The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-folio-pengajian-islam-flipbook-pdf (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azamlegends123, 2022-06-13 09:27:53

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

e-folio-pengajian-islam-flipbook-pdf (1)

MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
TAJUK E – FOLIO : SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

NAMA PENSYARAH : PUAN NURUL HUDA BINTI AZIZAN

No. Nama Pelajar No Matrik

1. MUHAMMAD KHAIRUL FITRI 21DDT21099
BIN KAMARUDDIN

2. MUSTAQIM ZULFAISAL BIN 21DDT21F1091
RAZAK

3. MUHAMMAD NUR AZAM 21DDT21F1089
BIN MOHAMMAD FUAD

ISI KANDUNGAN 1

OBJEKTIF KAJIAN 2
2
PENGENALAN 2
3
1. Salah Faham di Kalangan Masyarakat Islam
1. Islam agama yang menganjurkan keganasan 5
2. Islam agama yang kolot dan ketinggalan 5
3. Islam tidak mementingkan kehidupan di dunia
6
2. Islamfobia 6
1. Istilah lain bagi Islamfobia 6

3. Cabaran Dalam Mendekati Masyarakat Non – Muslim 8
1. Tanggapan buruk terhadap imej Islam 8
2. Masyarakat Non – Muslim terpengaruh dengan agenda Barat 8

4. Punca Salah Faham Terhadap Muslim di Malaysia 10
1. Melihat secara Ekstrim 10
2. Melihat Islam secara Sempit 10

5. Kesan Terhadap Salah Faham Kepada Muslim di Malaysia 12
1. Diri
2. Masyarakat/Negara

KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kami melakukan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tanggapan
masyarakat non – muslim terhadap masyarakat Islam. Secara khususnya, objektif kajian bagi
penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i. Kami dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai masyarakat non –
muslim. Kami dapat mengetahui pendapat mereka tehadap agama Islam

ii. Kami juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai Islamfobia
iii. Kami juga dapat mengetahui tentang cabaran yang dilalui oleh masyarakat

Islam untuk mendekati masyarakat non – muslim.
iv. Kami juga dapat mengenalpasti kesan salah faham non – muslim terhadap

agama Islam
v. Kami juga dapat mengetahui tentang punca masyarakat non – muslim salah

faham terhadap agama Islam.

PENGENALAN

Menurut laman web https://prezi.com/xmz-dqj7xxom/salah-faham-terhadap-islam/
Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia. Salah faham
terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering
juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan
anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat
terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam itu sendiri.
Seterusnya, menurut laman web https://prezi.com/xmz-dqj7xxom/salah-faham-terhadap-
islam/ Islam adalah merupakan agama yang sempurna. Hakikat ini telah ditegaskan oleh Allah
s.w.t sebagaimana firmannya di dalam surah al- Maidah ayat 3, “Hari ini Aku sempurnakan
bagimu agamamu dan Aku lengkapkan atasmu akan nikmatKu dan Aku redha agama Islam
menjadi agamamu” (Surah al- Maidah: 3).

Kesempurnaan Islam ini diperjelaskan lagi dengan jalan hidup atau sunnah Rasulullah
SAW yang menjadi qudwah hasanah (role model) kepada umat islam setiap zaman. Islam
adalah agama yang sering disalahtafsir oleh orang bukan Islam dan orang Islam. Menyebabkan
keunggulan Islam tidak terserlah dan indah dari segi ilmiah dan amaliahnya. Ini menjadi punca
orang bukan Islam tidak tertarik mendekati bahkan memusuhinya dan lebih malang ada di
kalangan umat Islam meragui dan keliru terhadap Islam. Tugas umat Islam bukan sahaja untuk
memulihkan imej Islam pada pandangan bukan Islam, tetapi juga mengembalikan keyakinan
di dalam diri umat Islam sendiri. Islam adalah agama yang indah dari segi teori dan praktikal
(amaliah) dalam kehidupan. Tetapi realitinya, keunggulan Islam tidak berlaku secara ilmiah
dan amaliah, kerohanian dan material – menghadapi krisis seperti gejala sosial, rasuah,
jenayah, ditindas dan diserang dari pelbagai sudut – budaya, ekonomi, ketenteraan dan lain –
lain.

1

1. Salah Faham di Kalangan Orang Bukan Islam (Non-Muslim)
Salah faham sering berlaku di dalam kalangan orang bukan Islam adalah kerana mereka sering
memikirkan bahawa islam hanya mementingkan ibadah semata-mata dan mereka menggap
bahawa orang Islam tidak suka melibatkan diri dengan hiburan dunia. Selain itu, mereka juga
risau terhadap masa depan cara hidup dan budaya masayrakat bukan islam yang semakin
terhakis disebabkan salah faham terhadap dakwah islam pada masa kini. Menurut laman
sesawang https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-faham-terhadap-islam/ di bawah
adalah antara salah faham masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

1. Islam agama yang menganjurkan keganasan.
Tuduhan ini mula popular dan semakin mendapat tempat selepas berlakunya peristiwa

hitam 11 September 2001 apabila sekumpulan pemuda disyaki beragama Islam merampas
kapal terbang penumpang di Amerika Syarikat dan merempuh bangunan Pusat Dagangan
Dunia di New York yang menyebabkan lebih 6,000 orang mati. Selepas peristiwa tersebut,
berlaku pula beberapa siri letupan bom di seluruh dunia terhadap kepentingan Amerika yang
juga disyaki dilakukan oleh beberapa kumpulan pemuda islam. Bermula daripada peristiwa
tersebut, anggapan bahawa Islam merupakan agama yang mengajar keganasan mula mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat bukan islam seluruh dunia.

Tomahan ini adalah salah sama sekali kerana Islam telah pun wujud hampir 1,500 tahun
dahulu. Dalam tempoh tersebut, Islam telah membuktikan bahawa ia adalah agama yang sangat
mementingkan keamanan dan keselamatan manusia seluruhnya. Selain itu, masyarakat
manusia pelbagai agama telah hidup dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Islam.
Malah ada antara mereka yang dilantik sebagai pembesar atau menteri yang diberikan kuasa-
kuasa tertentu dalam pemerintahan negara Islam. Bukti keadilan Islam juga dapat dilihat dalam
peristiwa semasa peperangan salib antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Oleh itu,
banyak ayat Al-Quran yang melarang umat Islam daripada bemusuhan dengan orang bukan
Islam kecuali jika mereka dahulu yang memulakan permusuhan. Rasulullah SAW juga telah
mewujudkan satu kontrak sosial yang dikenali sebagai Piagam Madinah yang menjamin hak -
hak orang bukan islam dalam negara Islam Madinah untuk hidup dengan aman damai dan
menjalani ajaran agama mereka tanpa gangguan.

2

2. Islam agama yang kolot dan ketinggalan
Tuduhan yang sering dilemparkan kepada agama islam sebagai agama yang kolot,

mundur, ketinggalan dan hanya sesuai untuk masyarakat yang kurang bertamadun sahaja.
Tuduhan ini dilontarkan sebahagian besarnya berpunca daripada kedudukan umat dan
masyarakat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya sangat mundur, tidak berilmu
dan berpecah belah. Oleh itu, jika kajian dilakukan secara jujur dan objektif, kita akan dapati
bahawa Islam merupakan satu agama yang dinamik, progresif dan sangat mementingkan ilmu
pengetahuan. Kemunduran dan kekurangan ilmu dalam kalangan masyarakat Islam di dunia
hari ini tidak boleh dijadikan asas bagi membuktikan bahawa agama islam merupakan agama
yang mundur kerana mereka telah membelakangkan agama Islam dan hanya dikatakan Islam
pada nama sahaja. Selain itu, masyarakat bukan Islam sering memberi tuduhan bahawa dari
segi pemikiran, kehidupan dan penghayatan Islam pada zaman sekarang tidak lagi mengikuti
ajaran islam.

Oleh itu, dari segi dasarnya Islam sangat mengutamkan ilmu pengetahuan dan Islam
bukanlah agama yang tahyul, khurafat dan mitos. Islam merupakan agama yang berdasarkan
kepada wahyu, akal, kebijaksanaan dan pembuktikan. Justeru itu, agama Islam dapat terus
bertahan malah semakin berkembang dengan majunya ilmu pengetahuan dan taraf pemikiran
manusia. Tiada ajaran agama Islam yang bercanggah dengan fakta dan kebenaran yang mutlak.

3. Islam tidak mementingkan kehidupan dunia
Di samping itu, terdapat lagi satu tanggapan salah iaitu ajaran Islam tidak

mementingkan kehidupan dunia. Mereka beranggapan sebegitu kerana pada pandangan mereka
masyarakat Islam perlu menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat khusus untuk
mendapatkan kebahagiaan pada hari akhirat dan mereka juga menganggap bahawa kesengan
dan kebahagiaan hidup di dunia hanya milik orang bukan islam. Seterusnya mereka
memikirkan bahawa hanya biarkan orang bukan islam berusaha untuk kejayaan hidup di dunia
manakala orang Islam tumpukan kepada kejayaan hidup di akhirat. Jadi hal ini merupakan satu
tanggapan salah yang sangat berbahaya bagi umat Islam dan bercanggah dengan mesej Islam
yang sebenarnya.

Selain itu,konsep ibadat dalam Islam merupakan satu konsep yang luas. Ibadat bukan
sahaja bermaksud sembahyang, berpuasa, berzakat, haji, membaca al-quran dan sebagainya,
tetapi ibadat juga termasuk bekerja mencari rezeki dalam bidang perniagaan, pertanian,
perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain dengan syarat ia dilakukan secara yang baik
menepati Syariah yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

3

Akhir sekali, inilah pandangan Islam yang sebenar tentang kehidupan di dunia dan di
akhirat. Pandangan yang mengatakan Islam hanya mementingkan kehidupan akhirat semata-
mata adalah pandangan yang salah dan tidak menepati hakikat ajaran Islam yang sebenar dan
yang dikatakan kehidupan dunia yang ditolak oleh Islam ialah kehidupan dunia yang penuh
dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya, kehidupan dunia yang dilalui dengan baik mengikut
ajaran - ajaran Islam adalah kehidupan yang disukai dan diredhai Allah S.W.T. dan akan
diberikan ganjaran yang baik juga di akhirat nanti.

4

1. Islamfobia

Menurut laman sesawang https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamfobia Islamfobia adalah
istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim.
Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamfobia sebagai “rasa takut dan
benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam,” juga
menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan
megasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamfobia juga
termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih
rendah dari nilai barat dan mempunyai idealogi politik yang ganas daripada dikenali sebagai
satu agama.

1. Istilah lain bagi Islamfobia
Menurut laman web https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/10/05/memahami-isu-

islamofobia-antara-persepsi-dan-realiti/ sekiranya dirujuk dan dieperhatikan di dalam media
massa dan saluran yang lain, istilah lain yang hampir sama dengan Islamfobia juga digunakakm
bagi merrujuk kepada fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Istilah seperti ‘Muslim
radicalization’,’anti-Muslim hate crime’, ‘anti-Islamic phenomena’, ‘xenophobia’ dan
‘religiously based hate crimes’ juga sering kali digunakan. Namun, Islamfobia masih menjadi
istilah yang lebih popular danianya kini diterimapakai secara meluas di akhbar, majalah, media
elektronik dan lain – lain saluran.

Secara umumnya, Islamfobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap
Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang berkaitan dengan
Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamfobia bermakna “sesuatu permusuhan dan ketakutan
tidak berasa terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti
daripada mereka”. Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan ‘Commission on
British Muslims and Islamfobia’ yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada “dread or
hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslim” atau “irraritional fear of
Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asia and anti-Arab racism”. Melalui
pentakrifan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamfobia ini merujuk kepada persepsi negatif
terhadap Islam dalam bentuk diskriminasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam
atau umat Islam.

5

1. Cabaran Dalam Mendekati Masyarakat Non-Muslim

Menurut laman sesawang

http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf jika

dilihat dengan perkembangan Malaysia pada hari ini, kita sebenarnya masih mampu berbangga

kerana berjaya menyatukan pelbagai bangsa dan agama untuk bersama-sama bernaung dalam

satu negara. Namun, harus kita sedari bahawa suasana harmoni ini bersifat relatif di mana

keadaan ini boleh berubah pada bila-bila masa sahaja mengikut peredaran masa dan keadaan

masyarakat (Khairul Azhar, 2016). Meskipun Malaysia dianggap sebagai sebuah negara

majmuk, namun segelintir sarjana seperti Khoo Kay Kim di dalam (Mohd Azhar el at, 2013)

menyatakan Malaysia berada dalam keadaan ‘worrying and fragile state’, manakala Shamsul
Amri (dlm Mohd Azhar el at, 2013) pula menyatakan ‘tegang tapi stabil’. Terdapat pelbagai

fasa dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia dalam mendekati golongan

non-Muslim di sini.

1. Tanggapan buruk terhadap imej Islam
Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan

perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana negara
Islam sendiri telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada perpecahan
ini, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada
perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Diantara sebab umat
Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai parti politik dan pertubuhan dakwah dan sifat
ketaksuban terhadap pemimpin. Hal ini menyebabkan, proses dakwah menghadapi masalah
kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan
kumpulannya (Aziz Jamaludin, 2011). Peristiwa sebegini akhirnya menyebabkan masyarakat
non-Muslim menjauhkan diri dengan masyarakat Islam. Selain itu, imej bangsa Melayu di mata
masyarakat bukan Islam juga kurang baik. Masyarakat Melayu sering disifatkan sebagai
pemalas, mengamalkan rasuah, gila kuasa dan tidak pandai berdikari (Khairul Azhar, 2013)

2. Masyarakat non-Muslim terpengaruh dengan agenda Barat
Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang

Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai
penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks,

6

fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan
kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai
menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudian mencipta pula persepsi
Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-
lain tindakan jenayah. Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian yang
digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai
kaitan dengan penjenayah.

Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat sebagai suatu perkara yang salah dan
bertentangan dengan kebebasan manusia. Selain itu, menara masjid juga dilihat sebagai faktor
yang mendorong kepada keganasan. Perspektif yang salah ini semakin berkembang dalam
masyarakat Barat sehinggakan terdapat negara yang berusaha untuk menggubal undang-
undang mereka bagi melarang apa sahaja unsur yang berkaitan dengan Islam (Aziz Jamaludin,
2011).

7

1. Punca Salah Faham Terhadap Muslim di Malaysia

2. Melihat Islam secara esktrim
Sesetengah golongan menjadi terlalu agresif dan bertindak secara radikal – hanya Islam

dilabel sebagai agama militan, ganas dan fanatik. Sama ada dari segi kefahamannya, mahupun
dari segi cara memperjuangkannya, mereka yang radikal ini tidak mengenal erti tolak-ansur
dan tasamuh (lapang dada) dalam memperjuangkan cita-cita ´Islam´ mereka.

Manakala ada pula yang terlalu liberal – hingga ´mencairkan´ prinsip-prinsip teras
agama yang seharusnya tidak boleh digolok-gadai. Hampir-hampir mereka tidak mempunyai
prinsip dan rela berbuat apa sahaja atas alasan kesederhanaan, perpaduan dan kefleksibelan
Islam. Sedangkan, hakikat sebenarnya, mereka telah ´hanyut´ dalam sistem nilai dan
penjajahan bentuk baru musuh-musuh Islam.

2. Melihat Islam secara sempit
Golongan yang melihat Islam secara sempit ini terbahagi kepada dua golongan:

a) Memandang Islam di sudut ibadah khusus semata-mata. Agama pada kelompok ini
dilihat semata-mata sebagai bekalan akhirat untuk mendapat syurga. Agama adalah
platform menunggu hari mati dan ia tidak ada kaitannya dengan sistem hidup
bertamadun dan berkemajuan. Tindakan ini jelas memisahkan antara dunia dari akhirat.
Bagi mereka dunia bukan lagi sebagai ´tanam-tanaman´ yang bernilai untuk memetik
hasilnya di akhirat, bahkan dianggap ´bangkai´ yang begitu menjijikkan. Golongan ini
menyebabkan Islam jumud, beku dan tidak progresif.

b) Memandang Islam hanya pada aspek maddiah (material). Golongan ini hanya melihat
Islam dari sudut pembangunan duniawi (pembangunan ekonomi, teknologi dan ilmu)
tetapi meminggirkan atau menyisihkan aspek-aspek prinsip yang berkaitan dengan soal
keimanan. Kelompok ini melihat Islam hanya sebagai faktor motivasi untuk
membangunkan kecemerlangan duniawi tanpa mengaitkannya dengan soal dosa,
syurga dan neraka. Mereka sibuk dalam soal-soal fardhu kifayah tetapi cuai dalam
persoalan asas (fardhu Ain). Pada mereka seolah-olah ajaran Islam itu hanya sebagai
´ideologi´ yang diperjuangkan tanpa dikaitkan dengan soal akhirat dan Hari
Pembalasan.

8

c) Memandang Islam hanya sebagai agama warisan yang bersifat adat semata-mata.
Golongan ini melihat Islam disudut adat semata-mata. Islam pada mereka bukan suatu
cara hidup yang lengkap, malahan dilihat sebagai ritual agama yang berkait soal lahir,
kahwin dan mati sahaja.

9

1. Kesan Terhadap Salah Faham Kepada Muslim di Malaysia

2. Diri
a) Kurangnya iman dalam diri seseorang

Orang Islam yang cepat terpedaya dengan kata-kata orang bukan Islam mampu
mengubah dirinya dan imannya sehingga tidak begitu kukuh. Mereka merasakan bahawa apa
yang diperkatakan oleh orang bukan Islam ada benarnya terutamanya mereka yang merasa diri
mereka menerima ujian yang sangat berat dan mereka menganggap semua doa yang mereka
pohon susah dimakbulkan. Oleh itu, mereka berasa putus asa dan tidak meletak harapan
sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Justeru itu, dengan mempercayai bahawa hasutan dan kata-
kata orang bukan Islam boleh mengurangkan iman seseorang kerana mudah mengalah dalam
memohon sesuatu kepada Allah S.W.T.

Di samping itu, hal ini juga boleh menyebabkan seseorang lunturnya semangat
menuntut ilmu dan kurang untuk mencari ilmu agama untuk memantapkan lagi iman seseorang.
Dengan itu, boleh menyebabkan seseorang itu jahil tentang agama Islam dan mudah
terpengaruh dengan adegan-adegan orang bukan Islam yang cuba untuk menindas umat Islam
di Malaysia.

5.2 Masyarakat / Negara
Pembangunan yang dibangunkan oleh masyaraakat Islam akan diambil alih oleh

masyarakat Non – Muslim. Mereka akan berkomplot sesame mereka bagi menguasai semua
sektor – sektor bangunan yang berlandaskan Syariah Islam. Contohnya, sekolah agama bakal
digantikan dengna pusat membeli – belah. Hal ini kerana mereka akan menindas masyarakat
islam dengan alasan bahawa islam ini adalah agam yang tidak bagus dari segi fizikal dan
mental.

Peperangan antara orang kafir dan orang muslim mungkin akan berlaku kerana mereka
iaitu masyarakat Non – Muslim akan menindas Islam dengan cara ganas supaya masyarakat
lslam mengundurkan diri dan tidak lagi menguasai Malaysia. Seperti yang kita tahu, majoriti
di Malaysia adalah orang Islam jadi mereka turut mengambil kesempatan untuk mengambil
alih Malaysia ini terutama sekali warga cina. Hal ini dapat dibuktikana dengan situasi di bandar
Johor Bahru dimana sekolah agama islam yang diwakafkan oleh Tunku Ampuan Mariam itu
akan dirobohkan dan digantikan dengan pusat beli – belah. Satu - satunya cara untuk
mengalahkan masyarakat Islam adalah dengan peperangan sahaja kerana masyarakat non –

10

Muslim di China terkenal dengan senjatanya yang kuat dan bagus. Jadi, tidak mustahil lah bagi
mereka untuk memulakan peperangan ini. Nyawa kita turut terancam dan boleh menyebabkan
kematian.

11

KESIMPULAN
Kita sebagai orang Islam wajiblah mentaati agama Islam dengan sebaik - baiknya dan

mengikut ajaran islam yang benar agar kita tidak terpesong ke jalan yang salah. Selain itu, kita
sebagai umat Islam hendaklah sentiasa menyebar dakwah agar agama Islam dapat disebar luas
dan dapat melahirkan generasi yang berpegang teguh terhadap agama Islam. Seterusnya,
kejayaan membetulkan salah faham terhadap Islam banyak bergantung kepada faktor umat
islam sendiri. Kitalah yang mesti memastikan Islam tidak disalahfahamkan lagi, baik dari segi
ilmiahnya mahupun dari segi amali. Malah kita sendiri mesti menjadi bukti akan kesempurnaan
dan kebenaran Islam di dalam kehidupan sehari-hari.

Akhir sekali, kita sebagai umat Islam yang bertamadun dan akan melahirkan generasi
yang akan datang haruslah berganding bahu dalam memupuk ajaran agama islam yang sebenar,
akhlak yang baik dan mempamerkan sifat positif yang boleh memberi kesan yang baik untuk
generasi yang akan datang. Oleh itu, agama Islam akan sentiasa tersebar luas dan tidak akan
ditindas oleh golongan orang yang bukan islam dengan sesuka hati mereka dan memberi
pengaruh yang tidak baik terhadap anak- anak Adam yang dilahirkan di dalam agama islam
yang suci dan mempunyai ajaran yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah.

12

RUJUKAN

Internet
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-faham-terhadap-islam/
https://prezi.com/xmz-dqj7xxom/salah-faham-terhadap-islam/
http://www.mais.gov.my/persoalan-berkaitan-liberalisme/

https://www.academia.edu/32418489/EKSTREMISME_DALAM_DUNIA_MUSLIM_MASA_KINI_ANALI
SIS_KEPADA_KUMPULAN_DAESH

https://www.slideshare.net/ZahiraEyra/salah-faham-terhadap-islam-60712784
http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf
https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamfobia

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version