The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kursus Penulisan Kajian Asas 2020, Kolej Matrikulasi Selangor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Saedah, 2020-02-20 02:17:49

Kursus Penulisan Kajian Asas 2020

Kursus Penulisan Kajian Asas 2020, Kolej Matrikulasi Selangor

Keywords: Kursus

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS PENULISAN KAJIAN
ASAS

HARI : JUMAAT
TARIKH : 21 FEBUARI 2020
TEMPAT : DEWAN KULIAH BESAR 1
PENCERAMAH : DR ASZUNARNI BINTI AYOB

ANJURAN:
JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

LATAR BELAKANG

Proses pengajaran dan pembelajaran terdiri dari tiga komponen iaitu pelajar,
pensyarah dan bahan pembelajaran. Kualiti pengajaran pensyarah banyak
mempengaruhi kualiti proses pembelajaran dalam kalangan pelajar terutama sekali
pelajar yang masih belum mengamalkan pembelajaran regulasi kendiri (self regulated
learning). Untuk memastikan pelajar yang dihasilkan bukanlah secara kebetulan dan
proses ke arahnya boleh dijadikan rujukan oleh pensyarah yang lain, seseorang
pensyarah perlu mendokumentasikan semua usaha yang telah dilaksanakan supaya
proses perkembangan kemahiran pedagogi dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih
berstruktur serta perancangan jangka masa panjang dapat dilakukan dengan lebih
berkesan.

Kajian Asas merupakan salah satu amalan pengajaran terbaik yang telah lama
diterapkan dalam peningkatan profesionalisme pendidik. Melalui pelaksanaan dan
penulisan kajian asas, amalan pengajaran terbaik dapat dikongsikan dengan pelbagai
pihak dengan dua hala tuju iaitu penambahbaikan mutu pengajaran guru/pensyarah di
samping meningkatkan prestasi akademik murid/pelajar.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat murni ini, Kursus Penulisan Kajian Asas Kolej
Matrikulasi Selangor 2020 perlu dilaksanakan bagi menyediakan platform khusus kepada
para pensyarah dan staf yang ingin mempelajari selok belok penulisan kajian asas yang
berkesan, tersusun dan mengikut format yang dikehendaki oleh Bahagian Perancangan
dan Pembangunan Dasar Pendidikan (EPRD) dan Bahagian Matrikulasi (BMKPM) .

ASAS PERTIMBANGAN

Penganjuran Kursus Penulisan Kajian Asas ini diharapkan dapat memenuhi aspirasi
pihak Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan tenaga pendidik yang
berkualiti dan setanding di peringkat global selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 menerusi Anjakan 1: Menyediakan Kesamarataan
Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dan Anjakan 4:
Mentransformasikan Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan.

OBJEKTIF

 Menyediakan platform kepada pensyarah untuk mempelajari kaedah penulisan kajian
asas mengikut format yang tepat berdasarkan rubrik.

 Menyediakan platform kepada pensyarah untuk menyediakan rangka asas kajian asas
menjelang akhir kursus.

 Melatih tenaga pakar dalam kalangan ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) untuk menjadi fasilitator.

 Menyediakan set kajian asas berkualiti dari Kolej Matrikulasi Selangor untuk
dipertandingkan ke Kolokium Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi pada tahun
2021.

PESERTA

Peserta Kursus terdiri daripada 20 orang ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) Kolej Matrikulasi Selangor bersama 39 orang peserta yang
mewakili setiap unit mata pelajaran dalam Kolej Matrikulasi Selangor.

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Ahli Jawatankuasa Pengelola Kursus adalah terdiri daripada pensyarah Kolej Matrikulasi
Selangor yang menganggotai Jawatankuasa Penyelidikan & Pembangunan (R&D).

Penasihat : En Zakaria Bin Jadi

Pengerusi : Pn Hadidah Binti Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi : En Wahhab Bin Abdul Rahman

Penyelaras : Pn Salwana Bt Mohd Saad

Setiausaha : Pn Salwani Bt Jaafar

Ahli Jawatankuasa : Pn Anita Binti Mohamed Adnan

Pn Mashitah binti Masharuddin

Pn Nur Saedah binti Khalapiah

Pn Nor Aziah binti Ahmad

Cik Chin Siew Moi

En Kiruvananthar a/l Devadas

Pn Ainul Izzatul Farah binti Mohd Toha

Pn Aniza binti Abu Bakar

En Ikmal Hisham Bin Daroji

En Nasaruddin bin Shamsuddin

Cik Siti Khadijah binti Ahmad Khairi

Pn Siti Asiah binti Nor @ Moh Nor

Cik Tan Ai Hoon

En Choo Wan Yat

Pn Zaimah Binti Zainal

Dr Nur’ Ashiqin binti Najmuddin

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT
Sarapan pagi Puri Santapan Ilmu
8.00 – 8.30 Pendaftaran peserta
pm DKB 1

8.30 – 8.45
pm

8.45 – 12.30 Bengkel 1 DKB 1
pm Penerangan berkaitan Kajian Asas dan

Penulisan Kajian Asas

12.30 – 2.45 Makan tengahari, Solat Jumaat & Rehat Puri Santapan Ilmu
pm

2.45 – 4.15 Bengkel 2 DKB 1
pm Penulisan Kajian Asas


Click to View FlipBook Version