The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Radzif Yacob Al-Haj, 2021-07-12 14:32:38

UNIT 10 SAINS TAHUN 4 MESIN

Mempelajari tentang mesin

MESIN
Mesin ialah suatu alat yang memudahkan kerja seharian.

Gambar: Contoh mesin yang digunakan
dalam kehidupan seharian

TUAS
Tuas merupakan salah satu daripada mesin ringkas yang sering
digunakan dalam kehidupan kita seharian.
Tuas ialah alat yang digunakan untuk mengangkat atau mengumpil
sesuatu objek.

Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu daya, fulkrum dan beban.

Gambar di bawah menunjukkan pemutar skru digunakan untuk
membuka penutup tin. Lihat bagaimana pemutar skru menjadi sebagai
mesin tuas.

Penutup tin bertindak sebagai beban, manakala hujung pemutar skru
yang menyentuh penutup tin adalah fulkrum. Tangan yang menolak
pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.

Gambar: Penggunaan tuas dalam kehidupan seharian

Sila perhatikan kedudukan daya, fulkrum dan beban… di atas.
Menyapu Sampah

Tangan yang menolak batang penyapu bertindak sebagai
daya. Bahagian pangkal batang penyapu bertindak sebagai
fulkrum. Manakala bahagian hujung penyapu bertindak sebagai beban.
Pengokot atau stapler

Bahagian atas stapler yang ditekan bertindak sebagai daya. bahagian
belakang bertindak sebagai fulkrum. Manakala bahagian bahagian yang
mengepit kertas bertindak sebagai beban.
Mencabut Paku

Pemegang yang digerakkan bertindak sebagai daya. kepala penukul
yang menyentuh permukaan kayu bertindak sebagai fulkrum. Manakala
paku bertindak sebagai beban.

Hubung kait antara beban, fulkrum dan daya.

Apabila fulkrum diletakkan berdekatan dengan beban, sedikit daya yang
diperlukan untuk mengangkat beban. ( Mudah )

Apabila fulkrum diletakkan berjauhan dengan beban, banyak daya
diperlukan untuk mengangkat beban. ( Sukar )

Hipotesis : Jarak beban daripada fulkrum
Pemboleh Ubah : Daya diperlukkan untuk
Dimanipulasi (PM)
Bergerak balas (PB) mengangkat beban

Semakin kurang jarak beban dari fulkrum;
Semakin kurang daya yang diperlukan untuk mengangkat beban

MESIN RINGKAS
Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan
lebih mudah dan cepat.
Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita. Setiap mesin
ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.

Jenis-Jenis Mesin Ringkas
Roda Dan Gandar
Roda dan gandar ialah alat yang terdiri daripada roda yang dipasang
pada sebatang rod yang dinamakan gandar.
Contoh Roda dan Gandar

Tuas
Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di
atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek.
Contoh Tuas

Skru
Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan
ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatukan atau
mengetatkan dua bahagian objek.
Contoh Skru

Gear
Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi.

Takal
Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang
membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan
sesuatu beban.

Satah condong
Satah condong ialah satu permukaan rata yang disendengkan dengan
satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang
berbeza.

Baji
Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk
memotong atau juga untuk memegang dan memberhentikan sesuatu
objek.

Mesin Ringkas Menyelesaikan Masalah
Masalah harian dapat diselesaikan dengan menggunakan mesin
ringkas.
Lebih banyak mesin ringkas yang digunakan, lebih mudah dan cepat
kerja dapat dilakukan.

MESIN KOMPLEKS
Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita terdiri
daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas
merupakan satu mesin kompleks.

Contoh Mesin Kompleks
Gunting

Kereta Sorong

Basikal

Contoh lain Mesin Kompleks

Ciri Lestari Mesin Kompleks
Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai ciri
lestari, iaitu;

1. mesin yang tahan lama
2. tidak mudah rosak
3. menguntungkan
4. tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar
5. mudah dan selamat digunakan

Contoh mesin lestari ialah basikal
Kerana basikal mudah digunakan dan tidak memerlukan bahan api fosil
untuk menggerakkannya. Oleh sebab itu, basikal tidak akan
mencemarkan alam sekitar.

Cuba fikirkan apakah mesin ringkas yang ada pada objek berikut:
a. Penyepit Kuku

Gerudi Tangan


Click to View FlipBook Version