The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sktamanmidah2.pibg, 2022-06-24 07:03:39

MAT 25 - BUKU MESYUARAT

MAT 25 - BUKU MESYUARAT

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PERKARA
3
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SKTM2 4
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SKTM2 5
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SKTM2 6-17
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI
KE-24 SESI 2020/2021 18 - 20
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN AJK PIBG
SKTM2 SESI 2020/2021 21
PENYATA KEWANGAN 22 – 24
USUL, CADANGAN, DAN MAKLUM BALAS
MAT KALI KE-24 25 - 31
RUMUSAN KESELURUHAN PENCAPAIAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 32

TINTA PENGHARGAAN

2

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG SK TAMAN MIDAH 2

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya pada
hari ini kita semua dapat sama-sama berkumpul secara maya bagi merealisasikan Mesyuarat
2022/2023. Untuk makluman, pada 14 April 2022, pihak Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah mengeluarkan satu surat peringatan mesra agar
pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan sehingga atau pada 30 Jun 2022.
Penundaan tarikh selepas 30 Jun 2022 hendaklah mendapat kebenaran daripada Pendaftar
Institusi Pendidikan dan Guru JPWPKL. Pertimbangan kebenaran pula hanya akan diberi
berdasarkan kepada justifikasi yang kukuh dan munasabah sahaja. Setelah membuat
pertimbangan dan mengadakan perbincangan dengan Guru Besar maka kita memutuskan
agar MAT kali-25 diadakan juga walaupun kita baru sahaja selesai mengadakan MAT pada
30 Oktober 2021 yang lalu.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Jawatankuasa Pelaksana MAT yang telah berusaha sedaya upaya untuk
menjayakan mesyuarat kita pada hari ini meskipun terdapat pelbagai kekangan terutama
dari segi masa. Impak pandemik Covid-19 menyebabkan banyak gerak kerja tergendala dan
kita sebenarnya baru nak bermula merancang aktiviti. Tambahan pula, tiada kutipan atau
penjanaan sumbangan PIBG dibuat pada tahun 2020 dan 2021 menyebabkan jumlah
peruntukan yang dapat kita salurkan kepada pihak sekolah juga sangat terhad. Saya turut
dimaklumkan pelbagai program akan menyusul dalam masa terdekat baik dari bidang
akademik, sukan, serta pembangunan sahsiah.

Sehubungan dengan itu, rakan-rakan ibu bapa sekalian, disinilah letaknya peranan
kita membantu pihak sekolah. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) ialah saluran kerjasama
dan komunikasi untuk merapatkan hubungan ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih
banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan
hubungan yang bermakna antara anak dan ibu bapa. Para pentadbir dan guru-guru
memerlukan sokongan dan idea yang positif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
harmoni dan kondusif. Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga sebenarnya
merupakan satu cabaran yang besar buat guru dan ibu bapa untuk memastikan anak-anak
kekal berada dalam landasan penguasaan ilmu yang sebenar. Oleh itu, marilah sama-sama
kita menyokong segala usaha dan program yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam apa
jua kemahiran yang kita ada.

Besar harapan saya agar Mesyuarat Agung Tahunan ini menjadi satu medium
perbincangan dua hala yang baik dalam merangka perjalanan gerak kerja PIBG Sesi
2022/2023. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak AJK PIBG walaupun kita hanya sempat
bekerjasama dalam tempoh sekitar 8 bulan, jasa tuan puan amat dihargai atas sumbangan
wang ringgit, idea dan juga masa disebalik kekangan tuntutan kerjaya masing-masing. Saya
yakin kita semua tidak akan berhenti disini malahan akan kekal meneruskan momentum
sokongan untuk kesejahteraan SKTM2. Saya memohon maaf atas segala kekurangan dan
saya doakan yang terbaik untuk barisan AJK PIBG yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

(AZRUL EFFENDI BIN KHALID)
Yang DiPertua PIBG,
SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

3

KATA ALU-ALUAN

GURU BESAR SK TAMAN MIDAH 2

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul
secara maya sempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Taman Midah 2 kali ke-25 bagi sesi 2022/2023. Walaupun sudah
terdapat sekolah yang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara
bersemuka, namun mengambil kira faktor masa dan persediaan jawatankuasa,
maka kami mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat secara maya.
Tambahan pula, kita baru sahaja mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24
pada 30 Oktober 2021. InsyaAllah, mudah-mudahan pada tahun yang akan datang
kita akan kembali mengadakan mesyuarat secara bersemuka sebagaimana tahun-
tahun sebelum ini.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, pihak sekolah sudah pun mula
mengadakan pelbagai program secara bersemuka. Bermula dengan Program Ihya’
Ramadhan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Raya, dan terkini pada 22 Jun 2022
Kejohanan Merentas Desa telah diadakan. Malah perhimpunan mingguan juga telah
melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga 6, Prasekolah, dan juga PPKI. Pada
ketika ini juga, murid-murid yang terpilih sedang rancak menjalani latihan untuk acara
sukan yang akan dipertandingkan tidak lama lagi. Terima kasih saya ucapkan
kepada pihak PIBG walaupun dengan kekangan kewangan yang agak kritikal tetapi
masih mampu mengeluarkan sedikit dana untuk beberapa program peringkat
sekolah.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada
hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu
seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan
bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah
mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku
umpamanya datang lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya
merosakkan harta benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan
pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-anak untuk
sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah
sendiri.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan disini
untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang
bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur
Sekian, terima kasih.

(MD. FAISAL BIN MOHD SALIH (MD.SALLEH))
GURU BESAR
SK TAMAN MIDAH 2, KUALA LUMPUR.

4

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

YANG DIPERTUA : AZRUL EFFENDI BIN KHALID

NAIB YANG DIPERTUA : AHMAD AMIN BIN AHMAD LTIF

SETIAUSAHA : AHMAD AZALY BIN ALI

NAIB SETIAUSAHA : SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN

BENDAHARI : NOOR AFIQAH BINTI ROSLI

AJK IBU BAPA : 1) FAIZATUL DARA BINTI ARIFFIN
2) MARDIANA BINTI JAMALUDIN
3) MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI
4) MOHD YUSRI BIN MOKHTAR
5) MOHD KHAIRUL ASWAD BIN MOHD ROZI

AJK GURU : 1) FATIMAH BINTI ABDULLAH
2) MOHD NOOR KHAHAIRIDZUWAN BIN KHALID
3) MOHAMAD SHAHRUL SYAFIQ BIN ROSMI
4) ANBURASEI A/P MARIAPPAN CHANDRAN
5) NOORATIKAH BINTI BADRUN

JURUAUDIT : 1) LYDIA AZLINDA BINTI ANUAR
2) NIK NORA SALWA BINTI ABDULLAH

5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SK TAMAN MIDAH 2

KALI KE-24 SESI 2021/2022

Tarikh : 30 Oktober 2021

Hari : Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Pelantar Maya (Google Meet)

Kehadiran :

• Ibu bapa : 130 orang

• Guru dan kakitangan : 62 orang

1.0 UCAPAN YDP PIBG

1.1 YDP (En Shahril Nizam bin. Ab Samad) mengucapkan ribuan terima kasih kepada
seluruh jawatankuasa pelaksana dan barisan AJK PIBG yang telah bertungkus
lumus membuat persiapan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 ini
walaupun pelbagai rintangan dan kekangan yang telah dihadapi terutama tempoh
masa yang amat singkat dan pertindihan beban tugasan dengan kerja-kerja hakiki.

1.2 Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa dan
penjaga yang berjaya meluangkan masa pagi ini bagi mengikuti perkembangan dan
perancangan PIBG SKTM (2) dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan
proses kemenjadian anak-anak kita pada masa hadapan. Dengan sokongan padu
daripada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SKTM(2), tidak mustahil
prestasi sekolah dan murid-murid akan terus melonjak tinggi lebih tinggi dan
cemerlang.

1.3 YDP merakamkan terima kasih mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
kepada semua yang selama ini telah banyak membantu dan menyalurkan dana
kepada PIBG serta pihak sekolah samada berupa wang ringgit, masa, tenaga, idea,
kepakaran, sokongan moral dan apa jua pun sumbangan ikhlas demi kesejahteraan,
kebajikan, keselesaan, keceriaan dan kecemerlangan seluruh warga SKTM(2).

1.4 YDP menyeru agar semua pihak agar meneruskan sokongan dan melibatkan diri
secara aktif dalam semua program yang bakal dilaksanakan oleh PIBG dan pihak
sekolah nanti.Sebagai penutup, YDP mengambil kesempatan memohon ribuan
kemaafan sekiranya selama ini ada terkasar bahasa, tindakan yang tidak
menyenangkan mana-mana pihak dan segala kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan. YDP mendoakan semoga barisan jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
yang akan dilantik terus cemerlang dan lebih bersemangat dalam mencakna
transformasi PIBG baru pada masa hadapan dengan norma-norma baharu.

6

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 En Mohd Faisal bin Mohd Salih (Md. Salleh) (Guru Besar) merakamkan rasa syukur
ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya semua dapat berkumpul
secara maya sempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Taman Midah 2 kali ke-23 dan 24 tahun 2021 ini.

2.2 Guru Besar memaklumkan jauh di sudut hati beliau menginginkan agar mesyuarat
PIBG berlangsung secara bersemuka, kerana sudah lama tidak berkesempatan
bersua muka, beramah mesra dengan para waris di sekolah ini. Namun apakan
daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan
kepada masyarakat seluruh dunia.

2.3 Guru Besar memaklumkan peratus murid yang menyertai Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian dan luar talian sekurang-
kurangnya sekali hadir telah mencapai 95.79 %. Pelbagai platform pembelajaran
digital telah guru laksanakan seperti Quizizz, Kahoot, Blooket, Quizwhizzer,
Padlet, Classkick dan banyak lagi bagi menarik minat anak-anak untuk terus kekal
hadir PdPR. Tanpa sokongan dan dorongan ibu bapa tidak mungkin guru dapat
melaksanakan PdPR dengan baik.

2.4 Guru Besar merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa yang
sentiasa komited menyokong usaha sekolah dalam memastikan tiada anak-anak
yang tercicir dalam pelajaran. Namun, pihak sekolah juga faham akan kekangan
para ibu bapa dalam mengusahakan peranti untuk anak-anak.

2.5 Guru besar juga turut gembira memaklumkan SK Taman Midah 2 telah menerima
45 buah peranti yang akan diagihkan kepada 45 orang murid di bawah garis B40
yang menepati syarat-syarat. Murid-murid yang terpilih telah disenarai nama oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.6 Guru Besar memaklumkan untuk pengoperasian semuala sekolah keselamatan guru
dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan
semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi.
Beliau yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP yang
telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.
Dalam hal ini, kami berharap ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa
anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

2.7 Guru Besar berbesar hati memaklumkan sorotan pencapaian warga SK Taman
Midah 2 sepanjang 2020 dan 2021. Antaranya Pertandingan E-Mahabbah
Pendidikan Khas Daerah Bangsar/Pudu 2021

• Acara e-Bercerita Kategori Sekolah Rendah BP Daerah Pudu Perempuan
Tempat Pertama : Nur Naura Auni binti Ariff

• Acara e-Nyanyian Solo Kategori Terbuka BP/BL Daerah Pudu
Tempat Pertama : Nur Izzati binti Zulkarnain

• Acara e-Hafazan Al-Quran Kategori Sekolah Rendah BP Daerah Pudu
Perempuan
Tempat Pertama : Nur Maheerah Uwais binti Fazian

7

• Acara e-Tarannum Kategori Sekolah Rendah BP Daerah Pudu (Lelaki)
Tempat Kedua : Muhammad Anas Qalish bin Ahmad Faizal

• Acara e-Hafazan Al Quran Kategori Sekolah Rendah BP Daerah Pudu Lelaki
Tempat Kedua : Muhammad Aisy Al-Amin bin Zulfadhli
Tempat Ketiga : Muhammad Fathul Ihsan bin Mohd Najwan

• Acara e-Bercerita Kategori Sekolah Rendah BP Daerah Pudu Lelaki
Tempat Kedua : Muhammad Iskandar Aniq bin Samsuri
Tempat Ketiga : Muhammad Adam Al Affan bin Azmi

2.8 Beliau turut memaklumkan tentang penglibatan murid arus perdana dalam
Pertandingan Adab & Nilai (ADNI) Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur Tahun 2021

• e-Deklamasi Sajak Sekolah Rendah (Lelaki) Wan Akid Hadif bin Wan Azhar,
Tahun 6 al-Biruni (Saguhati)

• e-Nyanyian Solo Kerohanian Sekolah Rendah Lelaki Farhan Nasruddin bin
Jainudin, Tahun 3 AlBiruni (Naib Johan)

• e-Deklamasi Syair Sekolah Rendah Lelaki Muhammad Ishtighfar Hakimie bin
Mohamad Rejab, 6 AlJazari (Tempat Ketiga)

• Seramai 15 orang murid SK Taman Midah 2 telah menyertai Kangaroo Math
Competition 2021 Peringkat Kebangsaan

5 orang murid telah terpilih mendapat Honorable Mention iaitu

1. Aisyah Zahra binti Mohd Syazwan
2. Muhammad Adam Solihin bin Mohamad Azizi
3. Nor Aqeel Irfan bin Nor Azman
4. Nur Aini Amanina binti Mohd Razie
5. Shivesh Kumar a/l Selva Kumar

2.9 Guru Besar juga memaklumkan selain pencapaian murid, seramai 12 orang guru
SK Taman Midah 2 menyertai Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Daerah
Bangsar/Pudu dan Cikgu Asyraf Syahir bin Tarmizi dalam kategori Individu
Sekolah Rendah dengan hasil inovasi beliau iaitu "E-Buku Rekoder Saya", antara
calon dari SK Taman Midah 2 yang telah terpilih mewakili daerah Bangsar/Pudu
untuk Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri WPKL tahun 2021
berdasarkan penjurian yang telah dibuat.

2.10Guru Besar menyatakan kejayaan dan kecemerlangan ini menunjukkan usaha guru-
guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Dalam usaha kita
untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah
mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan
dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah
kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan
dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada
tabung PIBG. Untuk itu, beliau menyeru kepada ibu bapa agar dapat terus
menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan

8

merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak
murid SKTM2.

2.11Guru Besar mengakhiri ucapan dengan merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa
menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan
anak-anak pada masa hadapan.

3.0 ACARA CABUTAN BERTUAH SESI 1.

3.1 Acara Cabutan Bertuah 1 telah dilakukan menggunakan perisian Wheel of Name.
Senarai nama pemenang untuk sesi cabutan bertuah 1 ialah:

• Fatimah binti Abdullah (e-wallet RM20.00)
• Nur Hazwani binti Harun (e-wallet RM20.00)
• Azian binti Azmi (e-wallet RM20.00)
• Mardiana binti Jamaludin (Bekas makanan IKEA)

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG 2018

4.1 En Ahmad Amin bin Ahmad Ltif ( Naib Yang Dipertua PIBG) membentangkan
aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2020 dan 2021. (rujuk buku
program muka surat 6-9)

4.2 Laporan aktiviti PIBG 2020/2021 telah dicadang untuk diterima oleh Pn Faizatul
Dara binti Ariffin.

4.3 Laporan aktiviti PIBG 2020/2021 telah disokong untuk diterima oleh Pn Fatimah
binti Abdullah.

Tindakan : Makluman

5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER
2020

5.1 YDP (En Shahril Nizam bin. Ab Samad) mewakili Puan Noor Afiqah binti Rosli
(Bendahari PIBG) membentangkan penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir
31 Disember 2020. (Rujuk paparan pembentangan Penyata Kewangan berakhir 31
Disember 2020)

5.2 YDP menyatakan nota perbelanjaan sepanjang tahun berakhir pada 31 Disember
2020. Semua aktiviti dan perbelanjaan bermula 1 Januari 2021 akan dimasukkan
ke dalam nota perbelanjaan akan datang.

5.3 Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020 telah dicadang untuk diterima
oleh Encik Abdah Safar bin Mohd Abas.

5.4 Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2020 telah disokong untuk diterima
oleh Pn. Kamaleshwary a/p Sukumaran.

Tindakan : Makluman

9

6.0 PERBINCANGAN USUL, CADANGAN, DAN MAKLUM BALAS IBU BAPA

6.1 Semua ibu bapa dan guru boleh merujuk semua usul, cadangan dan maklum balas
dalam Buku Mesyuarat Agung Tahunan mukasurat 11-14. Guru Besar dan YDP
membentangkan usul, cadangan dan maklumbalas.

6.2 Bagi perkara 1, cadangan daripada Pn. Rosmani binti Ismail berkenaan pemberian
tugasan sekolah secara hardcopy, Guru Besar memaklumkan tentang pemberian
tugasan sewaktu PdPR yang lepas adalah terpulang kepada guru yang mengajar
dengan pantaun pihak pentadbir.

6.3 Seterusnya bagi Standard Of Procedure (SOP) Pengoperasian Sekolah, bagi
cadangan Pn. Siti Saro binti Halim, Pn. Paridah binti Masri, dan Pn. Haniza binti
Jais berkenaan waktu murid keluar mengikut kelas masing-masing bagi
memudahkan ibu bapa mengambil anak-anak Guru Besar menjelaskan sekolah
sudah menetapkan waktu untuk murid keluar. Bagi Hari Jumaat, sekolah telah
menyusun 2 sesi balik yang berbeza supaya murid tidak bersesak di pagar sekolah.
Guru Besar menjelaskan pihak sekolah telah merujuk kepada garis panduan dalam
hal penyuraian murid. SKTM2 telah menggunapakai Model 1 dan Model 4.
Setengah jam terakhir murid-murid akan disuraikan secara berperingkat. Apabila
murid sudah berada di laluan susur gajah, dimulakan dengan Tahun 1 dengan
seliaan guru-guru bertugas. Sesi persekolahan akan bermula pada 1 November
2021 bagi Tahun 1,2 dan 3, manakala 8 November 2021, semua murid sudah mula
bersekolah. Murid akan datang secara berperingkat mengikut pembahagian
Kumpulan A dan Kumpulan B yang telah ditetapkan. Pada 29 Oktober 2021,
sekolah telah menyediakan e-book untuk rujukan ringkasan pembukaan sekolah
dan SOP yang telah ditetapkan. Guru Besar menasihatkan ibu bapa Tahap 1 untuk
mengambil anak lebih supaya tidak berlaku kesesakan pada waktu pulang murid
Tahap 2. Pada hari Jumaat, waktu pulang dalam jadual memang serentak tetapi
murid Tahap 1 akan digerakkan bermula 11.20 pagi.

6.4 Berikutnya bagi cadangan berkaitan kantin, kedai buku, dan Kokurikulum oleh Pn.
Nazariah binti Mohd Hanafiah. Guru Besar memaklumkan tender baru kantin dari
Kimi Enterprise Sdn. Bhd. Baru sahaja beroperasi setelah pandemik Covid-19.
Sepanjang awal tahun 2021, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2021 bermula,
menu makanan kantin bersesuaian sebagaimana yang digariskan oleh pihak
kementerian. Guru Besar memaklumkan tiada penghantaran makanan ke kelas akan
dilakukan dan murid akan membeli makan di kantin. Harga jualan masih sama
seperti sebut harga yang dipohon. Guru Besar memaklumkan semua penetapan harga
di kedai buku (Syarikat Edaran Murni) adalah dari pembekal dan harga berpatutan
berdasarkan pemantauan dari pihak sekolah. Manakala berkaitan dengan
Kokurikulum pula, aktiviti Kokurikulum secara bersemuka tidak dibenarkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi Pendidikan Jasmani & Kesihatan
dibenarkan dilakukan di luar bilik darjah (ruang terbuka).

6.5 En. Mohammad Nur Kamal Effendy bin Husein telah mencadangkan agar
pengurangan bagi sumbangan PIBG bagi sesi pembelajaran dalam talian (PdPR)

10

sebanyak 70%. YDP memaklumkan tiada kutipan sumbangan PIBG dilakukan bagi
tahun 2020 dan 2021 kerana banyak kekangan untuk melaksanakan aktiviti kerana
PKP. Apabila murid dah mula kembali ke sekolah banyak keperluan dan
penyelenggaraan yang yang perlu dilakukan. YDP mencadangkan agar kutipan
sumbangan dilakukan bersesuaian mengikut norma baharu. YDP berpendapat
diskaun 70% terlalu tinggi untuk dikurangkan bagi memenuhi keperluan aktiviti
sekolah.

6.6 En Mohamad Nur Kamal juga mencadangkan agar guru-guru dan kakitangan
SKTM2 yang masih belum lengkap dos kedua vaksin tidak dibenarkan terlibat dalam
aktiviti bersemuka dengan murid-murid. Guru Besar memaklumkan sebagaimana
yang telah dimaklumkan dalam e-book pengoperasian sekolah, bagi keseluruhan
guru dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) SKTM2, peratus Dos 1: 98.7%, Dos 2:
97.4%. Guru Besar menjelaskan jumlah belum mencapai 100% kerana seorang guru
tidak mendapatkan vaksin, dan seorang AKP tidak lengkap 2 dos vaksin atas faktor
kesihatan dengan nasihat doctor. Kedua-duanya belum sesuai untuk hadir bertugas
di sekolah. Kesemua pekerja perkhidmatan sokongan kebersihan dan 4 orang
pengawal keselamatan lengkap 2 dos vaksin. Guru Besar turut memaklumkan pada
26 Oktober 2021, 4 orang guru telah didapati positif. Seorang guru telah menjalani
kuarantin di MAEPS dan 3 orang yang lain di kediaman masing-masing. Mereka
akan ditentukan penugasan semula selepas tamat tempoh kuarantin. Guru lain dan
AKP telah melakukakn ujian pengesanan kendiri. Guru Besar akan sentiasa
memantau kesihatan para guru dan AKP. Pada awal pagi tadi juga, pihak DBKL
telah melakukan semburan asap fogging nyamuk Aedes manakala pada pukl 9.30
pagi pula Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak telah menghantar 3
orang anggota untuk sanitasi keseluruhan sekolah.

6.7 En. Mohamad Nur Kamal turut mencadangkan agar pengesanan awal jangkitan
covid-19 telah dilakukan dalam kalangan guru serta murid sebelum pembukaan
sekolah dijalankan. Guru Besar memaklumkan cadangan ini adalah berdasarkan
inisiatif kendiri kerana RTK saliva yang disediakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk kegunaan sekolah sekiranya murid
didapati bergejala di sekolah. Sehubungan dengan itu, ibu bapa diminta mengisi
borang kebenaran melakukan ujian pengesanan RTK saliva yang telah diedarkan
oleh guru kelas masing-masing.

6.8 Pn. Che Wan Nor Haslina bt. Jusoh mencadangkan agar PIBG menganjurkan Hari
Karnival secara online dan Kutipan Kad Ceriathon bagi membantu menjana dana
PIBG. YDP berpendapat ianya merupakan satu cadangan yang baik dan akan
dipertimbangkan oleh Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.

6.9 Pn. Wan Norliana binti Azmi memaklumkan tentang waktu operasi kedai buku
tidak menentu, kadang-kadang tutup awal dari waktu yang sepatutnya. Guru Besar
memaklumkan waktu operasi kedai buku ialah dari pukul 7.30 pagi sehingga 2.00
petang.

6.10 Dr Noraini mencadangkan agar banyak program memperkasakan STEM di
sekolah dan menganjurkan pelbagai aktiviti dan penyertaan dalam aktiviti luar
negara. Guru Besar berpendapat ianya satu cadangan yang baik dan memaklumkan

11

program seumpama ini memerlukan modal yang besar. Sehubungan dengan itu,
Kerjasama ibu bapa sangat diperlukan.

7.0 CADANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SESI 2021/2022

7.1 YDP PIBG mencadangkan Kutipan Sumbangan PIBG sesi 2021/2022 sebanyak
RM 50.00.

BIL. JENIS SUMBANGAN JUMLAH

1. Sumbangan PIBG (satu keluarga) RM 35.00

2. Sumbangan Pembangunan Sekolah (seorang) RM 15.00

JUMLAH RM 50.00

7.2 Semua ahli mesyuarat menyokong cadangan kutipan tersebut. Kutipan sumbangan
akan dibuat selepas mendapat kelulusan dari pihak Pejabat Daerah Bangsar/Pudu.

Tindakan : PIBG

8.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA SESI 2020/2021 DAN PEMILIHAN
JAWATANKUASA SESI 2021/2022

8.1 YDP mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih atas
kepercayaan dan Kerjasama yang telah diberikan selama ini sepanjang beliau
menjadi Jawatankuasa PIBG selama lebih 8 tahun. Beliau memohon maaf atas
segala kekurangan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada jawatankuasa baru
yang akan dilantik. Belaiu mengumumkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi
2019/2020 pada pukul 11.25 pagi.

8.2 En Zariman bin Mohd Noor mencadangkan En Amran bin Yusof dilantik sebagai
Pengerusi Sementara untuk lantikan Jawatankuasa PIBG Jawatankuasa sesi
2021/2022.

8.3 En Abdah Safar bin Mohd Abas menyokong lantikan En Amran bin Yusof sebagai
Pengerusi Sementara.

8.4 En Amran bin Yusof (Pengerusi Sementara) memperkenalkan calon-calon yang
bertanding untuk Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 bagi ibu bapa dan
memaklumkan bagi jawatankuasa guru telah diputuskan dalam mesyuarat guru.

8.5 Pengerusi Sementara menerangkan pelaksanaan undian melalui Google Form.
(rujuk keputusan undian dalam lampiran keputusan undian Jawatankuasa PIBG
sesi 2021/2022)

12

8.6 Pengerusi Sementara memperkenalkan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022

Yang diPertua : En. Azrul Effendi Bin Khalid

Naib Yang diPertua : En. Ahmad Amin Bin Ahmad Ltif

Setiausaha : En Ahmad Azaly bin Ali

Naib Setiausaha : Puan Siti Umairah Binti Othman

Bendahari : Pn. Noor Afiqah Binti Rosli

AJK Ibubapa : Dr. Mohd Fadhli Bin Mohd Fauzi

: Mejar(Ir). Mohd Yusri Bin Mokhtar

: En Mohd Khairul Aswad bin Mohd Rozi

: Pn Mardiana binti Jamaludin

: Pn. Faizatul Dara Binti Ariffin

AJK Guru : En Mohamad Shahrul Shafiq bin Rosmi

: En. Mohd Noor Khahairidzuwan Bin Khalid

: Pn. Fatimah Binti Abdullah

: Pn. Nooratikah Binti Badrun

: Pn. Anbuarasei A/P Mariappan@Chandran

8.7 En Shahril Nizam bin Ab Samad mencadangkan penama berikut iaitu En Azrul
Effendi bin Khalid (YDP PIBG sesi 2021/2022), Pn Afiqah binti Rosli
(Bendahari PIBG sesi 2021/2022) dan Pn Siti Umairah binti Othman (Naib
Setiausaha PIBG sesi 2021/2022) untuk menurunkan tandatangan ke atas buku
cek PIBG SEK KEB TMN MIDAH 2 bernombor akaun 514132316155 dan
buku cek PIBG SEK KEB TMN MIDAH 2-INFAK bernombor akaun
564137512960.

13

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 En. Azrul Effendi bin Khalid (YDP PIBG sesi 2021/2022) mengucapkan terima
kasih atas kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha untuk memberikan yang
terbaik bagi melaksanakan amanah yang diberikan.

9.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir, ahli-ahli
jawatankuasa PIBG yang lepas dan yang baru dilantik, guru-guru serta ibubapa
dan penjaga diatas kerjasama yang telah diberikan.

10.0 ACARA CABUTAN BERTUAH SESI 2

10.1 Senarai nama pemenang untuk sesi cabutan bertuah 2 ialah:

• Iszam Rozairol bin Yahya (e-wallet RM20.00)
• Nik M. Shahir bin Mohamad (e-wallet RM20.00)
• Kamaleshwary a/p Sukumaran (bekas Ikea)
• Mohamad Ezham bin Ibrahim (Pengisar Makanan)
• Muhammad Salehuddin bin Ahmad (Penyegar Udara)
• Irwanaida binti Che’ Pa (Penyedut Hampagas)

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengahari

Disediakan oleh, DDisiesmemakakoloelhe,h,

…………………………………… …………………………………………
( AHMAD AZALY BIN ALI)
(MD. FAISAL BIN MOHD SALIH
Setiausaha, (MD. SALLEH))
PIBG Sesi 2021/2022, Guru Besar,
SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur. SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

(AZRUL EFFENDI BIN KHALID)

Yang DiPertua,
PIBG Sesi 2021/2022.
SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

14

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23 DAN KE-24 SKTM2 NAMA PENUH ( HURUF BESAR) Hidayu binti Ahmad
MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAHIM MUHAMMAD SALEHUDDIN BIN AHMAD
MARILYN HAFIZI BIN HOMARI
AINUL FARHA AZMAN BIN ARIFF
NOORATIKAH BINTI BADRUN Nor halim bin ahmad saidi
HASBUNA BINTI ABDUL HAK ADAM ARIFF BIN ZULKIFLI
HAMIERA BINTI KAMARUDDIN NORLIZA AHMAD
MOHD ZARIMAN BIN MD NOR ROSLIDA BINTI AWANG
NIK NUR AMIRAH BINTI IBRAHIM Nik Mohd Sharir bin Mohamad
FATIMAH BINTI ABDULLAH NOR ASHMIZAH BINTI MOHD ASHMIR WONG
NORASIAH BINTI YACOB ABDAH SAFAR BIN MOHD ABAS
NOR AZIAN BINTI SARIP IRWANAIDA BINTI CHE PA
HANIZA BINTI JAIS NUR DARINA BINTI KAMAL BAHARIN
NIK NURULNAZUHA NIK SOH ZULKHAIDAEDAYU
NORZAINITA BINTI OMAR NORAIDA BINTI AHMAD
AMRAN BIN YUSOF NUR AMANINA BINTI AHMAD SUIB
AZRUL EFFENDI BIN KHALID Norhayati Yaakub
MOHD ZARIMAN BIN MD NOR Zahara bt Abdullah
ZAKREENA BINTI ZAKARIA NAZIRAH BT AB RANI
SITI AZURA SAMSUDIN NOR AZLIN BINTI ALIAS
RAHAYU MAAROP NOR ASHMIZAH BINTI MOHD ASHMIR WONG
MUHAMMAD NISHAN BIN BAHARUM MAZLAH BINTI AB.KADIR
DATO HJ MOHD ALIAS BIN ABDUL NADHILAH BINTI ALIAS
CHE WAN NORHASZYLINA BINTI JUSOF NORMALENE BT MAT LUWI
FAIZATUL DARA BINTI ARIFFIN Nik Mohd Sharir bin Mohamad
FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN
NORSAKINAH BINTI AB RAHAMAN NURFADILAH BINTI SALEH@AWANG
NURULHUDA BINTI ABDUL AZIZ Kamaleswary a/p Sukumaran
Rosmiyana Bt Rahim HASLINA BINTI MAT SAHAT
NOOR AFIQAH BINTI ROSLI NUR HAZWANI BINTI HARUN
Lydia Azlinda Anuar NUR HAFIZAH BINTI MOHD JAFAR
MOHAMAD NAQIUDDIN BIN CHE NUDIN CHE WAN NORHASZYLINA BINTI JUSOF
SELVA KUMAR A/L ARUMUGAM ZULFADHLI BIN MOHD SHAH
NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH SUHAILA BINTI ZAMIRAN
SHAHRUL NISHA BT ABDUL GHAFAR ANBUARASEI A/P MARIAPPAN @ CHANDRAN
ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD SHARIFF

15

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23 DAN KE-24 SKTM2 HAIRANI BINTI MOHD NOH MARLIA ALIAS DARMAN
AHMAD AMIN B AHMAD LTIF MOHD NOOR KHAHAIRIDZUWAN BIN KHALID
NORSURIANI BINTI MUHAMAD RODZI NORSHUHADA BINTI YAHAYA
SITI HAWA ABU AMIS Mohammad Hafiy Qayyum Bin Mohd Harfizi
NURAFFRIDA BINTI MOHAMAD TAJ NURAISHAH BINTI IZHAR
NURUL ASYIRAH BINTI ABU BAKAR HASHIMAH BINTI ABU BAKAR
SITI zAHARINA BINTI ZAINUN NURUL AIN SULAIMAN
NORDIANAH AHMAD Mohd Asmawi bin Che Omar
MARIATI BINTI MOHAMAD MARUAN HASHIMAH BINTI ABU BAKAR
YOGESWARI ROSEEVELL Nor Nadira binti Ideris Shah
ARMA BINTI IBRAHIM NOR AZMAN BIN ARIFFIN
FARAH NUR SYAHIRAH BINTI ALWI NOR FAIZAH BINTI OTHMAN
EFA LIYANA BINTI NORDIN MOHD REFINDI BIN SULAIMAN
MARDIANA BINTI JAMALUDIN NAZIRAH BINTI MD ISA
MOHD FADZIL BIN AMIR IDAYU BINTI MOHD NOR
Ernah binti Marusin SHAHRUL REDZUAN BIN OTHMAN
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHIM Mohamed Hiekal Bin Othman
MOHD KHAIRUL AMILIN BIN RAMLAN ZUHAFIZAH FAROOK
MOHD SHAH BIN HAMIL NOR SYAZWANI BINTI CHE KOMARUDIN
IZANI BINTI ABD KARIM SAHARIFUDIN BIN MD. SHAH
Rohaizi bt Ramli MOHD SHAHFAWI BIN KATNI
MOHD ROSTAM BIN MAHMOOD Affendi mohd Razali
MUHAMMAD EZHAM BIN IBERAHIM AZIAN AZMI
SALINA BINTI SELAMAT MUHAMMAD BIN RUSLY
NURUL KAMILA BINTI ABDULLAH FATIN FARHANAH BINTI ABD MANAP
MOHD NORSHAHRIN B. MUHAMMAD SHAARI ISZAM ROZAIROL BIN YAHYA
NURZAITUL HUSNA BINTI AHMAD ZAAIN HAMIZAH BINTI ABDUL HAMID
NOR AZLIN ALIAS AZROL NIZA BIN NOORDIN
SITI FAIRUZ BT MOHD GHAZALI AZIAN AZMI
AHMAD AZALY BIN ALI ZUHAFIZAH FAROOK
SHARIFAH MUNI BINTI MUSA HAZLIANA BINTI HOSSEN
SAFINA FARVEEN BINTI HAMID MARECAN INTAN MADZURAH BINTI NORDIN
AZIAN BINTI ABDUL WAHID
SITI SARO BINTI HALIM SITI KHADIJAH HAMSAN
NORAZILAH BT ZAHARIFIN NOORAZLINA ABDUL RANI
MOHD NORSHAHRIN B. MUHAMMAD SHAARI

16

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-23 DAN KE-24 SKTM2 ZAIFALISA BINTI MOHD M. Azizi Bin Che Makhetar
Mohd yusri bin mokhtar Wong Lai Mooi
MASTURA BINTI ABIDIN NURUL ASIKIN BINTI MOHAMAD SAYUDI
JALIAH BT YUSOF MASTURA ABIDIN
MURSYIDAH BINTI MOHAMED YUNUS SALIZA BINTI SALIM
NORASLINA BINTI MOHD ZAININ MASITHAH MHD ZIN
HAZLI BIN MUSLIM SHARIFAH AZADZILLAH BINTI SYED YAHYA
NORMAYANA BINTI MD HUSSIN Siti Nor Hamidah Kamaruzaman
HANIS SYURAYA BINTI SALLEH Kamsiah binti md zin
MUHAMMAD HAFIZ BIN MAHMOOD FATIN FARHANAH BINTI ABD MANAP
NURRUL HASMIN BINTI MOHD NASRUMI Mohd Khairol Hakhimi bin badri
WIRDA INDAH BINTI FAROUK MOHD YUSRI BIN MAT YASIN
WIRDA INDAH BINTI FAROUK MUZAKHKIR BIN AMAT NOOH
MUHAMAD FAUZI, B ISMAIL MOHAMAD SHAHRUL SYAFIQ BIN ROSMI
ROZAINA BINTI MOHD ZAIN MUHAMMAD SALEHUDDIN BIN AHMAD
ISHAK BIDIN MOHD NOOR KHAHAIRIDZUWAN BIN KHALID
HARIZAL BIN NOR ZAKARIAR MOHAMAD FARHAN BIN HAJI MOHD SUHAILE
RAHAYU MAAROP ANITA BINTI HASAN
Normawati Binti Mohd AHMAD AZALY BIN ALI
MOHAMAD YUNUS BIN RAZALI ASYRAF SYAHIR BIN TARMIZI
Dayang Liyana binti Abang Saiful MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAHIM
NIK NORA SALWA BINTI ABDULLAH Shahril Nizam
THILAGAVATHI MUNIANDY SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN
SUHYMEE BIN SOYAT NORSHARINA BT MOHAMED
Zuraini binti Mohd Ali SANTHE A/P RAJOO
NORASIAH BINTI YACOB AHMAD NAZIRUL SYAFIQ BIN ROSLI

NORDIANAH BINTI AHMAD

17

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2

TARIKH MESYUARAT AJK PIBG

Sepanjang sesi 2020/2021, AJK PIBG telah mengadakan perjumpaan
sebanyak dua kali iaitu pada:

Mesyuarat Tarikh
Bil 1/2020 2 Jun 2022
Bil. 2/2021 21 Jun 2022
Mesyuarat/perbincangan Mengikut kesesuaian
atas talian masa AJK

AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG

Sepanjang sesi 2021/2022, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Kebangsaan Midah 2 telah terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. PIBG terlibat dalam
bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Pendidikan Khas dan Aktiviti
Pembangunan Sekolah bagi membantu pihak sekolah mencapai
kecemerlangannya. PIBG juga amat mengambil berat dalam beberapa
aspek lain seperti hal kebajikan dan keselamatan yang melibatkan murid-
murid dan guru. Oleh itu, untuk memberi dorongan dan sokongan kepada
pihak sekolah, PIBG telah memberi khidmat kerjasama dan sumbangan
dalam pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

KURIKULUM

Bil Aktiviti Huraian Catatan

1. Taklimat Penglibatan guru dan ibu 5 Mac 2022

Pengoperasian bapa murid Prasekolah SKTM2.

Prasekolah

2. Hari Taklimat Penglibatan guru dan ibu 19 Mac 2022
Orientasi Transisi bapa murid Tahun 1 (aliran
Tahun 1 bagi sesi
2022/2023 perdana) SKTM2.

18

3. Taklimat dan Penglibatan guru dan ibu 18 Mac 2022
Orientasi Tahun 1 bapa murid Tahun 1 (aliran
PPKI Sesi Akademik
2022/2023 Pendidikan khas) SKTM2.

Bil Aktiviti HAL EHWAL MURID Catatan
1. Watikah Pelantikan Huraian 17 Julai 2022
PIBG menyalurkan dana untuk 27 Mei 2022
Pemimpin Muda keperluan program.
2. Jamuan Hari Raya Penglibatan ibu bapa dan Sepanjang
guru memberikan dana dan bulan
3. Program Ihya’ sumbangan makanan Ramadhan
Ramadhan dinikmati oleh semua murid
SKTM2.
Penglibatan ibu bapa dan
guru memberikan dana dan
sumbangan yang
disampaikan kepada murid
yang memerlukan.

Bil Aktiviti KOKURIKULUM Catatan
1. Program Merentas 22 Jun 2022
Huraian
Desa PIBG menyalurkan dana untuk
keperluan program.

INFRASTRUKTUR DAN LAIN-LAIN SUMBANGAN

Bil Aktiviti Huraian Catatan

1. Penyelenggaraan Penglibatan guru dan ibu 12 Disember

lampu sorot bapa murid Prasekolah SKTM2 2021

(spotlight)

2. Menambah bilangan Menyalurkan dana dan 31 Mei 2022

meja makan di menguruskan tempahan meja

kantin

3. Project Back to Penglibatan guru dan ibu 29 April 2022
School anjuran mendapatkan data murid
Pertubuhan Infaq serta mengedarkan
Kasih KL (dana dari sumbangan kepada murid
sumbangan orang yang memerlukan.
ramai)

19

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah
menyumbangkan khidmat kepada pihak sekolah dalam menjayakan setiap
program yang dilaksanakan. Justeru, pihak sekolah berharap agar ibu bapa
terus bersama-sama untuk menggerakkan semua program dan aktiviti yang
bakal dijalankan pada sesi berikutnya.
Disediakan oleh,
…………………………………..
( SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN )
Naib Setiausaha PIBG sesi 2021/2022

20

PENYATA KEWANGAN PIBG SEPANJANG TAHUN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

PENYATA KEWANGAN
AKAN DIBENTANGKAN
PADA HARI MESYUARAT

AGUNG TAHUNAN
KALI KE-25 SESI 2022/2023

21

USUL , CADANGAN DAN MAKLUM BALAS

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SESI 2022/2023

MAKLUMAN :

Tiada pembetulan ejaan/tatabahasa yang dibuat pada bahagian
usul/cadangan ataupunkesalahan ejaan nama anak dan pembawa usul
kerana diambil terus dari maklum balas ibu bapa sendiri dalam google form.

BIL PEMBAWA USUL USUL / CADANGAN MAKLUM BALAS /
CATATAN

KURIKULUM

1. Pembawa Usul: Buku teks simpan di dalam Sekolah telah

NURUL kelas.. dan sediakan kotak melaksanakan
SYAZWANI BINTI untuk setiap murid supaya jadual anjal
NASHARUDDIN murid tidak perlu sebagaimana yang
membawa buku yang telah disyorkan oleh

berat. Kecuali ada kerja pihak KPM.

Nama anak : sekolah baru dibawa balik.

MUHAMMAD Terima kasih Pihak PIBG juga ada

NADIM BIN menyediakan

MOHD IKHWAN sewaan loker
(2 Al-Farabi) sekiranya anak-anak
ingin meletakkan

buku teks di dalam

loker berkenaan

dengan kadar

sewaan RM70.00

setahun. Buat masa

sekarang pihak PIBG

sedang

mengemaskini

penggunaan loker

sedia ada dan loker

akan sedia untuk

disewa pada bulan

Julai 2022.

2. Pembawa Usul: Saya mencadangkan Jawatankuasa

CHE WAN diadakan kelas tambahan akademik masih

NORHASZYLINA bagi mata pelajaran dalam peringkat

BINTI JUSOF khusus bg tahun 4 ,5 dan 6 cadangan untuk

22

Nama anak : yang berbayar di sekolah. melaksanakan
Keutamaan pada murid Bengkel Menjawab
1) NURALISHA tahun 6 yang akan Soalan dan Kelas
KAISARA BINTI menghadapi peperiksaan Tambahan untuk
RAHMAT besar. murid Tahun 6.
(6 Al-Farabi)

2) NURKAIRA
UMAIRA
RAHMAT
(4 Al-Farabi)

3. Pembawa Usul: Mewujudkan KSIB yg Cadangan yang

PROFESOR boleh membantu dalam baik dan akan

MADYA DR. memantapkan dipertimbangkan

NORAINI BINTI pencapaian anak-anak dalam Mesyuarat

AHMAD Tahap 2 dalam Matematik AJK PIBG. Terima

& English . kasih.

Nama anak :

AMIRAH HANIS

BINTI MOHD

SYAHKIRIN

(4 Al-Biruni)

LAIN-LAIN

4. Pembawa Usul : Saya mencadangkan dan Bumbung berkenaan

MASTURA BINTI mohon sumbangan dr juga sangat

ABIDIN parent utk membuat membantu sekiranya

BUMBUNG DI HADAPAN hujan lebat.

Nama anak : PAGAR UTAMA SEKOLAH , Pembinaan

1) MUHAMMAD sebagai tempat berteduh bumbung dikawasan

SYADDAD BIN dr hujan dan panas tika berkenaan perlu

MOHD NAZRI pelajar duduk berhimpun mengambil kira

(4 Al-Jazari) bersama guru yg beberapa faktor

mengawal keadaan seperti ketinggian

2) MUHAMMAD murid waktu pulang ke bumbung yang perlu

HUZAIFAH BIN rumah sementara dibina untuk

MOHD NAZRI menunggu bas van kenderaan berat

(3 Al-Jazari) sekolah sampai. Apa yg sy masuk ke kawasan

lihat sebelum ini ank2 sekolah.

duduk berhimpun dgn

tertib sementara di kawal Cadangan yang

oleh beberapa org guru baik dan akan

tetapi kesian melihat mrk dipertimbangkan

23

semua duduk berpanas dalam Mesyuarat

sambil menunggu bas AJK PIBG. Terima

atau van sekolah.Mohon kasih.

pertimbangankan

cadangan ini.

5. Pembawa Usul: Saya mencadangkan Cadangan yang

CHE WAN agar diadakan kutipan baik dan akan

NORHASZYLINA ceriaton,atau hari karnival dipertimbangkan

BINTI JUSOF bagi menambahkan dalam Mesyuarat

dana untuk sekolah AJK PIBG. Terima

Nama anak : disamping kasih.

1) NURALISHA memberikan ,keyakinan

KAISARA BINTI diri serta penerapan ilmu

RAHMAT keusahawanan pada

(6 Al-Farabi) murid2 semasa mereka

berusaha memohon

2) NURKAIRA kutipan dan menjlnkan

UMAIRA kerja jual dan beli.

RAHMAT

(4 Al-Farabi)

6. Pembawa Usul : Mengumpulkan semula

PROFESOR dana PIBG dgn

MADYA DR. menganjurkan kutipan

NORAINI BINTI Ceriathon yg melibatkan

AHMAD para pelajar dan guru

Nama anak :
AMIRAH HANIS
BINTI MOHD
SYAHKIRIN
(4 Al-Biruni)

24

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
RUMUSAN KESELURUHAN PENCAPAIAN

TAHAP PENGUASAAN (TP) MURID SEHINGGA SEPTEMBER 2021

25

26

27

28

29

30

Same goes to our child.
They are special the way they are

31

Tinta Penghargaan…

❖ Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua individu dan kumpulan yang telah memberi
sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan aktiviti-
aktiviti persatuan ini sepanjang tahun 2021 / 2022

❖ Ucapan penghargaan dan terima kasih juga turut dikhususkan
kepada :
➢ Semua ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
➢ Barisan pengurusan sekolah, semua guru, dan AKP
➢ Para Ibu Bapa dan Penjaga

❖ Individu atau organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam setiap aktiviti dan program yang berlangsung di
SK Taman Midah 2.

❖ Diharapkan agar kerjasama baik yang diberi akan dapat
diteruskan demi kecemerlangan murid-murid SK Taman Midah 2.
Semoga segala sumbangan dan jasa tuan/puan akan diberkati.

32


Click to View FlipBook Version