The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memperihalkan tentang kesan bunyi kepada kehidupan dan cara bagaimana untuk mengurangkan pencemaran bunyi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Radzif Yacob Al-Haj, 2021-10-05 10:52:42

UNIT 6: BUNYI BERFAEDAH DAN BUNYI MEMUDARATKAN

Memperihalkan tentang kesan bunyi kepada kehidupan dan cara bagaimana untuk mengurangkan pencemaran bunyi.

BERSAMA
CIKGU ABDUL RADZIF BIN YACOB AL-HAJ

SK FELDA SEMENCHU

BUNYI YANG BERFAEDAH DAN BUNYI YANG MEMUDARATKAN

Di sekeliling kita terdapat pelbagai jenis bunyi. Bunyi memberikan pelbagai
kesan kepada kehidupan kita. Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi
yang memudaratkan kita.

Bunyi berfaedah Bunyi memudaratkan

BUNYI YANG BERFAEDAH

1. Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.
2. Bunyi muzik boleh menghiburkan.
3. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
4. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk.

BUNYI YANG MEMUDARATKAN

1. Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar berkomunikasi.
2. Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan menyebabkan

tekanan emosi.
3. Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh

menyebabkan masalah pendengaran.
4. Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang

melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita.

MENGURANGKAN PENCEMARAN BUNYI

Bunyi yang terlalu kuat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan
supaya lebih senyap atau kurang jelas.
Cara mengurangkan pencemaran bunyi ialah dengan menggunakan
pelindung telinga dan penggunaan penyerap bunyi.

Cara mengurangkan pencemaran bunyi

Menggunakan pelindung Penggunaan penyerap
telinga bunyi

MENGURANGKAN PENCEMARAN BUNYI

Menggunakan Pelindung Telinga

Petugas di landasan kapal terbang
menggunakan pelindung telinga
untuk melindungi telinga supaya
tidak rosak akibat bunyi pesawat
yang terlalu kuat

MENGURANGKAN PENCEMARAN BUNYI
Penggunaan Penyerap Bunyi

Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan
tingkap dapat mengurangkan getaran bunyi.

MENGURANGKAN PENCEMARAN BUNYI

Penggunaan pokok boleh membantu mengurangkan mengurangkan
pencemaran bunyi di persekitaran kita.


Click to View FlipBook Version