MODUL
PROGRAM TOMORROW’S LEADER
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI
1.0 TUJUAN
1.1 Modul ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai tatacara bagi
mengendalikan program Tomorrow’s Leader yang akan dilaksanakan oleh
AADK negeri/daerah di semua IPTA, IPTS, Institut Latihan, Institut
Kemahiran, Politeknik dan Kolej Komuniti yang terpilih di seluruh
negara.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Penyalahgunaan dadah telah dikenalpasti sebagai punca utama yang
merencatkan pembangunan negara. Sejak awal tahun 1983 kerajaan telah
mengisytiharkan masalah penyalahgunaan dadah sebagai satu ancaman
utama kepada keselamatan negara dan ianya menjadi agenda utama
negara bagi memastikan ancaman ini dapat dibendung. Pelbagai usaha
serta kerjasama telah dilaksanakan bagi membanteras masalah ini. Setelah
27 tahun berjuang untuk membebaskan negara daripada belenggu dadah
namun usaha ini masih tidak dapat mengatasi masalah dadah sepenuhnya.
2.2 Kerajaan telah menggariskan 4 strategi utama untuk membasmi dadah
melalui pendekatan berikut:-
2.2.1 Pencegahan;
2.2.2 Rawatan dan Pemulihan;
2.2.3 Penguatkuasaan; dan
2.2.4 Kerjasama antarabangsa
Tomorrow’s Leader
2.3 Objektif utama strategik ini adalah untuk mengurangkan permintaan dadah
(demand reduction) dan mengurangkan bekalan dadah (supply reduction)
sehingga mewujudkan:
2.3.1 Keluarga Bebas Dadah
2.3.2 Institusi Pendidikan Bebas Dadah
2.3.3 Tempat Kerja Bebas Dadah
2.3.4 Komuniti / Kawasan Bebas Dadah
3.0 RASIONAL
3.1 Pelajar IPT adalah golongan remaja/belia yang berpendidikan dan bakal
menjadi pekerja dan pemimpin masyarakat. Pendidikan pencegahan dadah
akan menjadikan mereka individu yang celik akal dan berkemahiran dalam
membantu AADK dan negara amnya bagi membasmi dadah.
3.2 Umum mengetahui bahawa pelajar IPT terdedah dengan pengaruh sosial
yang berbilang bangsa dari dalam mahupun luar negara. Sehubungan itu,
amat perlu bagi pelajar IPT mendapat bimbingan dan ketahanan jatidiri
yang kukuh terhadap pengaruh negatif yang tidak diingini.
3.3 Golongan pelajar IPT merupakan antara agen utama dalam membantu
AADK, membanteras dadah kerana mereka adalah golongan yang
berpelajaran dan berpengaruh dalam keluarga dan masyarakat.
3.4 Kebanyakan pelajar IPT mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia
dan teknologi maklumat. Kemahiran dan kepakaran ini boleh membantu
AADK dalam membasmi penyalahgunaan dadah di era digital dan ianya
sebagai satu obligasi kemasyarakatan daripada warga IPT.
4.0 MATLAMAT
4.1 Untuk memastikan pelajar dan warga IPT mempunyai pengetahuan,
kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah agar
mewujudkan Mahasiswa Bebas Dadah 2015.
Tomorrow’s Leader 2
Tomorrow’s Leader
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang
pendidikan pencegahan dadah.
5.2 Membantu pelajar yang terlibat agar bebas dari dadah dengan intervensi &
program yang berkesan.
5.3 Menggerakkan pelajar IPT sebagai ahli RADA yang proaktif dan
berketerampilan.
5.4 Melibatkan warga IPT terutamanya HEP dalam program pencegahan
dadah.
6.0 AGENSI PELAKSANA
6.1 Agensi Antidadah Kebangsaan
6.2 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
6.3 Kementerian Kesihatan
6.4 Kementerian Belia & Sukan
7.0 KUMPULAN SASAR
7.1 Program ini dilaksanakan mengikut kumpulan sasaran iaitu:
7.1.1 Populasi IPT
7.1.2 Pelajar berisiko
7.1.3 Pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
8.1 Agensi Antidadah Kebangsaan
8.1.1 Pengarah AADK Negeri mendapat arahan daripada Ketua Pengarah
AADK bagi melaksanakan program pencegahan dadah kepada
pelajar IPT di seluruh negara mengikut perancangan strategik yang
telah ditetapkan;
Tomorrow’s Leader 3
Tomorrow’s Leader
8.1.2 Pengarah menetapkan Penolong Pengarah Pencegahan menyelaras
program di negeri dan seorang pegawai di setiap daerah;
8.1.3 Apabila menerima arahan daripada Penolong Pengarah
Pencegahan maka pegawai yang bertanggungjawab di setiap daerah
hendaklah melaksanakan tanggungjawab seperti berikut :
8.1.3.1 Program/Aktiviti Pencegahan Dadah
8.1.3.1.1 Mengenalpasti IPT yang akan mengadakan
program pencegahan dadah;
8.1.3.1.2 Mengadakan mesyuarat dengan Hal Ehwal Pelajar
(HEP) di IPT berkenaan untuk menentukan tarikh
dan program/aktiviti;
8.1.3.1.3 Membuat pemantauan terhadap program yang
dilaksanakan;
8.1.3.1.4 Membuat laporan kepada AADK Negeri untuk
dianalisis.
8.1.3.2 Ujian Saringan Air Kencing
8.1.3.2.1 Mengenalpasti IPT yang akan mengadakan ujian
saringan air kencing;
8.1.3.2.2 Mengadakan mesyuarat dengan Hal Ehwal Pelajar
(HEP) di IPT berkenaan untuk menentukan tarikh
ujian;
8.1.3.2.3 Melaksanakan ujian saringan air kencing mengikut
prosedur yang ditetapkan;
8.1.3.2.4 Membuat laporan kepada AADK Negeri untuk
dianalisis.
8.1.4 Setelah Penolong Pengarah Pencegahan mendapat laporan
daripada AADK daerah, maka satu laporan lengkap mengenai
pelaksanaan program hendaklah diserahkan kepada Ibu Pejabat
untuk tujuan pemantauan dan analisis.
Tomorrow’s Leader 4
Tomorrow’s Leader
8.2 Institusi Pengajian Tinggi / Hal Ehwal Pelajar
8.2.1 Program/Aktiviti Pencegahan Dadah
8.2.1.1 IPT berkenaan menetapkan tarikh pelaksanaan program
pencegahan yang akan dijalankan.
8.2.1.2 Menentukan program yang dilaksanakan mengikut garis
panduan / modul yang ditetapkan oleh AADK.
8.2.1.3 Membuat program dengan melibatkan ahli RADA IPT;
8.2.1.4 Membantu menyediakan tenaga pengajar dan fasilitator
dalam menjayakan program / modul tersebut; dan
8.2.1.5 Menghantar laporan lengkap mengenai pelaksanaan
program ke IPT berkenaan dan AADK.
8.2.2 Ujian Saringan Air Kencing
8.2.2.1 Mengenalpasti pelajar berisiko yang akan menjalani ujian
saringan air kencing(Lampiran C1);
8.2.2.2 Mengadakan mesyuarat dengan pihak tertinggi IPT untuk
menentukan tarikh dan pelaksanaan ujian air kencing;
8.2.2.3 Memberi makluman kepada pihak AADK untuk membuat
ujian berkenaan;
8.2.2.4 Menyediakan peralatan dan bahan seperti botol dan kertas
jalur mengikut jumlah pelajar yang akan diuji (Sekiranya
Boleh);
8.2.2.5 Memberi kerjasama dan bantuan kepada pihak AADK
semasa ujian dijalankan.
8.2.2.6 Membuat intervensi awal kepada pelajar yang didapati
positif air kencing dengan mengadakan sesi kaunseling
atau dirujuk kepada AADK (Klinik C&C / Pusat Khidmat /
Rumah Komuniti).
Tomorrow’s Leader 5
Tomorrow’s Leader
9.0 PENGISIAN PROGRAM
9.1 Antara aktiviti untuk program ini adalah seperti berikut:-
9.1.1 Kursus Kejurulatihan Bagi Kaunselor / HEP (Lampiran A);
9.1.2 Program Pencegahan (Lampiran B)
9.1.3 Ujian Saringan Air Kencing (Lampiran C)
9.1.4 Kaunseling / Rujukan / Intervensi
10.0 IMPAK PELAKSANAAN
10.1 Pelajar IPT mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran
tentang pendidikan pencegahan dadah.
10.2 Pelajar yang terlibat dengan dadah akan mendapat intervensi & program
yang berkesan.
10.3 Warga IPT terutamanya HEP akan lebih prihatin dan bertanggungjawab
dalam menangani permasalahan dadah semasa di kampus; dan
10.4 Ahli RADA di IPT akan bergerak secara aktif dalam program pencegahan
dadah.
11.0 TARIKH KUATKUASA
11.1 Modul ini hendaklah dilaksanakan di AADK negeri dan AADK daerah mulai
tarikh ianya ditandatangani.
(Y. BHG. DATO’ HJH ZURAIDAH BT HJ MOHAMED)
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri
Tarikh : April 2011
Tomorrow’s Leader 6