The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH MURID PRA, T1 & T2 SKR 1 MAC 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azidahali2, 2021-02-27 09:53:15

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH MURID PRA, T1 & T2 SKR 1 MAC 2021

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEKOLAH MURID PRA, T1 & T2 SKR 1 MAC 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN RAHANG,
JALAN MEDAN, 70100 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
06-7626752

GARIS PANDUAN
PEMBUKAAN SEKOLAH UNTUK MURID TAHUN 1 DAN 2

1 – 5 MAC 2021

SEMASA DATANG SEKOLAH

1. Murid tahun 1 dan 2 memasuki kawasan sekolah melalui pintu pagar B manakala murid
prasekolah melalui pagar A.

2. Jadual kemasukan murid ke sekolah secara berperingkat dilaksanakan pada 3 hari
pertama persekolahan sahaja seperti berikut;
Tahun 2 : 7.30 pagi
Tahun 1 : 8.00 pagi
Prasekolah : 8.00 pagi

3. Ibu bapa / penjaga murid tahun 1 dan 2 tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
4. Ibu bapa / penjaga murid prasekolah hanya dibenarkan menghantar murid hingga ke

pintu pagar prasekolah.
5. Suhu badan murid akan diimbas dan dicatat. Suhu badan yang melebihi 37.5◦ tidak

dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
6. Ibu bapa / penjaga dikehendaki menyediakan Kad Imbas/Flash Card nama dan kelas

anak bersaiz A4 bagi memudahkan guru kelas mengenalpasti murid masing-masing.
7. Guru kelas 1 akan menyambut dan mengiring murid ke tempat menunggu.

Guru kelas 2 akan menunggu & mengurus murid di tempat menunggu.
8. Murid mesti memakai pelitup muka. Ibu bapa disaran membekalkan pelitup muka,

cecair sanitasi, tisu dan tisu basah untuk kegunaan anak.

SEMASA DI DALAM KELAS

1. Murid dikehendaki sentiasa berada di tempat duduk masing- masing dan mematuhi
penjarakan fizikal 1 meter.

2. Elakkan bersentuhan dengan murid lain.
3. Murid dilarang berkongsi alat tulis dengan murid lain.
4. Sekiranya murid berasa tidak sihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid

mestilah melaporkan kepada guru bertugas dengan kadar segera.

SEMASA WAKTU REHAT

1. Makanan / bekalan dari rumah adalah dibenar dan digalakkan.
2. Makanan dibeli secara pesanan melalui guru kelas dan akan dihantar ke kelas.
3. Murid digalakkan untuk membawa sudu dan garfu sendiri.
4. Makan dan minum di kantin adalah dilarang.
5. Murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas dan di tempat duduk masing- masing.
6. Perkongsian makanan dan minuman adalah dilarang.
7. Setelah makan, basuh tangan dengan sabun dan bersihkan meja.

SEMASA PULANG

1. Murid membersihkan meja dan kerusi sebelum pulang.
2. Murid beratur dan bergerak keluar dari kelas mengikut anak panah arah pergerakan

keluar dengan penjarakan fizikal.
3. Penjaga perlu menjemput pulang anak mengikut masa yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah agar tidak berlaku kesesakan di tepi jalan raya dan di pintu pagar
utama.

MAKLUMAN LAIN

1. Pembukaan sekolah bagi murid Prasekolah, Tahun 1 dan 2 ialah pada 1 Mac 2021
(Isnin)

2. Pembukaan sekolah bagi murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 ialah pada 8 Mac 2021 (Isnin)
3. Pembukaan KAFA ialah pada 8 Mac 2021 (Isnin)
4. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum ditangguh sehingga dimaklumkan oleh KPM.
5. Waktu hadir ke sekolah : Isnin - Khamis sebelum 7.30 pagi, Jumaat : 7.15 pagi
6. Pelaksanaan perhimpunan rasmi sekolah ditangguhkan sehingga dimaklumkan oleh

KPM.
7. Murid memakai uniform sekolah yang lengkap dan dibenarkan memakai kemeja-T

Pendidikan Jasmani mengikut jadual waktu PdPC Pendidikan Jasmani.

8. Waktu pulang secara berperingkat dijalankan bagi mengelakkan kesesakan seperti
ketetapan berikut;

HARI PRASEKOLAH TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN
1 2 3 4 5 6
ISNIN 12.00
SELASA 12.00 12.50 12.55 1.00 1.20 1.25 1.30
RABU 12.00 12.50 12.55 1.00 1.20 1.25 1.30
KHAMIS 12.00 12.50 12.55 1.00 1.20 1.25 1.30
JUMAAT 11.40 12.50 12.55 1.00 1.20 1.25 1.30
11.50 11.50 11.55 11.55 12.00 12.00

9. Ibu bapa disaran menggunakan KAD IMBASAN nama dan kelas anak bersaiz besar
untuk dipaparkan ketika menjemput anak. Kad ini bertujuan memudahkan anak
mengesan kehadiran ibu bapa.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, diucapkan terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Rahimah binti Ibrahim

(PUAN RAHIMAH BINTI IBRAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaaan Rahang,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.


Click to View FlipBook Version