The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG SK PALEKBANG KALI KE 44

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazidamazuki1979, 2022-05-25 14:50:08

BUKU MESYUARAT AGUNG SK PALEKBANG KALI KE 44

BUKU MESYUARAT AGUNG SK PALEKBANG KALI KE 44

AGENDA MESYUARAT

MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN
PALEKBANG KALI KE 44

1. Ucapan aluan Yang Di-Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Palekbang.
2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG

bil.43/2021
3. Perkara berbangkit.
4. Menerima dan mengesahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir

31 Disember 2021.
5. Penetapan sumbangan PIBG dan kecemerlangan murid
6. Membahas usul (jika ada)
7. Hal-hal lain
8. Ucapan penangguhan.
9. Bersurai

TENTATIF PROGRAM

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
PIBG SK PALEKBANG
KALI KE 44

OLEH :
YB DATO’ HJ CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI
PENGERUSI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

MERANGKAP AHLI PARLIMEN TUMPAT

8.00 pagi : Pendaftaran Ibu bapa
8.30 pagi : Slot motivasi

9.00 pagi : Majlis perasmian

Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan
Bacaan Doa
Persembahan Qasidah

Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG
EN. MOHAMAD ZAMAKH SARI BIN IBRAHIM.

Ucapan Guru Besar
EN.MAT NIZAN BIN MAT HUSSIN

Ucapan Perasmian Oleh
YB DATO’ HJ CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI
PENGERUSI LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
MERANGKAP AHLI PARLIMEN TUMPAT

Gimik Perasmian MAT PIBG dan sekolahku SEJAHTERA

Penyampaian hadiah kecemerlangan murid 2021
Penyampaian cenderahati

10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 44.

JAWATANKUASA PIBG SK PALEKBANG

1.NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Palekbang
16040 Palekbang Tumpat
Kelantan.
Tel & Fax : 09-7185011/ 09-7185012

2. AHLI PERSATUAN

2.1 Semua Ibu Bapa / Penjaga murid Sekolah Kebangsaan Palekbang
2.2 Semua Ibu Bapa / Penjaga murid PRA Sekolah Kebangsaan Palekbang
2.3Semua Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Palekbang.

3.JAWATANKUASA PIBG SK PALEKBANG

Ex-Officio : En Mat Nizan bin Mat Husin (Guru Besar)

Yang DiPertua : En. Mohamad Zamakh Sari bin Ibrahim

NY DiPertua : En. Mohamed Zaidi bin Mat Zain

Setiausaha : Pn. Norhaliza bt. Sallleh

Pen.Setiausaha : Pn. Asmaliza binti Mohd Noor

Bendahari : Pn Hasni bt. Harun

Pen. Bendahari : Pn. Wan Norazlina bt. Wan Ibrahim

Ahli Jawatankuasa :
1. En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran)
2. YM Raja Azlan bin Raja Ismail (PK HEM)
3. En Masyivijaya bin Mohd Zain (PK KO)
4. En Muhammad Pazuri bin Ibrahim
5. En Wan Ramli bin Wan Hassan
6. En Othman bin Muhamad
7. En Muhammad Nadzri bin Yasim
8. Pn Nor Azalinda binti Mat Nor
9. Pn Rakiah bt. Sulaiman
10. Siti Aisyah bt. Mohd Zain

Pemeriksa Kira-kira:

1. Pn. Noor Ida bt. Abdullah
2. Ahmad Syarifuddin Bin M. Zawawi

MESYUARAT AGUNG PIBG BIL 43/2021 DIMULAKAN

Minit Mesyuarat Agung PIBG bil.43/2021

Tarikh : 31 OGOS 2021 (Selasa)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
Aplikasi : Google Meet
Kehadiran : 104

Agenda 1: Ucapan alu-aluan YDP PIBG SKP (En. Mohamad Zamakh Sari bin Ibrahim)

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru SKP serta ibu bapa penjaga murid
kerana hadir dalam majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2021 kali ke-
43 melalui aplikasi google meet.

1.2 Melahirkan rasa kesyukuran kerana kehadiran ahli mesyuarat agung secara google meet
sangat memberansangkan iaitu melebihi 100 orang. Ini membuktikan sikap prihatin ibu
bapa dan dapat menyuntik semangat kepada guru dan anak-anak.

1.3 Merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang bakal menerima anugerah ibu bapa
prihatin dan cemerlang PDPr. Diharapkan dengan adanya anugerah seperti ini dapat
memberi suntikan semangat kepada ibu bapa yang lain.

1.4 Mengharapkan ibu bapa dan guru dapat berusaha dengan gigih dalam memastikan
kejayaan anak-anak.

Agenda 2: Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42.

2.1 En Zamakh Sari bin Ibrahim membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-42 dan
membuka peluang kepada ahli mesyuarat untuk menyuarakan pendapat atau pertanyaan
sekiranya terdapat sebarang keraguan atau perkara berbangkit di dalam minit tersebut.

2.2 Cadangan pengesahan minit mesyuarat Agung Kali yang ke-42

Cadangan : En Mohamed Zaidi bin Mat Zain

Sokongan : En Muhammad Nadzri bin Yasim

Agenda 3: Perkara Berbangkit

3.1. En. Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) memaklumkan yang banyak program yang
dirancang tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana tidak dapat bersemuka akibat
daripada pandemik covid 19.

Agenda 4: Menerima dan mengesahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31
Disember 2020

4.1 Pn Hasni bt Hasni membentangkan penyata kewangan akaun PIBG kepada ahli
mesyuarat (rujuk penyata)

4.2 Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 akhirnya diterima dan
disahkan.

Cadangan : Pn Norida bt Abdullah
Sokongan : Nor Azizan bt Abdul Aziz.

Agenda 5: Penetapan sumbangan PIBG dan kecemerlangan murid

5.1 Puan Hasni (Bendahari PIBG) memaklumkan yang tiada sebarang kutipan sumbangan
PIBG dan kecemerlangan dibuat pada tahun 2021. Keputusan ini diambil kerana tiada
aktiviti dapat dijalankan disebabkan penangguhan pembelajaran bersemuka akibat
pandemik covid 19.

5.2 Pn Hasni (Bendahari PIBG) menjelaskan bahawa kutipan PIBG sebanyak RM30
(1 keluarga) dan Tabung Kecemerlangan Murid RM20 akan dibuat pada awal Januari.

5.3 Semua ibu bapa dan penjaga murid bersetuju dengan sebulat suara mengenai
sumbangan Tabung PIBG sebanyak RM30 bagi setiap keluarga dan Tabung
Kecemerlangan Akademik sebanyak RM20 setiap pelajar diterima pakai serta
berkuatkuasa pada awal tahun 2022.

Agenda 6: Membentang dan membincangkan Usul-usul (Jika ada) / Cadangan

USUL DAN CADANGAN DARIPADA IBU BAPA / PENJAGA.

6.1 MOHD FIKRI BIN MOHD RAZHI

Usul 1: Modul lengkap ulangkaji pembelajaran di rumah utk setiap subjek.

Usul 2: Latihan/soalan lengkap bercetak. termasuk ruangan menulis jawapan
disediakan.

Usul 3: Tugasan siap hantar di sekolah. kutipan hujung minggu

6.2 SITI FAIRUZ BINTI MOHD HASHIM
Usul 1 : Membuat buku khas untuk ‘PdPR’ untuk setiap mata pelajaran bagi
memudahkan pelajar dan ibu bapa untuk membimbing anak. kerana kekangan masa
untuk salin semula dalam buku atau tampal.

Usul 2 : Sama juga kelas KAFA. Diharap ada buku khas untuk KAFA (terutama untuk
latihan bertulis sebab ada pelajar malah ibu bapa tidak mahir menulis jawi/arab)

6.3 ZALINA IRNE BINTI MOHD ZAID

Usul 1 : Latihan hanya dalam fail dan dihantar setiap 2 minggu

Usul 2 : Tiada PdPR dlm group whatsap & telegram

Usul 3 : Semakan dari guru berkenaan dan dihantar laporan pada ibubapa

6.4 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) merumuskan yang kesemua usul
daripada En Mohd Fikri, Siti Fairuz dan Zalina Irne adalah berhubungkait dengan
kaedah PdPR. Beliau merumuskan yang kaedah PdPR tidak dapat dilakukan dengan
menyediakan modul lengkap untuk kesemua pelajar memandangkan peruntukan
sekolah yang kecil dan kos yang sangat tinggi diperlukan untuk mencetak bahan bagi
keseluruhan murid secara berkala.

6.5 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) memaklumkan yang sekolah
mengambil inisiatif mempelbagaikan kaedah pembelajaran bergantung kepada
kebijaksanaan guru asalkan objektif pembelajaran tercapai dan semua murid dapat
mengikuti pembelajaran dengan jayanya.

6.6 En Mohamed Zaidi (NYDP PIBG) mohon penjelasan tentang tugasan berupa modul
atau lembaran kerja yang disediakan sebelum ini masih dan akan diteruskan atau
sebaliknya. Beliau berpendapat sistem agihan tugasan murid yang telah dilaksanakan
sebelum ini adalah lebih baik dan memudahkan murid untuk belajar memandangkan
bahan telah tersedia. Beliau mewakili ibu bapa yang lain juga memohon agar bantuan
daripada PIBG dalam merealisasikan hasrat ini.

6.7 Pn Fiza bersetuju dengan cadangan En Mohamed Zaidi (NYDP PIBG) dan
mengharapkan agar sistem penyediaan bahan bercetak melalui sistem fail dilaksanakan.

6.8 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) memaklumkan yang penyediaan
bahan bercetak adalah bergantung kepada kewangan sekolah. Setakat ini, kelas tahap 1
iaitu tahun 1 hingga 3 masih meneruskan agihan modul/lembaran kerja yang dibekalkan
setiap 2 minggu. Manakala penyediaan bahan dan kaedah pembelajaran untuk murid
tahap 2 bergantung kepada guru masing-masing.

6. 9 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) bersetuju agar wang PIBG digunakan untuk
menampung penyediaan bahan bercetak untuk pembelajaran anak-anak.

6.10 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) juga bersetuju dengan sistem
fail lembaran kerja / modul tugasan kepada murid. Pihak sekolah akan memenuhi
kehendak ibu bapa yang inginkan sistem fail lembaran kerja /modul edaran bahan
bercetak tugasan murid dilaksanakan. Namun beliau menegaskan yang guru masih
perlu menggunakan pelbagai bahan lain dalam PdPR seperti buku teks dan buku aktiviti
yang telah dibekalkan oleh kementerian.

6.11. En. Mohamad Amran mencadangkan agar PIBG menyediakan sampul edaran bagi
tujuan mendapatkan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa yang berkemampuan dan
yang ingin menderma bagi membantu pembiayaan PdPR agar anak-anak dapat belajar
dengan selesa.

6.12 En Mohamed Zaidi (NYDP PIBG) bersetuju dan mengalu-alukan ibu yang ingin
memberi sumbangan untuk pembelajaran anak-anak. Beliau juga mencadangkan agar
diadakan bulan derma dan akan dibincangkan lagi dalam mesyuarat AJK PIBG.

6.13 Puan Haniza mencadangkan agar diadakan fail tugasan lembaran kerja untuk kelas
KAFA. En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof menyatakan yang perkara ini akan
dibincang dan akan dipertimbangkan.

6.14 Puan Lieya Ahmad mencadangkan agar tahun 1 diadakan PdPR secara google meet
satu subjek sehari memandangkan murid tahun 1 yang sudah lama tidak bersemuka dan
dikhuatiri sudah lupa akan guru subjek mereka.

6.15 En Mohamed Zaidi (NYDP PIBG) memberi tindak balas usul Pn Lieya dengan
memaklumkan yang aplikasi google meet memberi masalah kepada ibu bapa yang
kurang kemampuan kerana data yang besar diperlukan.

6.16 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) menjawab usul Puan Lieya
dengan memberi rasional mengapa guru tahun 1 tidak menggunakan aplikasi google
meet dalam PdPR iaitu penggunaan internet yang tinggi membebankan ibu bapa yang
kurang kemampuan untuk menambah data internet setiap hari. Rasional kedua kerana
penyertaan murid tidak menyeluruh kerana ada murid yang berkongsi telefon dengan
adik beradik mereka, ada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan telefon untuk
pembelajaran anak-anak malahan mereka mendapat info PdPR setelah ibu bapa pulang
dari kerja. Beliau juga tidak menafikan yang kaedah google meet adalah aplikasi yang
bagus namun tidak sesuai dengan keadaan persekitaran sekolah rendah kerana
kekangan yang telah dinyatakan.

6.17 Puan Noor Azizah memaklumkan yang beliau telah mempelbagaikan kaedah PdPR
seperti penggunaan aplikasi google meet, telegram serta whatsapp. Beliau menyatakan
yang penyertaan murid lebih ramai dan sangat memuaskan dalam medium telegram.

6.18 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) bersetuju dengan penjelasan dan rasional yang
dikemukakan oleh En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa yang meluangkan masa untuk MAT PIBG demi anak-
anak. Beliau juga mengalu-alukan cadangan daripada ibu bapa untuk dikemukakan
kepada pentadbir pada bila-bila masa. Pihak sekolah sentiasa terbuka menerima
cadangan daripada ibu bapa.

6.19 En Mohamed Zaidi (NYDP PIBG meminta setiausaha PIBG mencatat cadangan
daripada ibu bapa pada ruangan ‘chat’ untuk dibincangkan.

Agenda 7: Hal-hal lain

7.1 Puan Lieya Ahmad mencadangkan agar sistem kehadiran yang dilaksanakan sebelum
ini sering bertindih dengan tugasan yang diberikan oleh guru. Beliau mencadangkan
agar diadakan satu platform lain untuk menulis kehadiran PdPR anak-anak.

7.2 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) memaklumkan yang beliau akan
membawa cadangan Pn Lieya ke mesyuarat guru untuk dipertimbangkan.

Agenda 8: Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2019/2020 dan pemilihan AJK PIBG 2021

8.1 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof (PK Pentadbiran) mencadangkan agar YM Raja
Azlan (PK HEM) dilantik sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan pemilihan
AJK PIBG 2021/2022.

8.2 YM Raja Azlan (PK HEM) memohon kemaafan atas sedikit masalah teknikal yang
dihadapi sebentar tadi. Beliau memaklumkan yang link telah disediakan untuk
pengundian AJK PIBG 2021/2022.

8.3 En Mohd Hakimi bin Mamat Yusof mencadangkan agar semua AJK yang lalu
dikekalkan.

8.4 En.Wan Khairul Hakimi bin Wan Yusuf menyokong agar AJK PIBG yang sesi 2020
dikekalkan.

8.5 En.Wan Ramli bin Wan Hassan juga menyokong agar AJK PIBG sesi 2020 dikekalkan
namun beliau menyatakan yang beliau ingin mengundur diri dalam AJK PIBG
2021/2022 kerana beliau kini bertugas di luar negeri Kelantan.

8.6 Semua ibu bapa penjaga SK Palekbang sebulat suara bersetuju agar AJK PIBG yang
sedia ada dikekalkan.

8.7 YM Raja Azlan (PK HEM) memaklumkan yang permintaan En Wan Ramli akan
dipertimbangkan.

Agenda 9: Ucapan penangguhan

9.1 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu
bapa yang bersetuju mengekalkan AJK PIBG yang lama. Beliau juga memberi maklum
balas tentang penarikan diri En Wan Ramli bin Wan Hassan. Beliau meminta agar En
Wan Ramli bin Wan Hassan tidak menarik diri kerana sumbangan dan idea beliau
sangat diperlukan dalam PIBG. Walaupun bekerja diluar Kelantan bukan halangan
untuk bersama dalam PIBG kerana AJK tidak disyaratkan hadir kesekolah dalam
keadaan sekarang.

9.2 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) merakamkan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana banyak usaha dilakukan untuk membantu dalam pembelajaran anak-
anak SK Palekbang.

9.3 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) mengingatkan kepada ibu bapa yang tidak
berpuas hati dengan mana-mana guru agar mengikut prosedur yang betul dalam
membuat aduan dan laporan. Ibu bapa boleh berbincang terlebih dahulu dengan pihak
sekolah, guru atau Guru Besar. Ibu bapa juga boleh memaklumkan kepada YDP, NYDP
atau AJK PIBG kerana kami boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah.

9.4 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) mengharapkan agar padang dapat digunakan
setelah sekolah dibuka nanti. Beliau juga meminta agar pihak sekolah membuat surat
kepada Kementerian sekali lagi agar padang sekolah yang kita nantikan dapat
direalisasikan.

9.5 En.Mohamad Zamakh Sari (YDP PIBG) merakamkn ucapan terima kasih kepada AJK
yang bekerja keras dalam menjayakan mesyuarat PIBG kali ke-43. Ucapan terima kasih
juga kepada ibu bapa, guru-guru PPD dan JPN yang diatas sokongan bagi menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-43.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.26 tengahari.

Disediakan oleh:

…………………………………
NORHALIZA BINTI SALLEH
Setiausaha PIBG SK Palekbang,
Sesi 2021 / 2022

PENYATA KEWANGAN PIBG SK PALEKBANG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

BIL PENERIMAAN JUMLAH BIL PERBELANJAAN JUMLAH

1 Baki di Bank Islam RM10,845.48 1 Jamuan Mesyuarat AJK kali 1 RM60.00
pada 31/12/2020 2021 RM600.00
RM690.50
Sumbangan kepada 6 orang

2 murid yang layak ke Sekolah
Khas sempena Mesyuarat

Agung ke 43

3 Perbelanjaan PdPR (SEPT -
NOV)

JUMLAH PERBELANJAAN RM1,350.50

JUMLAH BESAR RM10,845.48 BAKI DI BANK RM9,494.98
JUMLAH BESAR RM10,845.48

Disedia oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ……………………….. ………………………

(HASNI BT HARUN) (NOOR IDA BT ABDULLAH) (AHMAD SYARIFUDDIN BIN M. ZAWAWI)

BENDAHARI PIBG PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

LAMPIRAN

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2021/2022

BIL AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI

1 Tabung Kewangan 1. Sumbangan Wajib RM 30 (1 Keluarga)
2 Pembangunan Akademik
1. Sumbangan hadiah kecemerlangan murid
tahun 6

2. Program motivasi keibubapaan

Kebajikan, Keceriaan dan 1. Penyampaian zakat Bank Rakyat dan NGO.
3 Keselamatan 2. Bantuan alat tulis kepada murid miskin dan

yatim SKP
3. Bantuan kewangan murid miskin.
4. Bantuan Awal Persekolahan

4 Mesyuarat AJK PIBG Mesyuarat :
2022 1. 1 April.2022 Mesyuarat AJK PIBG
bil 1/2022( Google Meet)
2. 21 Mei.2022 Mesyuarat AJK PIBG
bil 2/ 2022
3. 27 Mei 2022 Mesyuarat Agung PIBG
bil 44/ 2022

CADANGAN USUL IBU BAPA

BIL NAMA CADANGAN JAWAPAN
PEMBAWA
USUL Usul 1: Mencadangkan
agar pihak pengurusan
1. Nama Penjaga : menaiktaraf ruang
CHE JOHAR menunggu / laluan keluar
BIN YUSOF masuk pelajar dipintu
kedua SKP, tempat
berteduh dan laluan
berbumbung untuk murid
dan ibu bapa.

Usul 2: Mencadangkan
agar pihak pengurusan
SKP kemaskini semula
permohonan cadangan
lampu isyarat melintas
untuk keselamatan semua
sebab laluan Palekbang
sekarang menjadi semakin
sibuk sejak menjadai
laluan alternative ke Kota
Bharu.

CADANGAN KUTIPAN SUMBANGAN DAN DERMA PIBG
2022

BIL JENIS KUTIPAN JUMLAH (RM)
1. Derma sumbangan PIBG ( 1 Keluarga)

2 Kecemerlangan Akademik murid

LAPORAN UNIT KURIKULUM

RANCANGAN TAHUNAN BADAN KURIKULUM

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022/2023

BIL PROGRAM/ OBJEKTIF

AKTIVITI

1 Mesyuarat ❖ Pelantikan Jawatankuasa
Jawatankuasa ❖ Merancang Program Kecemerlangan Akademik
Kurikulum ❖ Taklimat Pelaksanaan Pengurusan Panitia Berkesan

2 Mesyuarat Panitia ❖ Memastikan setiap panitia mengadakan sekurang-

kurangnya empat kali mesyuarat
❖ Merancang strategi dan aktiviti peningkatan prestasi

akademik
❖ Menganalisis dan membuat post-mortem ke atas

keputusan peperiksaan
❖ Memastikan pdpcberjalan dengan berkesan

3 Pdpc berkesan dalam ❖ Menambah bilangan murid mendapat TP6 dalam

bilik darjah semua subjek

4 Pencerapan & ❖ Untuk memastikan pdpc berjalan dengan lancar
Pemantauan pdpc ❖ Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan

5 Pencerapan/ ❖ Untuk memastikan proses pdpc berjalan dengan

Pemantauan buku berkesan seperti yang dirancang

latihan pelajar

6 Bulan Aktiviti ❖ Meningkatkan minat pelajar terhadap mata

-Bahasa Melayu pelajaran.
-STEM ❖ Mengaplikasikan kegiatan di bilik darjah ke dalam

-BI kehidupan seharian.

-PI ❖ Menguji tahap penguasaan pelajar dengan
7 Penilaian/

Pentaksiran mengadakan

-Latihan Kemahiran

-Pentaksiran ½ tahun dan akhir tahun

8 Perjumpaan dan ❖ Membincang dan memberi penjelasan bagi

perbincangan mengatasi kelemahan pelajar dalam meningkatkan

Ibu/bapa pelajar prestasi pelajar

Tahun 4 & 5,

Pemulihan &

Pemulihan Khas

(Integrasi)

9 Program 4M ❖ Membimbing murid yang lemah bagi tahun 2 dan 3

supaya menguasai kemahiran membaca, menulis

mengira dan menaakul dalam masa tiga bulan

pertama
10 Majlis Pemuafakatan ❖ Membimbing murid yang lemah bagi tahun 2 dan 3

Ibubapa & Guru supaya menguasai kemahiran membaca, menulis

mengira dan menaakul dalam masa tiga bulan

pertama

Unit Kurikulum Sk Palekbang telah merancang serta menjalankan pelbagai
aktiviti / program bagi meningkatkan kecemerlangan tahun 2021/2022

BIL PROGRAM CATATAN

1 Mesyuarat kurikulum kali pertama 21/3/2022 – 14/4/2022
14/4/2022
2 Mesyuarat panitia kali pertama 21/4/2022
3 Minggu Transisi tahun 1 21/3/2022 – 14/4/2022
3/4/2022
4 Penutup minggu Transisi 14/4/2022
(sepanjang bulan Ramadhan)
5 Program JOM BACA 10 MINIT anjuran PSS
21/4/2022

6 Pelancaran bulan Panitia Pendidikan Islam 3/4/2022
(sepanjang bulan Ramadhan)

LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID

BIL PROGRAM CATATAN
1 Pendaftaran Tahun 1. Diadakan di dalam kelas Edaran surat 11 Mac 2021
2 Iklan pendaftaran kemasukan ke tahun 1
Sesi persekolahan 2022 dan 2023 9 Februari 2021
3 Solat Hajat Persekolahan 2021 (Awal tahun) Penyampaian telah dibuat
Secara dalaman pada 15 & 17 April 2021
4 Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 14 Disember 2021
Seramai 162 orang murid layak
5 Bantuan zakat TNB 24 Jun – 24 Ogos 2021
50 orang murid telah layak 27 Disember 2021
6 Sumbangan zakat daripada Bank Rakyat berjumlah
RM9400 untuk 94 murid miskin 30 September 2021
7 Bantuan YaPiem 2021 21 Oktober 2021
3 orang murid terpilih
8 Agihan dan pungutan borang KWAPM/EKASIH 14 Julai 2021 (Tahap 1)
2022 15 Julai 2021 (Tahap 2)
9 Program B&K : 22 Julai 2021
Saringan Sihat Minda secara online Murid tahun 5 Februari 2022
10 Program vaksinasi murid tahun 1 / 2021 31 Ogos 2021 (Selasa)
Bertempat di bilik RBT, SKP
11 Suntikan vaksinasi murid tahun 6
Dos 1 – Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Pantai
Tujuh Tumpat
Dos 2 –Bangunan Kompleks Perpaduan, Terbok,
Tumpat.
12 Penyampaian KWAPM /E-KASIH

13 Agihan Susu Sekolah
14 Kutipan buku teks sesi persekolahan 2021
15 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 43

Secara atas talian

LAPORAN UNIT KOKURIKULUM

BIL PROGRAM CATATAN

1 Kejohanan Catur Peringkat Kebangsaan 29 Mei 2021

2 SKP Inventors STEM Challenge Seorang Peserta
Mac – Mei 2021

Anjuran Bersama IPGKKB 55 Peserta

3 e-Kad Raya Peringkat SKP Mei 2021

16 Peserta

4 Pertandingan Video Kreatif Deklamasi Sajak Multi 15 -28 April 2021

Bahasa Sempena Hari Guru Peringkat Negeri 2 orang peserta

Kelantan 2021 Tempat Ke-5 Negeri

5 Pertandingan Saya Baca Saya Kongsi Peringkat Jun- 1 Julai 2021

Negeri Kelantan. Anjuran DBP 12 Peserta

6 Pertandingan Hafazan TKRS 17 September 2021

Anjuran JPN Kelantan 2 Peserta

7 Pertandingan Mewarna Merdeka 2021 31 Ogos 2021

Anjuran Kelab Sosial Malaysia 2 Peserta

8 Pertandingan Olahraga. Atas talian: Standing broad 15 September 2021

jump. Anjuran PPD Tumpat 4 orang

9 Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) KPM 24 Ogos 2021

Tahun 2021(Secara atas talian) Seorang peserta

Naib Johan Tumpat

10 Cabaran Kemahiran Sukan Sepak Takraw Bawah 12, 17-23 September 2021

15 dan 18 Tahun Peringkat Negeri Kelantan Seorang peserta

11 Aktiviti Mingguan Kokurikulum Secara Atas Talian 7 Julai – 20 Oktober 2021

12 Kem Qiadi Junior secara dalam talian 7 Oktober 2021

Peringkat Negeri Kelantan 2 orang

13 Hari Kokurikulum Murid Tahun 6 16 Februari 2022

14 Penyampaian Anugerah Kokurikulum 24 Februari 2022

Sempena Majlis Apresiasi Murid Tahun 6

15 Pertandingan Menulis Esei sempena Hari DNA 18 April 2022

Sedunia 2 Peserta

16 Program Perdana Tadarus Al Quran Tahun 2022 19 April 2022

Anjuran PPIM Cawangan Tumpat 5 Peserta

17 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK 18 Mei 2022

Palekbang 1443H

18 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK 18 Mei 2022

Palekbang 2022

SEKALUNG PENGHARGAAN

Pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan
dan terima kasih
Kepada :

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat.

Penyumbang-penyumbang
Dan

Semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan

MESYUARAT AGUNG
PIBG SK PALEKBANG

KALI KE 44

‘Semoga Allah memberi rahmat
Dan Ganjaran

Atas Segala Jasa dan
Bakti yang telah diberikan’.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
เล่ม
Next Book
Penelope Scroll V16 Issue 2