SMK INFANT JESUS CONVENT SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SEKOLAH CEMERLANG KBAT Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-49 Perasmi : YBhg. Encik Nasution Saad Putra bin Saad YDP PIBG SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru sesi 2022/2023 Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Nicholas Barre
Isi Kandungan Aturcara Majlis 2 Notis Mesyuarat PIBG 3 Kata Alu-aluan Pengetua 4 Kata Alu-aluan YDP PIBG 2022/2023 5 Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 PIBG kali ke-49 6 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 7-8 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 9- 18 Laporan Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2023 19 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023 20 Laporan Kewangan PIBG 2023 21-22 Usul / Cadangan 23-26 Penghargaan 27
Aturcara Majlis 7.30 pagi : -Pendaftaran dan kehadiran tetamu 8.00 pagi : -Ucapan aluan pengacara majlis -Bacaan doa 8.10 pagi : -Mesyuarat PIBG bermula -Ucapan YDP PIBG : Encik Nasution Saad Putra bin Saad -Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu : Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad -Membentang Laporan Tahunan PIBG : Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad -Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan : Cikgu Koh Kai Xin -Membahaskan usul -Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 -Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024 -Ucapan Penangguhan 10.00 pagi : -Bersurai 2
Notis Mesyuarat Agung 3
Sekapur Sireh Bonda Pengetua 4 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para ibu bapa yang memberikan komitmen untuk hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 49, tahun 2023. Komitmen tuan/puan menggambarkan bahawa t tuan/puan adalah ibu bapa yang hebat dan cemerlang. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga puteri-puteri SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru atas segala sokongan dan dokongan dalam merealisasikan kemenjadian murid dan keberhasilan sekolah berkualiti. Kepada Jawatankuasa PIBG 2022/2023, ‘Terima Kasih Sekalung Budi’ diucapkan. Komitmen tuan/puan amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk mengekalkan momentum kejayaan dan kecemerlangan seterusnya. Kepada Jawatankuasa PIBG 2023/2024 yang akan dilantik, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga pelantikan tuan/puan menjadi titik permulaan untuk tuan/puan lebih mendekati dan menghayati perjalanan sekolah dan memberikan sokongan padu kepada aktiviti berimpak tinggi yang dilaksanakan demi kecemerlangan puteri-puteri SMC. Penutup bicara, marilah kita berganding bahu, sederap sehaluan untuk memastikan SMK INFANT JESUS CONVENT JOHOR BAHRU terus gemilang dan kekal relevan sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK : 2009), SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT : 2012), SEKOLAH CEMERLANG KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI KPM (SC KBAT : 2018) dan SEKOLAH TRANSFORMASI (TS25 : 2021). Terima kasih. Salam Malaysia Madani, (ANDE NOOR MUNAWARA BINTI BACHOK) Pengetua Cemerlang SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru.
Sekapur Sireh YDP PIBG 5 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Alhamdulillah, saya dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya berganding bahu bersama-sama barisan guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dalam mendokong misi dan visi gemilang sekolah. Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa bersama-sama dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini. Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 ini. Sekian, terima kasih. (Nasution Saad Putra bin Saad) Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru
Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Penasihat : Bonda Hajah Ande Noor Munawara binti Bachok YDP PIBG : Encik Nasution Saad Putra bin Saad NYDP PIBG : Puan Noraini binti Ahmad Setiausaha : Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad Bendahari : Cikgu Koh Kai Xin Cikgu Siti Aisyhah binti Abdul Aziz Cikgu Nur Syarafina binti Rosle Cikgu Mazlan bin Mastor Cikgu Amminurzaheed bin Abu Bakar Cikgu Ng Han Guan Cikgu Marzuqi bin Madzland Cikgu Nurul Amira Binti Ali AJK IBU BAPA Pn. Helen Joo Shwu Fung Dr. Lee Yoong Wei Dr. Low Siow Yong Pn. Seng Yen Phing En. Christopher Ling Siew Ming Pn. Nor Azlinda binti Abdullah Pn. Nurhairin binti Md Razali AJK GURU Juru Audit : Pn. Elizabeth Anne Louis Pemegang Amanah : Pn. Rajamaaal A/P Ramakrishnan 6
Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad Cikgu Koh Kai Xin En. Rashidi bin Abdul Wahab Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 Penyelaras : Cikgu Mazlan bin Mastor Jemputan Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad Pengacara Majlis Cikgu Amminurzaheed Bin Abu Bakar Pamplet Program Cikgu Nur Syarafina binti Rosle Penyelaras : Cikgu Nik Noor Marziana binti Nik Mahmud Pendaftaran Cikgu Radiah binti Isa Cikgu Subuletchumy a/p Seenivasan Persiapan tempat Cikgu Marzuqi bin Madzland Cikgu Amminurzaheed bin Abu Bakar Cikgu Mohd Hakimi Asyraf bin Salleh Cikgu Muhamad Zul Aiman bin Zulkiflee Buku Pelawat Cikgu Siti Naimah binti Md. Saim Fotografi Cikgu Chua Yit Hua Ahli Kelab Fotografi 7
Backdrop, ICT dan Slide Power Point Cikgu Ng Han Guan Cikgu Nur Farhanah binti Cikal Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 Penyelaras : Cikgu Nani Rahayu binti Mohd. Salleh Bacaan Doa Cikgu Mohd Hakimi Asyraf bin Salleh PA Sistem Cikgu Yusuf Qardhawi bin Abdul Rahman Penyediaan dan Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG Cikgu Siti Zulaikha binti Muhamad Subri Cikgu Bavaani Priya a/p Pachappan Penyelaras : Cikgu Kamala a/p Ramakrishman Goodies bag Cikgu Wan Nazariah binti Wan Mahmood (K) Cikgu Nurul Amira binti Ali Cikgu Azwa Ezzati binti Mahadzir Mengira bilangan undi Cikgu Radha a/p Kunabalan (K) Cikgu Intan Nor Farizza binti Abd Majid Cikgu Idayu binti Ramli Cikgu Yusuf Qardhawi bin Abdul Rahman Cikgu Chua Lee Fang Dokumentasi Cikgu Saadiah binti Sageh Pencatat Minit Mesyuarat Cikgu Siti Aisyhah binti Abdul Aziz Cikgu Sab’aasitabinti Raman @ Nor Cikgu Zarina binti Husin 8
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 9 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INFAT JESUS CONVENT, JOHOR BAHRU MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 TAHUN 2022 Tarikh : 19 Jun 2022 ( Ahad) Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan St. Nicholas Barre SMK IJ Convent, Johor Bahru Pengerusi : Pn Seng Yen Phing Kehadiran : 103 orang ( Sila rujuk lampiran ) Turut Hadir : Tiada 1 UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SMK IJ CONVENT JOHOR 1.1 Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Binti Bachok selaku Pengetua SMK IJ Convent mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan guru-guru dengan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kesudian para ibu bapa dan guru untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke- 48 ( MAT PIBG 48 ). 1.2 Pengetua telah maklum dengan kesungguhan para ibu bapa dan penjaga kerana berusaha untuk menjelaskan wang sumbangan PIBG. Pengetua juga maklum dengan komitmen ibu bapa dan penjaga untuk menjelaskan bayaran tunggakan sumbangan PIBG bagi tahun 2021. 1.3 Pengetua memaklumkan bahawa SMK IJ Convent telah megadakan majlis Graduasi dan Pengumuman SPM 2021. Pihak PIBG telah mengeluarkan sebanyak RM9050 untuk 67 orang pelajar cemerlang SPM 2021. Sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2021 seiring dengan sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sekolah telah mencapai gred purata sekolah (GPS) 1.45 dan ini telah menjadikan SMK IJ Conventsebagai sekolah terbaik mengalahkan semua sekolah MRSM di Malaysia. 1.4 Pengetua juga menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini kurang memberangsangkan dan mengharapkan ibu bapa memberikan kerjasama yang sangat baik untuk perjumpaan yang seterusnya. 1.5 Pengetua sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa, guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang berjaya hadir dan memberikan komitmen yang sangat baik. Tindakan : Makluman
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 10 2 UCAPAN YDP PIBG SMK IJ CONVENT 2.1 Pn. Seng Yen Phing selaku YPD PIBG melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke mesyuarat PIBG kali ini sebagai tanda sokongan dan keterlibatan ibu bapa dalam pembangunan dan perkembangan anak-anak di SMK IJ Convent ini. 2.2 YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana MAT PIBG 48 yang membuat persediaan untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan sepenuhnya secara bersemuka pada tahun ini. Seterusnya, YDP mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 yang memberikan kerjasama, menyokong dan membantu beliau dengan penuh komitmen. Selanjutnya, YDPmengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua guru dan ibu bapa kerana sekolah telah mencapai kejayaan yang cemerlang.dalam SPM 2021. 2.3 YDP mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat dan meneruskan kerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan melonjakkan prestasi ke tahap tertinggi di SMK IJ Convent. Tindakan : Makluman 3 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 3.1 Cikgu Nur Ain Nasuha selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2022/2023 membentangkan minit mesyuarat yang lepas. ( Sila rujuk lampiran ) 3.2 Pengesahan minit mesyuarat :- Cadangan : Pn. Helen Joo Shwu Fung ( AJK Ibu bapa ) Sokongan : Pn. Nor Azlinda Binti Abdullah ( AJK Ibu Bapa ) 4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara-perkara yang dibangkitkan.
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 11 5 MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 5.1 Cikgu Nur Ain Nasuha selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2020/2021 membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PIBG sepanjang tahun lepas. ( Sila rujuk lampiran ) 5.2 Cikgu Nur Ain Nasuha menjelaskan klasifikasi aktiviti berdasarkan Penglibatan, Tajaan dan Inisiatif PIBG. Penglibatan bermaksud jemputan dan kehadiran ahli-ahli PIBG ke program-program yang dijalankan. Tajaan pula merupakan pembiayaan PIBG terhadap program-program sekolah sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan hal ehwal pelajar seperti yuran, pengangkutan dan penginapan sepanjang program dijalankan. Manakala inisiatif ialah hasil usaha atau idea AJK PIBG dalam menyokong dan membantu melancarkan program-program di sekolah. 5.3 YDP memaklumkan bahawa minit mesyurat dan buku program tidak dicetak kerana pihak PIBG mengalami masalah kewangan disebabkan ramai pelajar tidak membayar wang sumbangan PIBG. Semua ahli PIBG merujuk link buku program yang telah disediakan. 5.4 Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG:- Cadangan : Dr. Low Siow Yong ( AJK PIBG) Sokongan : Cikgu Haslinda Binti Thaleb ( GURU) Tindakan : Makluman
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 12 6 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN 6.1 Bendahari Kehormat PIBG iaitu Cikgu Koh Kai Xin membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2021. ( Sila rujuk lampiran ) 6.2 Berdasarkan laporan kewangan tersebut, bendahari menyatakan bahawa baki akhir atau dana terkumpul adalah sebanyak RM174,684.22 iaitu sebanyak RM145,796.02 merupakan kumpulan dana-dana kutipan tunai dan sebanyak RM28,888.20 merupakan simpanan tetap.Kedua-dua dana ini disimpan di Public Bank Berhad. 6.3 Keseluruhan perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM142,379.88 bagi membayar pelbagai pembiayaan dan tajaan kepada aktivitiaktiviti sekolah. 6.4 Pengetua memaklumkan bahawa bayaran penyelenggaraan adalah bertujuan untuk membaiki tandas dan kemudahan sekolah. Hal ini disebabkan sekolah Convent merupakan bangunan lama dan banyak kemudahan perlu diselenggarakan. Selain itu, pengetua menjelaskan bayaran kebajikan guru adalah untuk guru yang berpindah sebagai tanda kenangan daripada pihak sekolah. Selanjutnya, kegunaan wang sumbangan adalah untuk Majlis Anugerah Cemerlang Kokorikulum, sarapan untuk calon SPM 2020 dan duit tersebut digunakan pada tahun 2021. Pihak sekolah juga perlu membayar gaji guru ganti, kemudahan PdPC dan membayar bil utiliti sekolah. Hal ini demikian kerana bayaran utilti memang ditanggung oleh pihak PIBG melalui wang sumbangan PIBG. Pengetua menegaskan agar pihak PIBG membantu pihak sekolah untuk menguruskan perbelanjaan yang melibatkan sekolah. 6.5 Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG:- Cadangan :Puan Noraini Binti Ahmad( Naib YDP PIBG) Sokongan : Puan Seng Yen Phing ( YDP PIBG) Tindakan : Makluman
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 13 7 PEMBENTANGAN USUL PIBG 7.1 Keselamatan 7.1.1 Usul 1 : Wong Kit Wan mencadangkan Pegawai Keselamatan untuk mengawal anak pergi dan balik sekolah . Maklumbalas :Pengetua memaklumkan bahawa tugas Pengawal Keselamatan hanya berada di dalam kawasan sekolah/ kawasan pagar sahaja. Pengawal Keselamatan hanya boleh membantu untuk mengawal lalu lintas sahaja dan pihak PIBG memberi sedikit habuan kepada Pengawal Keselamatan atas tanda terima kasih. Seterusnya, Pengetua memaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang membuat pusingan U di hadapan sekolah dan ini membahayakan pengguna jalan raya sehingga telah berlaku kemalangan di hadapan sekolah. 7.2 Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) 7.2.1 Usul 1 : 4.1 Memastikan penilaian dilakukan kerana PT3 sudah diberhentikan. (Wong Kit Wan). Maklumbalas :Pengetua menyatakan Pentaksiran Bilik Darjah , PAJSK dan Psikometrik masih dijalankan seperti yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan pentaksiran tersebut pihak sekolah akan merujuk kepada semua pentaksiran yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga mengambil kira rayuan untuk memasuki aliran secara bersyarat untuk memantau kecenderungan minat pelajar. Sekiranya murid-murid yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh, MRSM atau kolej, murid tersebut perlu menjalani penilaian khusus. Untuk memasuki aliran tingkatan murid akan dinilai melalui PBD semasa mereka berada di tingkatan 1, 2 dan 3.
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 14 7.2.2 Usul 2: Kelas Bahasa Cina - penilaian dilakukan biarpun tidak memilih untuk dimasukkan dalam peperiksaan. Saya ingin tahu kenapa kelas Bahasa Cina selalu dibatalkan dan maklumat itu hanya disampaikan pada hari yang sama. (Wong Kit Wan). Maklumbalas :Pengetua memaklumkan bahawa kelas Bahasa Cina kerap dibatalkan kerana terdapat arahan secara mendadak menyebabkan kelas terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan dan kekurangan guru Bahasa Cina. Cikgu Koh akan menyediakan program untuk mengatasi masalah tersebut. 7.2.3 Usul 3: Saya mendapat tahu bahawa ada pelajar pengsan pada perhimpunan rasmi hari Ahad Apakah puncanya? (Puan Tachainy a/P Ramalingam) Maklumbalas : Pengetua menyatakan bahawa keadaan dewan yang panas menyebabkan terdapat murid yang pengsan ketika perhimpunan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak bersarapan dan menyebabkan pengsan. Pengetua menyarankan agar ibu bapa memastikan anak-anak mengambil sarapan atau makanan berat dahulu sebelum ke sekolah bagi pelajar sesi petang untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 7.2.4 Usul 5: Puan Tachainy a/P Ramalingam ( Harshini a/p Tharmaraj 1 Francis ) – Pelajar stres kerana terlalu banyak kerja rumah diberikan kepada pelajar, minta para guru untuk mengurangkan kerja sekolah yang diberikan. Encik Nasution Saad Putra bin Saad tidak bersetuju dengan usul tersebut kerana pelajar akan berdikari untuk mengurus masa dengan baik. Maklumbalas :Pengetua akan memastikan pelajar akan diberikan kerja rumah dengan memberikan masa untuk pelajar menyiapkannya. Pengetua menyarankan ibu bapa agar anak-anak diberikan bimbingan dan dorongan. Sekiranya anak-anak mengalami masalah, sila merujuk kepada pengetua dan guru subjek.
15 7.3 Sumbangan PIBG 7.3.1 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 mencadangkan supaya sumbangan PIBG dikekalkan jumlah RM300.00 sekeluarga. Cadangan mengekalkan sumbangan PIBG adalah berdasarkan kepada majoriti undian semua yang hadir. 7.3.2 Pengetua memaklumkan bahawa bayaran sumbangan untuk murid bukan warganegara adalah sebanyak RM 33.50 iaitu: Cadangan disokong oleh semua yang hadir. BUTIRAN JUMLAH (RM) MSSM 4 . 0 0 TakafuL 1.50 Kokur ikulum 6.00 Ker tas ujian 10.00 K e g i a t a n P e n d i d i k a n I s l a m / P e n d i d i k a n M o r a l 6.00 Sukan Tahunan 6.00 JUMLAH RM33.50 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
16 7.4 Bayaran Majalah Sekolah 7.4.1 Bayaran majalah sekolah akan dinaikkan sebanyak RM30 daripada bayaran sebelumnya iaitu RM20 kerana berlakunya peningkatan kos dan bersetuju untuk membuat e-Majalah.Semua ibu bapa bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut dan duit majalah yang dikumpulkan oleh Bendahari PIBG akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah. Tindakan : Bendahari 7.5 Infrastruktur 7.5.1 Puan Poh Huey Inn mencadangkan agar membina susur gajah di luar pejalan kaki. Maklumbalas :Pengetua memaklumkan cadangan tersebut perlu meminta kebenaran dari pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru 8 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021 8.1 Pn Seng Yen Phing selaku Yang Dipertua PIBG 2021/2022 telah mengisytiharkanpembubaran AJK PIBG 2021/2022. Tindakan : Makluman Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
17 9 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA DAN PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN PIBG SESI 2021/2022 9.1 Pn Seng Yen Pheng dengan sukarela menjadi pengerusi sementara. 9.2 Pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG telah dibuat secara undian. Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023. Jawatan Nama Yang Dipertua :En Nasution Saad Putra Bin Saad Naib Yang Dipertua : Pn. Noraini Binti Ahmad Setiausaha : Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad Pen. Setiausaha : Cikgu Siti Aisyhah binti Abdul Aziz Bendahari : Cikgu Koh Kai Xin Pen. Bendahari : Cikgu Nur Syarafina binti Rosle AJK Ibu Bapa : Pn. Helen Joo Shwu Fung : Pn. Nor Azlinda binti Abdullah : Dr. Lee Yoong Wei : Dr. Low Siow Yong : Pn. Seng Yen Phing : Pn. Nurhairin binti Md. Razali : En. Christopher Ling Siew Ming Pemegang Amanah : Pn. Rajamaaal A/P Ramakrishnan Juru Audit : Pn. Elizabeth Anne Louis AJK Guru - Infrastruktur : Cikgu Mazlan Bin Mastor AJK Guru – Pembangunan Sukan dan Kemenjadian Murid : Cikgu Amminurzaheed Bin Abu Bakar AJK Guru – Pembangunan ICT : Cikgu Ng Han Guan Setiausaha PIBK ( Penyelaras : Cikgu Marzuqi bin Madzland Pen. Setiausaha PIBK : Cikgu Nurul Amira binti Ali KSIB : Dr. Wong Kit Wan : Pn. Pramitta Subramaniam : En. Saliman bin Saman Tindakan : Makluman Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
18 9.3 Pengerusi sementara dan juga Pengetua mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG Sesi 2022/2023 dan berharap supaya ahli-ahli jawatankuasa dapat memberikan sokongan, bantuan dan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah bagi memacu SMK IJ Convent ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Tindakan : Makluman 9.4 En Nasution Saad Putra Bin Saad selaku YDP baharu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik dan berharap dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. YDP baru juga mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan atas lantikan dan mengharapkan bantuan dan sokongan daripada ahli-ahli jawatankuasa lama dan pihak sekolah. Tindakan : Makluman 10 HAL-HAL LAIN -Tiada 11 PENANGGUHAN MESYUARAT 11.1 En Nasution Saad Putra Bin Saad selaku YDP PIBG yang baharu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik. Beliau berharap agar ahli-ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik dapat memainkan peranan dan bekerjasama untuk meneruskan rancangan dalam apa-apa jua bidang. Beliau juga berharap agar ibu bapa akan turut terlibat dengan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG untuk kebaikan semua pihak. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari. Disediakan oleh Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK IJ Convent, Johor Bahru Tarikh : 26 Jun 2022 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
Bil Nama Februari April Mei Julai September Disember 1 Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Bachok / / / x / / 2 En. Nasution Saad Putra bin Saad / / / / / / 3 Pn. Noraini binti Ahmad / / X / x / 4 Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad / / / / / / 5 Cikgu Siti Aisyhah binti Abdul Aziz X / / X / / 6 Cikgu Koh Kai Xin / / / X / X 7 Cikgu Nur Syarafina binti Rosle / X / / X / 8 Pn. Helen Joo Shwu Fung / / / / X X 9 Dr. Lee Yoong Wei X / / X / / 10 Dr. Low Siow Yong / / / / X X 11 Pn. Seng Yen Phing / / / X / / 12 En. Christopher Ling Siew Ming X / X X / / 13 Pn. Nor Azlinda binti Abdullah / / X / / X 14 Pn. Nurhairin binti Md Razali / X / / X / 15 Pn. Elizabeth Anne Louis / / X / / / 16 Pn. Rajamaaal A/P Ramakrishnan X X / X X X 17 Cikgu Mazlan bin Mastor / X / / / / 18 Cikgu Amminurzaheed bin Abu Bakar X X / X / / 19 Cikgu Ng Han Guan / / / / / / 20 Cikgu Marzuqi bin Madzland / X X X / / 21 Cikgu Nurul Amira Binti Ali X / X X / X Laporan Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sepanjang sesi 2022/2023, Jawatankuasa PIBG telah memberikan komitmen yang baik bagi memastikan kebajikan murid-murid dan seluruh warga SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru terjamin. Sebanyak lima kali mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara. Berikut ialah senarai kehadiran setiap ahli jawatankuasa dalam setiap mesyuarat yang diadakan. 19
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 20 Bulan Butiran Aktiviti Catatan Januari -Tiada - Februari - Mesyuarat AJK PIBG Bil 4 Sesi 2021/2022 Inisiatif Mac -Tiada - April - Mesyuarat AJK PIBG Bil 5 Sesi 2021/2022 - Breakfast and Lunch On Me Inisiatif Tajaan Mei - Mesyuarat AJK PIBG Bil 6 Sesi 2021/2022 - Program Bakul Ramadan - Majlis Perpisahan Guru (Cikgu Hazura dan Cikgu Juraida) Inisiatif Inisiatif dan Penglibatan Tajaan Jun - Majlis Pengumuman Keputusan SPM dan Graduasi Tajaan dan Penglibatan Julai - Mesyuarat AJK PIBG Bil 1 Sesi 2022/2023 - Sambutan Hari Guru Inisiatif Tajaan dan Penglibatan Ogos - Hari Sukan Sekolah - Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi - Majlis Apresiasi Kecemerlangan - Laman Minda Sihat - Program Peningkatan Akademik (Modul) - Program Kokurikulum Tajaan dan Penglibatan Tajaan Tajaan Tajaan dan Penglibatan Tajaan Tajaan September - Mesyuarat AJK PIBG Bil 2 Sesi 2022/2023 - Program Kokurikulum - Program Perkhemahan Perdana Inisiatif Tajaan Tajaan Oktober - Program Koakademik - Program Kokurikulum - Mesyuarat AJK PIBG Bil 3 Sesi 2022/2023 Tajaan Tajaan Inisiatif November - Bengkel Teknik Menjawab Prinsip Akaun - Program SLB Tajaan Tajaan Disember - Mesyuarat AJK PIBG Bil 4 Sesi 2022/2023 - Pembelian Smart TV Inisiatif Inisiatif dan Tajaan
Laporan Kewangan 21
Laporan Kewangan 22
1.1 Kemudahan tandas (tiada latches) dan kipas angin diperbaiki dan ditambah dalam kelas demi mewujudkan sekolah yg kondusif Rasheeda Kamal Rifa Han Binti Shahul Hamid 3 Charles 1.2 Tandas sekolah harus dibersihkan.. Paip di tandas harus dibaiki juga.. Mariappan A/L Vadiveloo Kirithika A/P Mariappan 2 Charles 1.3 Peningkatan taraf dan memudahkan tandas contohnya pintu tandas yang boleh dikunci. Tan Mei Mei Loh Jing En 3 Fidelis 1.4 Penambahanbaikan tandas dan perlu laksanakan penjadualan kebersihan yang kerap untuk keselesaan semua murid Zareena Putri Putri Myra Aleesya 3 Simon 1.5 Penambahan kipas di dewan Norfazilah binti Bachok Wan Nur Sabrina binti Wan Sulaiman 1 Fidelis 1.6 Nak tanya kenapa kelas lain tiada smart TV di kelas? Hanya kelas 5 Francis yang ada. Sue Hee Zi Huey Hee Zi Wei 5 Simon 4 Simon 1.7 Mencari dana untuk menambahbaik surau sekolah. cadangan mewujudkan KSIB bg membantu dr segi kemudahan seperti kipas dlm kelas . Mohd Fazlin Bin Mohd Hairi Amanda Binti Mohd Fazlin 2Francis Usul dan Cadangan 23 1.0 Infrastruktur
2.1 Mengadakan kelas tuisyen seminggu awal sebelum peperiksaan. Wong Yee Fong Cham En Rou 1 Helen 2.2 Kelas Bahasa Tamil diadakan semasa waktu persekolahan ataupun dilmulakan lewat selepas jam 11pagi. Punitha A/P Sivagnanam Manusrii A/P Nagendran 1 Simon 2.3 saya berharap guru guru dapat meluang masa utk membantu anak anak yang lemah dalam subjek teras seperti mengadakan kelas tambahan dari tingkatan 4 sampailah ke tingkatan 5 Dan baik untuk pelajar2 dari kelas yg kebelakang Suhaili ismail Kasih Nursyahmiena Binti Ishak 4 Helen 2.4 Extra experiment in science subject Yenny Kezia khor ming jia 1 Simon 3.1 Mohon pihak sekolah kawal pengunaan handphne anak2 ke sekolah ataupun anak2 tidak boleh membawa handphne ke sekolah kerana ini membawa kesan yg agak kurang sihat dikalangan mereka diwaktu persekolahan. Rozita Ramli Putri Nur Damia 3 Fidelis 3.2 Bagaimanakah sekolah mengatasi masalah Bully di sekolah, terutamanya di kalangan murid Tingkatan 1? Lee Por Hung Lee Xue Qi 1 Charles Usul dan Cadangan 24 2.0 Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPC) 3.0 Kebajikan Murid
4.1 Mengadakan lawatan ke pusat pengajian tinggi atau university supaya pelajar mengenali pilihan yang mereka ada di masa hadapan. Selain itu, lawatan sebegitu juga boleh merangsangkan motivasi di kalangan pelajar. Cham Hong Cheong Cham En Rou 1 Helen 4.2 Harap hari sukan dapat ditukar pada hari sabtu supaya dapat menyenangkan ibu bapa. Lau Lee Ying Tho Kai Qing 2 Francis 5.1 Why telegram/whatspp group for parents off for discussion? Sometimes we need discussion for some children n school issues too. Malathy Subramaniam Sasmithaa Nantha Kumar 5 Simon 5.2 Ibu bapa memerlukan satu channel utk berkomunikasi bersama pihak sekolah. Sebagai contoh, telegram atau whatsapp grp dimana kedua-dua pihak boleh berkomunikasi. Ini bukanlah sesuatu yang baru dimana semua sekolah lain mempunyai satu platform utk ibu bapa dan pihak sekolah berkomunikasi Geeta Ann & Chandran Diya Jaszmiin Chandran 2 Francis Usul dan Cadangan 25 4.0 Program/ Aktiviti 5.0 Komunikasi
6.1 To get common consensus before any major decisions are made Michael Bay Marian Francine Bay 1 Fidelis 6.2 Semua pengeluaran / perbelanjaan perlu diputuskan dalam mesyuarat AJK kecuali penyelenggaran yang memerlukan tindakan segera atau bersifat kecemasan bagi tujuan menjaga kebajikan pelajar. Seng Yen Phing Cheng Jia Yu 3 Francis 6.3 Ketetapan dibuat dgn persetujuan AJK yg dilantik dalam mesyuarat AJK kali pertama yang diadakan bagi tempoh pelantikan sesi / tahun tertentu. Christopher Ling Siew Ming Cheryl Ling Chun Zhen 5 Francis Usul dan Cadangan 26 6.0 Mandat Jawatankuasa PIBG
Sekalung Penghargaan YDP serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Infant Jesus Convent Pengetua Cemerlang SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 dan Ibu Bapa Pelajar SMK Infant Jesus Convent