BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ
SK FELDA SEMENCHU
KOTA TINGGI
Corak Terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur
dan dalam susunan tertentu.
Stensilan
Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan
untuk menghasilkan corak pada sesuatu permukaan.
Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak
kali bagi menghasilkan imej dan corak.
Gosokan
Gosokan adalah teknik yang mudah dalam pendidikan seni visual kerana
ianya menggunakan jalinan yang terdapat di sekeliling.
Pelbagai jalinan di sekeliling mampu mewujudkan kesan corak yang
menarik pada permuakaan yang digosok.
AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA SENI
TUGASAN : Menghasilkan Corak Terancang
TEKNIK : Stensilan dan gosokkan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Di akhir Pembelajaran Murid Dapat
Menghasilkan corak terancang dan berulang secara kreatif dan
menarik dengan menggunakan teknik stensilan dan gosokkan.
ALAT DAN BAHAN
Kertas lukisan,
Oil Pastel,
Pensil,
Gunting,
Stensil
rama-rama
LANGKAH KERJA 1
Lukis motif bentuk rama-rama ( pilihan, boleh pilih motif lain yang
mempunyai imbangan simetri, iaitu bahagian kiri dan kanan adalah
sama)
Gunting motif untuk membentuk stensil seperti di bawah.
LANGKAH KERJA 2
Gunakan stensil dan warnakan bahagian dalam dengan oil pastel.
Pilihan warna adalah mengikut cita rasa sendiri.
LANGKAH KERJA 3
Gunakan motif rama-rama, lorek dengan oil pastel mengikut bentuk
Kemudian gosokan menggukan jari ( Tarik dari dalam ke luar )
Contoh hasil Langkah Kerja 2 dan 3
LANGKAH KERJA 4
Ulang Langkah Kerja 2 dan 3 sehingga memenuhi jalur kertas lukisan
LANGKAH KERJA 5
Ulang proses, tetapi bermula dengan melorek dan menggosok.
Kemudian dikuti dengan mewarna bahagian dalam stensel.
LANGKAH KERJA 6
Lakukan proses yang sama secara berselang-seli sehingga memenuhi
keseluruhan kertas lukisan.
Contoh hasil kerja yang telah disempurnakan
Hasil kerja corak terancang dan berulang dengan
menggunakan teknik stensilan dan gosokkan.