Pemerhatian
Nyatakan apa yang dapat kamu perhatikan dengan
menggunakan 5 organ deria:-
• Mata –melihat
• Telinga – mendengar
• Hidung – menghidubau
• Lidah – merasa
• Kulit - sentuhan
CONTOH
Mangga masak
Pemerhatian
• Mangga itu berwarna kuning (mata)
• Mangga itu berbau harum (hidung)
• Mangga itu rasanya manis (lidah)
• Mangga itu mempunyai kulit yang licin (kulit)
Anak pokok P Anak pokok R
Pemerhatian
• Anak pokok R lebih tinggi berbanding anak
pokok P
• Daun anak pokok R lebih besar berbanding
daun anak pokok P
• Batang anak pokok R lebih besar berbanding
batang anakpokok P
CARA 1
(kalau perkara dalam PM ada 2 jenis)
Tulis PB pilih PM
bandingkan
PM PB
Haiwan Bilangan telur yang dihasilkan
PILIH 8 BANDING
200
Bilangan telur yang dihasilkan oleh penyu lebih
banyak berbanding ayam
ATAU
Bilangan telur yang dihasilkan oleh ayam lebih
sedikit berbanding penyu
CARA 2
(kalau perkara dalam PM lebih daripada
2 jenis)
Tulis PB pilih PM
paling tinggi/rendah
bandingkan
PB
PM
Kelajuan kereta mainan pada permukaan jubin paling
tinggi berbanding pada permukaan permaidani, kertas
pasir dan simen.
ATAU
Kelajuan kereta mainan pada permaidani paling rendah
berbanding pada permukaan jubin, kertas pasir dan
simen.
CARA 3
(kalau PM perkara yang SAMA)
TIP UNTUK MURID LEMAH
Tulis PB semakin
bertambah/ berkurang
PB
Berkurang
PM
Keluasan hutan yang tinggal semakin berkurang
PERHATIAN !!! Boleh juga ditulis sebagai
Keluasan hutan yang tinggal paling sedikit pada
tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.
Inferens
Tip Menjawab
1. Kenalpasti PEMERHATIAN!!!!!
2. Cari punca (sebab) perkara tersebut berlaku
sedemikian (pemerhatian )
3. Membandingkan pelbagai sebab yang logik tetapi
jawapan mestilah di dalam bentuk perbandingan.
Cara Menulis Jawapan
1. Sekiranya pemerhatian telah dinyatakan / ditulis dalam soalan sebelumnya:
Kerana __________________________________________________
(Nyatakan alasan / sebab)
2. Sekiranya pemerhatian tidak dinyatakan / ditulis dalam soalan sebelumnya:
__________________ kerana ________________________________
(Tulis pemerhatian dulu) (Nyatakan alasan / sebab)
CARA 1
Tulis Pemerhatian
kerana (sebab) lihat
PM
Mesti hafal !!!
Pemerhatian PM
Inferens PB
1. Carta palang dibawah menunjukkan keputusan penyiasatan
tentang daya yang diperlukan untuk menolak kotak yang
berlainan jisim di atas lantai dengan jarak yang sama.
PB
PM
Pemerhatian : Jumlah daya yang diperlukan semakin bertambah.
Inferens : Jumlah daya yang diperlukan semakin bertambah
kerana jisim kotak bertambah.
CARA 2
Tulis Pemerhatian
kerana (sebab) fakta
sains
1) Rajah dibawah menunjukkan bayang-bayang terbentuk
dibawah matahari
Pemerhatian : Panjang bayang-bayang pada waktu 12
tengahari adalah paling pendek berbanding
waktu lain.
Inferens : Panjang bayang-bayang pada waktu 12
tengahari adalah paling pendek berbanding
waktu lain kerana kedudukan Matahari
berada tegak diatas kayu itu.
2) Sekumpulan pelajar mengumpul maklumat tentang
kepupusan spesies haiwan di kawasan hutan. Carta palang
di bawah menunjukkan maklumat yang mereka perolehi.
(UPSR 2004)
Bilangan spesies haiwan
yang pupus
50
35
20 1850 1900 1950 2000 Tahun
10
5
1800
Soalan : Nyatakan dua inferens (sebab) untuk menerangkan
mengapa bilangan spesies haiwan yang pupus pada tahun 2000
paling tinggi.
Contoh jawapan :
1. Kerana habitatnya dimusnahkan. //
2. Kerana sumber makanan telah tiada. //
3. Kerana diburu secara besar-besaran.
Jawapan salah: Contoh:
1. Kerana air sungai tercemar. (Sepatutnya fokus jawapan di hutan
bukan di sungai).
2. Kerana tidak diberi makanan yang mencukupi. (Haiwan di
hutan cari makan sendiri).
3) Rajah di bawah menunjukkan sebiji belon sedang dipam
dengan udara. (UPSR 2010)
Jadual di bawah menunjukkan perubahan saiz bagi belon itu.
Bilangan 5 10 20
mengepam
Saiz belon
Contoh 2 Bentuk Soalan berbeza dan cara menjawab.
a) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang sifat udara
berdasarkan pemerhatian dalam penyiasatan ini.
Saiz belon semakin bertambah apabila bilangan
mengepam bertambah kerana udara memenuhi ruang.
PERHATIAN : Jawapan mestilah terhad tentang sifat udara.
b) Nyatakan satu sebab (inferens) berdasarkan pemerhatian
dalam penyiasatan ini.
Saiz belon semakin bertambah kerana bilangan
mengepam bertambah.
PERHATIAN : Apabila menjawab inferens, jawapan
berdasarkan pada PM (Pembolehubah
manipulasi)
4)
Bekas X Bekas Y
Berdasarkan pemerhatian yang dipilih, nyatakan dua inferens
(sebab) tentang perbezaan antara tumbuhan dalam bekas X
dengan tumbuhan dalam bekas Y. (UPSR 1999)
Pemerhatian:
1. Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada
bilangan tumbuhan dalam bekas X.
2. Saiz tumbuhan dalam bekas Y lebih besar daripada saiz
tumbuhan dalam bekas X.
Contoh Jawapan:
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan
tumbuhan dalam bekas X kerana tanah dalam bekas Y lebih subuh daripada
tanah dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan
tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat air
yang mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan
tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat baja
yang mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan
tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat
cahaya matahari yang mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X. //
Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan
tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y bakanya lebih
baik berbanding tumbuhan dalam bekas X.
4) Jadual di atas menunjukkan maklumat yang didapati tentang
satu penyiasatan yang telah dijalankan terhadap ikan dalam
sebatang sungai pada 1990 dan 1999.
Tahun penyiasatan dilakukan
Purata berat ikan / kg 1990 1999
0.5 1.0
Bilangan spesies ikan 2 5
Soalan:
Nyatakan satu inferens (sebab) yang boleh dibuat untuk
menerangkan perbezaan keadaan ikan di sungai itu pada tahun
1990 dan 1999. (UPSR 2001)
Contoh Jawapan:
1. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 terdapat banyak
makan ikan berbanding pada tahun 1990. //
2. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 air sungai tidak
tercemar berbanding pada tahun 1990. //
3. Purata berat ikan pada tahun 1999 lebih berat berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 habitat ikan tidak
ganggu berbanding pada tahun 1990. //
4. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 terdapat banyak
makan ikan berbanding pada tahun 1990.//
5. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak berbanding
pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 air sungai tidak
tercemar berbanding pada tahun 1990. //
6. Bilangan spesies ikan pada tahun 1999 lebih banyak
berbanding pada tahun 1990 kerana pada tahun 1999 habitat
ikan tidak ganggu berbanding pada tahun 1990