The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1271-16-nor, 2024-04-24 10:39:21

E-PORTFOLIO PROJEK PSV MURAL PSVK3303

PSVK3303 FOLIO MURAL (1)

e-Portfolio Kurikulum Pendidikan Seni Visual


Muka depan....................................2 Penghargaan..................................4 Pengenalan....................................5 Sumber Ilham.............................6-7 Lukisan Realistik........................8-9 Penjanaan Idea.......................10-13 Kajian Komposisi.....................14-15 Kajian Warna...........................16-17 Cadangan hasil karya akhir..........18 Rujukan........................................19


Alhamdulilah, segala puji ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan penulisan bagi kursus PSVK3303 KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL mengikut masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih kepada Encik Nor Anuwar bin Hamat selaku pensyarah bagi kursus ini yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami tanpa mengenal erti lelah bagi menyempurnakan tugasan penulisan ini. Selain itu, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan ibu bapa kami yang sentiasa memberikan dorongan dan kerjasama sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dan pihak lain yang membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung semasa melaksanakan tugasan ini.


Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah rendah bermatlamat melahirkan insan yang harmoni, kritis, kreatif dan produktif melalui pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum PSV berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara secara menyeluruh selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Projek Seni Visual merupakan aktiviti PSV yang akan dilaksanakan diluar bilik darjah dan memerlukan keterlibatan semua pelajar untuk menjalankan kajian mengenai sesuatu perkara atau aktiviti tertentu. Hal ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran dalam mengaplikasikan asas seni reka bagi menghasilkan karya seni. Antara contohnya adalah lawatan seni visual, pameran seni, pertandingan seni, bengkel dan seminar seni serta projek mural. Lantaran itu, projek mural yang dihasilkan melibatkan kerjasama, idea dan kemahiran kami tersendiri. Tambahan pula, projek mural ini membekalkan pengalaman baharu kepada kami disamping kawasan bengkel seni IPGKKB menjadi lebih indah dan cantik.


SUMBER ILHAM


SUMBER ILHAM


dipilih


dipilih


Rolda. (n.d.). pendidikan seni visual: Pengenalan PSV. Pendidikan Seni Visual. 1. https://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/05/pengenalan-psv.html Laporan Mural | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved April 24, 2024, from https://www.scribd.com/document/378670533/Laporan-Mural 1. Laporan Projek Melukis Mural | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved April 24, 2024, from 2. https://www.scribd.com/doc/137021870/Laporan-Projek-Melukis-Mural


Click to View FlipBook Version