BELALAI GAJAH
Clinacanthus nutans
Nama Tempatan : Belalai Gajah
Nama Saintifik : Clinacanthus nutans
Nama Lain : Gendis (melayu) ,
Famili : E zui hua (snake plant,
Lokasi Dijumpai : Sa-laid-pang-porn,
phaya yo,
Asal :
phaya plongtong (Thai)
Acanthaceae
Tumbuhan herba
Tumbuhan tempatan
Khasiat Daun Belalai Gajah
Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang,
radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah
tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, malah, mempunyai kandungan flavonoid yang
tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
Anti Oksida Yang Baik
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, daun
belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida ialah mengurangkan kesan
radikal bebas dalam tubuh badan.
Melambatkan Pertumbuhan Sel Kanser
Sementara itu, kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM),
menyatakan daun belalai gajah bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan
pertumbuhan sel kanser.
Flavonoid
Flavonoid merupakan salah satu kandungan tertinggi yang terkandung dalam daun belalai gajah ini.
Kandungan ini sendiri adalah salah satu jenis antioksidan yang mampu mencegah kanser dan penyakit
kardiovaskular lainnya.
Zat Mineral
Banyak kandungan mineral penting yang terkandung dalam daun belalai gajah seperti vitamin. Lebih dari
45% terdiri daripada protein mentah dan 17 asid amino yang memberikan nilai baik bagi kesihatan.
Ia juga kaya dengan vitamin C, protein dan serat yang mampu melawan radikal bebas yang membantu
dalam pencegahan kanser. Mengandungi mineral fosforus, kalsium, magnesium, dan zat besi. Daun belalai
gajah juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.