KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM
Nama Pelajar NUR SYAHIDAH BINTI KHALIL
Angka Giliran 2021162402033
No Kad Pengenalan 911105-14-6274
Kumpulan/Unit PDPP AMBILAN JUN 2021 / PENDIDIKAN ISLAM PI2
Kod & Nama Kursus PIMK2082R : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Nama Pensyarah SEKOLAH RENDAH
Tarikh Hantar USTAZAH SHARIFAH NABILATUL HUDA BINTI SYED
ABDULLAH
11 DISEMBER 2021
Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 11/12/2021
Syahidah
Markah:
0
PENGHARGAAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
٠ وعلى آله وصحبه أجمعين، والصلاة والسلام على سيدنا ومولانا محمد أشرف المرسلين، الحمدلله رب العالمين
Puji dan syukur disandarkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya
berjaya menyiapkan penulisan akademik yang menjelaskan cara pembinaan jadual
Spesifikasi Ujian berdasarkan contoh topik-topik yang dipilih daripada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 serta
menilai kualiti satu set item untuk sebulan daripada bank item berdasarkan interpretasi data
pentaksiran iaitu indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Setinggi-tinggi ucapan terima
kasih saya tujukan kepada USTAZAH SHARIFAH NABILATUL HUDA BINTI SYED
ABDULLAH selaku pensyarah bagi kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan Islam Sekolah
Rendah atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau bagi kursus ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada suami dan ibubapa tercinta,
rakan-rakan serta semua pihak yang telah memberi kerjasama, membantu serta sentiasa
memberi kelapangan dan sokongan saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menyempurnakan tugasan ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa baik semuanya
seterusnya mendapat balasan yang terbaik dari-Nya.
Sekian. Wassalam
1
1.0 PENGENALAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara konsep penting dalam dunia
pendidikan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih
spesifik dan ianya juga mempunyai perbezaan.
Menurut Boon Pong Ying (2017), pengujian adalah satu cara yang sistematik untuk
mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid dalam pembelajarannya iaitu tidak tahu
kepada tahu, tidak faham kepada faham dan tidak kenal kepada kenal. Mengikut Airasian
(2005) pula, ujian merujuk satu prosedur formal yang sistematik untuk mengumpulkan
maklumat mengenai prestasi murid. Melalui proses pengujian inilah seorang guru dapat
mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai sejumlah kemahiran yang dipelajari.
Dalam pengujian, maklumat yang sah sangat penting. Maka guru harus jelas dengan tujuan
pengujian di dalam bilik darjah serta memastikan ujian yang digunakan memenuhi tujuan yang
diingini.
Dalam pengukuran di dalam bilik darjah, terdapat beberapa kaedah untuk memperoleh
maklumat murid dan tinjauan literature mendapati bahawa ujian kertas dan pensel, ujian lisan,
ujian prestasi, soal selidik, temubual, pemerhatian, skala kadar, latihan, lembaran kerja dan
penyoalan merupakan alat pengukuran yang digunakan di dalam bilik darjah untuk mengukur
prestasi murid.
Menurut Ryuga (2013), penilaian adalah satu proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
membuat analisis dan keputusan mengambil tindakan sewajarnya seperti merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara lebih berkesan. Dengan membuat
penilaian, anggaran boleh dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau
sebaliknya. Jelaslah bahawa penilaian boleh dijalankan menggunakan maklumat atau data
yang berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.
Selepas sesuatu pembinaan item dibuat, satu pencerapan perlu dilaksanakan bagi
memastikan sama ada item atau soalan tersebut sesuai untuk digunakan. Proses yang
dijalankan termasuklah menganalisis setiap item tersebut. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan guru mengasingkan atau menggunakan item-item tersebut untuk tujuan ujian
seterusnya. Dalam hal ini kriteria yang perlu dititikberatkan ialah skor keseluruhan ujian
tersebut. Item yang berkualiti harus mempunyai ciri-ciri keakuran dari aspek kurikulum,
spesifikasi dan peluang. Oleh itu item atau soalan yang dibina juga hendaklah sesuai dengan
kehendak serta ketetapan.
Maka berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), saya ditugaskan untuk membina JSU
dan item-item soalan untuk seterusnya menilai kualiti JSU dan item soalan berpandukan
analisis item tersebut.
2
2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk membina JSU, langkah yang pertama
ialah perlu menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji dan masa yang digunakan untuk
mengajarkan tajuk-tajuk ini. Tajuk yang disenaraikan harus didapati daripada kurikulum
standard mata pelajaran berkenaan. Sebagai contoh saya memilih empat tajuk yang terdapat
di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi matapelajaran
Pendidikan Islam Tahun 2.
Bil Tajuk Masa Untuk Mengajar
1 Al-Quran – Tajwid (Hukum Mim Syaddah dan Nun Syaddah) 4 jam
2 Aqidah (Malaikat yang Setia) 3 jam
3 Sirah (Nabi Muhammad SAW Sahabat Sejati) 5 jam
4 Jawi (Rangkai Kata) 4 jam
Jumlah 16 jam
Rajah 1: Senarai tajuk dan masa yang diperlukan untuk mengajar.
Langkah yang kedua ialah memberi peruntukan markah bagi soalan yang hendak diuji
berdasarkan masa untuk pengajaran dan kepentingannya.
Bil Tajuk / Topik Masa untuk Peratus Markah Peratus markah
Mengajar muktamad
1 Al-Quran – Tajwid (Hukum Mim 4 jam 4 x 100 = 25 25
Syaddah dan Nun Syaddah) 3 jam 16 19
5 jam 3 x 100 = 18.8 31
2 Aqidah (Malaikat yang Setia) 4 jam 16 25
16 jam 5 x 100 = 31.3 100
3 Sirah (Nabi Muhammad SAW 16
Sahabat Sejati) 4 x 100 = 25
16
4 Jawi (Rangkai Kata)
Jumlah
Rajah 2: Peruntukan markah untuk soalan-soalan berdasarkan masa untuk pengajaran dan
kepentingannya.
3
Langkah seterusnya dalam pembinaan JSU adalah dengan menentukan aras kemahiran
untuk tajuk mengikut aras Taksonomi Bloom (semakan semula) iaitu mengingati, memehami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemudian menentukan aras kesukaran
berdasarkan jenis ujian. Jika ujian kriteria, aras kesukaran hampir sama, iaitu hampir semua
rendah atau tinggi bergantung pada sasaran dan tujuan ujian. Bagi ujian norma, aras
kesukaran biasanya mengikut lengkung norma dan penentuan seperti 25% soalan aras
mudah, 50% soalan aras sederhana dan 25% soalan aras sukar. Oleh itu, pembinaan JSU
ini, saya menggunakan nisbah 3:4:3 dalam menentukan aras item soalan.
Seterusnya adalah menentukan jenis item ujian. Berpandukan soalan tugasan, perlu
membina kedua-dua item objektif dan item subjektif. Kemudian, mengira jumlah item setiap
tajuk yang diuji dalam ujian iaitu dengan cara jumlah peratusan yang diperoleh sebentar tadi
dibahagi dengan 100 dan didarab dengan 20 iaitu jumlah item.
Langkah yang terakhir dalam pembinaan JSU (Rajah 3 dibawah) ini adalah dengan
melengkapkan Jadual Spesifikasi Ujian yang menggunakan nisbah 3:4:3 berserta
pembahagian peratus markah mengikut tajuk dan bilangan soalan / item.
4
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 – OKTOBER 2021
KBAR KBAT
Bil Aras Kemahiran Menilai
Bidang / Topik Menganalisis
Mengaplikasi
Mengingati
Memahami
1 Al-Quran - Tajwid 111 1
(Hukum Mim Syaddah dan Nun
Syaddah)
2 Aqidah 11 11
(Malaikat yang Setia)
3 Sirah 121 1
(Nabi Muhammad SAW Sahabat
Sejati)
4 Jawi 1 111
(Rangkai Kata)
Jumlah 4432 4
ARAS SOALAN : = 25% Disediakan oleh:
SOALAN ARAS RENDAH = 50%
SOALAN ARAS SEDERHANA = 25% Syahidah
SOALAN ARAS SUKAR …………………………
(NUR SYAHIDAH BI
GURU PENDIDIKAN
5
T
Mencipta Masa Peratus Kiraan Jumlah Wajaran
item
1 4 jam 25 25 x 20 = 5 5 25
100
3 jam 19 19 x 20 = 3.8 4 20
1 5 jam 100 6 30
31 31 x 20 = 6.2
100
1 4 jam 25 25 x 20 = 5 5 25
3 16 jam 100
100
100 20 item
Disahkan oleh:
…………… …………………………………………….
INTI KHALIL) (EN ABDULLAH RADZI BIN BAHARI)
N ISLAM TAHUN 2 PK PENTADBIRAN SKSTB
5
Bil Aras Item (Taksonomi Bloom) No. Item
1 Memahami 2, 7,10, 17
2 Mengingati 1, 8, 11, 12
3 Mengaplikasi 3, 14, 16
4 Menganalisis
5 Menilai 6, 18
6 Mencipta 4, 9, 13, 19
Jumlah 5, 15, 20
Rajah 4: Analisis Aras Item (Taksonomi Bloom) 20
3.0 PENGGUBALAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
Penggubalan item amat penting bagi memastikan murid-murid diuji dengan menggunakan
soalan yang selari dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Antara proses yang
perlu dititik beratkan sepanjang proses penggubalan item ialah dengan mengadakan
kolaborasi bersama rakan guru, guru-guru berpengalaman serta pensyarah penasihat.
Sepanjang proses pembinaan item dibuat, saya telah menghadiri kelas bimbingan kerja
kursus serta sering merujuk kepada rakan guru yang berpengalaman dan juga pensyarah
untuk mendapatkan tunjuk ajar serta penambahbaikan dalam menilai sejauh mana kualiti item
yang dibina.
Menurut Yaakob (2016), kolaborasi menjadi elemen penting kepada model Komuniti
Pembelajaran Profesional. Komuniti Pembelajaran Profesional dikenalpasti oleh para sarjana
masakini sebagai elemen yang mampu mengubah tradisi pendidikan kepada meningkatkan
kualiti pengajaran guru dan prestasi pencapaian muird
Penggubalan item juga penting supaya selaras sepertimana yang ditetapkan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). DSKP merupakan satu dokumen
yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP penting ketika penggubalan item
bagi memastikan item dibina mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran sepertimana
yang digariskan dalam DSKP. Dengan adanya DSKP, ianya memudahkan urusan guru untuk
melaksanakan pentaksiran dan pembinaan item tersebut.
6
CONTOH BENTUK ITEM UJIAN
BIL ARAS KEMAHIRAN SOALAN OBJEKTIF & SUBJEKTIF
)BIDANG ALQURAN (TAJWID
1 SOALAN 1 ب) ُهم ِمن ُكم ڤيليه باچاءن ن ڤد اية دباوه يڠ بتول.
Konstruk: Mengingat د) أَنعَم َت
Aras kesukaran: Mudah ا) فِ ْي َع َم ٍد ُّم َم َّد َد ٍة
چ) َو ِمن َش ِر النَّفَّاثَا ِت ِفي ا ْلعُقَ ِد
2 SOALAN 2 " تَ ْر ِمي ِهم ِب ِح َجا َر ٍۢة ِمن ِس ِجي ٍۢ ٍل "
Konstruk: Memahami اڤاکه حکوم باݢي باچاءن برݢاريس دأتس؟
Aras kesukaran: Sederhana
ب) مد أصلي ا) إقلاب
د) م شدة چ) إخفاء حقيقي
3 SOALAN 3 تمڤت کلوار بوڽي ن دان م اداله د ...........
Konstruk: Mengaplikasi
Aras kesukaran: Sederhana ب) ڤڠکل هيدوڠ ا) ليده
د) حلقوم چ) بيبير
4 SOALAN 4 " ِم َن _______ َوٱلنَّا ِس "
Konstruk: Menilai لڠکڤکن أية انم سورة الناس دأتس دڠن باچاءن ن شدة يڠ بتول.
Aras kesukaran: Sederhana چ) ٱ ْل ِجنَّ ِة ا) ٱ ْل َخنَّا ِس
د) ٱ ْل َو ْس َوا ِس ب) يُ َو ْس ِو ُس
5 SOALAN 5 توليس ساتو ڤرکاتاءن /اية ڤينديق يڠ مڠاندوڠي حکوم باچاءن
Konstruk: Mencipta ن شدة اتاو م شدة (سلاءين چونتوه دأتس).
Aras kesukaran: Sukar
......................................................................
7
BIL ARAS KEMAHIRAN SOALAN OBJEKTIF & SUBJEKTIF
BIDANG AQIDAH
ملائكة يڠ ممڤوڽاءي توڬس يڠ سام اياله ......
6 SOALAN 6 ا) منكر دان ناكير
Konstruk: Menganalisis
Aras kesukaran : Sederhana ب) اسرافيل دان جيبرايل
چ) رقيب دان عتيد
د) مالك دان رضوان
7 SOALAN 7 ملائكة اياله مخلوق يڠ دچيڤتاكن درڤد……..
Konstruk: Memahami
Aras kesukaran : Mudah چ( چهاي ا( اڤي
د( اڠين ب( ماتهاري
8 SOALAN 8 سياڤاكه ملائكة يڠ دتوڬسكن اونتوق منيوڤ سڠكاكالا؟
Konstruk: Mengingat ا) ملائكة عزرائيل
Aras kesukaran : Sederhana ب) ملائكة جبرائيل
چ) ملائكة ميكائيل
د) ملائكة إسرافيل
9 SOALAN 9 بريکوت مروڤاکن بوقتي کإيمانن ترهادڤ ملائکة کچوالي ...
Konstruk: Menilai ا) مڠعملکن سيکڤ برسدرهان دالم کهيدوڤن.
Aras kesukaran : Sederhana
ب) ملاکوکن دوسا دان معصية تنڤا سݢن سيلو.
چ) سوک برصدقة دان ممبنتو أورڠ لاءين.
د) ڤرچاي بهاوا ستياڤ ڤربواتن باءيق دان بوروق اکن دچاتت
اوليه ملائکة راقيب دان عتيد.
8
BIL ARAS KEMAHIRAN SOALAN OBJEKTIF & SUBJEKTIF
BIDANG SIRAH
سياڤاكه يڠ بوليه دجاديكن چونتوه تلادن يڠ باءيق دالم
10 SOALAN 10 برصحابت؟
Konstruk: Memahami
Aras kesukaran : Mudah ا) رسول الله صلى الله عليه وسلم
ب) ايبو باڤ
11 SOALAN 11
Konstruk: Mengingat چ) راكن سكوله
Aras kesukaran : Sederhana د) ݢورو -ݢورو
12 SOALAN 12 يڠ ماناکه يڠ بنر تنتڠ بلال بن رباح؟
Konstruk: Mengingat ا) ڤنمن نبي كتيك برهجرة.
Aras kesukaran : Sederhana
ب) کانق-کانق ڤرتام مملوق إسلام.
چ) منيڠݢل دنيا ڤد تاهون 13هجرة.
د) مڽرتاءي ڤرڠ بدر.
• دسيقسا دان دجمور دڤادڠ ڤاسير.
• منيڠݢل دنيا سبلوم هجرة.
• انقڽ كڤد عمار بن يا ِسر.
• بلياو دان سواميڽ يا ِسر بن أ ِمير دبونوه دڠن
كجم.
سياڤاکه صحابت نبي محمد (ص) دأتس؟
ا) بلال بن رباح
ب) علي بن أبي طالب
چ) سمية بنت خياط
د) أبو بکر الصديق
9
13 SOALAN 13 بريکوت مروڤاکن چارا برصحابت يڠ مڠيکوت سنة نبي محمد
Konstruk: Menilai (ص) کچوالي ...
Aras kesukaran : Sederhana ا) برکوڠسي ماکنن دسکوله دڠن صحابة.
ب) ملاوت راکن يڠ ترلنتر ساکيت.
چ) ممندڠ هينا ڤد أورڠ لاءين.
د) برکوڠسي علمو ددالم کلس.
14 SOALAN 14 “سيدنا ابو بكر دڤڠڬيل دڠن ڬلرن الصديق اوليه نبي محمد
Konstruk: Mengaplikasi (ص)".
Aras kesukaran : Sukar
ڽاتكن صفة يڠ اندا بوليه چونتوهي درڤد اخلاق نبي محمد
(ص)؟
..............................................................
15 SOALAN 15 سبوتکن ساتو نام صحابت نبي محمد (ص) يڠ لاءين (سلاءين
Konstruk: Mencipta چونتوه دأتس).
Aras kesukaran : Sukar
......................................................................
BIL ARAS KEMAHIRAN SOALAN OBJEKTIF & SUBJEKTIF
BIDANG JAWI
ابڠ مماکاي ..........کتيک منوڠݢڠ موتوسيکل.
16 SOALAN 16 ڤيليه جواڤن يڠ تڤت.
Konstruk: Mengaplikasi ا) توڤي کلندر
Aras kesukaran : Sederhana ب) توڤي کليدر
چ) توڤي ساوه
د) سربن
10
17 SOALAN 17 " الت توليس ايت کڤوڽاءن اديق " .رڠکاي کات دري اية اين
Konstruk: Memahami اياله .....
Aras kesukaran : Mudah ا) کڤوڽاءن
ب) اديق
18 SOALAN 18
Konstruk: Menganalisis چ) الت توليس
Aras kesukaran : Sukar د) ايت
19 SOALAN 19 Buku Teks
Konstruk: Menilai
Aras kesukaran : Mudah إيجاءن يڠ بتول اياله ....
ا) بوکو چريتا
20 SOALAN 20
Konstruk: Mencipta ب) بوکو توليس
Aras kesukaran : Sukar چ) بوکو تيکس
د) بوکو تيک س
بريکوت اداله چونتوه رڠکاي کات ،کچوالي:
ا) جم دينديڠ
ب) کريتا ڤوليس
چ) ڤرڤوستاکاءن
د) بس سکوله
بينا ساتو اية ڤينديق مڠݢوناکن رڠکاي کات "بولا سيڤق".
.....................................................
11
SKEMA JAWAPAN YANG DICADANGKAN
1چ 11 د
2د 12 چ
3ب 13 چ
4چ 14 ساي مستي ممڠݢيل راكن دڠن ڤڠݢيلن يڠ
.باءيق
5 Mana-mana jawapan yang ada Nun 15 Mana-mana jawapan yang ada, iaitu yang
Syaddah dan Mim Syaddah hidup dan rapat di zaman Nabi Muhammad
SAW samada khalifah, hamba, kanak-
kanak, wanita dan lain-lain.
6ا 16 ب
7چ 17 چ
8د 18 د
9ب 19 چ
10 ا 20 Mana-mana jawapan yang ada rangkai
kata “Bola Sepak”
4.0 PENUTUP
Pembinaan item-item soalan berpandukan kepada enam Aras Taksonomi Bloom sangat
memberi kesan kepada kualiti sesuatu item soalan yang akan ditadbir oleh murid-murid. Hal
ini dapat menekankan aplikasi pengetahuan, penguasaan dan perkembangan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif murid seiring bagi meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa. Malahan, kemahiran berfikir menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) menjadi inspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk terus berjaya di peringkat
global, merujuk kepada PPPM (2013-2015).
12
5.0 RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam. KPLI
Pengajian Islam & j-QAF. (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar.
Airasian, P. (2005). Classroom assessment: Concepts and applications. Boston: McGraw
Hills.
Azizi Ahmad. (2014). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Boon Pong Yin, Lee Leh Hong & Lawrenc Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Faridah Nazir, Faiziah Hj Shmasudin, Amran Bakar. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran
abad 21, hlm. 18-19. Petaling Jaya. Penerbit Sasbadi Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), Jurnal Kemahiran berfikir aras tinggi aplikasi di
sekolah. ISBN 978-967-420-076-3. Diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen standard kurikulum & pentaksiran
Pendidikan Islam. Pendidikan Islam Tahun 2. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan
Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Aktiviti dan buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2.
Mohamad Sahari Nordin. (2012). Pengujian Dan Penaksiran Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
IIUM Press
Rancangan Pengajaran Tahunan. Pendidikan Islam Tahun 2 Semakan KSSR.
Ryuga, K. M. (2013, Oktober 2). Maksud Penilaian Pengukuran Dan Pengujian. Retrieved
from https://www.scribd.com/doc/172630335/Maksud-Penilaian-Pengukuran-Dan-
Pengujian
Shamsina Shamsuddin. (2013). Penggubalan Item Ujian: Ke Arah Pelaksanaan PBS
Berkesan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
13