BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ
SK FELDA SEMENCHU
SIFAT CAHAYA
CAHAYA BERGERAK LURUS
Cahaya boleh bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan cahaya
adalah dalam garis lurus. Dan cahaya boleh bergerak ke semua arah.
Sumber cahaya paling utama adalah daripada cahaya Matahari.
Sumber cahaya lain adalah seperti nyalaan lampu, lampu suluh, lampu
kenderaan, lilin yang menyala malah juga benda-benda yang terbakar
juga boleh menjadi sumber cahaya.
CAHAYA BERGERAK LURUS
Terdapat banyak fenomena cahaya bergerak lurus di sekeliling kita.
Contohnya;
CAHAYA BERGERAK LURUS
Penyiasatan berikut dilakukan bagi membuktikan cahaya bergerak
lurus.
Dalam situasi ini cahaya dapat
dilihat pada skrin kerana
cahaya lampu suluh dapat
melalui lubang-lubang pada
kepingan kotak.
CAHAYA BERGERAK LURUS
Dalam situasi ini cahaya tidak
kelihatan pada skrin kerana
cahaya lampu suluh dihalang
oleh bahagian tepi kotak.
Ini membuktikan bahawa cahaya bergerak lurus.
KEJELASAN BAYANG-BAYANG OBJEK
Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus terhalang
oleh sesuatu objek.
Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza bergantung
kepada jenis objek yang menghalang pergerkan cahaya.
Jenis objek boleh dikelaskan kepada tiga (3) jenis iaitu
1. Lut sinar
2. Lut cahaya
3. Legap
KEJELASAN BAYANG-BAYANG OBJEK
LUT SINAR
Lut sinar ialah objek yang membenarkan
semua cahaya melaluinya
LUT CAHAYA
Lut cahaya ialah objek yang
membenarkan sebahagian cahaya
melaluinya
LEGAP
Legap ialah objek yang tidak
membenarkan cahaya melaluinya
KEJELASAN BAYANG-BAYANG OBJEK
LUT SINAR
Bayang-bayang lut sinar
LUT CAHAYA
Bayang-bayang lut cahaya
LUT CAHAYA
Bayang-bayang legap
LUT SINAR
Contoh objek-objek yang bersifat lut sinar
Cermin mata Botol kaca
Gelas kaca
Akuarium
Cermin hadapan kereta
LUT CAHAYA
Contoh objek-objek yang bersifat lut cahaya
Beg plastik Botol air
Cermin tingkap
Baju hujan
Bekas makanan
LEGAP
Contoh objek-objek yang bersifat legap
Baldi Jaket
Kerusi kayu
Piring dan cawan Bola Pintu kayu