The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG KOR-SISPA APM, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 363-12-fedrick, 2022-11-29 11:00:09

BUKU LOG APM

BUKU LOG KOR-SISPA APM, IPG KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN.

BUKU LOG

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
(KORSISPA)

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

NAMA : FEDRICK USIA

UNIT : BMMB4

AMBILAN : JUN 2021

PENSYARAH : TN. ANUAR BIN MOHD ZAIN

TARIKH HANTAR : 02 SEPTEMBER 2022

1


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TAHUN AKADEMIK: SEMESTER 4/
2022

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
(INDIVIDU)

MPU3062
KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM

PROGRAM: PISMP
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: EMPAT

NAMA PENSYARAH: TUAN ANUAR BIN MOHD
ZAIN

NAMA PELAJAR: FEDRICK USIA
ANGKA GILIRAN: 2021152340056
NO KAD PENGENALAN: 010224-12-0685

TARIKH HANTAR: 02 SEPTEMBER 2022

Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan
oleh pensyarah.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

2


BIODATA DIRI

NAMA : FEDRICK USIA
NO. KAD PENGENALAN : 010224-12-0685
KUMPULAN/UNIT : BMMB4
KURSUS/ SEMESTER : PISMP SEMESTER 4
AMBILAN : JUN 2021
ALAMAT E-MEL : [email protected]
ALAMAT RUMAH : KG BARU JUMPA, PETI SURAT 236,

NO. TELEFON 89908, TENOM SABAH
: 011-14108318

3


PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana telah kurniakan kepada saya akan kekuatan,
kemampuan, kesihatan serta masa bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus ini seperti
mana yang telah dikehendaki mengikut masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,
Tuan Anuar Bin Md Zain kerana atas bimbingan, teguran, panduan dan penerangan yang teliti
oleh beliau dapat saya menyelesaikan tugasan projek.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana tanpa sokongan dan dorongan mereka manakan mungkin saya dapat melakukan
tugasan projek ini seperti yang dikehendaki. Dengan adanya mereka, dapatlah saya
menjalankan tugasan dengan terbaik.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan saya yang telah banyak
membantu dan bekerjasama serta nasihat bagi menyempurnakan tugasan ini mengikut waktu
yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, penghargaan ini dibuat khas bagi mereka yang telah membantu saya
tidak kira sikit atau banyak sumbangannya kerana dengan berkat kehadiran mereka dapat
saya melakukan tugasan kursus ini dengan jayanya.

4


ISI KANDUNGAN Muka surat
No. Tajuk 5
1.0 PENDAHULUAN
15
2.0 KEANGGOTAAN DAN PANGKAT
23
3.0 PENTADBIRAN
25
4.0 LOGISTIK 27
5.0 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM 34
6.0 IKATAN DAN SIMPULAN 39
7.0 ASAS PERKHEMAHAN

5


1.0 PENDAHULUAN

IPT merangkumi Universiti Awam / Institut Pendidikan Tinggi Swasta / Institut Pendidikan
Guru pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan
pasukan beruniform di institusi masing-masing seperti kerjasama antara UA dengan
Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
dan dengan Pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi
Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform.

Sejajar dengan hasrat untuk membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu
daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras
Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana
badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik,
fizikal, mental dan kemahiran insaniah.

Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada kepentingan penubuhan Kor
Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada
pelajar itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat.

1.1 Sejarah
1.1.1 Sejarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British
sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment
Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia
Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-
undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Pada tahun 1952, Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan
Ordinan. Pada tahun 1957 pula The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta
Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan Negara.

Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan
Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tahun 1964 Pertahanan
Awan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia –
Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64). Tahun 1965 pula jumlah keanggotaan ditambah
menjadi seramai 36,000 anggota dan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada
masa itu diperolehi untuk seluruh Negara. Tahun 1993 Negara dikejutkan Tragedi Highland
Towers tumbang di Hulu Kelang mula merubah Organisasi Pertahanan Awam Malaysia.

6


Tahun 1994 pengenalan nama ringkas JPA3 mula diguna dan diterima pakai ke seluruh
Negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Penerbangan Awam. Tahun 1995 Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai
tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam. Tahun
2009, pengenalan nama ringkas JPAM. Tahun 2003 Perkhidmatan Penyelamat Pantai
JPAM (Baywatch) dimulakan di Batu Ferengghi, Pulau Pinang dan diikuti di Miri, Sarawak.
Tahun 2004 pula Pertahanan Awam selangkah ke hadapan lagi dengan 7 menara Baywatch
memulakan operasi dengan 2 di Pulau Pinang; 2 di Langkawi; 1 di Teluk Kemang, Port
Dickson; 1 di Pengkalan Balak, Melaka dan 1 di Pantai Irama, Kelantan. Pada tahun 2006
Pertahanan Awan memperkenalkan slogan baru “Sedia, Pantas dan Berintegriti” sebagai
pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.Pada tahun
2009, pengenalan nama ringkas kepada JPAM.

Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri. Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan dipertanggungjawabkan menerajui
bahagian pengurusan bencana alam. Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos
secara rasminya memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
kini mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan
Negara (MKN).

APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APM pada 1 September 2016.
JPAM diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya
APM. Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan
tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh
negara.

Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 yang antara lain bagi
menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah dibentangkan untuk bacaan kali
pertama di Dewan Rakyat.Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan
Perdana Menter,i Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bahawa pasukan pertahanan
awam itu akan terdiri daripada anggota biasa, sukarelawan dan ahli tambahan. Pasukan
pertahanan awam itu akan menjalankan tugas seperti pengurusan bencana; khidmat
kemanusiaan; untuk memberi nasihat kepada menteri mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan pertahanan awam dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada
anggapan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kepentingan negara.Menurut rang undang-
undang itu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua Pesuruhjaya dan apa-apa
bilangan timbalan ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, penolong

7


pesuruhjaya, kolonel dan pegawai pertahanan awam dalam kalangan anggota tetap dan
sukarela.

Pindaan ini juga menyediakan perlindungan hak pekerja untuk mana-mana sukarelawan
atau ahli tambahan bagi pasukan itu yang tidak hadir daripada pekerjaan biasa beliau atas
sebab menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan awam.Menurut pindaan itu,
seseorang pekerja tidak seharusnya bertanggungjawab ke atas pemecatan, atau kehilangan
cuti tahunan atau faedah lain.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam
bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah menengah dan yang
merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan
boleh memohon untuk menyertai kor kadet.Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat
perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-hal pertahanan awam dan bagi
menjalankan latihan bagi maksud pertahanan awam. Menteri juga boleh memberi tauliah
kehormat dan bersekutu pasukan itu kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak.

Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang berpura-
pura dan dengan salah menyamar sebagai seorang anggota pasukan itu akan didenda tidak
melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-
duanya.

1.1.2 Sejarah penubuhan Kor-Sispa

Pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam
Negeri (JPA3) dan bukan secara berpusat pada tahun 1990-an. Antara IPT awal yang
terlibat dengan JPA3 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT),
Institut Teknologi Mara (ITM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). UPM Cawangan Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu)
merupakan IPT yang pertama menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 seramai 60
orang pada tahun 1996, diikuti oleh UUM pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998.
Pada tahun 1999, Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah
menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan dengan
30 orang pelajar berserta 10 orang pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikuti Kursus
Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis
Pentauliahan pada 20 Mac 2000 yang disempurna oleh Ketua Pengarah JPA3. Pada bulan
Disember 2000, penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam UiTM telah dilakukan
oleh JPA3 Negeri Selangor dan seorang Pegawai Penyelaras telah dilantik untuk

8


menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM. Pada 16 Januari 2002, pelancaran
semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum
Pertahanan Awam ini diasingkan daripada Unit Kesatria HEP UiTM dan bergerak dengan
jenama sendiri. Ia turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3
dan UiTM. Pada sekitar tahun 2008 dan 2009, beberapa siri perbincangan antara pihak
Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan
berunifom siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam
(IPPA). Usaha tersebut akhirnya telah membuahkan hasil apabila kesemua pihak pada
masa itu menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan
beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan. Pada 6 Februari 2010
bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor
Sispa) Peringkat UiTM seluruh Malaysia dilancarkan secara rasmi. Pelancaran itu memberi
kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk membuka ruang yang lebih besar
kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM
Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun dibuat dalam tahun
2010-2011. Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah
Alam pada 12-16 Disember 2010 melibatkan PKS daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT,
UNISEL, UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran buku Panduan Pengurusan
Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan
kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Kor Sispa UiTM Shah Alam.

1.2 Matlamat

Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang
berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM).

1.3 Objektif

1.3.1 Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan
orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang
berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam.

9


1.3.2 Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu
pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti.
1.3.3 Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan
yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
1.3.4 Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta
akan negara.

1.4 Logo

1.4.1 Takrifan Logo
• LOGO – Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan
Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
• SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN – Lambang dan warna keselamatan iaitu
berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah
segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang
sentiasa dipertahankan.
• SENTIASA SIAP SEDIA – Di sekeliling segi tiga adalah moto APM.
• BUNGA PADI BERWARNA BIRU – Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara
ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti
digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.

10


• TAPAK LOGO BERWARNA OREN – Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan
padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan.

1.5 Lagu Pertahanan Awam

11


1.6 Struktur dan Organisasi Pertubuhan
1.6.1 Carta organisasi Angkatan Petahanan Awam Malaysia

12


1.6.2 Carta organisasi Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan
13


1.6.3 Carta organisasi kor-siswa Pertahanan Awam IPGK Raja Melewar
14


2.0 KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

2.1 KEANGGOTAAN PKS

2.1.1 Syarat-syarat PKS:-
a. Warganegara Malaysia.
b. Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program Ijazah Sarjana Muda di IPT.
c. Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program
Ijazah Sarjana Muda di IPT.
d. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan).
e. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
f. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT.
g. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga
kemasukan.

2.1.2 Tanda-tanda Pangkat PKS seperti di Lampiran 2.

2.1.3 Peraturan Kenaikan dan Penurunan Pangkat PKS:
a. Seorang PKS boleh dinaikkan pangkat mengikut perjawatan pasukan
seperti yang ditetapkan apabila diperakui oleh Panel Penilai Kemajuan
Pangkat melalui temu duga khas.
b. Seorang PKS boleh diturunkan pangkat apabila tidak mencapai darjah
kecekapan yang dikehendaki dan diperakui oleh Panel Kemajuan Pangkat /
Tatatertib Kor Sispa melalui satu mesyuarat atau perbicaraan khas.

15


2.1.4 Keanggotaan Kor Sispa boleh Digantung / Diberhentikan atas Sebab-
Sebab Berikut:

a. Melakukan mana-mana kesalahan seperti di Perkara 27 Kaedah- Kaedah
Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970.
b. Berhenti daripada pengajian di IPT.
c. Digantung atau diberhentikan daripada IPT mengikut peruntukan undang-
undang yang berkaitan dengan IPT.
d. Disabitkan dengan kesalahan jenayah dan salah laku berat mengikut
undang-undang jenayah dan sivil.

2.1.5 Permohonan PKS untuk Menarik Diri daripada Kor Sispa:
a. Perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Komandan Kor Sispa.
b. Boleh dipertimbangkan atas alasan mengalami masalah kesihatan setelah
disahkan oleh pegawai perubatan. Walau bagaimanapun keanggotaannya
sebagai sukarelawan APM masih dikekalkan.

2.2 PEGAWAI PENYELARAS KOR SISPA IPT
2.2.1 Syarat-syarat Pelantikan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT adalah:
a. Warganegara Malaysia.
b. Pegawai lantikan tetap perkhidmatan atau Pegawai Pasukan Sukarela
APM.
c. Pegawai lantikan harus sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan Muda
(PA).
d. Berumur tidak kurang 21 tahun.
e. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika perlu).
f. Tidak menyertai mana-mana pasukan beruniform lain.
g. Melalui proses temu duga yang dijalankan oleh IPPA / APM negeri.
h. Menghadiri Kursus Asas APM dan Bakal Pegawai.
i. Mendapat perakuan daripada Komandan Kor Sispa IPT.

16


2.2.2 Peraturan Kenaikan Pangkat Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT

a. Semua Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT layak menyandang
pangkat Leftenan Muda (PA).

b. Leftenan Muda (PA) ke Leftenan (PA).

i. Telah menjawat pangkat Leftenan Muda (PA) selama tiga
tahun.

ii. Terdapat kekosongan pangkat di IPT berkenaan.
iii. Mempunyai rekod perkhidmatan bersih.
iv. Telah lulus ujian bertulis dan proses temu duga yang

dijalankan oleh IPPA.
v. Kelulusan dan sokongan Pengarah APM Negeri.

c. Leftenan (PA) ke Kapten (PA)

i. Telah menjawat pangkat Leftenan (PA) selama tujuh tahun.
ii. Terdapat kekosongan pangkat di IPT berkenaan.
iii. Mempunyai rekod perkhidmatan bersih.
iv. Telah lulus ujian bertulis dan proses temu duga yang

dijalankan oleh IPPA.
v. Kelulusan dan sokongan Pengarah APM Negeri.

2.2.3 Tamat Perkhidmatan Sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT

a. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT boleh diberhenti atau ditamatkan
perkhidmatan atas sebab-sebab berikut:

i. Melakukan mana-mana kesalahan seperti dalam Peraturan atau
Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuat Kuasa.

ii. Berpindah atau bertukar keluar.
iii. Masalah kesihatan yang terbatas dalam menjalankan tugas.
iv. Tidak memberi komitmen.

b. Surat rasmi tamat perkhidmatan akan dikeluarkan oleh PPAN.

Nota: Seorang Pegawai Penyelaras Kor Sispa yang ditamatkan perkhidmatan akan kekal
sebagai anggota pasukan.

2.3 PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU KOR SISPA

17


2.3.1 Naib Canselor atau jawatan yang setaraf dengannya di IPT yang
berkenaan akan menyandang pangkat Kehormat (PA) atas
perjawatannya selaku Komandan Kor Sispa IPT berkenaan.
Penyandang pangkat Kehormat (PA) boleh diwakilkan kepada
Timbalan Naib Canselor atau mana-mana pegawai kanan IPT untuk
bertindak sebagai Komandan Kor Sispa.

2.3.2 Timbalan Komandan Kor Sispa boleh dilantik daripada mana-mana
pegawai kanan IPT atas persetujuan Komandan.

2.3.3 Komandan Kor Sispa boleh mencadangkan Pegawai atau Pensyarah
IPT berkaitan untuk menyandang jawatan Pegawai Bersekutu (PA)
atas persetujuan bersama dengan APM.

2.3.4 Calon terpilih sebagai Pegawai Bersekutu tidak dibenarkan
menganggotai mana-mana badan beruniform yang lain. Tanda-tanda
pangkat Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu adalah seperti
dalam Lampiran 3.

2.4 PELANTIKAN PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU KOR SISPA

Pelantikan Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu Kor Sispa hendaklah
dicadangkan oleh pihak JPT / IPT atas sokongan APM negeri yang berkaitan dengan
komposisi seperti berikut:

2.4.1 Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT):-
a. Pegawai Kehormat - 1 Jawatan
b. Pegawai Bersekutu - 6 Jawatan

2.4.2 IPT Kampus Induk:-
a. Pegawai Kehormat - 1 Jawatan
b. Pegawai Bersekutu - 9 Jawatan

2.4.3 IPT Kampus Cawangan:-
a. Pegawai Bersekutu - 6 Jawatan
Nota: Jumlah Pegawai Bersekutu (PA) boleh ditambah tertakluk kepada keperluan IPT
dan kelulusan APM.

18


2.4.4 Syarat-syarat Pelantikan
Syarat-syarat pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor Sispa adalah
seperti berikut:-
a. Melepasi tapisan keselamatan dan semakan rekod jenayah.
b. Mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan (jika perlu).
c. Terdiri daripada ahli akademik dan staf JPT / IPT.
d. Surat pelantikan akan dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya APM.

2.4.5 Penamatan Pelantikan
Pegawai Bersekutu Kor Sispa boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh Ketua
Pesuruhjaya APM dengan cadangan daripada Komandan atas sebab-sebab
berikut:-
a. Tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki.
b. Tidak mematuhi perintah-perintah yang sah daripada seseorang yang lebih
kanan daripadanya.
c. Tidak mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan oleh APM.
d. Disabitkan dengan perbuatan salah laku jenayah.

2.4.6 Peletakan Jawatan
Seorang Pegawai Kehormat dan Bersekutu Kor Sispa yang ingin meletak
jawatan dikehendaki memberi notis sebulan awal dari tarikh berhenti kepada
Ketua Pesuruhjaya APM melalui Komandan (yang mana berkenaan).

19


2.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT, BERSEKUTU DAN
PENYELARAS KOR SISPA IPT

2.5.1 Pegawai Kehormat selaku Komandan

a. Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak IPT
dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik
PKS.

b. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT
berkenaan.

c. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor
Sispa IPT.

2.5.2 Timbalan Komandan

a. Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan
logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang
dipertanggungjawabkan.

b. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek
pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan.

c. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai
yang difikirkan perlu

d. Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua
aspek.

e. Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut
jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan.

2.5.3 Ajutan

a. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala
aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan.
b. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras
dan PKS.

c. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM
dan arahan Komandan.
d. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS.

e. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan
oleh Komandan.

20


f. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan
daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi
oleh Pegawai Bersekutu / PKS.
g. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang
dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa.
h. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT.
i. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar
untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran.

2.5.4 Pegawai Pentadbiran
a. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan
personel.
b. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan
pentadbiran.
c. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa.
d. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran.

2.5.5 Pegawai Logistik
a. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik.
b. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian
seragam kepada PKS.
c. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik.

2.5.6 Pegawai Latihan
a. Merancang dan menyediakan jadual latihan.
b. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual.
c. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan.
d. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan
aktiviti.

21


2.5.7 Pegawai Akademik
a. Merancang dan menyediakan silibus.
b. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS.
c. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan.
d. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan
pemarkahan. e. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal
akademik.

2.5.8 Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM)
a. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan
pentadbiran Kor Sispa.
b. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT.
c. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan
pelajaran / silibus yang ditetapkan.
d. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS.
e. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa.
f. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat.
g. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor
Sispa.
h. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih.
i. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS.
j. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu
Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor
Sispa IPT.

22


3.0 PENTADBIRAN
3.1 BAYARAN ELAUN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN

3.1.1 PKS yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika
mengikuti latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh APM. Latihan
tersebut tidak termasuk latihan kokurikulum berkredit di IPT
berkenaan.

3.1.2 Jurulatih Kor Sispa IPT layak menerima elaun mengikut pangkat yang
disandang seperti kadar yang ditetapkan oleh pihak APM atau IPT.

3.1.3 Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar kokurikulum Kor
Sispa mengikut jam kredit akan dibayar oleh pihak IPT mengikut
kadar yang ditetapkan oleh IPT masing-masing.

3.1.4 Elaun jurulatih dan pembantu jurulatih yang mengajar aktiviti Kor
Sispa yang dijalankan di luar jam kredit pengajian akan dibayar oleh
pihak APM tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa APM.

3.2 PERLINDUNGAN INSURANS

3.2.1 PKS diwajibkan mengambil insurans secara individu atau
berkelompok apabila menyertai latihan dan aktiviti di dalam atau di
luar kawasan IPT.

3.2.2 PKS tertakluk kepada Peraturan dan Kaedah Pertahanan Awam yang
Berkuat Kuasa semasa menjalankan tugas rasmi.

3.3 ISTIADAT, MAJLIS, DAN PROGRAM

3.3.1 PKS boleh menyertai majlis, istiadat atau program pada peringkat
antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah yang dianjurkan oleh
KPM, APM, IPT ataupun lain-lain agensi tertakluk kepada kelulusan
pihak pengurusan Kor Sispa IPT dan / atau pihak IPT.

3.3.2 Istiadat Pentauliahan Kor Sispa hendaklah dianjurkan pada setiap
tahun oleh pihak APM dan KPM dengan giliran penganjuran oleh
mana-mana IPT yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Kor Sispa. Kaedah penganjuran Istiadat Pentauliahan
Kor Sispa hendaklah diselaraskan oleh pihak APM dan kos yang

23


berkaitan hendaklah ditanggung bersama-sama oleh pihak yang
terlibat mengikut kadar yang dipersetujui.

3.4 TUGASAN

3.4.1 PKS dibenar melibatkan diri bersama-sama pegawai pasukan apabila
diperlukan dalam Perkhidmatan Kecemasan 999 Pertahanan Awam,
Pasukan Penyelamat Pantai dan lain-lain dengan kebenaran dan
kelulusan pihak IPT.

3.4.2 Bagi operasi bencana, penglibatan PKS terhad di Zon Hijau atau
semasa pemulihan dan pemindahan yang berisiko rendah, tertakluk
kepada kelulusan pihak IPT dan APM.

3.4.3 3.4.3 Pihak IPT digalakkan mempunyai Prosedur Tetap Operasi yang
jelas untuk menjalankan tugasan dan sebarang aktiviti luar bersama-
sama pihak APM.

3.5 LAPORAN BERKALA

Merujuk Bab 3, Ajutan dan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dikehendaki
bekerjasama menghantar kepada PPAN perkara-perkara berikut pada:

a. Awal semester:
i. Maklumat PKS.
ii. Takwim dan jadual latihan.
iii. Maklumat logistik.

b. Akhir semester
i. Latihan / kursus / aktiviti / penilaian
ii. Pencapaian

24


4.0 LOGISTIK

4.1 PAKAIAN

4.1.1 APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4
secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa
IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon
penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok
pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab.

4.1.2 Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM
hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian,
pinjaman atau apa- apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh
mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian
yang diperlukan.

4.1.3 Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori
wajib bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu adalah di bawah
tanggungjawab IPT masing-masing.

4.2 PENGANGKUTAN

Pihak IPT bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai
kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun,
pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan
daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah sekiranya pihak IPT tidak
mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa
(bergantung kepada ketersediaan kenderaan).

25


4.3 PERALATAN LATIHAN

4.3.1 Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan
pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini
merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat,
pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain.

4.3.2 Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa
disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang
betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian.

4.3.3 Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan
latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah dan ILPA
sekiranya peralatan di IPT tidak mencukupi tertakluk kepada
kelulusan Pegawai APM.

4.4 PENGINAPAN

Pihak IPT perlu menyediakan penginapan berpusat kepada PKS untuk
memudahkan urusan pergerakan aktiviti dan program Kor Sispa.

4.5 RUANG PEJABAT KOR SISPA

Pihak IPT perlu menyediakan ruang pejabat yang secukupnya serta lengkap
dengan peralatan pejabat, kemudahan komunikasi dan utiliti.

26


5.0 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM
5.1 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET SISPA

5.1.1 Jenis Pakaian untuk PKS (Rujuk Lampiran 5)
a. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan)
b. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket)
c. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat)
d. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad)
e. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian
seragam)
f. T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan)
g. Tudung biru gelap (PKS wanita)

5.1.2 Pakaian Seragam No. 3 dan No. 4 Disediakan oleh APM Manakala
Pakaian Lain Disediakan Sendiri oleh PKS.

5.1.3 Bagi Tujuan Berkawad atau Acara Majlis dan Istiadat, Aksesori berikut
Boleh Dipakai oleh Anggota PKS:
a. Jambul (Hackle)
b. Mafla (muffler)
c. Anklet
d. Sarung tangan putih
e. Selempang putih
f. Selempang oren untuk ketua platun

27


5.2 TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM

5.2.1 Pakaian Nombor 1 Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan
Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini
dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila terlibat
dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan, negeri
mahupun persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut:-

a. Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri
b. Majlis Pembukaan Perasmian Dewan
c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran
d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan
pemakaian pakaian ini.

5.2.2 Pakaian Nombor 2 (Bush Jacket) Pegawai Tetap dan Pegawai
Pasukan Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai
oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan
atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:-

a. Menghadiri temu duga
b. Menghadiri mesyuarat
c. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai
pakaian nombor 4 (kawad)
d. Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi

5.2.3 Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan
Lelaki Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh Pegawai
Pertahanan Awam lelaki apabila menjalankan tugas rasmi atau
keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:-

a. Menjalankan tugas rasmi seharian
b. Menghadiri mesyuarat
c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas
d. Menjalankan tugas operasi

5.2.4 Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan
WanitaTatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh Pegawai
Pertahanan Awam wanita apabila menjalankan tugas rasmi atau
keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:-

a. Menjalankan tugas rasmi seharian
b. Menghadiri mesyuarat
c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas

28


d. Menjalankan tugas operasi

5.2.5 Pakaian Nombor 4 (Operasi) Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan
Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh
Pegawai Pertahanan Awam Lelaki apabila menjalankan tugas am
atau latihan atau operasi.

Nota:

1. Lihat Lampiran 5 bagi tatacara pemakaian pakaian seragam.

2. Bagi pakaian uniform No. 4, digalakkan memakai T-Shirt pada bahagian dalam uniform.
a. T-Shirt berwarna biru untuk pegawai.
b. T-Shirt berwarna oren untuk pangkat-pangkat lain.

29


5.3 LENCANA DAN PANGKAT
Lencana bahu mengikut pangkat untuk Pegawai Kehormat, Pegawai Bersekutu dan
Pegawai Pasukan hendaklah dipakai di atas epolet atau shoulder cord berwarna
emas yang dikancing di bahu dengan butang logo Pertahanan Awam saiz
sederhana. Pemakaian pangkat adalah merujuk kepada Jadual 5.1:-
Jadual 5.1: Pemakaian lencana mengikut pangkat

30


31


32


33


6.0 IKATAN DAN SIMPULAN
34


35


36


37


38


7.0 ASAS PERKHEMAHAN
Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan. Khemah atau juga dengan
maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai
kemudahan asas.

7.1 Jenis-jenis khemah
• A Shape

• Doom

• Igloo

39


7.2 Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan untuk
keselamatan :

a) Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk elakkan dari
sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter atau lebih)

b) Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-khemah.

c) Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan. Pastikan
Khemah :

• Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar ( jika tiada pilihan
mestilah mengelak daripada mendirikan khemah pada pokok yang condong,
sebalik nye dirilah khemah pada berlawanan arah condong ).

• Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, & berbatu.

• Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia.

d) Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan perjalanan
keluar dari khemah.

e) Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di
belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat
menjaga jangkamasa khemah)

f) Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.

g) Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan bersolat.

h) Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan api tidak
sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api dalam khemah).

i) Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.

j) Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan
perkhemahan.
• Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang sebagai
tanda. (untuk mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat yang
telah dilabuh)
• Kedalaman korek mestilah 2kaki.

k) Tempat sampah

l) Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan perkhemahan.

40


m) Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti.

n) Rehat & tidur mestilah cukup.

7.3 Etika Perkhemahan :

a. Jangan buat kekotoran.
b. Jangan rosakkan alam semulajadi.
c. Menghormati adat resam orang tempatan.
d. Awasi penggunaan api.
e. Elak daripada bercakap besar.

7.4 Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
1) Bag

• Bag 60L atau 90L
• Khemah
• Porch Bag

2) Pakaian
• Pakaian Bersih 1 atau 2
• Baju
• Seluar
• Slipper

3) Tuala

4) Selimut

5) Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakai semasa perjalanan dari awal hingga akhir aktiviti)
• Baju T-shirt
• Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang.
• Topi
• Stoking
• Stoking Pacat
• Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali kaki, ini bertujuan
menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki)
• Glove

6) Memasak

7) Gas

8) Mess Tin

41


9) Mancis (ia juga boleh menjadi penawar bisa sementara dengan cara menyalakan
mancis pada kawasan bisa)

10) Solid Fuel

11) Biji kelapa Sawit (jika melalui kawasan kelapa sawit, boleh jadi minyak untuk
memasak)

12) Water Container

13) Makanan
• Biskut Kering
• Beras (setiap plastik mesti telah disukat untuk 1hari, kalau 3hari
berkhemah maka 3plastik perlu disukar awal-awal)
• Makanan Bertin (Laici, Nenas, Sardin, Kari Ayam, dan Lain-lain)

14) Peralatan Rescue
15) Tool Box First Aids

16) Torchlight
17) Lilin

18) Masking Tape
19) Black Tape

20) Pisau
21) Whistle

22) Tali 5meter keatas

42


Click to View FlipBook Version