The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazwaabmutalip, 2023-08-01 23:22:19

BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL

MODUL ALPdP_QC

1 BUKU PANDUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL Terbitan 2023 ©Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 - 8, Blok E9, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia. ISBN: XXX-XXX-XXX-XXX-X


KANDUNGAN PERKARA HALAMAN KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN KATA ALU-ALUAN PENGENALAN 1.0 CADANGAN ALPdP TINGKATAN 1 1.1 Sahabatku Selamanya 1.2 Program Sekolah Penyayang 1.3 Bumiku, Tanggungjawabku 1.4 Kempen Anti Rasuah 1.5 Sayangi Diri, Hidup Sejahtera 1.6 Uniknya Malaysia 1.7 Gaya Hidup Sihat 1.8 Perwira Alam! 1.9 Hargai Masa, Hidup Berjaya 1.10 Satu Kelas, Satu Tanaman 2.0 CADANGAN ALPdP TINGKATAN 2 2.1 Terima Kasih Adiwiraku 2.2 Sekolah Bersih, Murid Ceria 2.3 Minda Sihat 2.4 Berhemah di Jalan Raya 2.5 Utusan Kasih Untukmu 2.6 Hidup Beradab, Sahsiah Terpuji 2.7 Sayangi Diri 2.8 Saya dan Dunia Siber 2.9 Layang-layang Kehidupan 2.10 Kami Peduli 3.0 CADANGAN ALPdP TINGKATAN 3 3.1 Pakaian Tradisional, Identiti Bangsa 3.2 Kad Ucapan Gergasi 3.3 Program 10 Sen Sehari 3.4 Jenayah Juvana Membawa Padah! 3.5 Jejak Idola 3.6 Transformasi Perhimpunan 3.7 Duta Moral 3.8 Keamanan Dunia, Tanggungjawab Bersama 3.9 Bandar Idaman 3.10 Rantaian Maklumat 4.0 SOALAN LAZIM 5.0 GLOSARI i ii iii iv v vi 2 3 4 6 7 8 9 10 11 12 14 15 16 17 18 19 20 21 22 24 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL i


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL ii


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL iii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.] BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL iv


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL v KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah berjaya menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (ALPdP) Menengah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai panduan pelaksanaan ALPdP berdasarkan peruntukan waktu yang telah ditetapkan. Buku panduan ini diharap dapat digunakan sebagai pencetus idea kepada guru dalam merancang dan melaksanakan ALPdP yang menarik dan berkesan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral bagi murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Contoh aktiviti yang diketengahkan dalam buku panduan ini adalah aktiviti yang boleh diintegrasikan dengan program sekolah. Kebolehlaksanaan cadangan ALPdP ini adalah tinggi kerana aktiviti yang dicadangkan dalam buku panduan ini adalah aktiviti yang telah dilaksanakan oleh guru di sekolah. Buku panduan ini diharap dapat membantu guru dalam mengaplikasikan fokus moral iaitu domain penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Di samping itu, guru dapat mempelbagaikan strategi pelaksanan ALPdP yang berkesan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid. BPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan buku panduan ini. Semoga buku panduan yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya guru dan murid dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara. Sekian, terima kasih. DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL vi PENGENALAN Latar Belakang Pelaksanaan Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (ALPdP Pendidikan Moral Menengah Rendah merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Perkara ini adalah sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2016. Pelaksanaan ALPdP dalam kalangan murid Pendidikan Moral menengah rendah adalah untuk menghayati dan mengaplikasi domain penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Di samping itu, murid dapat memberi sumbangan dan khidmat masyarakat kepada komuniti dan masyarakat setempat, memupuk keharmonian antara manusia dengan alam sekitar dan menjadi sebahagian daripadanya serta menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan masyarakat serta negara. Peruntukan masa bagi mata pelajaran Pendidikan Moral adalah 96 jam setahun iaitu 64 jam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan 32 jam pelaksanaan aktiviti di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (ALPdP). Agihan masa minimum ALPdP adalah 32 jam setahun dan guru boleh melaksanakan ALPdP melebihi masa minimum yang diperuntukan. Pelaksanaan ALPdP yang dijalankan hendaklah dirancang dan direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar dan dikira sebagai waktu mengajar.


Objektif Buku Panduan Buku panduan ini dibangunkan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti 32 jam di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (ALPdP). Organisasi Panduan Pelaksanaan ALPdP Buku panduan yang disediakan dalam Pelaksanaan ALPdP merujuk kepada aktiviti pembelajaran berasaskan projek dan khidmat masyarakat serta pelbagai aktiviti lain yang sesuai dan selaras dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Pendidikan Moral. Perancangan ALPdP perlu disertakan dalam Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Moral supaya lebih terancang dan berstruktur serta diselaraskan dengan takwim sekolah. Buku panduan ini mengandungi peranan pelbagai pihak dalam pelaksanaan ALPdP dan cadangan pelaksanaan ALPdP. Cadangan Aktiviti Aktiviti yang dicadangkan dalam buku panduan ini adalah berdasarkan ALPdP yang telah dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral menengah rendah dengan mengintegrasikan program sekolah selari dengan DSKP Pendidikan Moral menengah rendah. Aktiviti dan masa yang dicadangkan dalam buku panduan pelaksanaan ALPdP ini adalah sebagai panduan guru dan boleh diubah suai serta dilaksanakan mengikut kesesuaian. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL vii


Peranan Pelbagai Pihak dalam Pelaksanaan ALPdP Peranan Pentadbir 1. Memastikan pelaksanaan ALPdP di luar waktu mengajar guru diambil kira sebagai waktu mengajar guru. Contoh pelaksanaan ALPdP sebelum atau selepas waktu mengajar sesi persekolahan. 2. Memastikan guru-guru Pendidikan Moral menengah rendah melaksanakan ALPdP sekurang-kurangnya 32 jam setahun. 3. Memaklumkan ibu bapa tentang pelaksanaan ALPdP di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Pelaksanaan ALPdP 1. Melaksanakan ALPdP selama 32 jam setahun. 2. Membuat perancangan pelaksanaan ALPdP. 3. Merekodkan pelaksanaan ALPdP dalam buku rekod mengajar guru. Peranan Murid 1. Melibatkan diri dalam ALPdP sekurang-kurangnya selama 32 jam setahun. Peranan Ibu Bapa 1. Memberi kerjasama kepada pihak sekolah dengan memastikan anak mereka terlibat dalam ALPdP. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL viii


TINGKATAN 1 CADANGAN ALPdP : TINGKATAN 1 Sahabatku Selamanya Program Sekolah Penyayang Bumiku, Tanggungjawabku Kempen Anti Rasuah Sayangi Diri, Hidup Sejahtera Uniknya Malaysia Gaya Hidup Sihat Perwira Alam! Hargai Masa, Hidup Berjaya Satu Kelas, Satu Tanaman


TINGKATAN 1 Aktiviti ini dijalankan semasa minggu orientasi tingkatan 1. Melalui aktiviti ini murid dapat menghasilkan dan mendeklamasikan sajak bertemakan persahabatan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: SAHABATKU SELAMANYA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kasih sayang ● Hormat ● Kerjasama ● Kesederhanaan ● Toleransi ● Murid menghasilkan sajak secara berkumpulan ● Murid mendeklamasikan sajak ● Pemilihan pemenang deklamasi sajak ● Murid membuat refleksi tentang aktiviti yang telah dijalankan ● Perbincangan aktiviti pertandingan mendeklamasikan sajak ● Penetapan kriteria penghasilan sajak BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 2


TINGKATAN 1 Program sambutan hari jadi ini diadakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk dan menghargai dan meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan warga sekolah. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerjasama ● Hormat ● Hemah tinggi ● Kasih sayang ● Bertanggungjawab ● Murid menyiapkan tempahan mengikut pesanan ● Mengedarkan tempahan mengikut tarikh hari jadi ● Murid mengisi borang kepuasan pelanggan ● Memuat naik gambar aktiviti “Dariku Untukmu” di media sosial sekolah ● Perbincangan dan agihan tugas aktiviti “Dariku Untukmu” ● Hebahan dan edaran makluman tempahan aktiviti “Dariku Untukmu” BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 3


TINGKATAN 1 Aktiviti menghasilkan beg kitar semula adalah bagi menerapkan sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar. Melalui aktiviti ini amalan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Repair) dapat dipertingkatkan dalam kalangan warga sekolah. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: BUMIKU, TANGGUNGJAWABKU CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Rasional ● Patriotisme ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Murid menghasilkan beg ● Murid mempamerkan dan menceritakan hasil rekaan ● Menggunakan beg yang dihasilkan ● Mempromosikan penggunaan beg kitar semula dalam kalangan warga sekolah ● Murid membawa t-shirt terpakai ● Demonstrasi penghasilan beg daripada t-shirt terpakai BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 4


TINGKATAN 1 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN BEG KITAR SEMULA Penyediaan bahan-bahan: 1. T-shirt terpakai 2. Gunting 3. Pembaris 4. Pensel Beg kitar semula. 1 ● Gunting hujung bawah t-shirt. ● Hujung baju akan dijadikan tali beg. 2 Gunakan pembaris dan pensil untuk membuat garisan panjang berukuran 12 cm di bahagian bawah baju. 3 Ikat bahagian yang telah digunting tersebut atas dan bawah. 5 Gunting garisan yang telah dibuat. 4 Ulang langkah 2 hingga 5 pada bahagian lengan t-shirt. 6 7 BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 5


TINGKATAN 1 Kempen Anti Rasuah ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah. Melalui aktiviti ini murid akan menghasilkan buku skrap anti rasuah dan mengadakan kempen Anti Rasuah. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: KEMPEN ANTI RASUAH CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kejujuran ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Harga Diri ● Rasional ● Patriotisme ● Bertanggungjawab ● Keberanian ● Murid menghasilkan buku skrap dengan bimbingan guru ● Murid mempamerkan buku skrap dan berkongsi maklumat tentang rasuah ● Murid mengumpul maklumat untuk menyiapkan buku skrap anti rasuah BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 6 ● Murid mengenal pasti jenis rasuah yang boleh berlaku di sekolah ● Murid dapat menghindarkan diri daripada gejala rasuah


TINGKATAN 1 ● Kejujuran ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Harga Diri ● Rasional ● Patriotisme ● Bertanggungjawab ● Keberanian Sketsa bertemakan Sayangi Diri, Hidup Sejahtera dijalankan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah berkaitan ketagihan. Melalui aktiviti ini, murid cakna dengan isu ketagihan yang boleh membawa mudarat. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: SAYANGI DIRI, HIDUP SEJAHTERA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Rasional ● Harga Diri ● Kasih Sayang ● Kesederhanaan ● Kebebasan ● Murid membuat persembahan sketsa ● Sesi sumbang saran ● Wakil kumpulan akan mencabut subtajuk seperti berikut: Tajuk 1 : Ketagihan Arak Tajuk 2 : Ketagihan Berjudi Tajuk 3 : Ketagihan Dadah Tajuk 4 : Ketagihan Internet Tajuk 5 : Ketagihan Gajet ● Perbincangan dan berlatih sketsa ● Berkongsi pengetahuan berkaitan isu ketagihan BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 7


TINGKATAN 1 Aktiviti kongsi raya dianjurkan untuk menerapkan sikap menghargai dan menghormati kepelbagaian amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti ini murid dapat memupuk amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM TAJUK AKTIVITI: UNIKNYA MALAYSIA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Hormat ● Bertanggungjawab ● Hemah tinggi ● Rasional ● Toleransi ● Murid menghadiri majlis sambutan kongsi raya ● Murid menyempurnakan tugasan masing-masing ● Murid meraikan kepelbagaian dalam sambutan kongsi raya ● Murid berkongsi pengalaman sambutan kongsi raya menerusi pelbagai media ● Murid mengambil bahagian dalam jawatankuasa sambutan kongsi raya peringkat sekolah ● Murid membuat persediaan mengikut jawatankuasa 30 MINIT BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 8


TINGKATAN 1 Aktiviti ini dijalankan semasa perjumpaan mingguan unit kokurikulum. Melalui aktiviti ini murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti gaya hidup sihat. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: GAYA HIDUP SIHAT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Toleransi ● Kerjasama ● Hormat ● Hemah tinggi ● Kasih sayang ● Bertanggungjawab ● Murid mempromosikan pelaksanaan aktiviti senamrobik ● Murid mempersembahkan senamrobik mengikut kumpulan ● Murid merancang aktiviti senamrobik ● Murid mencipta koreografi senamrobik BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 9 ● Mengekspresikan perasaan dan meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup sihat


TINGKATAN 1 Aktiviti mencipta model kegiatan manusia yang memusnahkan alam menggunakan bahan terpakai. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan meningkatkan kesedaran melindungi bumi dan alam sekitar. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM TAJUK AKTIVITI: PERWIRA ALAM! CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Rasional ● Patriotisme ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Murid menghasilkan model dengan menggunakan bahan terpakai ● Berkongsi kepentingan menjaga alam sekitar melalui pelbagai media ● Setiap kumpulan diberikan tugasan berdasarkan tajuk seperti berikut: Tajuk 1 : Pencemaran Udara Tajuk 2 : Pencemaran Bunyi Tajuk 3 : Pencemaran Air Tajuk 4 : Pencemaran Tanah ● Merancang dan menyenaraikan bahan terpakai yang diperlukan dalam penghasilan model 30 MINIT BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 10


TINGKATAN 1 BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 11 Aktiviti “Hargai Masa, Hidup Berjaya” dijalankan bagi memupuk disiplin sebagai asas pembentukan sahsiah dalam diri murid. Melalui aktiviti ini murid menyedari kepentingan pengurusan masa. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: HARGAI MASA, HIDUP BERJAYA CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hormat ● Bertanggungjawab ● Kerjasama ● Rasional ● Toleransi ● Hemah tinggi ● Kebebasan ● Murid merekodkan masa kehadiran ke sekolah pada setiap hari selama sebulan ● Murid analisis data masa kehadiran ● Murid membuat refleksi pengurusan masa ● Murid menyediakan ‘Diari Masa’ untuk merekodkan masa kehadiran ke sekolah pada setiap hari


TINGKATAN 1 Aktiviti menanam pokok ini dirancang oleh guru Pendidikan Moral tingkatan satu. Setiap kelas akan menanam satu jenis tanaman yang akan dipelihara sepanjang tahun. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT TAJUK AKTIVITI: SATU KELAS, SATU TANAMAN CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Rasional ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Menanam anak pokok di kawasan yang dibenarkan oleh pihak sekolah ● Berkongsi pengalaman aktiviti menanam pokok ● Perbincangan menentukan jenis tanaman ● Perbincangan guru dan murid perlu mengambil kira kos dan jangka hayat pokok yang ingin ditanam di kawasan sekolah ● Pemilihan pokok yang mudah dijaga juga perlu diambil kira agar tidak membebankan murid kelak ● Pembahagian kumpulan untuk penjagaan sepanjang tahun BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 12


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 1 Terima Kasih Adiwiraku Sekolah Bersih, Murid Ceria Minda Sihat Berhemah di Jalan Raya Utusan Kasih Untukmu CADANGAN ALPdP : TINGKATAN 2 Hidup Beradab, Sahsiah Terpuji Sayangi Diri Saya dan Dunia Siber Layang-layang Kehidupan Kami Peduli


TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: TERIMA KASIH ADIWIRAKU Aktiviti ini boleh dilaksanakan pada perjumpaan mingguan kokurikulum. Murid diberi peluang untuk memberi penghargaan terhadap idola adiwira melalui koir, menyanyi atau memberi ucapan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 30 MINIT 10 MINIT 20 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Murid menyampaikan slot Terima Kasih Adiwiraku ● Setiap persembahan boleh dirakam atau diambil gambar ● Membudayakan ucapan terima kasih dalam kehidupan harian ● Perbincangan dan penyediaan jadual penggiliran slot Terima Kasih Adiwiraku ● Murid merancang cara penyampaian slot Terima Kasih Adiwiraku BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 14


● Bertanggungjawab ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Hemah Tinggi ● Rasional TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: SEKOLAH BERSIH, MURID CERIA Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang amalan kitar semula. Kitar semula dapat menjamin kebersihan dan menjana pendapatan sampingan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kasih sayang ● Bertanggungjawab ● Rasional ● Kerjasama ● Kerajinan ● Murid akan mengutip dan mengasingkan barangan yang boleh dikitar semula ● Penyediaan buku log untuk merekodkan hasil jualan barangan kitar semula ● Murid merancang penggunaan wang hasil jualan barangan kitar semula ● Perbincangan kaedah pelaksanaan kitar semula ● Perancangan tujuan kitar semula BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 15 ● Pendedahan tentang pengurusan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Rethink and Repair) dan kewangan


TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: MINDA SIHAT Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penjagaan kesihatan mental. Melalui aktiviti ini murid mengetahui pengurusan kesihatan mental. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 20 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Harga Diri ● Kerajinan ● Bertanggungjawab ● Berdikari ● Kesederhanaan ● Ceramah kesihatan mental oleh pegawai kesihatan ● Perbincangan tentang aktiviti Minda Sihat seperti berikut: Aktiviti 1: Latihan Pernafasan Aktiviti 2: Urutan Leher dan Bahu Aktiviti 3: Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres Aktiviti 4: Kaedah Relaksasi Otot ● Demonstrasi berdasarkan aktiviti Minda Sihat ● Merancang program ceramah kesihatan mental oleh pegawai kesihatan BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL ● Membudayakan gaya hidup sihat 16


● Harga Diri ● Kerajinan ● Bertanggungjawab ● Berdikari ● Kesederhanaan TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: BERHEMAH DI JALAN RAYA Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan di jalan raya. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan kesedaran mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hormat ● Bertanggungjawab ● Toleransi ● Kasih sayang ● Rasional ● Menghasilkan brosur berdasarkan isu seperti: Isu 1 : Basikal lajak Isu 2 : Lumba haram Isu 3 : Menunggang motosikal tanpa lesen Isu 4 : Kecuaian di jalan raya Isu 5 : Melintas tanpa menggunakan lintasan belang ● Perkongsian langkah-langkah bagi mengurangkan risiko di jalan raya ● Ceramah keselamatan jalan raya daripada pegawai perhubungan sekolah BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 17


TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: UTUSAN KASIH UNTUKMU Aktiviti pantomim berdasarkan tema hak wanita, hak pengguna, hak orang kurang upaya dan hak pekerja. Melalui aktiviti ini murid menyedari dan menghormati hak asasi manusia. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hormat ● Kasih sayang ● Keberanian ● Bertanggungjawab ● Kesederhanaan ● Berlatih aktiviti pantomim berdasarkan tema ● Murid membuat persembahan pantomim ● Penonton menyenaraikan nilai dan pengajaran yang diperoleh melalui persembahan tersebut ● Murid melindungi dan menghormati hak asasi manusia dalam kehidupan harian ● Perancangan aktiviti pantomim berdasarkan tema BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 18


TINGKATAN 1 ● Hormat ● Kasih sayang ● Keberanian ● Bertanggungjawab ● Kesederhanaan TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: HIDUP BERADAB, SAHSIAH TERPUJI Aktiviti menghasilkan infografik tentang adab di tempat awam. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan kesedaran dan beradab ketika berada di tempat awam. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Hemah tinggi ● Kesederhanaan ● Harga diri ● Rasional ● Kebebasan ● Penghasilan infografik ● Pembentangan infografik ● Mempamerkan infografik di papan kenyataan ● Melaksanakan penilaian kendiri ● Perbincangan penghasilan infografik ● Membina kerangka infografik BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 19


TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: SAYANGI DIRI Aktiviti “Kotak Emosi” dijalankan bagi memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menyuarakan emosi secara bertulis. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui masalah dan kaedah penyelesaian untuk masalah tersebut. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Rasional ● Harga diri ● Keberanian ● Berdikari ● Kejujuran ● Murid berada dalam bulatan ● “Kotak Emosi” berada di tengah bulatan ● Murid menuliskan dan memasukkan kad emosi ke dalam kotak ● Sesi diskusi untuk mencari kaedah penyelesaian ● Menerima kekuatan dan kelemahan setiap individu ● Penyediaan “Kotak Emosi” ● Menyediakan kepingan kad emosi BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 20


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 21 ● Rasional ● Harga diri ● Keberanian ● Berdikari ● Kejujuran TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: SAYA DAN DUNIA SIBER Aktiviti ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran mematuhi etika dan undang-undang. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui kebaikan dan keburukan penyebaran maklumat. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Harga diri ● Patriotisme ● Hemah tinggi ● Kesederhanaan ● Berkongsi maklumat ● Penghasilan bahan interatif ● Murid dapat menyatakan kepentingan dan cara untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum disebarkan kepada umum ● Murid mendapatkan maklumat berkaitan isu penyalahgunaan siber menggunakan pelbagai sumber ● Secara dalam talian ● Sumber bercetak ● Temu bual


TINGKATAN 2 TINGKATAN 1 TAJUK AKTIVITI: LAYANG-LAYANG KEHIDUPAN Aktiviti menghasilkan layang-layang dijalankan sebagai simbolik kepada ikatan kekeluargaan. Teknik permainan layang-layang memerlukan kesabaran dan saling memahami dalam ikatan kekeluargaan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Hormat ● Kerjasama ● Toleransi ● Murid menghasilkan layang-layang dengan bimbingan guru ● Murid bermain layang-layang sambil memastikan teknik yang diperlukan untuk bermain layang-layang ● Taklimat aktiviti “Layang-layang Kehidupan” ● Penyediaan peralatan layang-layang BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 22 ● Murid membuat rumusan perkaitan permainan layang-layang dan ikatan kekeluargaan dalam membentuk keluarga bahagia


TINGKATAN 1 ● Bertanggungjawab ● Kasih sayang ● Hormat ● Kerjasama ● Toleransi LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN LAYANG-LAYANG 1 2 3 4 5 6 7 Penyediaan bahan-bahan: 1. 1 helai kertas mahjung 2. 4 batang lidi 3. Pita pelekat 4. Tali Kertas mahjung digunting segi empat sama. Murid boleh melukis atau mewarnakan kertas mahjung di bahagian hadapan. Bina tulang secara menegak dengan meletakkan dua batang lidi di bahagian tengah kertas mahjung. Pita pelekat dilekatkan dengan kemas di bahagian tengah, atas dan bawah. 2 batang lidi secara melintang, lekatkan pita pelekat lidi dengan kemas di bahagian di hujung kiri dan kanan. Lipat keempat-empat bucu kertas mahjung untuk menutup hujung lidi yang menjadi tulang layang-layang Lebihan kertas dijadikan ekor layang-layang. Ikat tali di bahagian tengah tulang layang-layang. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 23


TINGKATAN 2 TAJUK AKTIVITI: KAMI PEDULI Murid menyediakan kotak “Kami Peduli” untuk mengumpulkan peralatan sekolah, makanan dan pakaian. Melalui aktiviti ini dapat memupuk sikap prihatin dalam kalangan murid. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Baik hati ● Hormat ● Toleransi ● Merekodkan pengumpulan barangan ● Mengedarkan barangan mengikut keperluan murid ● Murid cakna dan berusaha untuk membantu rakan ● Menyediakan kotak “Kami Peduli” ● Penyebaran maklumat tentang kotak “Kami Peduli” BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 24


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 1 ● Kasih sayang ● Kerjasama ● Baik hati ● Hormat ● Toleransi Pakaian Tradisional, Identiti Bangsa Kad Ucapan Gergasi Program 10 Sen Sehari Jenayah Juvana membawa Padah! Jejak Idola CADANGAN ALPdP : TINGKATAN 3 Transformasi Perhimpunan Duta Moral Keamanan Dunia, Tanggungjawab Bersama Bandar Idaman Rantaian Maklumat


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: PAKAIAN TRADISIONAL, IDENTITI BANGSA Peragaan pakaian tradisional dijalankan untuk mengekalkan budaya yang akan diwarisi oleh generasi akan datang. Melalui aktiviti ini murid dapat mengenali dan menghargai budaya amalan tradisi masyarakat Malaysia. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Toleransi ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Murid memperagakan pakaian tradisional ● Murid akan menjelaskan jenis pakaian tradisional ● Murid memuat naik gambar beserta penerangan tentang pakaian tradisional dalam media sosial masing-masing ● Perbincangan perjalanan aktiviti ● Penyediaan garis panduan peragaan pakaian tradisional BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 26


TINGKATAN 3 ● Toleransi ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Patriotisme ● Berterima kasih TAJUK AKTIVITI: KAD UCAPAN GERGASI Aktiviti Kad Ucapan Gergasi ini diadakan sempena sambutan perayaan atau hari istimewa. Melalui aktiviti ini dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan semangat perpaduan. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Toleransi ● Hemah Tinggi ● Rasional ● Patriotisme ● Berterima kasih ● Menghasilkan kad gergasi ● Murid menulis ucapan dalam kad gergasi ● Murid meraikan dan menghargai semangat perpaduan ● Penetapan tema kad gergasi ● Penyediaan bahan kad gergasi ● Mereka bentuk kad gergasi BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 27


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: PROGRAM 10 SEN SEHARI Aktiviti 10 sen sehari dijalankan untuk memupuk amalan menderma dalam kalangan murid. Melalui aktiviti ini murid dapat menyedari bahawa wang yang didermakan itu bermakna meskipun nilainya hanya 10 sen. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerjasama ● Kerajinan ● Bertanggugjawab ● Toleransi ● Baik hati ● Kutipan derma ● Pengiraan derma ● Penyerahan kepada individu yang memerlukan bantuan ● Meningkatkan kesedaran menderma bagi membantu orang lain ● Perbincangan kutipan derma ● Penyediaan tabung BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 28


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: JENAYAH JUVANA MEMBAWA PADAH! Jenayah juvana yang semakin berleluasa menggugat keharmonian negara. Melalui aktiviti ini, kesedaran kepada murid dapat diterapkan agar murid tidak terlibat dengan jenayah juvana. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Harga diri ● Rasional ● Kebebasan ● Kesederhanaan ● Ceramah oleh pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ● Sesi soal jawab atau kuiz ● Murid mendapat maklumat tentang jenayah juvana ● Murid berkongsi dengan rakan tentang cara yang boleh diambil bagi mengurangkan jenayah juvana ● Perbincangan pelaksanaan ceramah ● Makluman pelaksanaan ceramah BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 29


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: JEJAK IDOLA Aktiviti Jejak Idola diadakan untuk menyerlahkan bakat terpendam murid. Melalui aktiviti ini murid dapat menunjukkan keistimewaan mereka dalam pelbagai bidang. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Bertanggugjawab ● Berdikari ● Kerajinan ● Hemah tinggi ● Harga diri ● Murid mempersembahkan bakat terpendam ● Perkongsian tentang persembahan ● Murid berani menonjolkan potensi diri ● Perbincangan perjalanan aktiviti Jejak Idola ● Penyediaan kriteria dan hebahan aktiviti Jejak Idola BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 30


TINGKATAN 3 ● Bertanggugjawab ● Berdikari ● Kerajinan ● Hemah tinggi ● Harga diri TAJUK AKTIVITI: TRANSFORMASI PERHIMPUNAN Aktiviti Transformasi Perhimpunan adalah untuk mendidik murid menjaga adab dalam semua majlis rasmi dan tidak rasmi. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui dan mempraktikkan adab apabila menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 30 MINIT CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerajinan ● Hormat ● Kesederhanaan ● Hemah tinggi ● Harga diri ● Membuat pemerhatian semasa majlis rasmi dan tidak rasmi ● Membentangkan dapatan pemerhatian ● Mendemonstrasikan adab semasa majlis rasmi dan tidak rasmi ● Murid mengetahui dan mempraktikkan adab semasa majlis rasmi dan tidak rasmi ● Penyediaan senarai semak majlis rasmi dan tidak rasmi BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 31


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: DUTA MORAL Aktiviti Transformasi Perhimpunan adalah untuk mendidik murid menjaga adab dalam semua majlis rasmi dan tidak rasmi. Melalui aktiviti ini murid dapat mengetahui dan mempraktikkan adab apabila menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 1 JAM 2 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kerjasama ● Kerajinan ● Bertanggungjawab ● Toleransi ● Baik hati ● Melaksanakan khidmat sosial ● Analisis catatan khidmat sosial ● Menceritakan pengalaman melaksanakan khidmat sosial ● Menyediakan templat Catatan Khidmat Sosial ● Menyediakan garis panduan Catatan Khidmat Sosial BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 32


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: KEAMANAN DUNIA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA Aktiviti ini dijalankan untuk mendedahkan murid tentang undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Melalui aktiviti ini murid mendapat pengetahuan dan mematuhi undang-undang antarabangsa. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 1 JAM 2 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kebebasan ● Bertanggungjawab ● Rasional ● Hormat ● Keberanian ● Menghasilkan poster dan abstrak ● Mempamerkan poster ● Pembentangan poster dan abstrak ● Perkongsian pengalaman menyertai pameran tentang undang-undang kemanusiaan ● Perincian kandungan poster ● Perbincangan dan pemilihan isu BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 33


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: BANDAR IDAMAN Murid menghasilkan model bandar idaman berkonsepkan teknologi hijau. Melalui aktiviti ini murid akan menggunakan bahan kitar semula. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 2 JAM 1 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Berdikari ● Patriotisme ● Kepercayaan kepada Tuhan ● Rasional ● Kerjasama ● Menghasilkan model Bandar Idaman berasaskan GBI ● Membentangkan dan memberikan keterangan pembinaan Bandar Idaman ● Murid cakna tentang kelestarian alam sekitar ● Murid mengkaji tentang kelebihan Green Building Index (GBI) ● Mencari bahan untuk menghasilkan model bandar idaman ● Melakar pelan model Bandar Idaman berasaskan GBI BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 34


TINGKATAN 3 TAJUK AKTIVITI: RANTAIAN MAKLUMAT Aktiviti rantaian maklumat merupakan penyampaian maklumat secara betul dan tepat. Melalui aktiviti ini murid menyuarakan maklumat menggunakan saluran yang betul. SINOPSIS CADANGAN NILAI PERANCANGAN PELAKSANAAN REFLEKSI 1 JAM 1 JAM 2 JAM CADANGAN MASA DAN AKTIVITI ● Kebebasan ● Patriotisme ● Rasional ● Bertanggungjawab ● Keberanian ● Murid pertama menyampaikan maklumat secara bisikan manakala murid terakhir akan menyampaikan semula maklumat yang telah diterima ● Murid menyampaikan maklumat yang betul dan menggunakan saluran yang sepatutnya ● Kepentingan memastikan kesahihan maklumat yang ingin disampaikan atau kesahihan maklumat yang diterima ● Perbincangan cara aktiviti rantaian maklumat dijalankan ● Murid menyediakan kad maklumat BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 35


SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM PELAKSANAAN ALPDP Adakah Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (ALPdP) perlu direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar? Adakah ALPdP boleh digabungkan dengan aktiviti sekolah, kokurikulum yang selari dengan DSKP tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3? Adakah ALPdP boleh diambil kira dalam pentaksiran PBD? Adakah guru perlu berada bersama murid semasa ALPdP? Adakah murid perlu membuat laporan selepas ALPdP dijalankan bersama guru? Ya. ALPdP perlu direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar. Ya. Guru boleh mengintegrasikan ALPdP dengan aktiviti sekolah sekiranya selari dengan DSKP tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Ya. PBD berlangsung sepanjang ALPdP. Ya, guru perlu berada bersama murid untuk memantau dan membimbing pelaksanaan ALPdP. Tidak semestinya. Guru boleh membuat refleksi dalam pelbagai kaedah seperti temu bual, bercerita, gambaran grafik/lukisan, penulisan atau menggunakan borang senarai semak. BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 36


BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 37GLOSARI GLOSARI Demonstrasi penerangan tentang cara kerja Koreografi gerak-geri tarian Relaksasi istirahat Pantomim drama yang dipersembahkan dengan menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik Interaktif saling bertindak atau berhubung antara satu sama lain Abstrak ringkasan Refleksi bayangan atau gambaran Ketagihan rasa ingin benar akan sesuatu Subtajuk tajuk bagi sesuatu pecahan bab atau bibliografi, tajuk kecil Sketsa lakonan pendek Mudarat sesuatu yang merugikan atau membahayakan Cakna ambil peduli, ambil berat Analisis Penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik, atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara penyelesaian


PANEL PENULIS FAZLINAH BINTI SAID BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ROFIAH BINTI ABDUL TALIB BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM VIJAYA MALANI A/P VERASAMY BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM EDWIN ANAK APOK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK . YBRS. DR. JOSHUA CASELEY ANAK AKUN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK LINA ANAK TEMENGGONG PPD SAMARAHAN BONG LIE CHIEN PPD PADAWAN MIMILIA BINTI GABRIEL PPD PADAWAN MELINDA ANAK LIPEH GAN WE LEE MIRA EDORA ANAK JANNIES REBECCA ANAK MIHIN DORITHA ANAK TANI FORTANIAS ANAK BUSON SITI KHADIJAH BT HAIMI ANGELINA SABRINA CHIA FONG JUN NURSAIFULLAH ALI MUHAZIRN B ABD MANAN LAMAH ANAK SUJANG SHARIFAH BINTI ABDUL WAHAB FAUZIAH BINTI MAIL SITI MARIAM BINTI SAIDUN NOR JILAWATI BINTI HAJI MOHD AMIN SMK PENRISSEN SMK BATU KAWA SMK DATUK PATINGGI HAJI ABDUL GAPOR SMK PADAWAN SMK BANDAR KUCHING NO.1 SMK KOTA SAMARAHAN SMK MATANG JAYA SMK SUNGAI TAPANG SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING UTARA SMK JALAN ARANG SMK MUARA TUANG SMK BUKIT BANDARAYA SMK BUKIT CERMIN SMK SETIA ALAM BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 38


PENGHARGAAN PENASIHAT DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PENASIHAT EDITORIAL FAZLINAH BINTI SAID TIMBALAN PENGARAH SEKTOR SAINS SOSIAL PENYELARAS VIJAYA MALANI A/P VERASAMY PENOLONG PENGARAH SEKTOR SAINS SOSIAL KHIDMAT GRAFIK NOR AZWA BINTI AB. MUTALIP KETUA PENOLONG PENGARAH SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN NORAZLINA BINTI ABDULLAH SMK AMINUDDIN BAKI SITI NURULHUDA BINTI RAJA AZMI SMK TENGKU IDRIS SHAH BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 39


TURUT MENYUMBANG (Berdasarkan kehadiran panel QC) LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM LINA ANAK TEMENGGONG BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM BUKU PANDUAN ALPdP PENDIDIKAN MORAL 40


Click to View FlipBook Version