The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menggambar menggunakan teknik kolaj.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Radzif Yacob Al-Haj, 2021-10-24 13:19:04

KOLAJ: LADYBIRDS

Menggambar menggunakan teknik kolaj.

BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ

SK FELDA SEMENCHU
KOTA TINGGI

KOLAJ
Kolaj ialah teknik tampalan bahan secara rapat-rapat atau bertindih dan
terancang pada sesuatu permukaan. Bahan yang ditampal pula boleh
terdiri daripada pelbagai jenis bahan seperti kertas, kain, plastik, manik-
manik, biji-bijirin atau apa sahaja yang bersesuaian.
Untuk kali ini, bahan yang digunakan adalah dari sumber kertas. Iaitu
dengan menggunakan kertas warna.
Bahan yang disebutkan di atas akan dikoyak dan digunting kemudiannya
ditampal secara terancang untuk menghasilkan gambar.

AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA SENI
TUGASAN : Menggambar Kumbang Ladybirds
TEKNIK : Kolaj

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Di akhir Pembelajaran Murid Dapat
Menghasilkan gambar Kumbang Ladybirds dengan menggunakan
teknik kolaj secara kreatif dan menarik.

ALAT DAN BAHAN

Kertas lukisan,
Kertas warna,
Pensil,
Gunting,
Gam

LANGKAH KERJA 1
Buat lakaran Kumbang Ladybirds berserta daun seperti contoh gambar di bawah.

LANGKAH KERJA 2
Sapukan gam pada ruangan yang ingin ditampal dengan kertas warna.
Terdapat dua kaedah menampal
1. Tekan dengan hujung pensil untuk melekatkan cebisan kertas warna. Atau
2. Koyak kertas warna menjadi cebisan kecil dan tampalkan pada bahagian

dikehendaki.

LANGKAH KERJA 3
Sapukan gam pada ruang atau bahagian kepak kumbang.
Gunakan kertas warna merah, koyak menjadi cebisan dan tampal pada keseluruhan
bahagian kepak atau sayap.

LANGKAH KERJA 4
Sapukan gam pada ruang atau bahagian bulatan pada kepak kumbang.
Gunakan kertas warna hitam, gunakan hujung pensil dan tekan hingga terkoyak
atau juga koyak menggunakan tangan, menjadi cebisan dan tampal pada bahagian
bulatan tersebut.

LANGKAH KERJA 5
Ulang langkah yang sama untuk menampal bahagian badan dan kepala kumbang.
Kemudian siapkan juga sebelah lagi bahagian sayap kumbang.

LANGKAH KERJA 6
Tampalkan bahagian tengah daun dengan warna yang sesuai.
Kemudian potong kertas warna hitam untuk membentuk kaki kumbang.

LANGKAH KERJA 7
Potong kertas warna hijau menjadi cebisan-cebisan kecil.
Sapu gam pada bahagian daun dan tampalkan cebisan kertas yang dipotong.

LANGKAH KERJA 8
Gunakan warna hijau gelap dan hijau terang untuk membentuk tona warna.
Tampal cebisan kertas warna pada keseluran bahagian daun.

LANGKAH KERJA 9
Gunting kertas warna hitam untuk membentuk sesungut kumbang dan
tampalkan.

LANGKAH KERJA 10
Koyakkan kertas warna jingga dan kuning untuk dijadikan sebagai hiasan bahagian
latar.

LANGKAH KERJA 11
Tampal bahagian mata dengan cebisan warna kuning dan hitam.
Atau boleh gunakan mata hiasan jika ada.

Contoh hasil kerja yang telah disempurnakan.


Click to View FlipBook Version