*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Tema: Teknologi: Makanan
Edaran ini hanya untuk kegunaan pelajar KT6KK sahaja. Jangan edar/ forward kepada pihak
lain.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN SERBUK SANTAN DI
SYARIKAT SANTANMAS FOOD INDUSTRIES SDN BHD, JALAN SIKUATI,
DAERAH KUDAT
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji teknologi yang digunakan untuk menghasilkan
serbuk santan dan kesan-kesan penggunaan teknologi ke atas kualiti dan kuantiti serbuk santan
yang dihasilkan di mana kajian ini telah dijalankan di Syarikat Santanmas Food Industries Sdn
Bhd, Jalan Sikuati, Kudat, Sabah. Oleh itu, temu bual secara bersemuka dan pemerhatian telah
dijalankan untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk menghasilkan serbuk santan.
Selain itu, soal selidik dan temu bual telah digunakan untuk mengkaji objektif yang kedua.
Manakala populasi kajian ini ialah 30 orang, iaitu 20 pelanggan dan 10 orang pekerja.
Keputusan analisis menunjukkan penggunaan teknologi telah memberi kesan positiif ke atas
kualiti dan kuantiti santan, seperti rasa dan kesegaran serbuk santan dipertingkatkan serta
penghasilan serbuk santan yang lebih banyak. Kesimpulannya, penggunaan teknologi dapat
membawa pelbagai kesan positif terhadap kualiti sesuatu produk dan juga kemajuan sesuatu
syarikat.
Komen:
- Terdapat 8 komponen yang lengkap
- Tidak lebih 150 perkataan
- Ditulis dalam satu perenggan
- Justify (kiri kanan baris sama ke tepi)
- Tajuk Huruf Besar
- Ada perkataan ABSTRAK di tengah
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
KANDUNGAN Halaman
1
ABSTRAK 2
KANDUNGAN 3
PENGHARGAAN 4
1.0 PENGENALAN 6
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 7
3.0 LOKASI KAJIAN
4.0 METODOLOGI KAJIAN 10
10
4.1 Persampelan 17
4.2 Pengumpulan Data
4.3 Teknik Penganalisaan Data 18
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 28
5.1 Teknologi Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Serbuk Santan Di 40
Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd, Jalan Sikuati, Daerah
Kudat, Sabah. 37
39
5.2 Kesan Penggunaan Teknologi Ke Atas Kualiti Serbuk Santan Yang 40
Dihasilkan di Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd
5.3Kesan Penggunaan Teknologi Ke Atas Kuantiti Serbuk Santan
Yang Dihasilkan Di Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
Komen:
• Kandungan sistematik
• Setting kemas,
• TAK PERLU buat kotak/ table
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
PENGHARGAAN
Pertama kali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pengajian Am saya ke
atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
menyempurnakan kerja kursus ini. Nasihat dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah saya yang telah
membenarkan saya untuk melaksanakan kajian saya di tempat kajian. Selain itu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus syarikat di Sayrikat Santanmas Food
Industries Sdn Bhd yang telah membenarkan saya untuk mengambil maklumat yang diperlukan
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tersayang
saya kerana telah banyak membantu saya dan tidak jemu memberi nasihat, tunjuk ajar dan
bimbingan serta sokongan moral.
Tidak juga lupa atas jasa rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam Atas yang sudi
membantu menyempurnakan kerja kursus ini. Jasa anda semua amat dihargai. Sekian, Terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membantu saya menyempurnakan kerja kursus
ini.
Komen :
• Wajib ada, cukup satu muka surat.
• Hargai mereka yang membantu anda dalam bahagian ini.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008), teknologi membawa maksud aktiviti atau
kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,
perubatan, perniagaan, dan sebagainya. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan
mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan
penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia, di mana
perkataan ini berasal dari perkataan Greek. Selain itu, menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (2008), makanan bermaksud sesuatu atau apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti,
nasi dan sayur. Manakala, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008), santan pula
membawa maksud air perahan kelapa yang telah diparut (dikukur).
Pada era globalisasi ini, penggunaan teknologi semakin luas di seluruh dunia dan
menjadi sesuatu kepentingan untuk pembangunan indust. Ia juga memberi manfaat kepada
semua pengguna. Dengan penggunaan teknologi, pelbagai produk seperti peralatan elektronik,
pakaian dan makanan serta minuman dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak serta
mempertingkatkan kualitinya. Dalam industry perkilangan, industry penghasilan makanan
dengan penggunaan teknologi merupakan industri yang terbesar di seluruh dunia demi
memenuhi keperluan pengguna.
Di daerah Kudat, Sabah terdapat sebuah syarikat yang menghasilkan serbuk santan
dengan penggunaan teknologi di syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd. Syarikat
tersebut memilih lokasi tersebut kerana di daerah Kudat terdapat bahan mentah(kelapa) yang
banyak dan senang didapati berbanding di daerah lain di negeri Sabah. Syarikat ini mempunyai
cawangannya tersendiri di negeri Selangor dan juga merupakan salah satu industri penghasilan
santan yang terkenal di negeri Sabah.
Penghasilan serbuk santan di syarikat tersebut melibatkan pelbagai jenis teknologi
dalam proses penghasilan serbuk santan, seperti proses pemparutan, penapisan dan
percampuran. Dengan bantuan teknologi-teknologi yang sedia ada di syarikat tersebut
mendatangkan pelbagai kesan terhadap kualiti dan kuantiti serbuk santan.
Antara rasional kajian ini ialah (masuk perkataan ini) syarikat ini mempunyai melebihi
4 cawangan di kawasan daerah Kudat dan satu lagi cawangan berada di Semenanjung
Malaysia, iaitu di Sungai Buloh, Selangor. Cawangan ini dapat menghasilkan lebih banyak
serbuk santan berbanding dengan cawangan yang lain. Selain itu, serbuk santan yang
dihasilkan oleh syarikat ini digemari oleh ramai pelanggan dan menguasai pasaran di Malaysia.
Perkara ini telah mendorong pengkaji ingin mengetahui kelebihan-kelebihan syarikat ini
sehingga dapat menguasai pasaran santan. Seterusnya, pengkaji ingin mengetahui teknologi
atau mesin-mesin yang digunalan dan ingin mengetahui kesan penggunaan teknologi atau
mesin-mesin tersebut ke atas kualiti dan kuantiti produk ini. Malah, pengkaji juga ingin
mengetahui sebab-sebab yang mendorong pengguna gemar menggunakan serbuk santan yang
dihasilkan oleh syarikat ini.
Komen:
• Penerangan Dari Umum Ke Khusus
• Ada Definisi Jargon/ Istilah
• Ada Raisonal Kajian (Wajib Sekurang-Kurang Dlm Satu Perenggan )
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini. Kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah ditetapkan berikut:
i. Mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk menghasilkan serbuk santan di
syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd, Jalan Sikuati, daerah Kudat.
ii. Mengkaji kesan-kesan penggunaan teknologi ke atas kualiti dan kuantiti serbuk
santan yang dihasilkan di syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd, Jalan
Sikuati, daerah Kudat.
Komen:
-Jelas, boleh diukur, sesuai dengan tajuk dan tema
-mula dengan objektif aras rendah (mengenal pasti) kepada aras tinggi (mengkaji )
3.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan
kajian ini sebuah syarikat, iaitu Santanmas Food Industries Sdn Bhd di Jalan Sikuati,daerah
Kudat, Sabah. Syarikat ini terletak di bawah kawasan Kudat, Sabah, lebih kurang 5 Kilometer
(KM) untuk sampai ke Bandar Kudat.
Kudat
Peta 3.1: Peta Negeri Sabah
Sumber: Google Maps
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Kawasan Jalan
Sikuati
Peta 3.2: Peta Daerah Kudat
Sumber: Malaysialand.com
Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia Timur, di utara pulau Borneo. Ia
berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar lain
seperti Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir. Kudat terletak di utara
Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut
Cina Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang
6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.
Syarikat
Santanmas
Food
Industries
Sdn Bhd
Peta 3.3: Lokasi Kawasan Jalan Sikuati Di Daerah Kudat
Sumber: Google Maps
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Foto 3.1: Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd, Kudat
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Syarikat ini terletak di kawasan Kudat (luar bandar), tetapi terdapat banyak bahan
mentah (kelapa) yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti perkilangan dalam penghasilan
serbuk santan. Di kawasan daerah merupakan kawasan yang mempunyai pokok kepala yang
banyak. Syarikat memilih kawasan ini selain daripada kaya dengan bahan mentah, juga senang
mendapat pekerja di kawasan tersebut. Oleh itu, syarikat ini telah berkembang, seperti dari segi
sains dan teknologi yang digunakan.
Komen:
• Jelas, ada peta negeri, daerah, dan gambar lokasi kajian
• Ada penerangan tentang peta dan gambar, memadai seperti contoh ini
• Bulatkan / petakkan di peta lokasi yang ingin dijelaskan
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian yang dipilih untuk melaksanakan kajian ini adalah kaedah kajian hybrid
iaitu mengabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Manakala reka bentuk kajian yang
digunakan untuk digunakan kajian ini adalah kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan
tinjauan. Menurut *Graziano dan Raulin (1996), kajian deskriptif ialah penerangan tentang
fenomena sasuatu keadaan dengan cara penganalisaan data yang diperolehi daripada
pembentukan soal selidik. Oleh itu, kajian deskriptif ini sesuai digunakan dalam kajian ini bagi
mengetahui kesan-kesan penggunaan teknologi ke atas kualiti dan kuantiti serbuk santan yang
dihasilkan oleh syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd.
4.1 Pensampelan
Menurut *Syed Arabi Idid (1992), persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh
pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan
populasi. Secara ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian
bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak
kira sains tulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka. Kajian ini menggunakan
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
persampelan bertujuan di mana 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal
selidik. Respoden mesti daripada pekerja kilang ini atau pengguna kepada produk syarikat
Santanmas.
Komen:
-ada ditunjukkan cara pemilihan sample dan kriteria pemilihan sampel
-Penulis* perlu disenaraikan dalam RUJUKAN
4.2 Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian,
temu bual dan soal selidik. Soalan yang disedia dalam borang soal selidik dibentuk tertutup
untuk mendapatkan persepsi dan pendapat pengguna terhadap serbuk santan yang dihasilkan
oleh syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd di daerah Kudat.
4.2.1 Data Primer
Pemerhatian dijalankan untuk meninjau dan mengetahui cara pembuatan serbuk santan dengan
teknologi-teknologi yang sedia ada di syarikat tersebut. Selain itu, kaedah soal selidik
dijalankan terhadap pengguna untuk mendapat pendapat mereka terhadap serbuk santan yang
dihasilkan di syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd. Seterusnya, temu bual juga
dijalankan dengan pengurus syarikat dan pekerja yang mahir dalam penggunaan serta
pengawalan teknologi-teknologi tersebut.
a) Pemerhatian
Kaedah ini merupakan kaedah terawal untuk menjalankan kajian ini. Menurut *Nasha (2008),
kaedah ini digunakan bagi kajian berbentuk ujikaji, diskriptif dan historika. Maklumat dapat
diperolehi secara langsung oleh penyelidik.
Antara kelebihan kaedah ini adalah dapat memperolehi maklumat dan sampel kajian
yang lebin terperinci, jelas dan tepat. Semasa menjalankan pemerhatian, bantuan oleh teknologi
moden seperti kamera dan perakam adalah diperlukan. Pemerhatian dilakuakan sekali sahaja
pada waktu petang, iaitu pada 31 Januari 2015, jam 3 petang hingga jam 4.30 petang, di mana
waktu sedang beroperasi. Fokus pemerhatian kepada jentera yang digunakan oleh syarikat ini
dalam pengeluaran serbuk santan.
Komen:
• ada definisi, ada tarikh, masa, jam pemerhatian, dan ada dinyatakan apa yang
diperhatikan
• *Nama penulis tiada disenaraikan dalam RUJUKAN
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
b) Temu bual
Kaedah temu bual merupakan kaedah dengan mengumpul maklumat melalui soal jawap (lisan)
dengan pihak berkenaan. Penemubual sebaiknya orang yang mahir dalam bidang berkenaan.
Menurut *Dahlia (2009), kaedah ini dianggap cara terbaik untuk mendapatkan maklumat
kerana kebiasaannya manusia lebih mudah bertindak secara lisan daripada bertulis.
Temu bual secara pertalian dijalankan terhadap pengurus syarikat dan pekerja yang
mahir dalam penggunaan serta pengawalan mesin-mesin yang sedia ada pada syarikat
Santanmas semasa penghasilan serbuk santan. Sebelum menjalankan temu bual, penyelidik
perlu memahami konsep teknologi dan sains dalam penghasilan serbuk santan untuk mendapat
maklumat yang diperlukan dengan jelas. Senarai semak perlu disediakan untuk memastikan
semua soalan yang perlu ditanya. Kelebihan kaedah ini adalah mampu mendapatkan maklumat
yang lebin tepat, lengkap dan mendalam serta sesuai digunakan sebagai semakan maklumat.
Menurut *Merriem (1998), kaedah temu bual dibahagi kepada tiga jenis, iaitu temu
bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Dalam kajian
ini, temu bual separa berstruktur yang bersifat flexibel dan membolehkan responden
menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Soalan-soalan asas dikembangkan
lebih mendalam lagi semasa proses temu bual secara bersemuka dan secara pertalian
dijalankan. Soalan-soalan uatam ditunjukkan seperti yang terdapat di dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Soalan-Soalan Temu Bual
Soalan Utama
A) Teknologi yang digunakan untuk menghasilkan serbuk santan di syarikat
Santanmas Food Industries Sdn Bhd
1. Bagaimanakah serbuk santan dihasilkan dengan penggunaan teknologi-teknologi tersebut?
2. Apakah fungsi teknologi-teknologi tersebut?
3. Apakah yang perlu diperhatikan sebelum, semasa dan selepas serbuk santan dihasilkan?
4. Berapakah bungkus serbuk santan dapat dihasilkan dalam sehari?
B) Kesan penggunaan teknologi ke atas kualiti serbuk santan yang dihasilkan di
syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd
1. Adakah serbuk santan yang dihasilkan lebih tahan lama?
2. Adakah serbuk santan yang dihasilkan lebih harum?
3. Adakah kesegaran serbuk santan yang dihasilkan lebih terjamin?
4. Apakah pendapat anda tentang penjenamaan produk ini?
5. Adakah serbuk santan yang dihasilkan selamat digunakan? Mengapa?
6. Apakah pendapat anda tentang percampuran serbuk santan dengan ramuan lain?
Adakah ia seimbang?
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
C) Kesan penggunaan teknologi ke atas kuantiti serbuk santan yang dihasilkan
di syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd
1. Adakah serbuk santan yang dihasilkan dapat memenuhi permintaan pasaran?
Mengapa?
2. Adakah masa pengeluaran serbuk santan telah disingkatkan?
3. Adakah pengeluaran serbuk santan lebih banyak?
4. Adakah serbuk santan yang dihasilkan memuaskan kehendak pengguna?
Bolehkah memberi penjelasan yang lebih lanjut?
5.Adakah pembaziran bahan mentah (kelapa) dapat dikurangkan?
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Komen:
• Ada Definisi, Jenis Temu Bual, Dan Contoh Soalan Temu Bual
• *Penulis Tidak Ada Dalam RUJUKAN
c) Borang Soal Selidik
Menurut *Dahlia (2009), kaedah soal selidik dibahagi kepada dua, iaitu soal selidik terbuka
dan soal selidik tertutup. Soal selidik terbuka ialah soalan yang memberi kebebasan kepada
responden untuk menjawab, responden bebas memberi jawapan berdasarkan isu yang
dikemukakan. Manakala soal selidik tertutup pula ialah soalan yang berstruktur dan responden
hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.
Dalam kajian ini, soal selidik tertutup lebih sesuai digunakan untuk mengkaji kesan
penggunaan teknologi ke atas kualiti dan kuantiti serbuk santan yang dihasilkan oleh syarikat
Santanmas Food Indstries Sdn Bhd, Kudat kerana cara ini lebih senang dan hanya mengambil
masa yang singkat untuk mendapat maklumat daripada 30 responden. Antara ciri penting soal
selidik ialah soalan yang disediakan mudah difahami oleh setiap responden. Kelebihan
penggunaan soal selidik bagi sesuatu kajian ialah dapat meningkatkan ketepatan maklumat
yang diperolehi daripada responden melalui set soal selidik tidak akan dipengaruhi
terutamanya dari segi emosi.
Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 2 bahagian iaitu
bahagian A dan B yang mengandungi item-item bagi menjawab objektif kajian ke dua seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Jadual 4.2: Kandungan Instrumen Kajian (Soal Selidik)
Bahagian Penerangan Bilangan
Item
A Kesan penggunaan teknologi ke atas kualiti serbuk
santan: 1
1. Serbuk santan yang dihasilkan lebih tahan lama. 1
2. Serbuk santan yang dihasilkan lebih harum. 1
3. Kesegaran serbuk santan yang dihasilkan lebih
terjamin. 1
4. Penjenamaan produk. 1
5. Serbuk Santan yang dihasilkan selamat digunakan. 1
6. Campuran lebih seimbang.
1
B Kesan penggunaan teknologi ke atas kuantiti serbuk 1
santan: 1
1. Serbuk santan yang dihasilkan dapat memenuhi 1
permintaan pasaran.
2. Masa pengeluaran serbuk santan dikurangkan. 1
3. Pengeluaran serbuk santan lebih banyak.
4. Serbuk santan yang dihasilkan memuaskan kehendak
pengguna.
5. Pembaziran bahan mentah(kelapa) dikurangkan.
Jumlah 11
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Komen: JADUAL dan TAJUK JADUAL buat dalam satu muka surat yang sama
Selain itu, set soal selidik yang digunakan dalam kajian terhadap kesan penggunaan
teknologi ke atas kualiti dan kuantiti serbuk santan di syarikat Santanmas Food Industries Sdn
Bhd, Kudat adalah berdasarkan Kaedah Likert iaitu dengan menggunakan skala lima mata.
Skala Likert, diperkenalkan oleh Rensis Likert, digunakan untuk mengukur sikap, pemdapat
dan persepsi seseorang atau sekelompok orang tentang sesuatu fenomena. Soal selidik
berasaskan Keadah Likert merupakan instrument kajian yang paling mudah digunakan bagi
mendapatkan data dalm jumlah yang banyak dan dalam jangka masa yang singkat. Maklumat
yang diterima daripada responden malalui kaedah ini juga mudah dianalisis. Keterangan skala
likert bagi instrumen kajian ditunjukkan dalam Jadual 4.3.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Jadual 4.3: Keterangan Skala Likert Bagi Instrumen Kajian
Skala Penerangan
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Komen: Baik. Ada dinyatakan definisi item dalam soal selidik
4.2.2 Data Sekunder
Data sekunder diperolehi dari Perpustakaan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan Perpustakaan
Negeri Sabah. Bahan-bahan rujukan lain seperti kamus , buku-buku, surat khabar dan bahan
ilmiah menjadi rujukan untuk memperolehi data-data yang penting. Manakala, peta dan
gambar rajah diperoleh daripada laman web Google dan laman web yang lain seperti
Malaysialand.com.
4.3 Memproses dan Mempersembahkan Data
Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dengan menggunakan foto-foto, diikuti
dengan penerangan berdasarkan temu bual yang telah lakukan.Data juga dianalisis
menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Analisis data
dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden.
Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan
kepada angka data. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan gambar rajah (graf bar dan carta pai). Kajian ini menggunkan pengukuran
data seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.4.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Jadual 4.4: Pengukuran Data
Bil Objektif Kajian Pengukuran Data *Teknik
Mempersembahkan
1 Mengenal pasti teknologi yang • Analisis interpretasi
Data
digunakan untuk menghasilkan data secara naratif-
• Jadual
serbuk santan di syarikat matrik temu bual, • Graf Bar/ Pai
• Gambar
Santanmas Food Industries Sdn pemerhatian dan • Transkrip Temu
Bhd, Jalam Sikuati, Daerah rujukan dokumen. Bual
Kudat • Jadual
• Graf Bar/ Pai
2 Mengkaji kesan-kesan • Analisis statistik • Gambar
penggunaan teknologi ke atas deskriptif kekerapan • Transkrip Temu
kualiti dan kuantiti serbuk dan peratusan.
santan yang dihasilkan di Bual
syarikat Santanmas Food • Analisis interpretasi
Industries Sdn Bhd, Jalan data secara naratif- *Bergantung pada
Sikuati, Daerah Kudat matrik temu bual dan teknik yang digunakan
rujukan dokumen pelajar
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
-Sila Ikut format method ini
-ada 3 komponen (cara mendapat respoden, cara mendapat maklumat, dan cara memproses/
mempersembah data )
- ada petikan sumber: nama penulis dan tahun (warna biru), Rujukan penuh perlu ditulis
dalam bahagian RUJUKAN
- ada Bahagian 4.3 (amat penting dalam pemberian markah)
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah berpandukan objektif-objektif
yang telah ditentukan. Bahagian ini akan menjawab objektif-objektif yang telah disedia dengan
menggunakan kaedah deskriptif. Seterusnya, analisis tersebut juga digabungkan dengan
dapatan memalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
Komen: Boleh masukkan perbincangan demografi di sini ( lebih kurang 1 m/s sahaja)
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
5.1 Teknologi Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Serbuk Santan Di Syarikat
Santanmas Food Industries Sdn Bhd, Jalan Sikuati, Daerah Kudat, Sabah.
Komen: (Bincang dapatan kajian mengikut urutan objektif yang ditulis)
Berdasarkan temu bual dan pemerhatian yang dijalankan, data telah dianalisis secara deskriptif
dengan menggunakan foto-foto sebagai buktinya. Antara teknologi yang digunakan oleh
syarikat tersebut ialah screw conveyer, iaitu mesin yang digunakan untuk memarut isi kelapa
sehingga menjadi halus. Menurut pemerhatian yang dilakukan pada 31/1/2015 (3.00–4.30
petang), mesin ini dioperasi dengan memarutkan isi kelapa dengan halus selepas isi kelapa
dibersihkan.
Foto 5.1: Mesin Screw Conveyer
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Dapatan daripada temu bual yang dilakukan dengan salah satu pekerja yang mahir
dalam penggunaan mesin-mesin yang ada di syarikat tersebut menyatakan isi kelapa perlu
diparut sehingga menjadi halus.
“Mesin screw conveyer berfungsi dengan memotong dan mengisar isi
kelapa sehingga menjadi halus dan menjadi kecil.”
(David, Temu bual pada 31/1/2015)
Teknologi yang digunakan seterusnya ialah screw press. Mesin ini melibatkan proses
penghasilan santan daripada isi kelapa. Sebelum isi kelapa disalurkan ke mesin ini, isi-isi
kelapa ini melalui Haemomill, iaitu mesin yang akan menghancurkan isi kelapa. Menurut
pemerhatian yang telah lakukan pada 31/01/2015 (3.00-4.30 petang), mesin ini dioperasikan
selepas isi kelapa diparut dan dihancurkan.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Foto 5.2: Mesin Screw Press
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Dapatan daripada temu bual yang telah dilakukan dengan David menyatakan mesin ini
memerlukan 1000 horse power untuk mengoperasikan mesin ini. Mesin ini menbantu
menghasilkan air santan dari isi kelapa dengan menggunakan tekanan dan menghempitkan isi-
isi kelapa yang dihancur sehingga air santan dihasilkan. Isi kelapa pula akan dihantar ke mesin
yang lain untuk menghasilkan kerisik.
“Air santan dapat dihasilkan dengan menggunakan tekanan mesin
ini dan menghempit isi-isi kelapa yang dihancur, sehingga air
santan dikeluarkan…”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
(Komen: Trigulasi menggunakan dapatan kajian “pemerhatian dan temu bual )
Selepas santan dihasilkan, mesin Filter, iaitu penapis santan digunakan untuk menapis
cacair santan daripada sisa-sisa yang tidak diperlukan. Kegunaan mesin tujuannya untuk
mengelakkan sisa seperti kotoran dan kulit kelapa terkandung dalam santan yang menyebabkan
kualiti santan terganggu. Menurut pemerhatian yang dilakukan pada 31/1/2015 (3.00-4.30
petang), mesin ini dioperasi dengan menapiskan cecair santan yang diproses dari mesin screw
conveyer. Sisa-sisa kotoran yang terkandung dari cecair santan dibuang. Selapas itu, santan
akan disalurkan ke Storage Tank.
Foto 5.3: Mesin Penapis Santan
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Perkara ini dapat dibuktikan dengan temu bual yang dilakukan dengan David tentang
mesin ini.
“Filter ini akan menapis cecair santan yang dihasilkan dan disalur
dari mesin screw press dan kotoran yang ditapis akan dibuang ”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
Seterusnya, teknologi yang digunakan ialah Hot Water Tank. Semasa Storage Tank
diisi penuh cecair santan dengan isi padu 300 liter, cacair santan akan terus disalurkan ke mesin
Hot Water Tank.
Foto 5.4: Mesin Hot Water Tank
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Menurut pemerhatian yang dilakukan pada 31/1/2015(3 petang – 4.30 petang), santan
dipanaskan dengan air panas. Santan dipanaskan dengan suhu antara 70 ke 75 darjah Celsius,
dengan menggunakan masa selama 45 minit. Menurut David, mesin ini membantu untuk
memanaskan santan dengan air panas, tujuan ini adalah untuk membasmi kuman serta
menggelakkan santan menjadi basi.
“Mesin ini pula membantu membunuh kuman dan santan tidak jadi basi.”
(David, Temu bual pada 31/1/2015)
Mesin yang digunakan seterusnya ialah mesin Mixer (percampuran). Mesin ini
digunakan untuk menggaul santan dengan ramuan-ramuan yang sesuai. Menurut pemerhatian
yang dilakukan pada 31/01/2015 (3.00-4.30 petang), mesin ini dioperasikan selepas proses
pembasmian kuman selesai dan terus disalurkan ke mesin percampuran ini.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Foto 5.5: Mesin Mixer (Percampuran)
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Menurut temu bual yang telah dilakukan dengan David, ramuan-ramuan seperti
sodium caseinate, maltodextrin, dipotassium phosphate, dan soya ditambah untuk
menggawal rasa santan. Ramuan-ramuan ini dicampur dan digaul dengan cecair santan di
dalam mesin percampuran ini, agar campuran ini dapat disebatikan. Mesin ini akan
dioperasikan dengan menggunakan kelajuan yang sederhana dengan menggunakan masa
selama 8-10 minit supaya ramuan-ramuan tersebut dengan cecair santan dapat dicampur
dengan seimbang.
“Santan akan dicampur dengan ramuan-ramuan dan
digaul sehingga campuran ini menjadi seimbang…”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
Selepas itu, mesin Homogenizer (Pemadat Santan) digunakan selepas air santan dengan
ramuan-ramuan tertentu telah dicampur dengan seimbang.
Menurut pemerhatian yang dijalankan pada 31/01/2015 (3.00-4.30 petang), santan yang
dicampur dengan ramuan-ramuan tersebut dan disalurkan ke mesin homogenizer, selepas itu
dioperasikan tanpa sebarang pemanasan tetapi menggunakan tekanan yang sangat tinggi untuk
memadatkan cecair santan.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Foto 5.6: Mesin Homogenizer (Pemadat Santan)
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Menurut temu bual yang dilakukan dengan David, mesin homogenizer ini digunakan
untuk memadatkan santan dan seimbangkan molekul-molekul santan. Mesin ini dioperasikan
dengan memerlukan tekanan 2000kPa. Proses ini diperlukan supaya cecair santan menjadi
pekat dan proses pempejalan dapat dijalankan pada mesin yang seterusnya. Proses ini lebih
cepat berbanding dengan menggunakan cara pengukusan, dan hanya memerlukan masa yang
singkat.
“…mesin homogenizer perlukan 2000kPa tekanan yang sangat
tinggi untuk memadatkan santan…”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
Selepas itu, teknologi yang digunakan ialah mesin Atomizer. Mesin ini akan digunakan
selepas cecair santan disimpan sementara di Storage Tank (Hold). Mesin digunakan untuk
membentuk cecair santan kepada pepejal santan.
Foto 5.7: Mesin Atomizer
Sumber: Kajian Lapangan 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Menurut pemerhatian yang dilakukan pada 31/01/2015 (3.00-4.30 petang), mesin ini
disimpan di tingkat atas bangunan (tingkat ke tiga), ini bertujuan mesin memerlukan tekanan
yang sangat tinggi supaya pepejal santan dapat dibentuk.
Temu bual lebih lanjut yang telah lakukan dengan David tentang mesin ini.
Menurutnya, mesin ini yang berisi padu 450 liter, memerlukan tekanan yang tinggi untuk
menyalurkan cecair santan dari tingkat pertama ke mesin atomizer yang terletak di tingkat ke
tiga. Tujuan tekanan tinggi ini adalah untuk proses pemejalan ke bentuk serbuk yang halus.
“Atomizer berfungsi untuk menjadikan cecair santan yang pekat
kepada pepejal, serbuk santan tetapi memerlukan tekanan yang
tinggi…”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
Selepas serbuk santan dihasilkan, mesin Spray Dryer digunakan. Mesin ini berfungsi
untuk mengeringkan serbuk santan yang dihasilkan dari mesin Atomizer. Menurut pemerhatian
yang dilakukan pada 31/01/2015 (3.00-4.30 petang), mesin ini dioperasikan selepas serbuk
santan disalurkan ke dalam mesin ini. Mesin ini telah menggunakan suhu sebanyak 200 darjah
Celsius.
Foto 5.8: Mesin Spray Dryer
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Mesin ini diterangkan lebih lanjut dengan melakukan temu bual dengan David.
Katanya, mesin ini memerlukan sesuatu bahan kimia yang dapat mengeringkan serbuk santan.
Bahan kimia yang digunakan adalah selamat digunakan dan tidak berbahaya kepada tubuh
badan manusia. Proses ini diperlukan untuk menghilangkan kandungan air yang kemungkinan
masih terkandung dalam serbuk santan. Mesin ini perlu dioperasikan dengan suhu yang tinggi,
pada kadar 200 darjah Celsius. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan molekul-molekul bahan
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
kimia yang digunakan. Spray Dryer ini memerlukan bahan kimia tersebut sebanyak 400 liter
dalam kegunaan satu jam.
“Spray dryer ini diperlukan untuk mengeringkan air yang masih
terkandung dalam serbuk santan…”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
Mesin terakhir yang digunakan dalam penghasilan serbuk santan ialah mesin Vibrator.
Mesin ini terletak di tingkat pertama dalam banguan tersebut. Mesin ini digunakan untuk
mengelakkan serbuk santan berbentuk ketul-ketulan. Menurut pemerhatian yang dijalankan
pada 31/01/2015 (3.00-4.30 petang), mesin ini dioperasikan selepas serbuk santan yang telah
dikeringkan dari tingkat ke tiga disalurkan ke mesin ini yang terletak di tingkat pertama. Mesin
ini mengoncangkan serbuk santan dan bentuk serbuk menjadi sebati.
Foto 5.9: Mesin Vibrator
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Menurut temu bual yang telah lakukan dengan David, mesin Vibrator akan menggaul
serbuk santan supaya bentuk serbuk menjadi sebati dan dapat mengelakkan serbuk santan
dalam keadaan berketul-ketul. Selepas serbuk santan digoncang dan menjadi sebati, serbuk
santan terus disalurkan ke bilik pembungkusan.
“Mesin Vibrator pula akan digoyang dan sebatikan serbuk santan,
supaya serbuk santan tidak berketul…”
(David, Temu bual pada 31/01/2015)
Selepas itu, serbuk santan yang dikeluarkan dari mesin vibrator akan dibungkus dalam
karung di dalam bilik pembungkusan. Setiap karung boleh diisi sebanyak 20 kilogram serbuk
santan. Serbuk santan yang dihasilkan akan dihantar ke cawangan lain untuk menjalankan
proses pembungkusan.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Foto 5.10: Serbuk Santan Yang Dihasilkan Syarikat
(Pembungkusan Dari Cawangan Lain)
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Hasil dapat menunjukkan terdapat pelbagai teknologi baru telah digunakan dalam penghasilan
Serbuk Santan Di Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd, Jalan Sikuati, Daerah Kudat,
Sabah. Penggunaan peralatan moden telah meningkatkan kualiti dan kuantati serbuk santan .
5.2 Kesan Penggunaan Teknologi Ke Atas Kualiti Serbuk Santan Yang Dihasilkan di
Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd
Komen: (Objektif berikutnya mula di m/s baru )
Kelemahan bahagian ini: Tak ada satu jadual umum (memasukkan semua item dlm soal
selidik), dan buat penerangan umum tentang jadual umum ini (cukup dlm satu
perenggan)
5.2.1 Analisis Peratusan Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Lebih Tahan Lama
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan. Analisis dapatan berkaitan ketahanan jangka masa serbuk santan yang dihasilkan
oleh syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd dlm Jadual 5.1 dan Rajah 5.1.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Jadual 5.1: Analisis Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Lebih Tahan Lama
Pekerja Pelanggan
Skala Bilangan Peratus Skala Bilangan Peratus
20
Sangat setuju 1 10 Sangat setuju 4 65
15
Setuju 8 80 Setuju 13 -
-
Tidak pasti 1 10 Tidak pasti 3 100
Tidak setuju - - Tidak setuju -
Sangat tidak setuju - - Sangat tidak setuju -
Jumlah 10 100 Jumlah 20
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Serbuk Santan Yang Dihasilkan Lebih Tahan Lama
14
11
Bilangan 7 Pekerja
Pelanggan
4
0 Tidak PastiTidak SeStuajnugat Tidak Setuju
Sangat Setuju Setuju Skala
Rajah 5.1: Serbuk santan yang dihasilkan lebih tahan lama
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Seramai 8 orang pekerja (80%) dan 13 orang pelanggan (65%) setuju bahawa serbuk santan
yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi lebih tahan lama. Selebihnya 1 orang pekerja
(10%) dan 4 orang pelanggan (20%) sangat setuju, 1 orang pekerja (10%) dan 3 orang
pelanggan (15%) tidak pasti terhadap ketahanan serbuk santan ini. Keseluruhannya,
Kebanyakan pekerja dan pelanggan bersetuju bahawa serbuk santan yang dihasilkan dengan
penggunaan teknologi di syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd lebih tahan lama, iaitu
seramai 26 (21 orang setuju dan 5 orang sangat setuju) atau sejumlah 87.5%.
Komen: (Dapatan dalam analisis data, mula dgn paling tinggi, kemudian kedua.....
terendah , jangan buat dalam bentuk pindah data )
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Begitu juga daripada pendapat seorang pelanggan Ani (Bukan nama sebenar ) yang bersetuju
bahawa serbuk santan yang dihasilkan lebih tahan lama atas penggunaan teknologi, seperti
yang dinyatakan oleh Ani sewaktu saya mengadakan temu bual secara bersemuka bersama
beliau
“Serbuk santan yang dihasilkan oleh syarikat itu bertahan lama,
masa saya beli selepas 8 bulan, serbuk santan ini masih boleh digunakan.”
(Ani, Temu bual pada 14/2/2015)
Satu lagi pendapat daripada seorang pelanggan, Lee (bukan nama sebenar) bersetuju
bahawa serbuk santan itu lebih tahan lama.
“Santan ini lebih tahan lama berbanding dengan jenama yang lain…”
(Lee, Temu bual pada 14/2/2015)
Dapatan kajian melalui temu bual didapati selari dengan dapatan soal selidik iaitu
serbuk cantan yag dihasilkan lebih tahan lama.
(Komen:
Trigulasi dapatan kajian soal selidik dan temu bual, huraian ada kesinambungan, masih
bincang isu/ item yang sama. Teknik begini memang sesuai)
5.2.2 Analisis Peratusan Item Keharuman Serbuk Santan
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan. Analisis dapatan berkaitan keharuman serbuk santan yang dihasilkan dengan
penggunaan teknologi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2 dan Rajah 5.2.
Jadual 5. 2: Analisis Peratusan Item Keharuman Serbuk Santan
Pekerja Pelanggan
Skala Bilangan Peratus Skala Bilangan Peratus
45
Sangat setuju 4 40 Sangat setuju 9 50
5
Setuju 6 60 Setuju 10 -
-
Tidak pasti - - Tidak pasti 1 100
Tidak setuju - - Tidak setuju -
Sangat tidak setuju - - Sangat tidak setuju -
Jumlah 10 100 Jumlah 20
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Serbuk Santan Yang Dihasilkan Lebih Harum
13
10
Bilangan 8
5 Pekerja
Pelanggan
3
0 Tidak Pasti Tidak SeStuajnugat Tidak Setuju
Sangat Setuju Setuju Skala
Rajah 5.2: Analisis peratusan item keharuman serbuk santan
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Seramai 6 orang pekerja (60%) dan 10 orang pelanggan (50%) setuju bahawa serbuk
santan yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi di syarikat tersebut lebih harum.
Selebihnya, 4 orang pekerja (40%) dan 9 orang pelanggan (45%) sangat setuju serta 1 orang
pelanggan (10%) tidak pasti terhadap item ini. Majoritinya, pekerja dan pelanggan adalah
bersetuju bahawa keharuman serbuk santan yang dihasilkan telah dipertingkatkan dengan
pengunaan teknologi, iaitu seramai 29 orang (16 orang setuju dan 13 orang sangat setuju) atau
sejumlah 97.5%.
Demikian juga daripada temu bual yang telah dilakukan dengan salah satu pelanggan,
iaitu Ani yang berpendapat bahawa keharuman serbuk santan ini.
“Saya sering menggunakan jenama serbuk santan ini untuk
memasak kari, dan masakan saya sangat harum.”
(Ani, Temu bual pada 14/2/2015)
Selain itu, temu bual secara pertalian telah dilakukan bersama seorang pelanggan yang gemar
akan produk ini.
“Serbuk santan ini sangat harum dan ia menjadikan makanan saya
bukan sahaja sedap, tetapi terjelasnya keharuman serbuk santan.”
(Shirley, Temu bual secara pertalian pada 16/2/2015)
Secara keseluruhannya, keharuman serbuk santan yang dihasilkan dipertingkatkan
dengan penggunana teknologi di syarikat tersebut. Ramai pelanggan yang gemar dan berpuas
hati akan keharuman produk ini. Salah satu pelanggan, iaitu Lee, turut setuju terhadap item ini.
“Keharumannya tidak terhingga…”
(Lee, Temu bual pada 14/2/2015)
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
5.2.3 Analisis Peratusan Item Kesegaran Serbuk Santan
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan. Analisis dapatan berkaitan kesegaran serbuk santan dalam Jadual 5.3 dan Rajah
5.3
Jadual 5.3: Analisis Peratusan Item Kesegaran Serbuk Santan
Pekerja Pelanggan
Skala Bilangan Peratus Skala Bilangan Peratus
Sangat setuju 3 30 Sangat setuju 3 15
Setuju 6 60 Setuju 10 50
Tidak pasti 1 10 Tidak pasti 7 35
Tidak setuju - - Tidak setuju --
Sangat tidak setuju - - Sangat tidak setuju - -
Jumlah 10 100 Jumlah 20 100
Sumber : Kajian Lapangan, 2015
Kesegaran Serbuk Santan
13
10
Bilangan 8
Pekerja
5 Pelanggan
3
0 Tidak Pasti Tidak SetSuajnugat Tidak Setuju
Sangat Setuju Setuju Skala
Rajah 5.3: Kesegaran Serbuk Santan
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Seramai 6 orang pekerja (60%) dan 10 orang pelanggan (50%) setuju bahawa kesan
penggunaan teknologi dalam penghasilan serbuk santan dapat menjamin kesegaran serbuk
santan. Selebihnya, 3 orang pekerja (30%) dan 3 orang pelanggan (15%) sangat setuju, 1 orang
pekerja (10%) dan 7 orang pelanggan (35%) tidak pasti akan kesegaran serbuk santan yang
dihasilkan oleh Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd dengan penggunaan teknologi.
Secara keseluruhannya, pekerja dan pelanggan setuju bahawa penggunaan teknologi dalam
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
penghasilan serbuk santan telah menjamin kesegarannya, iaitu seramai 22 orang (16 orang
setuju dan 6 orang sangat setuju) atau sejumlah 77.5%. Item ini disokong dengan temu bual
yang telah dilakukan dengan 2 orang pelanggan dan seorang pekerja syarikat tersebut.
Pelanggan yang gemar akan produk ini turut memberi pendapatnya terhadap kejaminan
kesegaran produk ini.
“Berbanding dengan jenama serbuk santan yang lain, serbuk santan
ini dirasa lebih segar dan rasanya seperti kelapa baru sahaja diparut.”
(Shirley, Temu bual secara pertalian pada 16/2/2015)
Seorang lagi pelanggan yang berpendapat bahawa kesegaran serbuk santan ini berbeza
dengan serbuk santan yang dihasil dari syarikat atau kilang yang lain.
“Serbuk santan ini lebih segar, rasanya seperti kelapa yang baru dipetik.”
(Lee, temu bual pada 14/2/2015)
Seorang pekerja di syarikat tersebut turut memberi pendapatnya tentang kesegaran
serbuk santan ini. Menurut penjelasannya, kesegaran serbuk santan ini dijamin kerana serbuk
santan percampuran ramuan yang organic yang menstabilkan rasa serbuk santan dan
percampuran dengan bahan kimia dikurangkan, berbanding dengan syarikat yang lain.
“Kesegaran serbuk santan ini lebih dijamin dengan rasanya distabil
dengan ramuan-ramuan yang organik. ”
(Aziz, temu bual pada 14/2/2015)
5.2.4 Analisis Peratusan Item Penjenamaan Produk
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan penjenamaan produk dalam Jadual
5.4 dan Rajah 5.4
Jadual 5.4: Analisis Peratusan Item Penjenamaan Produk
Pekerja Pelanggan
Skala Bilangan Peratus Skala Bilangan Peratus
Sangat setuju - - Sangat setuju --
Setuju 7 70 Setuju 13 65
Tidak pasti 2 20 Tidak pasti 4 20
Tidak setuju 1 10 Tidak setuju 3 15
Sangat tidak setuju - - Sangat tidak setuju - -
Jumlah 10 100 Jumlah 20 100
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Penjenamaan Produk
Bilangan 14 Pekerja
Pelanggan
11
Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat
7
Skala Tidak Setuju
4
0
Sangat
Setuju
Rajah 5.4: Penjenamaan Produk
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Seramai 7 orang pekerja (70%) dan 13 orang pelanggan (65%) setuju bahawa
serbuk santan ini mempunyai penjenamaan yang baik. Selebihnya, 2 orang pekerja (20%)
dan 4 orang pelanggan (20%) tidak pasti terhadap penjenamaan produk ini, manakala 1
orang pekerja (10%) dan 3 orang pelanggan (15%) tidak setuju akan produk ini
mempunyai penjenamaan yang baik. Secara keseluruhannya, pekerja dan pelanggan setuju
bahawa serbuk santan ini mempunyai penjenamaan yang baik, iaitu seramai 20 orang atau
sejumlah 67%. Minoritinya, 4 orang tidak setuju bahawa produk ini mempunyai
penjenamaan yang baik, atau seramai 12.5%.
Pelanggan yang gemar akan serbuk santan yang dihasil dari syarikat tersebut,
iaitu Ani, memberi pendaptnya tentang penjenamaan produk ini.
“Produk ini merupakan boleh dikira terkenal di pasaran yang
ada di kawasan ini.”
(Ani, temu bual pada 14/02/2015)
Para pelanggan mempunyai pendapatnya sendiri dan sebabnya mengapa produk serbuk
santan ini mempunyai penjenamaan yang baik. Antara sebab yang dinyatakan oleh seorang
pelanggan ialah keharuman dan rasa serbuk santan yang memuaskan.
“Jenama produk ini bagus kerana serbuk santan ini digemari ramai,
rasanya yang asli, berbeza dengan jenama yang lain.”
(Rex, temu bual pada 17/02/2014)
5.2.5 Analisis Peratusan Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Selamat Digunakan
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan serbuk santan yang dihasilkan dengan
penggunaan teknologi adalah selamat digunakan dalam Jadual 5.5 dan Rajah 5.5
Jadual 5.5: Analisis Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Selamat Digunakan
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Pekerja Pelanggan
Skala Bilangan Peratus Skala Bilangan Peratus
15
Sangat setuju 3 30 Sangat setuju 3 60
Setuju 7 70 Setuju 12 25
-
Tidak pasti - - Tidak pasti 5 -
100
Tidak setuju - - Tidak setuju -
Sangat tidak setuju - - Sangat tidak setuju -
Jumlah 10 100 Jumlah 20
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
(Komen: Jadual/ Graf / Carta jangan putus. Mesti dalam satu halaman yang sama)
Serbuk Santan Yang Dihasilkan Selamat Digunakan
15
12
Bilangan 9
Pekerja
6 Pelanggan
3
0 \
Sangat Setuju Setuju Tidak PastiTidak SeStaunjugat Tidak Setuju
Skala
Rajah 5.5: Serbuk Santan Yang Dihasilkan Selamat Digunakan
Sumber: Kajian Lapangan, 2015
Seramai 7 orang pekerja (70%) dan 12 orang pelanggan (60%) bersetuju serbuk
santan ini selamat digunakan. Selebihnya, 3 orang pekerja (30%) dan 3 orang pelanggan
(30%) sangat setuju serta 5 orang pelaggan (25%) tidak pasti terhadap serbuk santan yang
dihasilkan ini adalah selamat digunakan. Majoritinya, pekerja dan pelanggan bersetuju
bahawa serbuk santan yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi adalah selamat
digunakan, seramai 25 orang (19 orang setuju dan 6 orang sangat setuju), atau seramai
87.5%.
Begitu juga temu bual yang telah saya jalankan bersama dengan seorang
pelanggan, iaitu Ani, membeli serbuk santan yang dihasil dari syarikat tersebut.
Menurutnya, produk ini selamat digunakan, seperti yang dia rujuk di belakang bungkusan
tentang ramuan yang telah dicampur dengan serbuk santan tidak akan memberikan kesan
negatif kepada tubuh badan.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
“Ramuan yang telah dicampur dalam serbuk santan ini
tidak merbahayakan tubuh badan kita…”
(Ani, temu bual pada 14/2/2015)
Seorang pekerja dari syarikat tersebut turut memberi pendapatnya tentang serbuk
santan ini selamat digunakan.
“Semasa proses percampuran, ramuan yang ditambah dengan serbuk
santan adalah tidak merbahayakan manusia, malah dapat membantu
rasa serbuk santan distabilkan dengan ramuan yang semula jadi.”
(Aziz, temu bual pada 14/2/2015)
5.2.6 Analisis Peratusan Item Campuran Serbuk Santan Dengan Ramuan Lain
Lebih Seimbang
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan keseimbangan campuran santan
dengan ramuan yang lain dalam Jadual 5.6 dan Rajah 5.6
Jadual 5.6: Analisis Peratusan Item Campuran Serbuk Santan Dengan Ramuan Lain
Lebih Seimbang
Pekerja Pelanggan
Skala Bilangan Peratus Skala Bilangan Peratus
5
Sangat setuju - - Sangat setuju 1 60
35
Setuju 7 70 Setuju 12 -
-
Tidak pasti 3 30 Tidak pasti 7 100
Tidak setuju - - Tidak setuju -
Sangat tidak setuju - - Sangat tidak setuju -
Jumlah 10 100 Jumlah 20
Sumber: Kajian Lapangan 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Campuran Serbuk Santan Dengan Ramuan-Ramuan Lain
Bilangan 15 Pekerja
12 Pelanggan
9 Tidak PastiTidak SeStuajnugat Tidak Setuju
6 Skala
3
0
Sangat Setuju Setuju
Rajah 5.6: Campuran Serbuk Santan Dengan Ramuan-Ramuan Lain
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Seramai 7 orang pekerja (70%) dan 12 orang pelanggan (60%) setuju bahawa
penggunaan teknologi dalam campuran serbuk santan dengan ramuan lain lebih seimbang.
Selebihnya 1 orang pelanggan (5%) sangat bersetuju, 3 orang pekerja dan 7 orang
pelanggan tidak pasti terhadap keseimbangan dalam percampuran serbuk santan dengan
ramuan lain. Keseluruhannya, kebanyakkan pekerja dan pelanggan bersetuju bahawa
campuran serbuk santan bersama ramuan lain dengan penggunaan teknologi lebih
seimbang, seramai 20 orang (1 orang sangat setuju dan 19 orang setuju) atau sejumlah
67.5%.
Temu bual telah dijalankan dengan salah satu pelanggan, iaitu Chin tentang
keseimbangan dalam percampuran serbuk santan dengan ramuan yang lain. Dia membuat
perbandingan dengan serbuk santan ini dengan serbuk santan yang dihasilkan dari
pengeluar yang berbeza.
Serbuk santan ini, rasanya lebih seimbang, berbanding dengan jenama
serbuk santan XXX, rasa soya yang terkandung dalam serbuk santan
jenama XXX ini dapat dirasa.”
(Chin, temu bual pada 20/2/2015)
Perkara ini dapat diberi penjelasan oleh salah seorang pekerja tentang mengapa
campuran serbuk santan dengan ramuan lain dapat diseimbangankan. Menurutnya,
sebelum proses cecair santan dijadikan serbuk, cecair santan akan dicampur dengan
ramuan yang lain, di mana ramuan-ramuan tersebut bertujuan untuk menstabilkan rasa
santan. Proses percampuran akan dijalankan dengan mesin mixer automatik. Seperti yang
telah nyatakan dalam objektif pertama, mesin ini akan dioperasikan dengan menggunakan
kelajuan yang sederhana dengan menggunakan masa selama 8-10 minit supaya ramuan-
ramuan tersebut dengan cecair santan dapat dicampur dengan seimbang.
“Campuran santan dengan ramuan lain telah diseimbangkan dengan
menggunakan kelajuan mesin yang sederhana supaya ramuan-ramuan
dan santan dapat dicampur sehingga sebati sepenuhnya.”
(David, temu bual pada 31/1/2015)
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
5.3 Kesan Penggunaan Teknologi Ke Atas Kuantiti Serbuk Santan Yang Dihasilkan
Di Syarikat Santanmas Food Industries Sdn Bhd
5.3.1 Analisis Peratusan Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Dapat Memenuhi
Permintaan Pasaran
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan serbuk santan yang dihasilkan dapat
memenuhi permintaan pasaran dalam Jadual 5.7 dan Rajah 5.7.
Jadual 5.7: Analisis Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Dapat Memenuhi Permintaan
Skala Bilangan Peratus
Sangat setuju 1 10
80
Setuju 8 10
-
Tidak pasti 1 -
100
Tidak setuju -
Sangat tidak setuju -
Jumlah 10
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Peratusan Serbuk Santan Yang Dihasilkan
Dapat Memenuhi Permintaan Pasaran
10% 10%
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
80%
Rajah 5.7: Serbuk Santan Yang Dihasilkan Dapat Memenuhi Permintaan Pasaran
Sumber: Kajian Lapangan 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Seramai 8 orang pekerja (80%) setuju bahawa serbuk santan yang dihasilkan dapat
memenuhi permintaan pasaran. Selebihnya, 1 orang pekerja (10%) sangat bersetuju dan 1
orang pekerja (10%) tidak pasti tentang kesan tersebut. Majoritinya, kebanyakkan pekerja
bersetuju bahawa penggunaan teknologi dalam penghasilan serbuk santan dapat
memenuhi permintaan pasaran, iaitu seramai 9 orang atau sejumlah 90%.
Daripada pendapat seorang pekerja di syarikat tersebut menyatakan bahawa
penggunaan teknologi-teknologi yang ada di syarikat ini telah memberi banyak bantuan
terhadap permintaan pasaran.
“Syarikat ini telah menggunakan teknologi yang canggih, dapat memproses
banyak bungkus serbuk santan, dan memenuhi permintaan pasaran.”
(Aziz, temu bual pada 14/2/2014)
Pengurus syarikat ini, iaitu Yeoh, turut memberi pendapatnya tantang item ini.
“Setelah syarikat ini memulakan menghasilkan serbuk santan dengan
menggunakan teknologi-teknologi ini, syarikat ini berjaya memenuhi
permintaan pasaran dengan menghasilkan banyak bungkus serbuk santan,
dalam kuantiti yang mampu memenuhi keperluan pelanggan.”
(Yeoh, temu bual pada 16/2/2015)
5.3.2 Analisis Peratusan Item Masa Pengeluaran Serbuk Santan Dikurangkan
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan masa pengeluaran serbuk santan
dikurangkan dalam Jadual 5.8 dan Rajah 5.8.
Jadual 5.8: Analisis Peratusan Item Masa Pengeluran Serbuk Santan Dikurangkan
Skala Bilangan Peratus
Sangat setuju 3 30
Setuju 5 50
Tidak pasti 2 20
Tidak setuju --
Sangat tidak setuju - -
Jumlah 10 100
Sumber: Kajian Lapangan 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Masa Pengeluaran Serbuk Santan
Dikurangkan
20% Sangat Setuju
30% Setuju
Tidak Pasti
50%
Rajah 5.8: Masa Pengeluaran Serbuk Santan Dikurangkan
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Seramai 5 orang pekerja (50%) setuju bahawa masa pengeluaran serbuk santan dapat
dikurangkan dengan penggunaan teknologi. Selebihnya, 3 orang pekerja (30%) sangat
bersetuju dan 2 orang pekerja (20%) tidak pasti tentang kesan tersebut. Keseluruhannya,
kebanyakkan pekerja bersetuju bahawa penggunaan teknologi dapat mengurangkan masa
dalam pengeluaran serbuk santan, iaitu seramai 8 orang atau sejumlah 80%.
Menurut temu bual yang telah dilakukan dengan salah seorang pekerja di dalam
syarikat tersebut, iaitu Aziz yang bersetuju bahawa masa pengeluaran serbuk santan dapat
dikurangkan dengan penggunaan teknologi. Sebelum syarikat ini yang kurang canggih
dengan penggunaan teknologi yang banyak, mereka memerlukan masa yang banyak untuk
menghasilkan sekarung santan.
“Dalam jangkaan saya, sekarung serbuk santan dapat dihasilkan
dalam beberapa saat, berbanding dengan dahulu memerlukan masa
beberapa minit.”
(Aziz, temu bual pada 14/2/2015)
Seorang pekerja yang mahir dalam penggunaan mesin-mesin yang ada dalam
syarikat ini, David, juga memberi pendapatnya tentang perkara ini.
“Disebabkan mesin-mesin yang digunakan di sini canggih, mesin-mesin ini
senang dikawal, berefisien, jadi, dalam masa yang singkat, mesin-mesin ini
membantu menghasilkan serbuk santan yang lebih banyak.”
(David, temu bual pada 31/01/2015)
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
5.3.3 Analisis Peratusan Item Pengeluaran Serbuk Santan Yang Lebih Banyak
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan pengeluaran serbuk santanyang lebih
banyak dalam Jadual 5.9 dan Rajah 5.9.
Jadual 5.9: Analisi Peratusan Item Pengeluaran Serbuk Santan yang banyak
Skala Bilangan Peratus
3
Sangat setuju 3 60
10
Setuju 6 -
-
Tidak pasti 1 100
Tidak setuju -
Sangat tidak setuju -
Jumlah 10
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Pengeluaran Serbuk Santan Lebih Banyak
10% Sangat Setuju
30% Setuju
Tidak Pasti
60%
Rajah 5.9: Pengeluaran Serbuk Santan Lebih Banyak
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Seramai 6 orang pekerja (60%) setuju bahawa pengeluaran serbuk santan lebih banyak
dengan penggunaan teknologi. Selebihnya, 3 orang pekerja (30%) sangat bersetuju dan 1
orang pekerja (10%) tidak pasti tentang kesan tersebut. Majoritinya, kebanyakan pekerja
bersetuju bahawa penggunaan teknologi menghasilkan lebih banyak serbuk santan, iaitu
seramai 9 orang atau sejumlah 90%.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Begitu juga daripada pendapat pengurus syarikat tersebut yang bersetuju bahawa
penggunaan teknologi tersebut dapat menghasilkan lebih banyak serbuk santan.
Menurutnya, selepas penggunaan mesin-mesin tersebut, pengeluaran serbuk santan telah
meningkat dan menyebabkan hasil pengeluaran ini dapat memenuhi permintaan pasaran.
“Sebelum menggunakan mesin-mesin ini, syarikat ini hanya dapat
menghasilkan maksimum 2 hingga 3 karung serbuk santan sahaja.
Tetapi selepas menggunakan mesin-mesin ini, dalam sehari, kami
dapat menghasilkan antara 30 hingga 40 karung serbuk santan dalam
sehari.”
(Yeoh, temu bual pada 16/2/2015)
5.3.4 Analisis Peratusan Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Memuaskan
Kehendak Pelanggan
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan serbuk santan yang dihasilkan
memuaskan kehendak pelanggan dalam Jadual 5.10 dan Rajah 5.10.
Jadual 5.10: Analisis Peratusan Item Serbuk Santan Yang Dihasilkan Memuaskan
Kehendak Pelanggan
Skala Bilangan Peratus
Sangat setuju 2 20
Setuju 5 50
Tidak pasti 3 30
Tidak setuju --
Sangat tidak setuju - -
Jumlah 10 100
Sumber: Kajian Lapangan 2015
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Serbuk Santan Yang Dihasilkan
Memuaskan Kehendak Pelanggan
20% Sangat Setuju
30% Setuju
Tidak Pasti
50%
Rajah 5.10: Serbuk Santan Yang Dihasilkan Memuaskan Kehendak Pelanggan
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Seramai 5 orang pekerja (50%) setuju bahawa serbuk santan yang dihasilkan memuaskan
kehendak pengguna dengan penggunaan teknologi. Selebihnya, 2 orang pekerja (20%)
sangat bersetuju dan 3 orang pekerja (30%) tidak pasti tentang kesan tersebut.
Keseluruhannya, pekerja bersetuju bahawa serbuk santan yang dihasilkan dapatan
memenuhi pelanggan, iaitu seramai 7 orang atau sejumlah 70%.
Menurut temu bual yang telah dijalankan bersama seorang pekerja di dalam
pejabat dari syarikat tersebut secara bersemuka, serbuk santan yang dihasilkan dari
syarikat itu telah mencatat rekod yang baik bahawa serbuk santan yang dihasilkan mampu
memuaskan kehendak pelanggan.
“Ramai pelanggan memuas hati dengan rasa, kuantiti dan kualiti serbuk
santan yang dihasilkan oelh syarikat ini.”
(Chong, temu bual pada 16/2/2015)
5.3.5 Analisis Peratusan Item Pembaziran Bahan Mentah (Kelapa) Dikurangkan
Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif
menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan pembaziran bahan mentah (kelapa)
dikurangkan dalam Jadual 5.11 dan Rajah 5.11.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Jadual 5.11: Analisis Peratusan Item Pembaziran Bahan Mentah (Kelapa) Dikurangkan
Skala Bilangan Peratus
10
Sangat setuju 1 60
30
Setuju 6 -
-
Tidak pasti 3 100
Tidak setuju -
Sangat tidak setuju -
Jumlah 10
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Pembaziran Bahan Mentah (Kelapa)
Dikurangkan
10% Sangat Setuju
30% Setuju
Tidak Pasti
60%
Rajah 5.11: Pembaziran Bahan Mentah (Kelapa) Dikurangkan
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Seramai 6 orang pekerja (60%) setuju bahawa pembaziran bahan mentah (kelapa)
dapat dikurangkan dengan penggunaan teknologi. Selebihnya, 1 orang pekerja (10%)
sangat bersetuju dan 3 orang pekerja (30%) tidak pasti tentang kesan tersebut.
Keseluruhannya, pekerja bersetuju bahawa pembaziran bahan mentah (kelapa) dapat
dikurangkan, iaitu seramai 7 orang atau sejumlah 70%.
Menurut temu bual yang telah dijalankan secara bersemuka dengan seorang
pekerja, iaitu Aziz, dengan penggunaan teknologi-teknologi yang sedia ada dalam syarikat
ini, pembaziran dapat dikurangkan dengan menggunakan mesin Screw Conveyer (seperti
yang ditunjuk dalam objektif pertama).
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
“Screw Conveyer ini bukan sahaja memarut, juga semasa proses
membolehkannya menghantar setiap isi kelapa yang diparut halus ke
mesin Screw Press, ini dapat mengelakkan pembaziran isi kelapa”
(Aziz, temu bual pada 14/02/2015)
(Komen : Tak ada rumusan ringkasan untuk objektif kedua )
• Huraian Sistematik (ada Sub tajuk : 5.0 , 5.1 , 5.2 .....)
• Huraian dapatan menjawab Objektif kajian ( berfokus kpd objektif dan ada
sokongan data/ gambar)
• Dapatan dibincang melalui soal selidik, temu bual, dan pemerhatian (trigulasi)
• Perlu ada rumusan umum ringkas utk setiap Objektif
• Disokong dgn jadual, carta dan transkrip temu bual
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Penggunaan teknologi telah mendorong pelbagai kemajuan terhadap sektor perindustrian,
termasuk perindustrian makanan. Teknologi membawa maksud aktiviti atau kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,
perubatan, perniagaan, dan sebagainya. Manakala, makanan bermaksud sesuatu atau apa
sahaja yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan sayur. Pengkaji telah menjalankan kajian
tentang penggunaan teknologi dalam penghasilan serbuk santan di Syarikat Santanmas
Food Industries Sdn Bhd.
Antara objektif kajian ini ialah mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk
menghasilkan serbuk santan dan mengkaji kesan-kesan penggunaan teknologi ke atas
kualiti dan kuantiti serbuk santan yang dihasilkan di syarikat Santanmas Food Industries
Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai melebihi 4 cawangan di kawasan daerah Kudat dan satu
lagi cawangan berada di Semenanjung Malaysia, iaitu di Sungai Buloh, Selangor.
Cawangan ini dapat menghasilkan lebih banyak serbuk santan berbanding dengan
cawangan yang lain. Syarikat ini terletak di Jalan Sikuati, daerah Kudat, negeri Sabah di
mana ia berjarak antara 5 Kilometer (KM) untuk sampai ke Bandar Kudat, sebuah bandar
di Sabah, Malaysia, yakni terletak di utara pulau Borneo.
Kaedah kajian yang dipilih untuk melaksanakan kajian ini adalah kaedah kajian
hybrid iaitu mengabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah menggunakan
kajian deskriptif dalam kajian ini bagi mengetahui kesan-kesan penggunaan teknologi ke
atas kualiti dan kuantiti serbuk santan yang dihasilkan oleh syarikat Santanmas Food
Industries Sdn Bhd. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di mana 30 orang
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Pengumpulan data yang
digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal
selidik. Kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan untuk mengenal pasti teknologi
yang digunakan untuk menghasil serbuk santan di syarikat ini. Malah, kaedah soal selidik
dan temu bual digunakan untuk mengkaji kesan-kesan penggunaan teknologi ke atas
kualiti dan kuantiti serbuk santan yang dihasilkan di syarikat ini. Selain itu, data sekunder
seperti kamus, rujukan ilmiah dan internet. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif
dengan menggunakan foto-foto, diikuti dengan penerangan berdasarkan temu bual yang
telah lakukan.Data juga dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratusan
dan kekerapan.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
Antara teknologi yang digunakan dalam proses penghasilan serbuk santan ialah
mesin screw conveyer, mesin screw press, mesin penapis santan, Hot-Water Tank, mesin
percampuran, mesin Homogenizer, mesin Atomizer, mesin spray dryer dan mesin
vibrator. Pemerhatian telah dijalankan untuk memehatikan serbuk santan diproses melalui
mesin-mesin tersebut. Selain itu, temu bual dilakukan dengan seorang pekerja yang mahir
dalam penggunaan mesin-mesin tersebut untuk mengetahui fungsi-fungsi mesin dan
bagaimana mesin-mesin ini dioperasikan.
Malah, penggunaan teknologi telah mendorong kesan terhadap kualiti penghasilan
serbuk santan. Antara kesan penggunaan teknologi ke atas kualiti santan ialah serbuk
santan lebih tahan lama, lebih harum, lebih segar, selamat digunakan dan campuran serbuk
santan bersama dengan ramuan-ramuan lain lebih seimbang. Tambahan pula, serbuk
santan yang dihasilkan oleh syarikat ini mempunyai penjenamaan yang baik.
Keseluruhannya, 26 daripada 30 orang responden bersetuju bahawa serbuk santan yang
dihasilkan dengan penggunaan teknologi di syarikat ini lebih tahan lama, atau sejumlah
87.5%. 29 daripada 30 orang responden bersetuju bahawa keharuman serbuk santan yang
dihasilkan telah dipertingkatkan dengan pengunaan teknologi, iaitu atau sejumlah 97.5%.
Seterusnya, 22 daripada 30 orang responden bersetuju bahawa penggunaan teknologi
dalam penghasilan serbuk santan telah menjamin kesegarannya, atau sejumlah 77.5%. 20
daripada 30 orang responden setuju bahawa serbuk santan ini mempunyai penjenamaan
yang baik, atau sejumlah 67%. Selain itu, 25 daripada 30 orang responden bersetuju
bahawa serbuk santan yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi adalah selamat
digunakan, atau seramai 87.5%. 20 daripada 30 orang responden bersetuju bahawa
campuran serbuk santan bersama ramuan lain dengan penggunaan teknologi lebih
seimbang, atau sejumlah 67.5%.
Di samping itu, penggunaan teknologi juga memberi kesan terhadap kunatiti
serbuk santan yang dihasilkan di syarikat ini. Antara kesannya ialah dapat memenuhi
permintaan pasaran, masa pengeluaran disingkatkan, dapat menghasilkan lebih banyak
serbuk santan, dapat memuaskan kehendak pengguna dan pembaziran bahan mentah
(kelapa) dapat dikurangkan. 9 daripada 10 responden (pekerja) bersetuju bahawa
penggunaan teknologi dalam penghasilan serbuk santan dapat memenuhi permintaan
pasaran. 8 daripada 10 orang responden bersetuju bahawa penggunaan teknologi dapat
mengurangkan masa dalam pengeluaran serbuk santan. Seterusnya, 9 daripada 10 orang
responden bersetuju bahawa penggunaan teknologi menghasilkan lebih banyak serbuk
santan. 7 daripada 10 orang responden bersetuju bahawa serbuk santan yang dihasilkan
dapatan memenuhi pelanggan. Malah, 7 daripada 10 orang responden bersetuju bahawa
pembaziran bahan mentah (kelapa) semasa penghasilan serbuk santan dapat dikurangkan.
Konklusinya, penghasilan serbuk santan di Syarikat Santanmas Food Industries
Sdn Bhd telah dipertingkatkan dan diberi kesan yang positif ke atas kualiti dan kuantiti
serbuk santan oleh penggunaan teknologi-teknologi yang canggih. Ramai responden juga
telah memeberi komen atau pendapat positif mereka terhadap produk ini. Oleh itu,
teknologi telah banyak membantu dalam sektor perindustrian makanan di negara ini dalam
penghasilan makanan yang berkualiti. Malah, ia juga dapat membantu dalam ke arah
kemajuan sektor perindustrian Negara dan memperbaiki ekonomi Negara.
Komen
• Jelas, tersusun
• Merumus dari A ke Z secara menyeluruh (Kembangkan semula isi dari Abstrak)
• Dlm rumusan tak perlu ada “perbincangan Data angka & %”
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.
RUJUKAN
Abd Hamid Mar Iman (2010). Instrumen Kajian. Dicapai pada Julai 30, 2010, dari
http://ocw.utm.my/file.php/149/Topic7InstrumenKajian.pdf (TIDAK DITERIMA)
Dahlia (2011). Kajian Tinjauan : Soal Selidik dan Temubual. Dicapai pada November 11,
2011, dari http://www.cikgudahlia.com/2011/11/kajian-tinjauan-soal-selidik-dan.html
(TIDAK DITERIMA)
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008. Laporan Tahunan 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Lembaga Bandaran Kudat, 2003. Pengenalan Kepada Kudat. Sabah: Lembaga Bandaran
Kudat
Nashamus (2008). Kaedah Pemerhatian. Dicapai pada Mei 4, 2008, dari
http://nashamus.blogspot.com/2008/05/kaedah-pemerhatian.html (Tak diterima)
Komen:
• Jangan guna blog sebagai rujukan (Tak diterima)
• Rujuk manual pelaksanaan kerja kursus 2020, Lampiran 7 m/s 42-47 berkaitan cara
menulis rujukan.
*Contoh KK ini sengaja dalam format Single Spacing bagi tujuan penjimatan kertas jika diprint.