The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10014543, 2022-06-15 22:40:49

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

• 19 JUN 2022 ( AHAD ) •

• 10.00 PAGI •
• DEWAN NICHOLAS BARRE •

Isi Kandungan

3BIL KANDUNGAN HALAMAN

1 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 3
2021/2022

2 Kata Alu-aluan 4
Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Binti Bachok
Pengetua Cemerlang 5
SMK IJ Convent Johor Bahru
6
3 Kata Alu-aluan 7
Pn. Puan Seng Yen Phing 16
Yang Dipertua PIBG 17
SMK IJ Convent Johor Bahru 18
20
4 Aturcara
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

5 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru
Kali Ke-47 Tahun 2020/2021

6 Laporan Kehadiran Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa PIBG
Tahun 2021/2022

7 Laporan Aktiviti Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
Tahun 2021/2022

8 Laporan Kewangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

9 Usul dan Cadangan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48

10 AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali 22
Ke-48

11 Penghargaan 23

2

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/2022

Bil Nama Jawatan
1 Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Bachok Ex-Officio
2 Pn. Seng Yen Phing YDP
3 Pn. Noraini Binti Ahmad NYDP
4 Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad Setiausaha Kehormat
5 Cikgu Zalila Binti Munaim Pen. Setiausaha
6 Cikgu Koh Kai Xin Bendahari Kehormat
7 Dr. Low Siow Yong AJK Ibu Bapa
8 Pn. Nor Azlinda Binti Abdullah AJK Ibu Bapa
9 Pn. Elizabeth Anne Louis AJK Ibu Bapa
10 Pn. Helen Joo Shwu Fung AJK Ibu Bapa

11 En. Christopher Ling Siew Ming AJK Ibu Bapa

12 Pn. Pramitta A/P Subramaniam AJK Ibu Bapa
13 En. Michael Bay Kuan Wei AJK Ibu Bapa
14 En. Gavin Lim Theng Whuwa Juru Audit

15 Pn. Rajamaaal A/P Ramakrishnan Pemegang Amanah

16 Cikgu Mazlan Bin Mastor AJK Guru – Pembangunan Infrastruktur
AJK Guru – Pembangunan Sukan dan
17 Cikgu Amminurzaheed Bin Abu Bakar Kemenjadian Murid
AJK Guru – Pembangunan ICT
18 Cikgu Ng Han Guan Setiausaha PIBK
19 Cikgu Marzuqi bin Madzland KSIB
20 Pn. Ashadewi A/P Nandan KSIB
21 En. Ivan Teo Teck Wee KSIB
22 En. Heng Chang Meng

3

Kata Alu-aluan
Yang Berusaha Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Binti Bachok

Pengetua Cemerlang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua warga
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru, Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG, ibu bapa, tuan-tuan
dan puan-puan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua AJK PIBG atas segala
kerjasama, sokongan, bantuan dan cadangan yang telah diberikan kepada sekolah untuk
mencari dana dan melakukan penambahbaikan dari segi infrastruktur dan prasarana sekolah
demi keselesaan semua warga SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan
usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 pada tahun ini dapat diadakan. Pada
kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga
murid SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru atas segala sokongan yang tidak terhingga
dalam semua program kemenjadian murid yang dilaksanakan. Kehadiran ibu bapa pada hari
ini menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai
cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan
kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan
kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat
ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu
dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya.

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya
dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat
dilahirkan sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang banyak memberi
sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-
masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang
berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.

Sekian, terima kasih.

(HJH. ANDE NOOR MUNAWARA BINTI BACHOK)
Pengetua Cemerlang
SMK I.J. Convent,
Johor Bahru.

4

Kata Alu-aluan

Yang Dihormati Pn. Seng Yen Phing

Yang Dipertua PIBG

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan ibubapa
yang menghadiri Mesyuarat Agung kali ke-48 Tahun 2022. Terima kasih juga kepada
Penasihat Persatuan Ibubapa dan Guru-guru, Puan Ande yang telah berusaha
sepanjang tahun persekolahan 2021. Dan akhir sekali, saya ucapkan terima kasih
kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah menyumbang tidak kira dari segi kewangan
ataupun bukan kewangan dalam segala aktiviti PIBG.

Kehadiran tuan/puan dalam mesyuarat ini, jelas menunjukkan bahawa tuan/puan
adalah ibubapa yang komited terhadap perkembangan Pendidikan bagi anak-anak kita.
Kehadiran tuan/puan dalam platform ini juga amat penting demi menjayakan agenda
Pendidikan terutamanya dalam mencetuskan dan menyumbangkan ide-ide demi
mengekalkan tahap kecemerlangan sekolah.

Persatuan Ibubapa dan Guru-guru didokong sepenuhnya oleh ibubapa dan guru-
guru demi memastikan anak-anak kita dapat menimba ilmu dalam suasana
pembelajaran yang selesa. Semua AJK diamanahkan melalui pemilihan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan secara terbuka dimana AJK ini memainkan peranan menjadi
perantara sekolah dan juga ibubapa.

Memandangkan Sekolah Menengah Infant Jesus Convent merupakan sekolah
Mubaligh dan bukan bantuan penuh Kerajaan, PIBG perlu memainkan peranan yang
penting dalam memastikan infrastruktur sehinggalah ke aktiviti dan operasi sekolah
dalam keadaan baik dan berjalan dengan lancar.

Setiap usaha mesti diberi pulangan yang lebih bermakna. Dalam menghadapi situasi
Pandemik Covid-19, usahasama daripada para Pengurusan sekolah, dari Pengetua
Sekolah, Cikgu-cikgu, para pentadbir sekolah, sekuriti, sehinggalah mereka yang
menjaga kebersihan sekolah telah bertungkus-lumus bersama para ibubapa untuk
memastikan para pelajar dapat hadir ke sekolah dalam keadaan yang selamat dan juga
terkawal. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang usaha-usaha yang mulia
ini termasuklah mereka yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan.

Dalam pada itu, tidak juga lupa kepada para pelajar yang telah menyumbang diri
dalam pelbagai aktiviti tidak kira akademik ataupun ko-korikulum yang telah berjaya
memenangi pencapaian yang cemerlang dalam Negeri Johor mahupun di pentas
kebangsaan. Syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengharumi nama SMKIJC.

Akhir kata, sebagai YDP PIBG tahun 2021, saya ingin ucapkan terima kasih kepada
Pengetua Sekolah, Cikgu-cikgu, dan juga ahli-ahli PIBG yang lain serta seluruh ibubapa
pelajar yang telah memberi kerjasama yang sepenuh masa demi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. Syabas juga kepada semua dan semoga usahasama
ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

5

Atur cara
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48

10.00 pagi - Pendaftaran dan kehadiran tetamu
10.30 pagi - Mesyuarat PIBG bermula
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan Doa

- Ucapan Yang Dihormati
Puan Seng Yen Phing, YDP PIBG

- Ucapan Yang Berusaha
Puan Hajah Ande Noor Munawara binti Bachok,
Pengetua Cemerlang SMK IJ Convent

- Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
yang lalu oleh Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad,
Setiausaha Kehormat

- Laporan Aktiviti Tahunan PIBG oleh
Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad,
Setiausaha Kehormat

- Membentang dan mengesahkan Laporan Kewangan
oleh Cikgu Koh Kai Xin, Bendahari Kehormat

- Membahaskan usul

- Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022

- Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG bagi Tahun
2022/2023

- Pemilihan Juru Audit Dalaman

- Ucapan Penangguhan

- Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG

1.00 tengah hari - Bersurai

6

Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

Kali Ke-47 Tahun 2020/2021

Tarikh : 22 Mei 2021 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lokasi Google Meet masing-masing
Pautan : Saluran Khas - http://gg.gg/MATPIBG47-KHAS

Saluran Guru - http://gg.gg/MATPIBG47-Guru
Saluran Ibu Bapa Tingkatan 1 - http://gg.gg/MATPIBG47-F1
Saluran Ibu Bapa Tingkatan 2 - http://gg.gg/MATPIBG47-F2
Saluran Ibu Bapa Tingkatan 3 - http://gg.gg/MATPIBG47-F3
Saluran Ibu Bapa Tingkatan 4 - http://gg.gg/MATPIBG47-F4
Saluran Ibu Bapa Tingkatan 5 - http://gg.gg/MATPIBG47-F5

Pengerusi : Pn. Manjit Kaur a/p Amar Singh

Kehadiran : 104 orang ( Sila rujuk lampiran )

Turut Hadir : Tiada

Ucapan Pengetua SMK IJ Convent Johor

1.1 Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Binti Bachok selaku Pengetua SMK IJ Convent
mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan guru-guru dengan mengucapkan
tahniah dan terima kasih atas kesudian para ibu bapa dan guru untuk hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 47 ( MAT PIBG 47 ) secara atas talian ini
yang merupakan pendekatan mesyuarat secara norma baru akibat pandemik
Covid-19 sejak tahun 2020.

1.2 Pengetua memaklumkan bahawa SMK IJ Convent masih lagi bertanggungjawab
sebagai Sekolah Cemerlang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ). Sehubungan
dengan itu, SMK IJ Convent telah dilantik sebagai Mentor KBAT bagi pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) bagi tahun 2021 kepada tiga buah
sekolah di daerah Johor Bahru iaitu SMK Bandar Baru Uda, SMA Waddin dan
SMK Mohd. Khalid. Proses pementoran KBAT sedang berlangsung bergantung
kepada perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

1.3 Pengetua juga memaklumkan bahawa SMK IJ Convent telah disenaraikan sebagai
Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 6 bagi tahun 2021 dan dalam masa yang
sama masih mengekalkan status sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).
Pengetua bersama Pn. Wong Cheui Keen selaku Penolong Kanan Pentadbiran
sedang menghadiri kursus dan meneliti modul-modul berkaitan TS25 secara atas
talian untuk merealisasikan proses transformasi berjalan dengan baik dan berjaya.

7

1.4 Pengetua juga memaklumkan data kemasukan pelajar ke SMK IJ Convent bagi
tahun 2021 adalah seperti berikut :-

Tingkatan Bilangan Murid Bilangan Kelas
1 150 orang 5 buah
2 181 orang 6 buah
3 160 orang 5 buah
4 182 orang 6 buah
5 161 orang 5 buah
834 orang 27 buah
Jumlah

1.5 Pengetua memaklumkan juga bahawa pelajar-pelajar tidak terkecuali daripada
terlibat di dalam aktiviti kokurikulum dan e-kokurikulum di samping menjalani
PdPR. Kejayaan besar yang dicapai setakat ini ialah meraih Gold Award di dalam
Malaysian Technology Expo (MTE) Year 2021. Pengetua mengucapkan tahniah
kepada peserta dan guru pembimbing yang telah menunjukkan komitmen yang
sangat cemerlang.

1.6 Pengetua sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para ibu
bapa, guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang berjaya hadir dan
melaksanakan mesyuarat ini secara norma baru.

2. Ucapan YDP PIBG SMK IJ Convent

2.1 Pn. Manjit Kaur A/P Amar Singh selaku YPD PIBG melahirkan rasa syukur dan
gembira dengan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke mesyuarat PIBG kali ini
yang diadakan secara norma baru menerusi Google Meet sebagai tanda
sokongan dan keterlibatan di dalam pembangunan dan perkembangan anak-anak
di SMK IJ Convent ini.

2.2 YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana
MAT PIBG 47 yang berupaya mengatasi pelbagai rintangan dan kesukaran untuk
menjalankan mesyuarat agung tahunan sepenuhnya secara atas talian.
Seterusnya YDP mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG
Sesi 2020/2021 yang memberikan kerjasama, menyokong dan membantu beliau
dengan penuh komitmen.

2.3 YDP mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat dan meneruskan
kerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak
dan melonjakkan prestasi ke tahap tertinggi di SMK IJ Convent.

8

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46

3.1 Cik Zalila Binti Munaim selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi

2020/2021 membentangkan minit mesyuarat yang lepas. ( Sila rujuk lampiran )

3.2 Pengesahan minit mesyuarat :-

Cadangan: Pn. Manjit Kaur A/P Amar Singh ( YDP PIBG )
Sokongan : Pn. Elizabeth Anne Louis ( AJK Ibu Bapa )

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara-perkara yang dibangkitkan.

5. MEMBENTANGKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG

5.1 Cik Zalila Binti Munaim selaku Setiausaha Kehormat PIBG Sesi 2020/2021
membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PIBG sepanjang
tahun lepas. ( Sila rujuk lampiran )

5.2 Cik Zalila menjelaskan klasifikasi aktiviti berdasarkan Penglibatan, Tajaan dan
Inisiatif PIBG. Penglibatan bermaksud jemputan dan kehadiran ahli-ahli PIBG ke
program- program yang dijalankan. Tajaan pula merupakan pembiayaan PIBG
terhadap program-program sekolah sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan
hal ehwal pelajar seperti yuran, pengangkutan dan penginapan sepanjang program
dijalankan. Manakala inisiatif ialah hasil usaha atau idea AJK PIBG dalam
menyokong dan membantu melancarkan program-program di sekolah.

6. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN

6.1 Bendahari Kehormat PIBG iaitu Pn. Nor Idayu Binti Ramli membentangkan Laporan
Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2020. ( Sila rujuk lampiran )

6.2 Berdasarkan laporan kewangan tersebut, bendahari menyatakan bahawa baki akhir
atau dana terkumpul adalah sebanyak RM202,538.04 iaitu sebanyak
RM174,020.90 merupakan kumpulan dana-dana kutipan tunai dan sebanyak
RM28,517.14 merupakan simpanan tetap. Kedua-dua dana ini disimpan di Public
Bank Berhad.

6.3 Keseluruhan perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2020 adalah sebanyak
RM85,698.78 bagi membayar pelbagai pembiayaan dan tajaan kepada aktiviti-
aktiviti sekolah.

6.4 Bendahari juga memaparkan dan membentangkan penerimaan dan pembayaran
secara ringkas daripada Januari sehingga Mac 2021 untuk makluman ahli-ahli
mesyuarat. Penerimaan wang bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM16,550.00
manakala pembayaran pula adalah sebanyak RM43,514.58. Maka baki akhir atau
dana terkumpul berakhir 31 Mac 2021 adalah sebanyak RM127,056.32 iaitu
sebanyak RM174,020.90 merupakan kumpulan dana-dana kutipan tunai dan
sebanyak RM28,517.14 merupakan simpanan tetap.

6.5 Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG:-
Cadangan: Pn. Vanaja Chellappan ( Ibu Pelajar Tingkatan 4 Simon )
Sokongan : Pn. Nor Azlinda Binti Abdullah ( Ibu Pelajar Tingkatan 4 Francis ).

9

7 PEMBENTANGAN USUL PIBG

7.1 Sumbangan PIBG

7.1.1 Usul 1 : Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2021 mencadangkan
supaya sumbangan PIBG dikekalkan pada RM300.00 sekeluarga.

Cadangan mengekalkan sumbangan PIBG adalah berdasarkan kepada majoriti

Tingkatan Jumlah Sumbangan Tujuan tambahan
1 RM300 Pembangunan sekolah
2 RM300
3 RM300 Kokurikulum
4 RM300 Kokurikulum
5 RM300 Kokurikulum
Kokurikulum

7.1.2 Usul 2 : Pn. Tey Han Chin dan En. Lau Kee Uan mengusulkan
pengurangan jumlah sumbangan PIBG kerana situasi pandemik Covid-19 dan tidak
banyak aktiviti akademik dan bukan akademik dijalankan bagi meringankan
bebanan keluarga.

Cadangan mengurangkan jumlah sumbangan PIBG dijelaskan oleh Naib YDP iaitu
En. Kelvin Lim Teck Leng. Naib YDP menegaskan bahawa SMK IJ Convent
merupakan sekolah bukan tajaan kerajaan iaitu sekolah mubaligh. SMK IJ Convent
sangat bergantung kepada sumbangan PIBG untuk menjayakan pelbagai aktiviti
sekolah. Walaupun pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan masih
berjalan, terdapat pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum dilaksanakan secara
online yang boleh dan perlu disertai oleh para pelajar.

Selain itu, Naib YDP menegaskan juga bahawa sumbangan PIBG digunakan untuk
meningkatkan kemudahan-kemudahan teknologi di sekolah seperti Chrome Book
yang terhad penggunaannya kepada komputer riba dengan kapasiti teknologi yang
lebih baik. Oleh demikian, ibu bapa disarankan supaya dapat memberikan
sumbangan PIBG pada nilai yang telah dipersetujui.

7.2 Bayaran Majalah Sekolah

Usul 1 : Pn. Nor Idayu Binti Ramli mengusulkan duit kutipan majalah sekolah
diakaunkan ke akaun sekolah bermula tahun 2021 bagi pematuhan Audit
Kewangan Sekolah.

Cadangan di atas adalah rentetan daripada hasil audit kewangan sekolah
dijalankan pada tahun 2019 iaitu sekolah mendapat teguran berkaitan dengan duit
kutipan majalah sekolah yang diakaunkan ke akaun PIBG. Proses melaksanakan
perpindahan duit kutipan majalah sekolah dari akaun PIBG telah dilaksanakan
pada tahun 2020. Oleh yang demikian, duit kutipan majalah sekolah akan
diakaunkan ke akaun sekolah bagi pematuhan audit kewangan sekolah pada tahun
-tahun seterusnya bermula tahun 2021.

10

7.3 Program / Aktiviti Akademik

7.3.1 Usul 1 : Pn. Nicole Yong dan En. A. Raja Kumar A/L V.S Arumugam
mengusulkan tentang pengekalan mata pelajaran elektif tambahan Prinsip
Perakaunan bagi pelajar-pelajar Kelas Sains Tulen tanpa perlu mengurangkan
mana-mana mata pelajaran Sains Tulen.

Cadangan usul di atas adalah berdasarkan makluman Pengetua iaitu bermula
tahun 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah ( KSSM ) yang menumpukan dua aliran iaitu Aliran
STEM dan Aliran Kemanusiaan. Ini bagi memastikan ibu bapa memahami dan
kehendak kerjaya pada masa akan datang di mana pelajar-pelajar akan berfokus
kepada satu aliran khusus sahaja. Namun keadaan ini tidak berlaku atau
dikuatkuasakan di SMK IJ Convent mengikut ketetapan KPM tersebut.

Majlis Pemuafakatan Kurikulum Daerah Johor Bahru menetapkan bahawa
pengkhususan aliran mestilah dijalankan di SMK IJ Convent serta merta dan ini
bermakna pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 tahun 2021 tidak lagi
dibenarkan mengambil mata pelajaran elektif tambahan Prinsip Perakaunan
sekiranya berada dalam Aliran STEM.

Perbincangan telah dibuat oleh pihak sekolah supaya pihak sekolah akur kepada
ketetapan KSSM tersebut. Oleh itu, pihak sekolah menetapkan bahawa soft landing
akan dijalankan pada tahun 2021 dengan mengekalkan Tingkatan 5 dan Tingkatan
4 yang telah berdaftar untuk mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan
sebagai mata pelajaran elektif tambahan walaupun berada di dalam Aliran STEM.
Sehubungan dengan itu, pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2022 yang berada
dalam Aliran STEM tidak lagi dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran
Prinsip Perakaunan sebagai mata pelajaran elektif tambahan.

7.3.2 Usul 2 : Pn. Chock Heng Lian mencadangkan supaya pihak sekolah
menambahkan guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan supaya tidak terbeban
mengadakan kelas lanjutan di waktu petang.

Cadangan usul adalah di atas ketetapan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai
autoriti untuk menambah bilangan guru terutama untuk mata pelajaran Prinsip
Perakaunan yang pada masa kini dikendalikan oleh seorang guru sahaja iaitu Pn.
Nor Idayu Binti Ramli. Selain itu, penambahan guru Prinsip Perakaunan juga
adalah sukar dipenuhi kerana sekolah kekurangan tiga orang guru di dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris dan satu orang guru di dalam bidang Sains dan
Matematik yang masih lagi belum dibuat penggantian oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Johor Bahru ( PPD JB ).

Pengetua telah berbincang dengan pihak PIBG berkaitan situasi ini dan pihak PIBG
boleh memberikan sedikit sumbangan atas usaha-usaha guru-guru yang
memberikan komitmen berlebihan seperti Pn. Nor Idayu dan juga Pn. Usha Devi
yang sanggup untuk mengajar semula selepas persaraan tanpa bayaran. Oleh itu,
pengekalan sumbangan PIBG sebanyak RM300.00 adalah releven.

11

7.3.3 Usul 3 : Pn. Ashadewi A/P Nandan Usul mencadangkan supaya
mengadakan kelas tambahan secara online bagi calon-calon SPM sekiranya
arahan Perintah Kawalan Pergerakan berterusan.
Cadangan berkaitan usul di atas adalah KPM tidak membenarkan sekolah
mengadakan kelas tambahan diadakan selepas waktu persekolahan tamat. Namun
usul ini akan dipertimbangkan berdasarkan arahan terkini berkaitan Perintah
Kawalan Pergerakan.
7.3.4 Usul 4 : Pn. K. Chanthra Nair mengusulkan supaya mengadakan kelas
tambahan berbayar selepas waktu persekolahan tamat.
Cadangan bagi usul di atas ialah PPD JB tidak membenarkan sekolah
mengadakan kelas tambahan secara berbayar kerana pihak sekolah tidak
dibenarkan menerima sebarang bayaran daripada individu atau ibu bapa bagi
mengekalkan integriti di kalangan pendidik. Namun usul ini akan dipertimbangkan
dan dibincangkan di peringkat jawatankuasa PIBG yang baru bagi menentukan
kadar bayaran kelas tambahan tersebut. Sekiranya usul ini dilaksanakan, segala
bayaran boleh disalurkan kepada PIBG.
7.4 Lain-lain Usul
Usul 1 : Pn. Tay Tiow Fong mencadangakan usul berkaitan dengan pengurangan
harga makanan yang dijual di koperasi adalah sangat mahal.
Cadangan pengurangan harga makanan di koperasi adalah mengikut ketetapan
bahawa koperasi dibenarkan buka oleh pihak sekolah sebagai pilihan atau alternatif
kepada para pelajar. Pelajar-pelajar boleh membuat pilihan untuk membeli di kantin
sekiranya harga yang ditawarkan oleh koperasi sekolah adalah mahal.

8. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019
8.1 Pn Manjit Kaur A/P Amar Singh selaku Yang Dipertua PIBG 2020/2021 telah

mengisytiharkan pembubaran AJK PIBG 2020/2021.

12

9. Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020

9.1 Pn Manjit Kaur A/P Amar Singh yang merupakan ibu kepada Raaj Preett Kaur
( 5 Simon tahun 2020 ) dengan sukarela menjadi pengerusi sementara dan
disokong oleh En. Kelvin Lim Teck Leng ( Bapa pelajar Chloe Lim - 5 Xavier tahun
2020 ).

9.2 Pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG telah dibuat secara undian. Berikut
merupakan senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022.

Jawatan Nama

Yang Dipertua : Pn. Seng Yen Phing

Naib Yang Dipertua : Pn. Noraini Binti Ahmad

Setiausaha : Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad

Pen. Setiausaha : Cikgu Zalila Binti Munaim

Bendahari : Cikgu Koh Kai Xin

AJK Ibu Bapa : Pn. Nor Azlinda Binti Abdullah

: Dr. Low Siow Yong

: En. Michael Bay Kuan Wei

: Pn. Elizabeth Anne Louis

: Pn. Helen Joo Shwu Fung

: En. Christopher Ling Siew Ming

: Pn. Pramitta A/P Subramaniam

Pemegang Amanah : Pn. Rajamaaal A/P Ramakrishnan

Juru Audit : En. Gavin Lim Theng Whuwa

AJK Guru - Infrastruktur : Cikgu Mazlan Bin Mastor
: Cikgu Amminurzaheed Bin Abu Bakar
AJK Guru – Pembangunan Sukan dan
Kemenjadian Murid

AJK Guru – Pembangunan ICT : Cikgu Ng Han Guan

Setiausaha PIBK ( Penyelaras ) : Cikgu Marzuqi bin Madzland

KSIB : Pn. Ashadewi A/P Nandan

: En. Ivan Teo Teck Wee

: En. Heng Chang Meng

9.3 Pengerusi sementara dan juga Pengetua mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG
Sesi 2021/2022 dan berharap supaya ahli-ahli jawatankuasa dapat memberikan
sokongan, bantuan dan komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah bagi memacu
SMK IJ Convent ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

9.4 Pn. Seng Yen Phing selaku YDP baharu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli
jawatankuasa yang telah dilantik dan berharap dapat menjalankan tugas yang telah
diamanahkan dengan baik. YDP baru juga mengucapkan terima kasih di atas
kepercayaan yang diberikan atas lantikan dan mengharapkan bantuan dan
sokongan daripada ahli-ahli jawatankuasa lama dan pihak sekolah.

13

10. HAL-HAL LAIN

10.1 Kegusaran ibu bapa berkaitan dengan kerja rumah semasa PdPR yang lebih
banyak berbanding semasa PdPC.

Pengetua menjelaskan berkaitan bahawa pihak sekolah bersama Unit Kurikulum
yang diterajui oleh Pn. Wong Cheui Keen akan memastikan guru-guru akan
memberikan kerja rumah dengan lebih sistematik. Pengetua memaklumkan
bahawa pemberian kerja rumah adalah dikategorikan mengikut latihan pengukuhan
yang digalakkan untuk dibuat, latihan harian atau latihan hujung minggu. Pengetua
menyarankan supaya pelajar menyusun masa dengan baik untuk menyelesaikan
kerja rumah yang diberikan.

10.2 Kekhuatiran ibu bapa berkaitan dengan ketiadaan guru Bahasa Inggeris di
kelas 4 Francis sejak bulan April.

Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah akan kekurangan tiga orang guru
Bahasa Inggeris seperti yang tertera di jadual di bawah. Pihak sekolah telah pun
membuat permohonan penggantian guru-guru tersebut dan sehingga kini masih l
agi belum ada sebarang maklumbalas dari PPD JB. Namun begitu, Pn. Usha Devi
yang akan bersara wajib bermula Julai 2021 akan kembali mengajar pelajar-pelajar
Tingkatan 5 secara berbayar mengikut persetujuan dan kadar yang akan
diputuskan oleh PIBG nanti.

Bil. Nama Guru Punca Mengajar
1 Cikgu K. Punithevathani A/P Dilulus pindah ke Bahasa Inggeris
Negeri Selangor
Kandasamy Bahasa Inggeris
2 Cikgu Usha Devi A/P Tara Singh Bersara wajib

3 Cikgu Bavaani Priya A/P Perkhidmatan kontrak Bahasa Inggeris
Pachappan tamat

10.3 Pn. Vithiya Kumar mengutarakan keresahan tentang ketiadaan sesi soal
jawab dari pelajar yang perlu diadakan semasa PdPR kerana guru fokus tentang
pengajaran.

Pengetua akan mengadakan Professional Learning Community ( PLC ) dan
membawa isu ini untuk diutarakan dan dibuat penambahbaikan sejajar dengan
kehendak ibu bapa dan mengikut kemampuan guru-guru.

10.4 Pn. Vithiya Kumar sekali lagi mengutarakan keprihatinan beliau tentang
pemvaksinan guru-guru bagi meningkatkan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah.

Pengetua telah memaklumkan bahawa sudah terdapat lima orang guru di SMK IJ
Convent telah mendapat dos vaksin yang pertama. Pengetua juga memberitahu
bahawa guru-guru lain telah pun mendaftar permohonan mendapatkan vaksin
melalui aplikasi MySejahtera. Pengetua juga menegaskan bahawa langkah-langkah
keselamatan dan pencegahan penularan Covid-19 telah pun dijalankan di sekolah
terutama berkaitan kebenaran masuk orang luar ke sekolah mestilah dengan
menetapkan temujanji lebih awal.

14

10.5 Pn. Crystal Liu mencadangkan supaya kelas Bahasa Inggeris digabungkan
dengan kelas lain bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris akibat kekurangan guru.

Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah pun merancang cadangan ini
pada rombakan jadual akan datang. Namun begitu, cadangan ini akan tertakluk
kepada arahan KPM berkaitan dengan proses PdPR yang diteruskan atau tidak.
Sekiranya PdPR diteruskan, maka kelas-kelas kekurangan guru Bahasa Inggeris
akan lebih mudah digabungkan kerana dijalankan secara atas talian berbanding
sesi pengajaran bersemuka yang sukar dilaksanakan secara gabungan kerana
tiada penjarakkan sosial di dalam kelas-kelas atau semasa pergerakan ke tempat
gabungan dilakukan.

10.6 Pn. Malathy Subramaniam bertanyakan tentang maklumat terkini berkaitan
dengan Peperiksaan PT3.

Pengetua memaklumkan bahawa PT3 bagi tahun 2021 ditangguhkan berdasarkan
ketetapan yang dibuat oleh KPM dan kajian masih dibuat berkaitan dengan
pemansuhan PT3. Maka penilaian bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 untuk
penentuan aliran di Tingkatan 4 adalah berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah
( PBD ) yang mengukur tahap akademik pelajar-pelajar, Pentaksiran Psikometrik
yang menilai kemahiran dan keupayaan pelajar tentang kerjaya dan Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ( PAJSK ) yang mengukur tahap pelajar
dalam bidang sukan dan kokurikulum. Pengetua menyarankan kepada ibu bapa
supaya mengingatkan anak-anak menjawab pentaksiran-pentaksiran yang dibuat
dengan bersungguh- sungguh.

11 PENANGGUHAN MESYUARAT

11.1 Sekali lagi YDP PIBG yang baru mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli
jawatankuasa PIBG yang baru dilantik. Beliau berharap agar ahli-ahli jawatankuasa
PIBG yang baru dilantik dapat memainkan peranan dan bekerjasama untuk
meneruskan rancangan dalam apa-apa jua bidang. Beliau juga berharap agar ibu
bapa akan turut terlibat dengan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG untuk
kebaikan semua pihak.

11.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.36 petang

Disediakan oleh
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK IJ Convent, Johor Bahru

Tarikh : 27 Mei 2021

15

.

Laporan Kehadiran Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa PIBG

Sepanjang sesi 2021/2022, Jawatankuasa PIBG telah memberikan komitmen yang baik
bagi memastikan kebajikan murid-murid dan seluruh warga SMK Infant Jesus Convent
Johor Bahru terjamin. Sebanyak enam kali mesyuarat telah diadakan bagi
membincangkan pelbagai perkara. Berikut ialah senarai kehadiran setiap ahli
jawatankuasa dalam setiap mesyuarat yang diadakan.

Bil Nama M1 M2 M3 M4 M5 M6

1 Pn. Hjh. Ande Noor Munawara Bachok x  x x 
2 Pn. Seng Yen Phing
3 Pn. Noraini Binti Ahmad 
4 Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad
5 Cikgu Zalila Binti Munaim  x  x
6 Cikgu Koh Kai Xin
7 Dr. Low Siow Yong 
8 Pn. Nor Azlinda Binti Abdullah
9 Pn. Elizabeth Anne Louis  x x  x
10 Pn. Helen Joo Shwu Fung
11 En. Christopher Ling Siew Ming 
12 Pn. Pramitta A/P Subramaniam
13 En. Michael Bay Kuan Wei 
14 En. Gavin Lim Theng Whuwa
15 Pn. Rajamaaal A/P Ramakrishnan  x x
16 Cikgu Mazlan Bin Mastor
17 Cikgu Amminurzaheed Bin Abu Bakar  x
18 Cikgu Ng Han Guan
19 Cikgu Marzuqi bin Madzland 

 x

 x x

x  x

xxxxxx

 x 

 x x

 x x



 x  x

Hadir -  Tidak Hadir - x

16

Laporan Aktiviti Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )

PIBG merupakan salah satu persatu yang banyak memberi komitmen dan sumbangan
kepada pihak sekolah. Selain memberi kemudahan dan keperluan kepada murid, PIBG
juga telah merancang aktiviti untuk meningkatkan pembangunan modal insan dalam
kalangan murid dan warga sekolah.

Bulan Butiran Aktiviti Catatan
Januari - Program Peningkatan Akademik -Modul Tajaan

Februari - Program Peningkatan Akademik -Modul Tajaan
- Program Sarapan Pagi SPM 2020 Inisiatif

Mac - Program Malaysia Technology Expo 2021 Tajaan

April - Majlis Anugerah Kokurikulum Tahun 2020 Tajaan
Mei Penglibatan
- Program Sanitasi Sekolah Tajaan

- Majlis Perpisahan Puan Woo Le Fang dan Pembantu Mak-
mal

- Majlis Perpisahan Puan Rostena Tajaan

Jun - Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama Inisiatif

Julai Program FoodBank Inisiatif
Majlis Perpisahan Puan Wong Tajaan

Ogos ` Program FoodBank Inisiatif

September Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua Inisiatif

Oktober Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Penglibatan
& Tajaan
Program Ziarah pelajar kematian bapa Penglibatan
& Tajaan

November Tiada Inisiatif
Disember Program Baucar Dora Food

17

Laporan Kewangan

18

19

Usul dan Cadangan

1.0 Kantin
1.1 Makan di kantin mahal, tidak enak/sedap dan tidak bersih.

Chew Sher Lin Wong Reanne 3 Fidelis

2.0 Infrastruktur

2.1 Baiki kipas atau memasang kipas yang baharu di dalam kelas kerana anak
saya memberitahu saya dia sangat panas dalam kelas..

Chan Kok Foo Celeste Chan Zi Yao 4 Francis
Ng Soon Hock Sylvia Chan Zi Qing 2 Helen
Timmy Ng Xuan Wen 4 Simon

2.2 Projektor dalam kelas juga boleh dibaiki kerana tidak berfungsi dengan baik.

Chan Kok Foo Celeste Chan Zi Yao 4 Francis
Sylvia Chan Zi Qing 2 Helen

2.3 Membaiki kemudahan sekolah dengan baik

Yap Mee Foong Len Xin Ni 5 Charles

3.0 Keselamatan

3.1 Memastikan selalu ada pegawai keselamatan bertugas pada waktu menghan-
tar anak ke sekolah dan balik dari sekolah. Ini untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas dan memudahkan pelajar melintasi jalan.

Wong Kit Wan Amanda Quek Li Yuen 3 Charles

20

4.0 Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc)
4.1 Memastikan penilaian dilakukan kerana PT3 sudah diberhentikan.

Wong Kit Wan Amanda Quek Li Yuen 3 Charles

4.2 Kelas Bahasa Cina - penilaian dilakukan biarpun tidak memilih untuk dimasuk-
kan dalam peperiksaan.
Saya ingin tahu kenapa kelas Bahasa Cina selalu dibatalkan dan maklumat itu
hanya disampaikan pada hari yang sama.

Wong Kit Wan Amanda Quek Li Yuen 3 Charles

5.0 Program/ Aktiviti

5.1 Camping or girls night at school or a suitable place to enhance the relation-
ships between students and Teachers

Agila Kandiah Anjhana Kumaresan 1 Simon

21

AJK PELAKSANA MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48

PENYELARAS A : Bacaan Doa :

Cikgu Mazlan bin Mastor Cikgu Mohd Hakimi Asyraf bin Salleh

Jemputan : Backdrop, ICT dan Slide Power
Cikgu Nur Ain Nasuha Binti Mohamad Point:
Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG : Cikgu Ng Han Guan
Cikgu Nur Ain Nasuha binti Mohamad Cikgu Nur Farhanah binti Cikal
Cikgu Koh Kai Xin PENYELARAS C :
En. Rashidi bin Abdul Wahab Cikgu Kamala a/p Ramakrishman
Pendaftaran : Penyediaan dan Penyampaian Sijil
Cikgu Zalila binti Munaim Penghargaan AJK PIBG :
Cikgu Radiah binti Isa Cikgu Nur Syarafina binti Rosle
Pengacara Majlis : Cikgu Siti Zulaikha binti Muhamad Subri
Cikgu Amminurzaheed Bin Abu Bakar Pencatat Minit Mesyuarat :
Persiapan tempat : Cikgu Sa’diah binti Sageh
Cikgu Marzuqi bin Madzland (K) Cikgu Siti Aisyhah binti Abdul Aziz
Cikgu Sri Melati binti Dahlan Cikgu Nurul Amira binti Ali
Cikgu Nur Izzati binti Zakaria Fotografi :
Cikgu Haniza binti Shahadan Cikgu Chua Yit Hua
Cikgu Bavaani Priya a/p Pachappan Ahli Kelab Fotografi
PENYELARAS B : Mengira bilangan undi :
Cikgu Nani Rahayu binti Mohd. Salleh Cikgu Idayu binti Ramli (K)
Buku Program : Cikgu Yusuf Qardhawi bin Abd Rahman
Cikgu Sab’aasita binti Raman @ Nor Cikgu Mohd Hakimi Asyraf bin Salleh
Buku Pelawat : Cikgu Chua Lee Fang
Cikgu Siti Nai’mah binti Md. Saim Dokumentasi :

PA Sistem :

Cikgu Yusuf Qardhawi bin Abdul Rahman

22

Sekalung Penghargaan

Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

Serta Ahli Jawatankuasa

Pengetua Cemerlang
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

Guru-guru
SMK Infant Jesus Convent Johor Bahru

Dan Kepada
Individu-individu Yang Terlibat
Secara Langsung dan Tidak Langsung

Dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-48
Bagi Tahun 2022

23

Iltizam
Ikhlas
Istiqomah

Jujur
Jelas
Juara

Ceria
Cergas
Cerdas

24


Click to View FlipBook Version