www.vcofera.com 1|P age
www.vcofera.com 2|P age
10 Tips yang sangat praktikal untuk
sambut kelahiran sikecil dengan mudah
dan tenang.
www.vcofera.com 3|P age
Kehamilan adalah masa yang “AJAIB” dalam kehidupan setiap
wanita.
Selama sembilan bulan, bayi anda telah berkembang ,membesar, dan menjaga anak
dalam kandungan anda sebagai sebahagian daripada badan anda sendiri.
Anda juga berusaha menyediakan segala kelengkapan yang terbaik mengikut
kemampuan untuk diberikan kepada anak penyambung zuriat yang bakal menjenguk
dunia dan mengisi hari-hari yang terindah dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, adakah bakal-bakal ibu bersedia menghadapi saat-saat tibanya kelahiran
sikecil ini ? dan adakah ibu-ibu bersedia merasai pertarungan melahirkan anak yang
dikandung ini ?
Sembilan bulan mengandung akan berlalu dengan cepat, dan tidak lama lagi anda
akan merasai pengecutan (contraction) pertama, memberi isyarat bahawa bayi anda
sudah bersedia untuk meninggalkan badan anda. Kerana bayi anak sudah tak sabar
bertemu ibu dan ayahnya.
Adakah anda bersedia untuk melahirkan anak ini?
Bakal ibu, perlu berfikiran yang sangat positif sebelum, semasa dan selepas kelahiran anak
yang dikandung. Zuriat yang dikandungan itu bukan sekadar anak penyeri kehidupan
berkeluarga bahkan sebagai satu amanah terhebat yang diutuskan ALLAH SWT kepada
mereka yang mampu. Dan lokasi itu lah letaknya amanah suci ini iaitu dalam rahim si-ibu.
Disitulah bermulanya sejarah kehidupan manusia dalam melaksanakan hidup sebagai
INSAN HEBAT.
Sakit yang ditanggung oleh ibu itu semasa melahirkan sikecil telah pun dijamin atau
ditakafulkan oleh Allah SWT sebagai jaminan syahid dan surga.
www.vcofera.com 4|P age
www.vcofera.com 5|P age
10 tips
yang sangat membantu bakal-bakal
ibu supaya proses menyambut
ketibaan anak yang dikandung itu
dengan selamat dan tenang.
www.vcofera.com 6|P age
1. kerap bersenam dan latihan pernafasan
Sejak hari pertama kehamilan anda, mesti sudah bermula dengan latihan senaman serta
belajar teknik pernafasan yang betul. Jadikan ia sebagai amalan wajib seharian anda untuk
menguatkan badan anda, meningkatkan fleksibiliti dan pergerakkan. Belajar bagaimana
untuk bernafas dengan betul, bagaimana menguncup dan rehatkan otot anda secara
berkesan dan bagaimana untuk menenangkan fikiran.
Menghilangkan tekanan adalah penting dalam menyediakan diri anda untuk bulan-bulan
yang akan datang dan semasa melahirkan.
Selain senaman ringkas dan pernafasan, anda juga perlu lakukan ; berjalan dengan
waspada, berada dikawasan yang tidak tercemar, menenangkan minda, berkebun (kebun
mini), naik turun tangga. Berenang merupakan aktiviti yang paling disyorkan untuk
membina kekuatan dan melegakan emosi dan kestabilan horman, sakit otot, dan
tekanan/stress.
www.vcofera.com 7|P age
2. Menangani Gangguan emosi, Ketakutan,
dan kerisauan .
Untuk mengelakkan kelahiran pra-matang, belajar untuk mengawal diri anda daripada
terlampau risau (kerisauan yang melampau-lampau), gangguan emosi dan ketakutan.
Saluran darah rahim amat sensitif kepada sebarang rangsangan sistem
saraf simpatetik ( sympathetic nervous system).
Stress/ tekanan akan meningkatkan Hormon yang akan mengakibatkan berlaku kontraksi
awal, dan mungkin ketika itu bayi belum sepenuhnya terbentuk dengan sempurna didalam
rahim anda.
Oleh itu, pelajari teknik-teknik “tenangkan diri” , mengamalkan cara pernafasan normal
dan berfikir perkara yang positif, serta mendapat sokongan motivasi dari pasangan
anda, rakan-rakan, dan ahli-ahli keluarga. Ia sangat penting untuk mencegah keguguran atau
kelahiran-pramatang.
www.vcofera.com 8|P age
3. Mengelak kelahiran songsang.
Kelahiran songsang bermaksud di mana kanak-kanak itu berkedudukan kaki dahulu, bukan
kedudukan kepala dahulu. Belajar untuk meredakan ketegangan di kawasan yang lebih
rendah daripada badan anda.(Peranakan).
Kelahiran songsang berlaku hanya tiga peratus daripada wanita hamil, dan keadaan ini
selalunya memerlukan pembedahan caesarean.
Wanita yang mengalami tekanan perasaan, ketakutan, dan keresahan semasa
mengandung cenderung kepada ketat dibahagian bawah peranakan. Untuk mencegah
kelahiran songsang, anda boleh cuba akupunktur ( mengurut dengan bidan untuk
membetulkan kedudukan bayi) , teknik pernafasan yang betul, banyak berehat, atau cari
cara-cara yang boleh menenangkan.
Cara lain, bercakaplah dengan bayi anda dengan berikan arahan supaya kedudukan betul.
Bayi anda akan faham, ia akan betulkan kedudukan bila sudah sedia untuk melihat dunia.
www.vcofera.com 9|P age
4. Makan makanan Berkhasiat, Vitamin dan
amalan diet yang betul .
Makan makanan yang mengandungi lemak-lemak penting serta protein dari haiwan yang
berkualiti tinggi merupakan pembekal tenaga terpenting , kerana kepentingan asid-amino
dalam membina tenaga dan kekuatan otot membantu semasa proses kelahiran itu nanti.
Ia sangat penting dalam memiliki cukup amino asid l-carnitine yang boleh diambil daripada
daging dan organ-organ dalaman seperti daging lembu dan dalaman lembu seperti jantung
dan paru-paru. Keperluan untuk l-carnitine meningkat semasa trimester terakhir kehamilan.
Sangat popular ibu-ibu hamil di Malaysia mengamalkan Minyak Kelapa dara. Ia menjadi
makanan tambahan yang sangat bagus untuk bekalkan tenaga pantas bagi mengelakkan
alahan dan keletihan semasa hamil.
www.vcofera.com 10 | P a g e
5. memilih dan menentukan tempat untuk
kelahiran anak. - (Hospital kerajaan atau hospital swasta)
Merancang tempat kelahiran akan membuatkan anda berasa selamat, bebas daripada
tekanan, yakin dan boleh dipercayai.- disarankan melihat kawasan “labor room”
Walaupun hospital kerajaan memiliki kecanggihan dan kepakaran dalam membidan ini, akan
tetapi ada sesetengah dikalangan wanita memilih hospital berbayar (swasta) kerana
mungkin faktor keselesaan dirinya dan ahli keluarga lain untuk datang berikan sokongan.
Mulalah menabung dari awal ye. Tapi Hospital kerajaan juga sangat disarankan untuk yang
miliki rekod kesihatan yang tidak baik. Seperti pernah keguguran dan lain-lain. Minta
pandangan doktor dan rakan-rakan ibu lain yang ada pengalaman.
Mendengar pengalaman orang lain akan menambahkah keyakinan untuk bersalin.
www.vcofera.com 11 | P a g e
6. Minta bantuan atau mengupah mereka
yang berpengalaman.
Anda perlu mencari atau mengupah mana-mana jururawat luar yang berpengalaman
untuk bantu dan temani anda semasa proses kelahiran dibilik bersalin nanti. Bantuan yang
terbaik adalah dari kalangan ahli keluarga seperti ibu atau ibu mertua atau adik beradik
perempuan yang pernah lalui saat-saat bersalin. Jangan pandang rendah saranan ini ye.
Kajian menunjukkan bahawa dengan mempunyai peneman mereka yang berpengalaman
dalam bilik bersalin sangat membantu mengurangkan risiko komplikasi melahirkan anak dan
risiko pembedahan caesarean.
Paling kurangnya, berkenalan lah dengan pembantu doctor/bidan yang aka nada bersama
anda semasa di dalam labor room nanti.
www.vcofera.com 12 | P a g e
7. Mendapat banyak Elektrolit dan Mineral .
Untuk memudahkan bersalin, anda perlu banyak elektrolit (Mineral kalium) dan mineral
yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan semula jadi dan minuman. Magnesium, kalium,
sulfur, klorida, dan natrium adalah penting terutamanya untuk mengelakkan sakit yang
berlebihan dan keletihan semasa kelahiran.
Mineral penting boleh diperolehi daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak,
produk berantioksida tinggi, sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, jus yang diperah segar,
garam laut, dan makanan sunnah.
Untuk memulihkan tenaga dan kemampuan meneran semasa bersalin.
www.vcofera.com 13 | P a g e
8. Mencegah HB rendah.
Untuk mengelakkan HB rendah semasa bersalin, anda perlu minum sedikit jus buah-
buahan yang diperah segar dengan kandungan kalium yang tinggi, seperti jus oren, kaya
dengan asid amino l-glutamin.
Anda juga boleh minum minyak kepala dara yang tinggi antioksida untuk menambah angka
HB ANDA serta memudahkan saat hampir bersalin.
www.vcofera.com 14 | P a g e
9. Ambil atau tidak ambil suntikan Epidural .
Sesetengah pakar perbidanan tidak mengalakkan suntikan bius EPIDURAL ini dilakukan.
Ini kerana rasa sakit saat kelahiran sangat perlu untuk membantu rahim ibu supaya
kelahiran dapat berjalan lancar dan selamat. (normal)
Bius epidural boleh menghapuskan kesakitan semasa bersalin, tetapi ia juga boleh
menyebabkan masa kelahiran terlalu lama dan mencetuskan beberapa komplikasi, seperti
suhu badan ibu meningkat atau bayi dalam kandungan beralih kepada kedudukan yang
salah.
www.vcofera.com 15 | P a g e
10. Belajar untuk percaya dan yakin pada
diri sendiri.
Ini adalah bahagian yang sangat penting iaitu “ Penerimaan fitrah ” dalam memahami
“Kehebatan diri seorang wanita”. Belajar untuk mempercayai badan anda, yang secara
semula jadi naluri tahu bagaimana untuk melahirkan yang akan datang dengan tiba-tiba !!!
Lalui saat kehamilan dan masa bersalin nanti dengan perasaan “seronok”. Kajian
menyatakan dengan banyak tersenyum akan mempercepatkan bukaan untuk bersalin.
Percaya, Yakin dan Rasai diri anda adalah
satu anugerah dari Tuhan.
www.vcofera.com 16 | P a g e
Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga mendapat manfaat untuk diri anda dan
kandungan anda.
# semua tips tersebut adalah daripada
pengalaman ibu-ibu yang bersalin bukan dari
mereka yang pakar dalam bidang sakit puan.
Oleh itu nasihat dari yang pakar amat penting
untuk diambil kira.
www.vcofera.com 17 | P a g e
Hai mommy semua,
nak saya
kongsikan
pengalaman ibu
hamil yang
sangat seronok
semasa
kehamilan??
www.vcofera.com 18 | P a g e
Baca Pengalaman Mereka disini
“Saya dah lahirkan 2 orang anak dalam masa 3
tahun. Anak pertama berat 3.87kg, anak kedua
pula 3.6kg. Kedua-duanya bersalin normal, hanya
30 minit sahaja di bilik bersalin! TQ Vcofera, nanti
anak ketiga saya amalkan lagi.”
Cikgu Afifah,28 tahun (gambar).
.
“Alhamdulillah, nak buang air besar pun senang
dan dah tak rasa loya2 selepas amalkan minyak
kelapa dara ni. HB ok, kencing manis dan kencing
kotor pun tak ada. Misi klinik siap puji lagi sbb hb
13+. Baby dalam kandungan pun sihat masa scan
hari tu. Terima kasih vcofera membantu saya.”
- Pn Ida (Kuala Lumpur)
.
“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan bacaan HB ok
sangat. Kalau dah habis yang ni nak order lagi ye”-
Pn Aida Madihah (Kota Bharu)
www.vcofera.com 19 | P a g e
www.vcofera.com 20 | P a g e
www.vcofera.com 21 | P a g e
www.vcofera.com 22 | P a g e
Baca Banyak lagi di website kami:
www.vcofera.com
www.vcofera.com 23 | P a g e