Tarbiyyah
RAMADHAN
1443H/2022M
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK AYER ITAM
PULAU PINANG
DOA
MENYAMBUT BULAN
RAMADHAN
AL-MUBARAK
ر ّ َِيَع َوبلا ْيلََنوََّاسرُّبِبلاَاْل َُكمي ِْةما ِلنُل،َِ ُنه،َاوالِْْل َُلوهاَِّْْْسمللَيأاَِِمهماَّل
Maksudnya:
“Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan
serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan
tuhanmu adalah Allah”
“Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rendah diri, kami
yang kerdil lagi hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan
kepada-Mu ya Allah…
Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana
sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, janganlah
Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui…
Bukakanlah pintu-pintu Rahmat-Mu untuk kami ya Allah…
ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk
melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami
daripada mengingatimu ya Allah…
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, setiap titik susu yang
mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan ,setiap
keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari
rezeki… Kau gantilah dengan keampunan yang membawa ke
syurga-Mu ya Allah.
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-
sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi
meninggalkan kami ke alam barzakh… golongkanlah mereka
dalam orang-orang yang Kau redhai…
Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. Ya
Allah… Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr… Pilihlah kami di
kalangan hamba-Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr…
Ya Allah… Terimalah amalan kami.. terimalah taubat kami…
Ampunkanlah segala dosa kami…
Aaminnn… Ya Robbal Alaminnn…”