PERTANDINGAN BUKU
SKRAP DIGITAL
TOKOH-TOKOH
KEMERDEKAAN DI
MALAYSIA
Tunku Abdul Rahman
PENDAHULUAN
Saya berasa sungguh bangga dan gembira terhadap
diri sendiri kerana saya telah berjaya menghasilkan
sebuah buku skrap dengan sempurna. Dengan ini,
saya dapat mengetahui fakta-fakta pada zaman
dahulu serta meningkatkan tahap pengetahuan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan
pertandingan ini. Ia bukan sahaja mengalakkan
murid-murid menimba ilmu tentang sejarah malah
memberi manfaat kepada semua.
BIODATA PELAJAR
NAMA : MINISSHA A/P VICNESWARAN
UMUR : 12 TAHUN
SEKOLAH : SK TAMAN PUTERI WANGSA
ALAMAT : NO 60, JALAN BESTARI 23/2, TAMAN
RUMAH BESTARI INDAH, 81800 ULU TIRAM,
JOHOR
diharapkan buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua
BIODATA TOKOH
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilahirkan pada
8 Februari 1903.Beliau dilahirkan di Istana Tia
Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin.Beliau merupakan anak
lelaki yang ketujuh dan anak kedua puluh.
Lebih- lebih lagi, beliau memulakan
pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah
rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.
Beliau berpindah ke sebuah sekolah kerajaan
Bahasa Inggeris yang kini Kolej Sultan Abdul
Hamid. Beliau telah berani menyahut pelbagai
cabaran untuk melahirkan Hari Kebangsaan
demi negara dan rakyatnya. Beliau mangkat
pada 6 Disember 1990.
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Tunku Abdul Rahman merupakan seorang insan yang
sungguh hebat serta merupakan seorang idola bagi saya.
Beliau telah mendapati nama gelaran iaitu "Bapa
Kemerdekaan" serta "Bapa Malaysia". Tunku Abdul Rahman
melaungkan kata-kata keramat sebanyak 7 kali. Selain
daripada itu, beliau telah banyak berkorban demi negaranya
dan bekerja keras setiap hari untuk melahirkan hari
kemerdekaan serta semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat. Oleh itu, Jasa beliau haruslah dihormati serta
dihargai oleh semua.
KELEBIHAN TOKOH
Ibu kepada Tunku Abdul Rahman bernama Cik Menyelara
manakala nama ayah beliau ialah SultanAbdul Hamid Halim
Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Selain itu,
ayah beliau merupakan
Sultan Kedah-26. Ibunya pula merupakan anak perempuan
Luang Naraborirak, seorang pegawai daerah Thailand. Semasa
kecil, Tunku sering dipamggil "Awang" kerana rupa paras
yang tidak sesegak adik beradiknya yang lain.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Tunku Abdul Rahman merupakan seorang ahli politik yang sanggup berkorban demi negaranya
yang tercinta. Setelah menjadikan agama Islam sebaagai agama rasmi, beliau mengasaskan
(PERKIM) sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada
penghidupan baru. Beliau mendapati banyak sokongan terbahap pertubuhan yang bermanfaat ini
oleh orang ramai.
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
Tunku berusaha dengan yakin, sabar dan tawakkal bagi
menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga
keutuhan bangsa Melayu dan MCA (Pertubuhan Cina
Tanah Melayu) yang ditubuhkan pada tahun 1952 di
kawasan-kawasan majaroti bukan Melayu. Hasilnya
"Perikatan" UMNO-MCA telah memberi kemenangan
kepada kedua-keduanya. Bukan itu sahaja malah, Tunku
telah berusaha sedaya upaya untuk mengadakan Hari
Kebangsaan demi negaranya.
PENUTUP
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan
seorang ahli politik yang sungguh berani
menyahut cabaran. Beliau haruslah dihargai kerana memperoleh pelbagai
kejayaan demi negara.
Hargailah jasa seseorang yang
telah berkorban demi negara.