The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1690-07-ainur, 2023-03-03 06:32:04

konsep kesusasteraan melayu

konsep kesusasteraan melayu

BMMB1104: KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Profil Diri AINUR IMAN SYAMIMI BINTI ABD GHANI PPS2-9


Konsep Kesusasteraan Melayu Hasil karya dan ciptaan seni dalam kalangan masyarakat Melayu. Perkataan Sanskrit Huruf atau buku indah, dalam bahasa Inggeris ialah huruf atau abjad. Pendidikan: Karya asli yang ditulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dalam pelbagai bentuk yang memaparkan nilai kemanusiaan seperti novel, sajak, drama, prosa tradisional dan lain-lain Bahasa Melayu Berasal daripada perkataan sanskrit iaitu sastera yang bermaksud alat untuk mengajar.


Kesusasteraan Melayu Hasil karya dan ciptaan seni dalam kalangan masyarakat Melayu. Menurut Arba'ie bidang seni yang kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium perantaraan. Sastera dilambangkan melalui tamadun dan peradaban msyarakat dengan melihat sikap dan pandangan pengarang Menurut kamus: kesusasteraan ialah karya tulisan atau hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang terdapat ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.


JENIS KESUSASTERAAN MELAYU


Naratif Naratif lisan (sastera Rakyat) Puisi Rakyat Sastera Epik Sastera Panji Naratif tulisan( Sastera Istana Sastera Bukan Naratif Bukan Naratif Laegnda Sastera Hikayat Sastera Undangundang Mitos Cerita rakyat Kesusasteraan Melayu Tradisional Prosa Tradisional


Satera Rakyat (lisan) Sastera rakyat ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan Sastera ini merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu Sastera lisan ini dihasilkan dengan bersifat tradisional, masyarakat yang mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat koletif dan kerjasama dan ketinggalan teknologi Sastera lisan tidak diketahu nama pengarang atau penulisnya. Perubahan zaman dan masa yang membawa perubahan kepada corak sastera lisan ini Karya sastera lisan telah lama dibukukan dan mengekalkan ciri kelisanannya serta mempunyai ciri tersendiri


Genre Sastera Lisan MITOS LEGENDA CERITA RAKYAT Mitos ini dianggap benar terjadi peristiwa yang aneh tetapi sangat penting Mitos dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat serta berlaku pada zaman lampau Legenda ialah sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah Latar masa dan sejarah legenda ini tidak semestinya pada masa lampau tetapi masih ada hubung kait dengan masa silam Cerita rakyat ini berbentuk prosa dan tidak dianggap benarbenar terjadi Merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau sindiran


Sastera Istana (Tulisan) Sastera Hikayat Sastera Epik Sastera rakyat terbahagi kepada tiga jenis iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam Contoh sastera Hikayat ialah Gul Bakawali Sistem epik lebih mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul Tokoh diberi gambaran secara berlebih-lebihan sehingga mejadi sempurna dan disanjung oleh masyarakat


Sastera Istana (Tulisan) Sastera Panji Sastera Undang-undang Berkisar tentang kisah pengambaaan, percintaan dan peperanga. Watak utamanya akan bergelar sebagai Panji Sebagai conth, sastera panji ialah Hikayat Cendawan Putih Sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama


Puisi Tradisional Puisi tradisional ialah genre sastera yang terawal bagi semua bangsa di dunia Menurut Harun Mat Piah (1988), terdapat beberapa genre dalam puisi tradisional iaitu pantun, syair, seloka, gurindam, mantera, talibun adat perbilangan, peribahasa, teka-teki dan sebagainya Namun, dalam konteks ini terdapat ini terdapat empat jenis puisi tradisional yang akan difokuskan iaitu pantun, gurindam, syair dan seloka.


Pantun merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan bagi menyampaikan perasaan gembira, rindu, sedih dan sebagainya. Istilah pantun ini pada asalnya dipakai dengan makna umpama, laksana, seperti, sebagai, bak yakni yang merujuk kepada kiasan atau perbandingan Contohnya, 'tuan umpama kilat cermin, di balik gunung unsur juga' . Antara ciri-ciri pantun ialah Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea Jumlah perkataan dalam setiap batis ialah tiga hingga lima patah perkataan Jumlah suku kata dalam setiap baris ialah lapan hingga dua belaas suku kata PANTUN


Gurindam diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui ' Gurindam Dua Belas' Gurindam terbahgi kepada dua jenis iaitu terikat dan tidak terikat Bahasa gurindam mestilah kemas dan serius Isi gurindam pula perlulah mengandungi pengajaran, nasihat dan kebenaran, Ciri-ciri gurindam ialah: Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditetapkan Kebiasannya terdiri daripada dua baris serangkap CURINDAM


Syair ialah berkepunyaan orang Melayu yang mempunai pengaruh Parsi dan Arab Bentuk syair diperkembangkan dan diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri iaitu dalam Syair Burung Punggak dan Syair Perahu pada abad ke-16 dengan bertujuan mengajarkan tentang agama Islam. Ciri-ciri Syair ialah: Mempunyai empat baris serangkap Skema rima hujungnya mestilah sama seperti aa;aa Tergolong dalam jenis puisi kata SYAIR


Seloka berasal dari perkataan shloka, Seloka merupakan puisi tertua dalam kesusasteraan Melayu Buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka ialah Teks Mahabarata dab Ramayana. Seloka kebanyakannya ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dengan menggunakan bentuk syair atau pantun Seloka juga ditulis dalam bentuk yang bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi Ciri-ciri seloka ialah: Mengandungi 13 unsur gurau senda atau jenaka Digunakan untuk enyindir sambil mengajar Perkataan ejekan atau sindira disampaikan dalam berangkap SELOKA


SASTERA RAKYAT (BUKAN NARATIF) Puisi rakyat ialah karangan berangkap yang mempunyai kalimat yang tidak bebas Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusia yang terjelma dan tersusun


KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Sajak Drama Cerpen Esei/Kritikan Biografi Novel JENIS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


Hasil karya sastera selepas taun 1800M digolongkan sebagai sastera moden Pembahagian dari masa ke masa bertujuan untuk menyenangkan hati bagi memahami bentuk dan 13 unsur perbezaan dalam kesusasteraan Melayu Faktor pemisah sastera Melayu moden dengan sastera Melayu klasik iahalah pembahagian masa dan cara sesuatu masyarakat itu berfikir Abdullah bin Abdu Kadir Munsyi dinaggap orang yang membawa pembaharuann dalam sejarah kesusasteraan Melayu Moden Terdapat tiga genre yang difokuskan dalam prosa moden iaitu cerpen, novel dan drama Prosa Moden


Cerpen merupakan cerita pendek Cerpen menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang erta memberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada berhubung masalah sosial, politik atau ekonomi Cerpen membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca CERPEN


Novel ialah prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat sebagahagian daripada sebuah kehidupam Novel juga mengisahkan kejadian yang dipusatkan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu NOVEL


Drama merupakan sejenis karya yang dibangunkan oleh unsur intrinstik iaitu sebuah kesatuan yang membentuk karya secara keseluruhan (Erwan Juhara, 2014) Mesej yang disampaikan melalui drama ini merupaan dalam bentuk lakonan beserta dialognya Watak akan melakonkan cerita tersebut mengikut peranan yang telah ditetapkan dalam skrip DRAMA


Perkara yang menjadi landasan dalam sajak adalah ekspresi jiwa, iaitu bahasa, rima dan penulisan sajak harus berdasarkan jiwa pengarang Perasaan dapat dilahirkan dengan yakin dan puas serta segala yang diucapkan terasa lancar, segar, indah serta bebas SAJAK


BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU


Prosa Tradisional Prosa Tradisional ialah hasil karya seni yang disampaikan dengan melalui bahasa Menyatukan falsafah pencipta dan penerima dan penerimanya merupakan tujuannya. Seterusnya, prosa tradisional ini dibahagikan kepada dua genre iaitu: Sstera rakyat(lisan) Sastera istana (tulisan)


Puisi Tradisional Puisi tradisional ialah genre terwal bagi semua bangsa di dunia Ia merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan yang berangkap Masyarakat masih mengekakan bentuk, pemikiran dan juga fungsi puisi Melayu tradisional ini seperti keadaan tradisional mereka Puisi lisan merupakan panggilan lain bagi puisi tradisional yang berkembang seiring dengan kesenian rakyat Mantera dan eromba merupakan sebahagian daripada puisi tradisional yang bersifat magis dan berunsur ritual


P r o s a M o d e n P r o s a m o d e n i a l a h k a r y a s a s t e r a B a h a s a M e l a y u y a n g b e b a s d a l a m c i p t a a n , m e n g g a m b a r k a n p e m i k i r a n , p e n g a l a m a n , s i t u a s i , k e h i d u p a n s e b e n a r , p e r s o a l a n i s u d a n s e b a g a i n y a I a d i s a m p a i k a n d a l a m b e n t u k t u l i s a n k a r y a u n t u k m e n y a m p a i k a n m e s ej t e r s i r a t , P e m b a h a g i a n d a r i m a s a k e m a s a b e r t u j u a n u n t u k m e n y e n a n g k a n h a t i b a g i m e m a h a m i b e n t u k d a n 1 3 u n s u r p e r b e z a a n d a l a m k e s u s a s t e r a a n m e l a y u F a k t o r p e m i s a h s a s t e r a M e l a y u m o d e n d e n g a n s a s t e r a M e l a y u k l a s i k i a l a h p e m b a h a g i a n m a s a d a n c a r a s e s u a t u m a s y a r a k a t i t u b e r f i k i r A b d u l l a h b i n A b d u l K a d i r M u n s y i d i a n g g a p o r a n g y a n g m e m b a w a p e m b a h a r u a n d a l a m s ej a r a h k e s u s a s t e r a a n M e l a y u m o d e n .


P u i s i M o d e n P u i s i m o d e n m e r u p a k a n k e s e n i a n y a n g d i g u n k a n o l e h m a s y a r a k a t b a g i m e n y a t a k a n s e s u a t u P u i s i m o d e n i n i b e r b e n t u k b e b a s d a n t i d a k m e m p u n y a i c i r i y a n g k h u s u s s e p e r t i b a r i s d a n p e m b e n t u k a n r i m a . P u i s i m o d e n i n i b e r p e r a n a n s e b a g a i d i d a k t i k b a g i m e m b e r i k a n p e n d i d i k a n d a n j u g a p e n g a j a r a n k e p a d a m a s y a r a k a t .


KEINDAHAN Keindahan yang dimaksdkan merujuk kepada penggunaan gaya dan lenggok bahasa dalam karya sastera. Keindahan juga turut berpaut pada kesatuan unsur yang akan membentuk satu struktur karya sehingga menjadi bulat dan utuh. Hasil karya tersebut boleh dikatakan indah apabila terkandung di dalamnya unsur-unsur yang memenuhi empat syarat tersebut iaitu keselerasan, keutuhan, keseimbangan dan berfokus serta pusat penekanan sesuatu unsur.


Mencerminkan Pengalaman Pengalaman ialah tindak balas daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti. Realiti merujuk kepada sesuatu yang merangsang atau menyentuh kesedaran sesorang sama ada dalam atau luar dirinya Pengalaman bukan sahaja merujuk kepada kegiatan fikiran malah pengalaman juga merupakan kegiatan imaginasi dan perasaan. Perasaan, gambaran, khayalan daripada penulis akan mewujudkan pengalaman baharu Relaiti pula sesuatu perisitwa yang berlaku di hadapan mata dan dialami diri sendiri


Pengalaman Seni Melalui sastera yang dibaca, pengkarya mestilah dapat memastikan pembaca memahami merasai fikiran serta perasaan pengkarya. Namun, pengkarya tidak boleh sahaja untuk memastikan pembaca memahami dan merasai malah pengkarya harus memastikan pembaca perlu sedar akan nilai yang terkandung di dalam karya seperti nilai berhubung dengan cara pengkarya menyampaikan pengalamannya. Bukan itu sahaja, cara dan bentuk penyampaian turut penting dalam penyampaian karya


Karya Seni Tiga perkara yang dapat membezakan karya sastera dan bukan sastera ialah bersifat fiksyen, nilai estetik dan penggunaan gaya bahasa yang khusus. Fiksyen ialah karya yang dihasilkan melalui imaginasi, pengalam atau tindak balas realiti dari pengkarya. Nilai estetik pula pengarya mengungkapkan isi hatinya dengan mendalam, teliti dan jelas. Sastera dalam konteks karya seni perlulah mempunyai ciri-ciri seperti keseimbangan, keselarasan dan juga penekanan. Ungkapan yang indah yang dan hasil karya yang bermutu perlu dititikberatkan dalam penghasilkan karya


FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU


Pembaca dapat mengetahui maklumat baharu yang dapat menjadi ilmu dan pengetahuan Ilmu dan maklumat bergantung pada genre kesusasteraan. Contohnya, sastera hikayat dapat kita ketahui strutukturnya tentang sistem masyarakat bahawa pada suatu ketika dahulu Antara sastera hikaayat atau sejarah ialah seperti Hikayat Hang Tuah. Ahli Sejarah Malaysia memperolehi banyak maklumat daripada Hikayat Hang Tuah tersebut SUMBER PENGETAHUAN


Setelah Perbadanan Negara Malaysia mengkaji didapati bahawa tahap pembacaan rakyat Malaysia masih rendah. Faktor bacaan itu sendiri merupakan antara seseorang itu tidak berminat untuk membaca Namun, karya kesusasteraan yang dikarya dan diolah dalam pelbagai ekspresi dan gaya menyebabkan ramai individu tertarik unuk membaca Perkara ini dapat dibuktikan dengan novel-novel popular yang telah mencatat bilangan pembaca yang tinggi berbeanding buku kajian dan ilmiah. MENGHIDUPKAN SEMANGAT PEMBACA


Karya kesusasteraan berfungi sebagai bahan ransangan dalam bilik darjah Hal ini kerana, karya kesusasteraan merakam pelbagai jenis peristiwa yang berkait rapat dengan disiplin ilmu. Contohnya, novel dan sajak yang merakamkan peristiwa kemerdekaan negara boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu dalam subjek Sejarah Namun, guru perlu memilih karya yang bersusaian dengan tajuk pembelajaran supaya pelajar dapat menganalisis tema dan pemikiran dengan tepat. BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MANIFESTASI AKAL BUDI PUISI TRADISIONAL


Contoh pantun: Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang, Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang Manifestasi Akal Budi Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diisi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu buah nanas dan ubi. Nanas berbau harum apabila masak. Oleh itu, nanas cuba dibandingkan dengan emas yang akan menyebabkan masyarakat amat tertarik dan ingin memilikinya. Hal ini berbeza daripada ubi, yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonojolkan kehebatan diri sama seperti ubi yang berisi tetapi tetap berada di dalam tanah. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari segi luaran semata-mata seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang yang berbudi dan merendah diri


Seloka Pak Kaduk Aduhai Malang Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai, Ada Nasi dicurahkan Awak Pulang Kebuluran, Mudik Menongkah Surut, Hilir Menongkah Pasang, Ada Isteri Dibunuh, Nyaris Mti Oleh Tak Makan, Masa Belayar Kematian Angin, Sauh dilabuh Bayu Berpuput, Ada Rumah Bertandang Duduk, Rumah Runtuh Awak Menumpang Manifestasi Akal Budi Manifestasi akal budi dalam seloka Pak Kaduk berdasarkan aspek pemikiran Seloka Pak Kaduk ini berfungsi untuk dijadikan sebagai hiburan dan bahan jenaka tetapi terselit unsur-unsur sindiran. Penulis menerangkan pemikirannya tentang sifat-sifat negatif yang dimiliki oleh Pak Kaduk dan sifat tersebut dijadikan bahan gurauan serta sindiran di dalam seloka. Sebagai contoh, pada rangkap pertama iaitu "Aduhai Malang Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai" telah dijelaskan oleh penulis bahawa Pak Kaduk bersikap bodoh kerana tidak menggunakan kal fikirannya dengan waras sehinggakan ditimpa nasib malang iaitu terpaksa meggadaikan kampung sendiri. Hal ini kerana ayam sabunannya menang di dalam pertandingan sabung ayam tetapi malangnya ayam sabungannya terpaksa ditukarkan dengan ayam Raja sebelum pertandingan dilaksnakan Oleh hal demikian, akal budi yang ditunjukkan haruslah dititikberatkan dan menjadi pengajaran supaya kita sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak agar tidak mendatangkan keburukan pada kemudian hari.


Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga Apabila terpelihara mata, Sedikit cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tidaklah damping. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tidak senonoh. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada jalan memawa rugi. Manifestasi Akal Budi Manifestasi akal budi dalam guridam dua belas fasal ketiga yang dapat dilihat daripada aspek pemikiran. Penulis menerangkan bahawa di dalam gurindam ini hasil pemikirannya adalah berkaitan dengan menjaga pandangan Ini dapat dilihat pada rangkap pertama yang menyatakan bahawa apabila kita menjaga pandangan maka keinginan untuk berharap atau meninginkan sesuatu itu adalah kurang dibandingkan dengan individu yang tidak menjaga pandangannya. Sebagai contoh, di dalam Islam itu sendiri ada menyebut tentang keperluan untuk menjaga pandaangan agar nafsu kita kepada sesuatu perkara yang tidak baik itu tidak dapat dielakkan. Oleh itu, akal budi yang ditekankan di dalam grindam ini amatlah diperlukan agar seseorang tidak bertindak melampaui batas akibat tidak menjaga pandangannya sendiri


Syair Bidasari Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan oang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa. bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi neger gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang. Mendengar gempar seperti perang. Bertitah baginda raja yang garang. "Gempar ini apakah ke apakah kurang.”


Syair Bidasari Rangkap 1 Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil barat Manifestasi Akal Budi Manifestasi akal budi yang ditemui dalam syair ini pula adalah melalui aspek pemikiran. Pemikiran ialah proses menggunakan akal fikiran bagi mencari maksud dan memahami sesuatu dengan cara meneroka sebanyak mungkin idea dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masala serta membuat refleksi terhadap segala proses yang telah dilalui. Di dalam sajak ini, penyair mengatakan bahawa akal budi daripada aspek pemikiran dapat dilihat pada rangkap pertama. Pada rangkap tersebut, penyair menonjolkan sifat merendah diri semasa mencipta syair tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana penyair memasukkan perkataan 'fakir' di dalam syair tersebut yang menjelaskan tentang orang yang hidupnya serba kekurangan melebihi daripada orang yang miskin. Ini membawa maksud seseorang individu tidak mampu untuk membeli barang-barang keperluan harian mereka seperti membeli makanan, pakaian, tempat tinggal. Melalui akal budi yang menerangkan tentang pemikiran ini dapat digambarkan bahawa kebanyakan masyarakat Melayu pada hari in sangat suka bersikap merendahkan diri masing-masing. Ini merupakan satu perlakuan yang beradab apabila berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, akal budi yang ditunjukkan melalui aspek pemikiran in dapat member peringatan kepada setiap individu agar tidak mempunyai sifat riak dengan kelebihan dir yang dimiliki.


Syair Bidasari Rangkap 1 Ada raja suatu negei, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Manifestasi Akal Budi Manifestasi akal budi yang ditemui dalam rangkap ini pula adalah manifestasi akal budi daripada aspek perlakuan. Sebagai contoh, di dalam rangkap kedua ittu diceritakan bahawa terdapat seseorang pemerintah iaitu Sultan yang bijaksana dan gagah perkasa telah memerintah di sebuah negeri yang bernama negeri Kembayat. Perlakuan raja tersebut yang memerintah sebuah kerajaan dengan penuh keadilan menggambarkan bahaawa pemerintah tersebut memiliki sikap yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah kerajaan yang diperintah itu diberikan keadilan daripada semua aspek bagi membolehkan rakyat jelata hidup dalam keadaan yang tenang dan damai. Melalui sikap tersebut telah menyebabkan kedtangan paara pedagang daripada luar dan seterusnya turut menarik kedatangan orang-orang yang ingin mempelajari ilmu agama dengan lebih banyak. Oleh hal yang demikian, jelaslah menunjukkan bahawa akal budi di dalam syair ini mendidik golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah untuk mengamalkan sikap adil dalam apa jua situasi agar tidak menimbulkan suasana dingin yang boleh menyebabkan berlakunya permusuhan atau pergaduhan.


Sekian, Terima Kasih


1)Hashim Awang (1997). Biodata Dato' Hashim Awang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2)Hashim Awang (1988). Kritikan Kesusasteraan Teori dan Penulisan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3)Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd Rujukan


Click to View FlipBook Version