JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
TOPIK : CABARAN - CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
KURSUS : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA (MPU23042)
KELAS : DAD2A
NAMA PENSYARAH: PUAN MELOR BINTI AMRAN
POLITAKNIK PORT DICKSON
TOPIK E FOLIO : CABARAN - CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG
PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN
1.Pengenalan
2.Faktor faktor cabaran
·Pengaruh Media Sosial
·Masalah Kemiskinan
3.Kesan-kesan Cabaran
·Kemerosotan Pencapaian Akademik Pelajar
·Kekurangan Pendidikan
4.Cara mengatasi Cabaran
·Melaksanakan Sistem Pembelajaran Yang Lebih Moden Dan Ideal
·Memberi Bantuan
5.Rumusan
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa system pendidikan yang
teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal
dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan system pendidikan sangat penting
dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi
alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi
maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi
perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam system pendidikan kita.Sistem pendidikan akan
berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka
dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi
gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan
negara.
FAKTOR-FAKTOR CABARAN
PENGARUH MEDIA SOSIAL
Pada era globalisasi yang serba canggih kini, masyarakat cenderung terhadap penggunaan media sosial untuk
berhubung, menjalankan perniagaan, dan menuntut ilmu. Hal ini menjadi salah satu faktor dalam membentuk
masyarakat. Media sosial boleh memberi kesan yang baik atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu
tersebut. Namun, media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada masa kini hingga menyebabkan perpecahan
dan perbalahan berlaku sesama kaum. Selain itu, Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan
remaja mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang mudah didapati di media sosial
tidak sesuai untuk diketahui oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah sosial seperti
pergaulan bebas dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang
terdapat dalam media sosial. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat secara
rasional, remaja akan terpengaruh dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. Dengan kelakuan ini remaja akan
mengabaikan pendidikannya.
MASALAH KEMISKINAN
Kemiskinan yang bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan
bahwa isu kemiskinan menjadi salah satu factor utama yang menyebabkan berlakunya jurang pedidikan di negara
kita. Walaupun kerajaan telah mengambil insiatif dalam membendung perkara ini namun ia masih membelenggu
masyarakat kita pada hari ini. Ia memberi masalah kepada jurang pendidikan di mana kebanyakan tempat tinggal
penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan sekolah
biasanya sangat jauh.Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat
dibuktikandengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki kesekolah.
Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Kelengkapan
sekolah juga mereka dalam serba kekurangan dan menyebabkan mereka belajar dalam keadaan yang kurang
kondusif dan akan meberi kesan kepada pembelajaran mereka. Jadi jurang pendidikan akan terus menjadi serius.
Secara tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah jurang pendidikan. Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa
dalam isu kemiskinan dan terabai daripada pendidikan.
KESAN KESAN CABARAN
KEMEROSOTAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
Penggunaan media apabila berlangsungnya sosial menyebabkan golongan sesuatu peperiksaan remaja menjadi
lalai dalam markah yang diperolehi melakukan sesuatu tugasan. Merosot dari Kepelbagaian aplikasi yang
peperiksaan sebelum menarik seperti permainan ini menyebabkan yang terdapat dalam laman mereka tercari-cari
sosial mampu menarik minat kesilapan yang telah pengguna laman sosial tersebut. dilakukan untuk Hal ini
menyebabkan pengguna diperbetulkan. akan berasa seronok sehingga Golongan pelajar yang leka dan lalai untuk
menjadi tunjang menyempurnakan urusan kecemerlangan negara mereka. Tambahan pula, tidak dapat dilahirkan
penggunaan laman sosial juga ekoran penggunaannya memberikan kesan kepada yang melalaikan prestasi
pelajaran dalam masyarakat. Oleh itu, kalangan remaja. Hal ini akan penggunaan laman menyebabkan mereka
menyebabkan mengabaikan pelajaran kerana seseorang itu membazir tiada masa yang diperuntuk masa. untuk
mengulang kaji pelajaran.
KEKURANGAN PENDIDIKAN
Pelajar daripada golongan miskin berisiko tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih
tinggi. Kesempitan wang menyebabkan ramai tidak mampu meneruskan cita-cita untuk ke menara
gading. Kebanyakkannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian ke universiti malah
memilih untuk bekerja membantu keluarga. Mereka sedar, menyambung pelajaran akan memerlukan
wang yang banyak. Mereka terpaksa melupakan segulung ijazah demi membantu keluarga
menampung kehidupan. Berbeza dengan pelajar daripada golongan kaya, mereka mampu meneruskan
pelajaran tanpa perlu risau beban kewangan yang terpaksa ditanggung keluarga. Segelintir pelajar
daripada golongan miskin pulaterpaksa memgambil keputusan untuk berhenti belajar. Mereka berfikir
bahawa kos pendidikan akan membebankan keluarga. Mereka memilih untuk bekerja untuk membantu
ekonomi keluarga. Meskipun tidak mempunyai kelulusan tinggi namun wang adalah yang utama bagi
meneruskan kehidupan.
CARA MENGATASI CABARAN
MELAKSANAKAN SYSTEM PEMBELAJARAN YANG LEBIH MODEN DAN IDEAL
Pihak sekolah bolehlah melaksanakan sistem pembelajaran yang lebih moden dan ideal selaras dengan perkembangan semasa. Perkembangan
sains dan teknologi telah membantu guru dalam menyampaikan ilmu serta maklumat dengan mudah. Penggunaan peralatan pembelajaran
moden dapat meningkatkan kualiti serta kredibiliti seorang guru kepada murid- murid seperti penggunaan projector, smart tv dan komputer
dalam kelas. Murid-murid akan lebih berminat untuk menimba ilmu serta memberi perhatian semasa guru mengajar dalam kelas yang serba
lengkap. Penerangan guru semasa sesi pengajaran lebih jelas dan mudah difahami. Sistem pembelajaran berupaya untuk menghidari murid
menjadi bosan serta mengantuk dan tidak fokus. Selain itu, kewujudan aplikasi dan laman web internet seperti kahoot dan quizzs juga sangat
membantu proses pembelajaran. Kesannya pencapaian akademik anak-anak dalam kelas akan melonjak dalam semua matapelajaran jika
kerajaan memandang serius penggunaan system sekolah yang moden. Oleh hal yang demikian kerajaan haruslah menyediakan peralatan
pembelajaran kepada semua sekolah selaras dengan pembangunan negara.
MEMBERI BANTUAN
Untuk membendung masalah kemiskinan sudah termaktub dalam dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merapatkan
jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah memastikan semua
sekolah dan pelajar mempunyai peluang yang sama untuk cemerlang supaya akses, ekuitidan kualiti dapat ditingkatkan. Ia boleh
dilakukan dengan menyediakan kemudahan danbekalan di semua sekolah terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan
bekalan pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung-kait yang tersendiri
dengan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Antara kemudahan lain ialah kemudahan
fizikal, asrama, buku teks,perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut memberi
kemudahan kepada para pelajar dan seterusnya dapat membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan tujuan
untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya
mereka yang miskin. Pelbagai program juga boleh diadakan seperti contoh ‘ProgramOutreach’untuk mengenal pasti kanak- kanak
berkeperluan khas di bawah lingkungan umurpersekolah. Melalui program ini,maklumat berkaitan program pendidikan khas,
kebajikan murid serta hal berkenaan masalahpendengaran, pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa stransformasi sempadan telah memaksa industri
pendidikan di Malaysia untuk melalui era yang sangat dirasai gelombangnya. Perkembangan dunia aspek
ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi penunjuk asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas
nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotisme dan memelihara
perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana
yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Semoga segala
cabaran yangdihadapi dalam pendidikan ini dapat diatasi.