Nama Peserta : Marsya Qasrina binti Idy
Suzaimy
Kelas : 5 Gemilang
Alamat E-mail : [email protected]
Nama Sekolah : Smk Senggarang
Alamat sekolah : Smk Senggarang, Jalan Pt
Jabar, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor.
Tun Dr. Ismail bin Dato’ Haji Abdul Rahman merupakan bekas Timbalan
Perdana Menteri kepada Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak.
Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau
berasal dari keluarga yang berstatus elit. Parti politik yang sudah disertai
oleh beliau ialah Parti Perikatan UMNO dan Barisan Nasional UMNO. Beliau merupakan
orang pertama yang dianugerahkan gelaran "Tun".
Beberapa aspek latarbelakang kehidupan Tun Dr Ismail akan dilihat seperti biodata,
pendidikan, kerjaya dan sumbangan beliau. Aspek
latarbelakang seseorang tokoh amat penting untuk diteliti.
q Nama : Tun Dr. Ismail bin Dato’ Haji Abdul Rahman
q Tarikh lahir : 4 November 1915
q Lahir : Johor Bahru, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
q Pekerjaan : Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2
q Profesion : Ahli politik & Doktor
q Meninggal dunia : 2 Ogos 1973 (umur 57)
q Tempat persemadian : Makam Pahlawan , Masjid Negara, Kuala Lumpur
q Parti politik : (1) Parti Perikatan UMNO
(2) Barisan Nasional UMNO
q Pasangan : Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd Seth
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah. Kemudian
melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya terletak di Johor
Bahru. Beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine,
Singapura dari tahun 1936 hingga 1939, setelah lulus dalam pendidikan
peringkat menengah. Setelah itu, beliau mendapat tawaran melanjutkan
pengajian di Queen’s College, The University of Melbourne, Australia
sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
pada tahun 1945. Beliau mendapat penghargaan dan menjadi anak Melayu
pertama lulus Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut.
- Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru -
- English College, Johor Bahru -
- King Edward College of Medicine, Singapura -
- Queen’s College, The University of Melbourne, Australia -
Kerjaya tokoh
qBeliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor dan membuka klinik perubatannya
sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal, di Johor Bahru setelah kembali ke
Tanah Air.
qDilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1951.
qDiberikan pentauliahan menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu. Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1959.
qMenjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21
Mei 1967. Beliau meninggalkan kabinet atas sebab kesihatan. Kekosongan
jawatannya telah diisi oleh Tun Abdul Razak.
qMenjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa
berdarah 13 Mei. Beliau dilantik oleh Tun Abdul Razak.
qMenjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969 - Februari 1971)
qBeliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal
Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
qPernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sumbangan tokoh
* Tun Dr. Ismail mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia *
Beliau begitu lantang memperjuangkan soal-soal perundingan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada pihak British bersama-sama Tunku Abdul Rahman. Pada 1 Januari 1956, Tun Dr.
Ismail bersama-sama ahli rombongan kemerdekaan
telah berangkat ke London untuk menuntut hak kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Harapan
yang tinggi diletakkan oleh Tunku Abdul Rahman dan semua delegasi yang akan ke
London untuk mendapatkan tarikh bagi Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini
adalah untuk memastikan Tanah Melayu tidak akan lewat mendapatkan status kemerdekaan
kerana Tunku Abdul Rahman telah meletakkan harapan agar Tanah Melayu mencapai
taraf kcmerdckaan selewat -Iewatnya pada tahun 1957.
Nilai kepimpinan yang boleh
dicontohi oleh generasi sekarang
I. Tun Dr. Ismail seorang tokoh yang berpersonaliti tegas
- namun mempunyai hati yang baik.
II. Mempunyai prinsip hidup yang tegas
- sehingga digelar sebagai ‘’Man of Principle’’.
III. Seorang pemimpin yang amat mementingkan ketepatan masa
- sikap ini memang diakui oleh teman mahupun lawan.
IV. Seorang pemimpin yang tidak bersifat perkauman
- Hal ini dapat dilihat dalam hampir kesemua ucapan beliau sepanjang menjadi
menteri.
Kesimpulan
Tun Dr. Ismail merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada
negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah
disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri
menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara
amatlah diperlukan. Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan
tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutamanya berkaitan
dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail bukanlah seorang
ahli politik dalam erti kata yang lazim, beliau lebih merupakan seorang pentadbir yang
cekap dan memang sewajarnya beliau menjadi orang kanan kepercayaan Tunku Abdul
Rahman dan Tun Razak. Jika beliau mempunyai umur yang panjang, mungkin kini beliau tersenarai
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Razak.
Pendidikan yang diterima beliau telah membentuk peribadi dan sifat kepimpinan beliau. Bakat
kepimpinan beliau dalam politik diwarisi daripada ayah, abang serta ipar beliau yang juga turut
terbabit dalam dunia politik. Selain itu, keperibadian beliau sebagai seorang doktor telah menjadikan
beliau seorang pemimpin yang teliti dalam membuat setiap keputusan . Walaupun tidak bercita-cita
menjadi seorang ahli politik, namun beliau berjaya menjadi seorang ahli politik yang disegani dan
ketokohan beliau sebagai ahli politik sukar untuk dicari ganti.
Sumber rujukan
1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman
2) http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html
3) http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22942/070_087.PDF