The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Anyaman merupakan proses untuk meyisip jalur-jalur bersilang bagi menimbulkan corak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Radzif Yacob Al-Haj, 2021-09-05 13:36:44

BAKUL ANYAMAN KERTAS

Anyaman merupakan proses untuk meyisip jalur-jalur bersilang bagi menimbulkan corak.

BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ

SK FELDA SEMENCHU

ANYAMAN

Anyaman merupakan proses untuk meyisip jalur-jalur bersilang
bagi menimbulkan corak.

Kebiasaannya anyaman dihasilkan daripada dedaun seperti
daun mengkuang dan juga pandan berduri. Namun begitu
anyaman juga boleh dihasilkan daripada pelbagai media lain
seperti reben plastik atau kain, kertas warna dan juga kain
felt.

AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA SENI
TUGASAN : Menghasilkan Bakul Anyaman Kertas
TEKNIK : Anyaman

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Di akhir Pembelajaran Murid Dapat
Menghasilkan Bakul Anyaman Kertas secara kreatif dan
menarik.

ALAT DAN BAHAN

PROSES KERJA

Hasilkan 9 jalur, 2cm lebar dan 24 cm panjang pada sehelai kertas A4
berwarna. Atau sebarang kertas.

PROSES KERJA

Hasilkan pula 4 jalur, 2cm lebar dan 34 cm panjang pada sehelai kertas
lukisan.

PROSES KERJA

Lebihan daripada kertas lukisan. Hasilkan pula 5 keping berbentuk
segiempat sama yang berukuran 4cm x 4 cm.

PROSES KERJA

Gunakkan hanya 8 helai jalur kertas berwarna dan anyam secara
berselang-seli untuk dijadikan tapak seperti gambar di bawah dan
gamkan.

PROSES KERJA

Gunakan pembaris untuk melipat hujung setiap jalur kertas berwarna
dan gamkan seperti gambar di bawah.

PROSES KERJA

Gunakan 2 helai jalur kertas lukisan untuk membuat petak. Ukur
mengikut ukuran tapak dan lipatkan. Hasilkan satu lagi petak dengan
cara yang sama.

PROSES KERJA

Anyam jalur kertas warna dengan memasukan secara berselang-seli
pada petak dan gamkan. Ulang proses yang sama untuk petak ke dua.

PROSES KERJA

Lipat ke dalam lebihan jalur di sebelah luar dan gunting lebihan jalur di
sebelah dalam. Kemudian gamkan kedua-duanya.

PROSES KERJA
Gunakan baki jalur kertas warna untuk dijadikan sebagai tangkai bakul.

PROSES KERJA

Lipat dan gunting kertas segiempat sama berukuran 4cm x 4cm yang
telah disediakan sebelumnya untuk membentuk bunga dan dijadikan
sebagai hiasan (Boleh juga gunakan hiasan lain yang bersesuaian)


Click to View FlipBook Version