuat atau menentukan
perubahan tenaga, kita haruslah
terlebih dahulu mengetahui daripada
mana sesuatu bentuk tenaga tersebut
bermula atau berfungsi.