The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitifatimahppki83, 2023-08-23 08:42:10

Mengatasi MasalahTingkahlaku Murid ADHD Menggunakan Intervensi Busy Book

Penulisan 6orang pelajar DPLI UPSI

Keywords: ADHD Busy Book

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI PPM ) KOHORT 1 SESI 2022/2023 KPP 4033: TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN TAJUK: MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU MURID ADHD MENGGUNAKAN INTERVENSI ‘BUSY BOOK’ DISEDIAKAN OLEH : BIL NAMA NO. MATRIK 1. NURULHANA BINTI ISHAK L20221012694 2. SITI FATIMAH BINTI AZIZ L20221012726 3. NURUL HUDA BINTI HUSIN L20221012712 4. NOOR AZIMAH BINTI AB AZIZ L20221012730 5. NUR AMALINA BINTI ZAHARI L20221012727 6. NUR SURYANI BINTI HASSAN L20221012709 PENSYARAH : TS. DR. FARIDAH HANIM YAHYA TARIKH : 15 JANUARI 2023


i ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Penghargaan 1 2. Abstrak 1 3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 2 4. Fokus Kajian 3 5. Objektif Kajian 3 6. Kumpulan Sasaran 4 7. Pelaksanaan Kajian 4 8. Tinjauan Masalah 5 9. Kaedah Mengutip Data 5 10. Analisis Tinjauan Masalah 6 11. Tindakan Yang Dijalankan 6-7 12. Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/penilaian 7-9 13. Refleksi Kajian 9 14. Dapatan Kajian 9 15. Cadangan Kajian Seterusnya 10 16. Bibliografi 11 17. Lampiran 12-18


1 PENGHARGAAN Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan rahmat-Nya dapatlah kami menyempurnakan Penulisan Ilmiah ini bagi memenuhi syarat tujuan penganugerahan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Jutaan penghargaan terima kasih kepada pensyarah merangkap penyelia iaitu Ts. Dr. Faridah Hanim Yahya atas bimbingan, dorongan dan semangat yang diberi sepanjang tempoh penulisan ini dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak sekolah dan murid yang turut terlibat dalam menjayakan Penulisan Ilmiah ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami untuk menjayakan penulisan Ilmiah ini. Kami juga berharap agar penulisan ini dapat memberi manfaat kepada individu dan masyarakat keseluruhannya. Semoga kerjasama yang diberikan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih. ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku negatif iaitu sikap murid yang cepat marah dan suka bergerak sesuka hati semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini telah dijalankan ke atas seorang murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ditahap ringan dari Program Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah sekolah sekitar daerah Hulu Selangor. Pengkaji menggunakan kajian secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan intervensi “Busy Book” bagi mengubah tingkah laku negatif subjek kajian. Kaedah ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian supaya dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran sosial murid untuk melibatkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, masalah tingkah laku cepat marah dan suka bergerak sesuka hati semasa sesi pembelajaran yang ditunjukkan oleh subjek kajian telah dapat dikurangkan dengan penggunaan kaedah “Busy Book”. Impak daripada perubahan positif ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirancang serta objektif pembelajaran juga tercapai.


2 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU: Pelbagai kategori murid akan dapat kita lihat dan mereka mempunyai pelbagai karenah dan masalah tingkahlaku yang perlu kita tangani iaitu seperti Slow Learner atau lambat perkembangan, autisme, down syndrome, ADHD (Attention Defisit Hiperaktif Disorder), Cerebral Palsy (CP) /spastik dan juga murid yang mempunyai masalah multi disabilities atau pelbagai kecacatan. Berdasarkan refleksi pengajaran yang lalu didapati murid ADHD di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran tidak dapat menumpukan perhatian dan mempunyai beberapa masalah tingkahlaku yang menggangu sesi pembelajaran dan pengajaran. Akademik bukanlah fokus utama kita apabila berhadapan dengan murid-murid seperti ini. Akan tetapi ini bukan bermakna kita tidak perlu langsung mengajar mereka, cuma penekanan yang lebih hendaklah diberi kepada matapelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku dan Kemahiran Amalan Berdikari. Mereka perlu dididik supaya menjadi manusia yang berdisiplin, boleh mengikut peraturan dan boleh berdikari. Menurut Yee dan Manisah (2008) intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI Masalah Pembelajaran yang berpengalaman, sepatutnya dapat membantu dan menjadi tempat untuk guru-guru meminta pertolongan apabila guru-guru mengajar di kelas-kelas murid yang mempunyai masalah tingkah laku. PPM perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan seterusnya boleh mengatasi segala permasalahan murid dari pelbagai sudut. Terdapat beberapa orang murid di kelas PPKI yang mempunyai masalah hiperaktif. Antara tingkah lakunya adalah sering bergaduh dengan kawan apabila emosinya hari itu tidak baik, murid juga akan menangis apabila tidak boleh menyelesaikan latihan yang diberi guru, tidak mahu melakukan latihan yang diberikan oleh guru dan suka tidur. Mottan, K. (2019) berkata, sifat mengganggu kelas serta tantrum dalam pelbagai cara masih berterusan dan mengambil masa bertahun-tahun untuk berkurangan. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid ini kerap mengulangi tingkah laku negatif tetapi boleh dikurangkan dengan bahan bantu mengajar berbentuk permainan. Disebabkan ini, pengkaji merasakan kajian perlu dijalankan bagi mengatasi masalah tingkah laku murid ini.


3 2.0 ISU /FOKUS KAJIAN Dalam membantu menguruskan murid Pendidikan Khas ini, budaya penyayang adalah sangat dititikberatkan. Namun begitu, ketegasan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid supaya boleh mengikut arahan. Ketegasan dari segi intonasi suara yang keras adakalanya amat diperlukan. PPM juga membantu guru-guru meletakkan murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini di dalam kelas di mana kedudukan meja dan kerusinya berhampiran guru supaya lebih mudah diberi perhatian. Ini memberi peluang kepada PPM untuk memujuk dan membina keyakinan murid dan meyakinkannya bahawa proses pembelajaran itu sebenarnya menyeronokkan. Isu murid mempunyai masalah tingkah laku ini bukan lagi isu yang tidak boleh diatasi. Ini kerana murid lebih suka apabila guru atau PPM melayan kerenahnya. Fokus utama kajian tindakan ini ialah untuk menangani masalah tingkah laku murid yang suka mengganggu ketika berada di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan. Pada pandangan pengkaji adalah rugi sekiranya kemudahan yang ada tidak digunakan sebaik mungkin. Fokus kepada menggunakan intervensi “Busy Book” adalah salah satu langkah yang boleh diatasi apabila murid mempunyai minat untuk hadir ke sekolah walaupun murid mempunyai masalah tingkah laku. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum ● Murid dapat mengawal tingkah laku apabila berada dalam kelas ketika sesi PdP dengan menggunakan busy book. 3.2 Objektif Khusus • Murid dapat mengurangkan kekerapan bergaduh dengan kawan, tidak mahu membuat latihan yang diberikan oleh guru, menangis dan suka tidur di dalam kelas. • Murid dapat membuat ikatan tali kasut melalui busy book dalam tempoh masa 5 minit tanpa bantuan guru.


4 • Murid dapat menyiapkan puzzle paling cepat dalam masa 7 minit tanpa bantuan guru. 4.0 KUMPULAN SASARAN Murid yang menjadi sumber rujukan ini adalah lima orang murid dan sedang belajar di kelas Pendidikan Khas di daerah Hulu Selangor. Mereka telah didiagnosa oleh panel perubatan sebagai individu ADHD. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah yang dijalankan pengkaji mendapati murid-murid ADHD ini mempunyai masalah tingkah laku yang agak serius. Ini kerana mereka sering bergaduh dengan kawan apabila emosinya terganggu, mereka juga akan menangis apabila tidak dapat menyelesaikan latihan yang diberi guru, tidak mahu melakukan latihan yang diberikan oleh guru dan suka tidur. berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji murid-murid ini lebih berminat kepada pembelajaran yang berbentuk permainan. Menurut Zaleha Damanhuri (2017), aktiviti bermain yang di rancang secara berkumpulan akan menyebabkan guru mampu melihat kepelbagaian kanak-kanak di mana tahap kebolehan melaksanakan aktiviti adalah berbeza. Tingkah laku lima orang murid ini dikaji selama tiga jam sehari daripada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi selama seminggu bermula 06 November 2022 sehingga 11 November 2022. Tingkah laku murid-murid di sekolah ini dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Mereka didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Pengajaran merangkumi satu program dan perancangan yang digunakan oleh guru atau pendidik dalam melaksanakan proses PdP ( Siti Fatimah dan Mustaffa, 2018). Kajian ini dijalankan terhadap lima orang murid kelas pendidikan khas. Murid-murid yang dipilih ini telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai ADHD. Mereka memperlihatkan ciri- ciri tingkah laku bermasalah seperti yang telah dinyatakan. Murid-murid


5 ADHD ini didapati mengganggu PdP guru dan rakan lain didalam kelas. Kajian ini perlu dijalankan bagi mengekal dan meningkatkan tingkah laku yang tidak diingini serta mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang disasarkan. Masalah ADHD menyebabkannya mengalami perkembangan bahasa yang tidak sempurna,pertuturan kurang jelas, tiada hubungan mata (eye contact) ketika berinteraksi dengan orang dan emosi diperlihatkan cepat marah. Namun gejala ADHD sangat mengganggu pengajaran dan pembelajaran bagi dirinya dan kelas. Tumpuan murid sangat singkat iaitu sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Tingkah lakunya yang mengabaikan tugasan sekolah kerana meninggalkan tempat duduknya ketika di kelas, ingkar arahan dan gagal menyiapkan tugasnya. Guru perlu membuat pengurusan tingkah laku murid ini agar dapat membina keyakinan diri, memberi peluang meneroka prestasi serta menyedarkan murid baik dan buruk tingkah laku yang diamalkan. Tingkah laku baik dan yang terpuji mustahak untuk mewujudkan suasana tenang dan kondusif di dalam kelas seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan mesra dengan penggunaan masa yang maksima. Jadual 1: Kaedah mengutip data Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Langkah 1 03/11/2022 Pemerhatian Lima orang murid ADHD ➢ Kenalpasti masalah tingkah laku sebenar yang dihadapi oleh murid-murid ADHD ➢ Memerhati kekerapan masalah tingkah laku yang sering dilakukan oleh mereka Langkah 2 06/11/2021 hingga 11/11/2022 Intervensi Lima orang murid ADHD ➢ Mengkaji keberkesanan kaedah busy book terhadap masalah tingkah laku murid-murid ADHD tersebut


6 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 2: Analisis tinjauan masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah telah dikenalpasti Langkah 1 03/11/2022 Senarai semak Lima orang murid ADHD Murid-murid mempunyai tingkah laku tantrum, hiperaktif dan kerap menangis Langkah 2 04/11/2022 Pemerhatian Lima orang murid ADHD Tingkah laku yang sering mereka lakukan adalah seperti mengganggu kawan, meninggalkan kerusi tanpa sebab, berlari dan memanjat kerusi serta bising di dalam kelas. Langkah 3 06/11/2022 11/11/2021 intervensi Lima orang murid ADHD i. murid-murid melihat tayangan video ii. murid-murid bersama-sama menyanyi mengikuti irama di dalam video iii. murid-murid menggunakan busy book mengikut subtopik yang di tunjukkan di dalam video. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Dari senarai semak dan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji merasakan perlu ada pengubahsuaian tingkah laku yang perlu dilakukan terhadap peserta kajian agar dapat mengurangkan tingkah laku yang akan menjejaskan kelancaran PdP dalam kelas. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah yang berlaku, pengkaji menggunakan kaedah nyanyian dan intervensi “Busy Book” diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini. Kaedah yang dijalankan:


7 Langkah 1 Membuat tayangan video berkenaan tajuk haiwan Langkah 2 Murid-murid dikehendaki menyanyi lagu haiwan yang ditunjukkan pada video yang ditayangkan. Langkah 3 Murid-murid diminta untuk membuat bunyi haiwan yang telah dilihat di video ini untuk menarik perhatian murid mengganggu rakan Langkah 4 Murid-murid diperkenalkan dengan “Busy Book” bagi memberi ruang kepada mereka untuk lebih fokus. a) Instrumen dan langkah-langkah seperti pemerhatian dan intervensi akan dijalankan sendiri oleh pengkaji b) Bahan-bahan yang digunakan seperti Jadual 3 di bawah. No. Aktiviti Bahan-bahan berkaitan Media 1 Video di Youtube 1 2 Nyanyian, buat bunyi dan tunjuk gambar 1 3 Busy Book 1 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti Sesi Pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. Selepas pengkaji menunjukkan video haiwan, murid-murid dikehendaki menyanyi bersama-sama pengkaji mengikut video yang ditayangkan. Murid-murid dapat membuat bunyi haiwan seperti yang diminta. Selepas itu, murid-murid akan diperkenalkan dengan “Busy Book”. Pengkaji mempunyai beberapa buah buku busy book dimana murid-murid tidak akan menggunakan buku yang sama bagi mengelakkan mereka bosan. Kajian yang dijalankan oleh Puteri Roslina dan Azimah Bukhari (2016), membuktikan penggunaan bahan pengajaran yang kurang sesuai dengan keupayaan kanak-kanak seperti menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan tanpa mengubah suai bahan tersebut menyebabkan corak pembelajaran kurang menarik minat mereka. Buku ini mengandungi pelbagai topik tetapi kajian dimulakan dengan tajuk haiwan. Di dalam buku tersebut menunjukkan beberapa ekor haiwan seperti kuda, ayam, lembu, itik, biri-


8 biri, anjing dan arnab. Murid akan menampal gambar haiwan mengikut lakaran bentuk haiwan. kemudian, murid juga dikehendaki membandingkan saiz haiwan. Buku busy book yang lain pula akan menunjukkan haiwan seperti serangga, haiwan liar, dan haiwan di laut. Jadual 3: Data Perekodan tempoh masa murid ADHD dapat menyelesaikan Puzzle Tahap / Murid Murid 1 / masa Murid 2 / Masa Murid 3 / Masa Murid 4 / Masa Murid 5 / Masa Tahap 1 Dengan bantuan guru / PPM sepenuhnya 15 minit 22 minit Tahap 2 Separa bantuan daripada guru/PPM 10 minit Tahap 3 Tanpa bantuan guru / PPM 5 minit 6 minit Jadual 3 menunjukkan data perekodan tempoh masa murid ADHD yang dapat menyelesaikan Puzzle. Berdasarkan jadual tersebut, Murid 2 hanya memerlukan masa selama 5 minit sahaja diikuti Murid 5 dengan masa selama 6 minit untuk menyelesaikan Puzzle gambar haiwan pada tahap 3 tanpa bantuan guru atau Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Hal ini demikian kerana murid tersebut mempunyai minat yang tinggi dalam bermain Busy Book. Seterusnya Murid 3 pula mengambil masa selama 10 minit dengan separa bantuan daripada guru atau PPM, Murid 1 dalam tempoh 15 minit dengan bantuan guru atau PPM dan Murid 4 mengambil masa paling lama untuk menyelesaikan Puzzle iaitu selama 22 minit dengan bantuan guru atau PPM. Murid 4 ini mempunyai masalah dalam mengenalpasti bentuk sebenar Puzzle walaupun diterangkan berkali-kali. Jadual 4: Data Perekodan tempoh masa murid ADHD dapat membuat ikatan tali kasut Tahap / Murid Murid 1 / masa Murid 2 / Masa Murid 3 / Masa Murid 4 / Masa Murid 5 / Masa Tahap 1 20 minit 30 minit


9 Dengan bantuan guru / PPM sepenuhnya Tahap 2 Separa bantuan daripada guru/PPM 12 minit Tahap 3 Tanpa bantuan guru / PPM 7 minit 8 minit Jadual 4 menunjukkan data perekodan tempoh masa murid ADHD yang dapat membuat ikatan tali kasut. Berdasarkan jadual tersebut, Murid 2 hanya mengambil masa selama 7 minit untuk menyelesaikan ikatan tanpa bantuan guru diikuti Murid 5 dengan masa selama 8 minit di tahap yang sama dengan Murid 2. Murid 2 berjaya menyelesaikan dalam tempoh yang singkat kerana murid ini sudah biasa dilatih dari rumah sebelum dating ke sekolah. Seterusnya Murid 3 mengambil masa selama 12 minit dengan separa bantuan daripada guru atau PPM, Murid 1 selama 20 minit dengan bantuan guru dan Murid 4 mengambil masa paling lama iaiti 30 minit untuk mengikat tali kasut dengan bantuan guru atau PPM. Murid 4 ini mempunyai masalah sukar memahami perkara yang diajar dan sering lupa dengan sesuatu yang dilihat olehnya. REFLEKSI Sepanjang aktiviti dijalankan, murid kelihatan sangat seronok dan fokus sepanjang aktiviti bermula daripada tayangan video, nyanyian lagu, membunyi suara haiwan dan juga membuat aktiviti di dalam “busy book”. DAPATAN KAJIAN Setelah kajian dijalankan, pengkaji mendapati intervensi busy book dapat mengurangkan masalah tingkah laku murid tersebut. Tindakan yang dijalankan oleh pengkaji


10 melalui beberapa kaedah seperti menunjukkan video kepada murid kemudian pengkaji bersama-sama murid menyanyikan lagu menggunakan muzik dan memperkenalkan busy book kepada murid membantu menarik minat murid dalam sesi pembelajaran. Alat permainan edukatif seperti busy book ini menarik minat murid kerana reka bentuk buku yang berwarna warni menarik perhatian murid. Pengkaji mendapati kekerapan murid-murid tersebut bergaduh dengan kawan apabila emosinya terganggu, berkurangan daripada 10 kali dalam seminggu sebelum intervensi, 7 kali semasa intervensi dijalankan dan 2 kali selepas intervensi busy book dijalankan. Masalah tingkah laku murid menangis apabila tidak dapat menyelesaikan latihan yang diberi guru juga berkurangan dariapada 8 kali seminggu sebelum intervensi dijalankan, 5 kali semasa intervensi dijalankan dan hanya sekali seminggu selepas intervensi busy book dijalankan. Tingkah laku murid tidak mahu melakukan latihan yang diberikan oleh guru juga berkurangan apabila hanya sekali sahaja tingkah laku tersebut berlaku dalam seminggu selepas intervensi dijalankan berbanding sebelum intervensi dijalankan sebanyak 9 kali. Tingkah laku suka tidur di dalam kelas juga menunjukkan perubahan yang agak baik apabila murid hanya tidur 2 kali sahaja dalam seminggu selepas intervensi dijalankan berbanding 5 kali sebelum intervensi dijalankan dan 3 kali semasa intervensi dijalankan. Tingkah laku tidur di dalam kelas itu juga berlaku bukan kerana murid tersebut bosan tetapi disebabkan murid ini terlalu mengantuk. Menurut Adibah, Hanafi dan Mohktar (2016), guru boleh menggunakan intervensi ini untuk menggalakkan tanggungjawab pembetulan tingkah laku dari diri pelajar itu sendiri. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji akan mengekalkan kaedah ini pada masa akan datang kerana pembelajaran menggunakan intervensi “Busy Book” merupakan satu kaedah pengajaran yang bukan sahaja menarik serta dapat menimbulkan keseronokan dan minat dalam kalangan murid, malah ianya dapat membantu guru menangani masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Busy book ini juga boleh digunakan untuk matapelajaran pengurusan diri dengan membuat helaian yang mempunyai aktiviti pengurusan diri seperti sikatan rambut, dan berus gigi. Selain daripada itu, pengkaji juga akan menambah baik kajian ini dengan membuat busy book untuk murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pengelihatan iaitu busy book braille. Penggunaan busy book ini juga dapat membantu meningkatkan tahap fokus murid dan membantu dalam menajamkan


11 kemahiran motor halus sehingga mampu mendidik murid-murid ADHD ini dalam bidang diminati mereka sekali gus dapat membuka peluang dan ruang mereka kearah kerjaya. BIBLIOGRAFI Adibah Hanim Ab Latif, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Modifikasi Masalah Tingkah Laku Mengganggu di Dalam Bilik Darjah Menggunakan Intervensi “The Good Behavior Game”. Fakulti Pendidikan, UKM. Mottan, K. (2019). Kesan kg (kinesthetic, gamification) terhadap tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak (ADD/ADHD) sekolah rendah masalah pembelajaran. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 3(4), 398-405 Puteri Roslina Abdul Wahid, Nur Azimah Bukhari. (2016). Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa Jilid 16 Bil 2. Siti Fatimah Salleh, Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Journal (APJ) eISSN: 2600-8971 Volume 1, Issue 2, PP 243-263. Yee; L. P., & Manisah Mohd Ali; (2008). Amalan program intervensi awal kanak-kanak autistik mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan, 33, 19–33. Zaleha Damanhuri. (2017). Perkembangan Main Dalam kalangan Kanak- kanak Awal. Jurnal Sains Sosial Jilid 2, 144-155.


12 LAMPIRAN Rajah 1 : Video haiwan peliharaan Link: https://www.youtube.com/watch?v=N5SB9uPo8-Y Rajah 2 : Video lagu haiwan Link: Link: https://youtu.be/qZPSXEPO_Aw


13 Rajah 2 : Video lagu haiwan Link: Link: https://youtu.be/PFCBR5v2LGY Rajah 4 : Busy book haiwan peliharaan Rajah 5 : Busy book haiwan di zoo


14 Rajah 6 : Busy book haiwan di Zoo Rajah 7 : Busy book nombor Rajah 8 : Busy book Pengangkutan


15 Rajah 9 : senarai semak tingkah laku murid Nama Murid M1 Tarikh 03 November 2022 (Khamis) Tempoh Masa 8.00 hingga 11.00 pagi (3 jam) Tempat Kelas Saidina Ali Bil Tingkah Laku 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah 1 Bergaduh dengan kawan / / / / / / / / / / 10 2 Menangis apabila tidak dapat menyelesaikan Latihan yang diberikan guru / / / / / / / 8 3 Tidak mahu membuat latihan / / / / / / / / / 9 4 Tidur di dalam kelas / / / / / 5 Nama Murid M1 Tarikh 04 November 2022 (Jumaat) Tempoh Masa 8.00 hingga 11.00 pagi (3 jam) Tempat Kelas Saidina Ali Bil Tingkah Laku 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah 1 Bergaduh dengan kawan / / / / / / / / / 9 2 Menangis apabila tidak dapat menyelesaikan Latihan yang diberikan guru / / / / / / / 7 3 Tidak mahu membuat latihan / / / / / / / 7 4 Tidur di dalam kelas / / / 3


16 Rajah 10 : Murid mula menggangu rakannya Rajah 11 : Murid sedang membuat aktiviti ‘Busy book’


17 Graf 1 : Graf Data Perekodan Kekerapan Tingkah Laku bergaduh dengan kawan pada Kanak-kanak ADHD Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Intervensi busy book Graf 2 : Graf Data Perekodan Kekerapan Tingkah Laku menangis apabila tidak dapat menyelesaikan latihan diberikan guru kepada Kanak-kanak ADHD Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Intervensi busy book


18 Graf 3 : Graf Data Perekodan Kekerapan Tingkah Laku tidak mahu membuat latihan yang diberikan oleh guru kepada Kanak-kanak ADHD Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Intervensi busy book Graf 4 : Graf Data Perekodan Kekerapan Tingkah Laku tidur di dalam kelas pada Kanak-kanak ADHD Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Intervensi busy book


Click to View FlipBook Version