TEMA : SEJARAH TOKOH (ENCIK MAWARDY )
TAJUK : CABARAN DAN SUMBANGAN ENCIK MAWARDY SEBAGAI TOKOH
USAHAWAN BERJAYA DI SEKSYEN 22 , SHAH ALAM DARI TAHUN 2005 HINGGA
TAHUN 2015 .
2.0 Pengenalan
Menurut kamus dewan edisi keempat , tokoh bermaksud orang kenamaan dalam apa
bidang ekonomi , politik , kebudayaan agama dan lain-lain . manakala , usahawan merupakan
orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan . Encik Mawardy sendiri merupakan
usahawan yang memiliki perusahaan stesen minyak iaitu Shell Amira Service Station dan
restoran makanan segera yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu
McDonals yang terletak di seksyen 22 Shah Alam . Encik Mawardy memulakan perniagaan
stesen minyaknya dahulu iaitu pada tahun 2006 yang dahulunya stesen minyak itu dimiliki
oleh pemilik lain kemudian pada tahun 2013 , Encik Mawardy mula membeli restoran
makanan segera Mcdonals dari pemilik restoran sebelumnya .
3.0 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti latar belakang
Usahawan berjaya iaitu Encik Ahmad Mawardy bin Abdul jalil . Dengan adanya kajian ini ,
diharapkan orang ramai dapat mengenali beliau dengan lebih seterusnya dapat menjadi
inspirasi kepada masyarakat lain untuk terus berjaya menceburi bidang keusahawanan .
Selain itu , saya juga membuat laporan ini untuk mengetahui sumbangan Encik
Mawardy kepada penduduk setempat dan juga negara sepanjang menjadi usahawan berjaya
di seksyen 22 , Shah Alam melalui perusahaan stesen minyak Shell dan perusahaan restoran
makanan segera McDonals dari tahun 2006 hingga tahun 2015.
Di samping itu , kajian ini turut dijalankan untuk mengenal pasti cabaran yang
dihadapi oleh Encik Mawardy semasa mengendalikan dua perusahaannya yang terletak di
seksyen 22 , Shah Alam . Ini kerana , dalam tempoh kajian tersebut banyak cabaran yang
dihadapi oleh Encik Mawardy .
4.0 Permasalahan Kajian
Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui siapakah Encik Ahmad
Mawardy bin Abdul Jalil yang sememangnya menginspirasikan ramai orang untuk Berjaya
disebabkan oleh pencapaiannya dalam bidang perniagaan .
Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah sumbagan Encik Mawardy
kepada masyarakat dan negara ? Hal ini kerana , peranan beliau kepada komuniti dan negara
begitu menonjol dan perkara ini wajar diketengahkan untuk dijadikan ikhtibar kepada
generasi akan datang .
Selain itu , pengkaji juga ingin mengetahui apakah cabaran yang dihadapi oleh Encik
Mawardy dalam mengerakkan dua perusahaannya ? dengan itu , melalui kajian ini dapat
memperlihatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh tokoh sendiri .
5.0 Skop Kajian
Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3bahagian iaitu isu kejadian , Kawasan
kajian , dan tempoh masa kejadian . Dari segi isu kejadian , kajian ini bertujuan untuk
mengenali tokoh iaitu Encik Mawardy yang Berjaya dalam perniagaan perusahaan stesen
minyak dan pembekal makanan segera yang juga memiliki sumbangan yang banyak kepada
komuniti dan negara serta cabarannya yang tersendiri.
Dari segi kawasan kajian pula , kajian difokuskan kepada Kawasan Seksyen 22 yang
terletak di daerah Shah Alam . Kawasan ini cukup strategik kerana kedudukannya yang
bersebelahan dengan Lebuhraya Raya Kemuning Selatan (LKSA) dan Lebuh Raya
Persekutuan .Ini adalah Kawasan utama untuk syarikat logistik dan pergudangan yang
menghubungkan dengan mudah ke Subang Jaya dan Klang . Kemudahan di sekitarnya
termasuk Giant Hypermarket , pusat membeli belah , taman , hotel , banggunan pejabat ,
perpustakaan , perhentian bas , pusat Konvensyen Shah Alam , Pusat Ekspo Acc , dan
Kompleks PKNS .
Dari segi tempoh kajian , kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1967 sehingga
tahun 2015 . Tempoh kajian selama 48 tahun ini dipilih kerana sepanjang tempoh masa ini
lah kehidupan Encik Mawardy bermula dari tahun beliau lahir , mendapatkan pendidikan
awal sehinggalah akhirnya berjaya menjadi usahawan yang cukup menginspirasikan ramai
orang .
6.0 Sorotan Kajian Lepas
Dalam menjalankan kajian ini , pengkaji mendapati bahawa tiada penulisan yang
berbentuk ilmiah yang mengkaji sumbangan dan cabaran Encik Mawardy sepanjang 9 tahun
beliau menjadi usahawan berjaya di seksyen 22 , Shah Alam . Walaubagaimanapun , terdapat
beberapa buah buku yang dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan mengenai kerjaya
beliau sebagai usahawan .
Dalam buku Langkah Bijak Usahawan Terbilang (2008) karya gabungan dua tokoh
terkenal tanah aier iaitu Pakar Motivasi Negara Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan
Haji Muhammad Zakaria ,telah menggariskan segala isi penting dan perkara yang menjadi
asas kejayaan seorang usahawan dari perspektif islam . Antara yang ditiitkberatkan adalah
seperti rancangan modal awal , rancangan harian usahawan , peluang perniagaan , rancangan
pemasaran berkesan , punca masalah kewangan dan lain lain .
Selain itu , menurut buku Kuasai Perniagaan Internet siri 1 (2015) karya Wan Nong
Muzafar , buku ini amat sesuai untuk mereka yang baru sahaja berjinak jinak dalam bidang
perniagaan secara atas talian mahupun sedang berniaga dalam usaha memahami kaedah
penjualan produk atau perkhidmatan selain mampu meluaskan potensi sasaran pelanggan
digital di Malaysia dan di luar negara . Buku ini sememangnya sesuai untuk dijadikan
panduan kerana Encik Mawardy sendiri penggunakan platform seperti Facebook dan Laman
Web rasmi untuk meluaskan lagi pemasarannya tanpa menggunakan kos yang tinggi .
Pengkaji juga telah berjaya mengenal pasti bahawa terdapat sebuah buku bertajuk Focal
Point (2001) karya Brian Tracy . Brian Tracy merupakan seorang motivator yang
memberikan pengetahuan tentang bagaimana orang berjaya membuat perkongsian masa
berkesan kerana menurut penulis , orang yang Berjaya memang mempunyai perbezaan
dengan orang lain dari segi pengurusan masa .Orang yang Berjaya biasanya produktif dan
focus pada pekerjaan . Oleh itu , buku ini sangat membantu masyarakat membina disiplin dan
menguruskan aktiviti dari semasa ke semasa sehingga dapat membahagikan masa antara
perniagaan dan kehidupan peribadi dan keluarga dengan baik dan berkesan . Buku ini
amatlah berketepatan kerana seperti yang sedia maklum Encik Mawardy mempunyai lebih
dari satu perusahaan di uruskan namun masih dapat menguruskan masa beliau dengan baik
Bersama keluarga beliau .
7.0 Kaedah Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini , pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan
maklumat . Pada mulanya , pengkaji menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi
memperolehi sumber sekunder dan sumber primer . Penyelidikan perpustakaan di jalankan di
Perbadanan Perpustakaan Awan Raja Tun Uda di Selangor . Ini dilakukan untuk mendapat
segala butir peribadi dan rekod-rekod berkenaan sejarah tokoh usahawan Berjaya ,
sumbangan dan cabaran Encik Mawardy .
Selain itu , pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah kajian lapangan iaitu ,
pengkaji sendiri berada di kedua-dua perusahaan Encik Mawardy yang terletak di seksyen 22,
Shah Alam untuk melawat Kawasan serta mendapatkan butiran-butiran penting berkenaan
perusahaan tokoh seperti sijil pembukaan premis .
Pengkaji turut mendapatkan maklumat melalui kajian lisan iaitu temubual secara
langsung Bersama tokoh . Soalan – soalan telah dirangka dengan baik serta Tarikh temubual
telah ditetapkan iaitu pada 14 april 2021 untuk mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini .
Antara individu yang terlibat ialah Encik Mawardy sendiri . Segala maklumat yang diperoleh
telah pun dicatat dan dirakam .
8.0 Pembahagian Struktur Esei
Secara keseluruhannya , kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian
pengenalan , isi dan kesimpulan . Dalam bahagian pengenalan , pengkaji menjelaskan
tentang sejarah tokoh Encik Mawardy yan menjadi tokoh usahawan berjaya . Bahagian ini
juga menerangkan secara umum latar belakang Encik Mawardy yang menjadi kiasan kajian
. Seterusnya , pengkaji juga mengaitkan secara umum berkenaan tujuan kajian dijalankan .
Pada bahagian isi pula , pengkaji akan membincangkan focus isu kajian yaan terbahagi
kepada 3 aspek iaitu yang pertama adalah sumbangan Encik Mawardy sebagai tokoh
usahawan Berjaya kepada masyarakat dan negara . Seterusnya , pengkaji juga akan
membincangkan tentang cabaran yang sangup di dihadapi oleh Encik Mawardy . Pelbagai
cabaran yang berliku-liku telah diharungi oleh Encik Mawardy .
9.0Penutup
Diharap dengan kajian ini , pengkaji dapat mengkaji dan menyelidik perjalanan hidup
seorang tokoh usahawan yang berjaya iaitu Encik Mawardy supaya dapat menjadi bahan
bacaan dan rujukan pada masa akan datang . Diharapkan juga , generasi kini akan datang
dapat menjadikan beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya .
10.0 Bibiliografi
Sumber primer :
∙ Temubual
Nama : Encik Mawardy
Pekerjaan : Usahawan
Umur : 54 Tahun
Tarikh temubual : 14 April 2021
Sumber Sekunder :
∙ Bacaan buku
Dato Dr. Hj.Mohd. Fadzilah Kamsah , Langkah Bijak Usahawan Terbilang ; Telaga Biru
Sdn .Bhd. 2008