PERIBAHASA
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
PERUMPAMAAN
JENIS-JENIS
PERIBAHASA
PEPATAH PERIBAHASA SIMPULAN
BAHASA
BIDALAN
SIMPULAN BAHASA
• Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan
mempunyai maksud yang khusus.
• Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan
yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud
tertentu.
• Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi,
bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan
bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.
• Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-
kata dalam ungkapan.
• Ciri-ciri Simpulan Bahasa:
• Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah,
anak emas, buah tangan, lipas kudung.
• Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam,
buat bodoh, pasang telinga,cakar ayam
• Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar
kepala, bodoh sepat,kecil hati, berat hati
• Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu
Jahal,Mat Jenin,Pak Kaduk
• Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu
buyung, makan bulan
CONTOH SIMPULAN BAHASA
Simpulan Bahasa Maksud
Panjang tangan Suka mencuri
Periuk nasi Punca pencarian
Buruk siku sudah diberi, diambil balik
Ikat perut Berjimat makan dan minum
Kaki bangku Tidak tahu bermain misalnya bola.
BIDALAN
• Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia
mempunyai maksud dua lapis.
• Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama
seperti, bagai, laksana dan umpama.
• Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih
kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran>
Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai
pengajaran.
CONTOH-CONTOH BIDALAN :
• Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
• Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
padahnya.
• Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,
Baik juga negeri sendiri.
• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
PERUMPAMAAN
• Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu
mengandungi makna tersurat dan tersirat.
• Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a. yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan
b. dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
• Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-
terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti,
umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala
perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak
didahului kata-kata perbandingan tersebut.
CONTOH PERUMPAMAAN YANG DISEBUT PERBANDINGAN
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.
CONTOH PERUMPAMAAN YANG TIDAK DISEBUT
PERBANDINGAN
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
PEPATAH
• Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama
dengan pepatah dan bidalan. Namun, perbilangan disusun
berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
• Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih
dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat
perbilangan atau perkataan.
• Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau
peraturan masyarakat.
CONTOH:
• Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
• Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
• Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.
• Ditelan mati emak, diluah mati bapak.