BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ
SK FELDA SEMENCHU
KOTA TINGGI
WAU BULAN
Wau Bulan asalnya dari Kelantan dan telah diiktiraf sebagai Wau
Kebangsaan. Wau merupakan khazanah masyarakat Melayu yang tinggi
nilainya dan merupakan seni budaya turun-temurun.
MOTIF
Terdapat pelbagai motif yang digunakan dalam
menghasilkan reka corak wau seperti flaura
dan fauna, geometri dan juga abstrak.
MOTIF LIPATAN DAN GUNTIINGAN
Motif lipatan dan guntingan digunakan dalam
penghasilan karya seni kali ini bagi
memberikan kesan yang menarik serta hasil
yang kreatif.
AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA SENI
TUGASAN : Menghasilkan Wau Bulan Mini
TEKNIK : Lipatan Dan Guntingan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Di akhir Pembelajaran Murid Dapat
Menghasilkan Wau Bulan Mini dengan ragam hias teknik lipatan
dan guntingan secara kreatif dan menarik.
ALAT DAN BAHAN
Kertas lukisan
Kertas warna
Lidi penyapu
Lidi sate
Pensil
Pembaris
Gam
Gunting
Pemadam
Pita pelekat
LANGKAH KERJA
Lipatkan kertas lukisan kepada dua (2) bahagian.
LANGKAH KERJA
Ukur kertas untuk dapatkan bahagian tengah dan tandakan.
Ukur daripada titik tengah dan tanda 6 cm di atas dan 6 cm di bawah.
( untuk membuat badan wau )
Ukur dan tanda daripada titik tengah 12 cm ke tepi. ( untuk membuat
sayap wau )
LANGKAH KERJA
Buat lakaran badan atau sayap wau
Buat lakaran ekor dan pinggang wau
Buat lakaran kepada wau berserta busur.
LANGKAH KERJA
Gunting bentuk wau. ( berhati-hati semasa menggunakan gunting )
LANGKAH KERJA
Tebuk bahagian yang tidak boleh digunting dengan pisau atau anti
cutter ( sebaiknya dapatkan bantuan orang yang lebih dewasa ).
LANGKAH KERJA
Lipat kertas warna dan lukiskan motif yang sesuai mengikut pilihan.
Gunting dan tampal di bahagian tengah badan wau.
Ulang proses yang sama untuk di bahagian ekor.
LANGKAH KERJA
Ulang proses yang sama untuk menghasilkan motif atau corak di
bahagian lain
Gunakan warna dan motif yang berlainan mengikut cita rasa dan
kreativiti masing-masing.
LANGKAH KERJA
Gunakan pen marker atau sebagainya untuk buat kemasan ( pilihan )
LANGKAH KERJA
Lekatkan lidi penyapu dengan pita pelekat pada bahagian badan, ekor
dan busur wau.
Lekatkan juga lidi sate untuk dijadikan sebagai pemegang
HASIL KERJA
Contoh hasil kerja Wau Bulan Mini yang telah disempurnakan.