The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
Disediakan oleh -
1. NURUL IZZAH NABILA BINTI ISMAIL 285801
2. SADIYA AWIL OMAR 268729
3. LOKE HUI HUI 276824
4. LAU JIA NI 279370
5.Phung Pei Wen 279149
6. HANNAH A/P SC SENMUGAM 281685

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hxnnxh0403, 2023-07-09 13:08:58

Majalah Budaya Kaum Cina

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN
Disediakan oleh -
1. NURUL IZZAH NABILA BINTI ISMAIL 285801
2. SADIYA AWIL OMAR 268729
3. LOKE HUI HUI 276824
4. LAU JIA NI 279370
5.Phung Pei Wen 279149
6. HANNAH A/P SC SENMUGAM 281685

BUDAYA KAUM CINA


Tinta Editor Sekalung tahniah dan penghargaan atas kerjasama dan tanggungjawab semua ahli kumpulan dalam menghasilkan majalah ini. Penerbitan majalah ini bertujuan untuk membuka minda masyarakat dan memberi kesedaran serta ilmu pengetahuan yang mendalam tentang budaya kaum Cina di Malaysia. Majalah ini bertema Budaya Kaum Cina untuk menyampaikan dan memberi maklumat kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. Kami berharap melalui majalah ini, kita dapat memperkaya pengetahuan dan pemahaman tentang warisan budaya yang kaya dan kontribusi yang berharga dari komunitas Cina di negara kita. Kami sekumpulan berharap maklumat yang diberikan dalam majalah ini dapat menyampaikan manfaat yang berguna kepada semua. Kami berharap bahawa melalui pembacaan majalah ini, pembaca dapat lebih menghargai keberagaman budaya di Malaysia dan mempromosikan pemahaman antarbudaya yang lebih baik. Terima kasih atas sokongan dan perhatian anda untuk membaca majalah ini. Semoga majalah ini dapat menjadi sumber inspirasi dan wawasan bagi Anda semua. Selamat membaca. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera,


ISI KANDUNGAN P e n g e n a l a n S i d a n g R e d a k s i P e m a k a i a n M a k a n a n P eray a a n A d a t Tra d i s i & P a n t a n g S aj a k & P a n t u n 12 7 - 1 4 1 5 - 3 2 3 3 - 3 4 3 5 - 4 0 4 1 - 4 6 4 7 - 4 8 S ej ara h A n g p a o & I k l a n 3 - 6


SIDANG REDAKSI LAUJIA NI 279370 Sadiya awilomar 268729 LOKE HUI HUI 276824 NURULIZZAH NABILA 285801 HANNAH 281685 PHUNGPEI WEN 279149 1


Pada zaman 15 masihi, penempatan pertama orang cina telah didirikan di Malaysia apabila Puteri China, Hang Li Po, berkahwin dengan Sultan Melaka. Sejak itu, populasi Cina telah berkembang menjadi populasi kedua terbesar di Malaysia. Selepas membaca satu kisah yang bertajuk "Generasi Muda Pertahankan Tradisi Tarian Singa Dan Naga" , kami sedar bahawa kebanyakkan orang Cina pada hari ini kurang memahami adat tradisional Cina, dan hanya sedikit masyarakat pada masa kini yang mewariskan adat tradisional Cina dari generasi ke generasi. Kami tidak mahu kehilangan adat tradisional yang berharga ini pada masa akan datang. Oleh itu, kami membuat majalah ini dengan tujuan membangkitkan kepentingan adat tradisional masyarakat Cina agar ramai masyarakat dapat mengenali adat tradisional orang Cina. Hal ini penting bagi mengelakkan pertengkaran dan perselisihan faham yang tidak diingini pada masa akam datang. Dalam majalah ini terdapat banyak maklumat, adat tradisi masyarakat Cina, makanan tradisional Cina, perayaan Cina, dan tradisi dan pantang larang Cina. PENGENALAN Kaum Cina adalah etnik kedua yang terbesar di Malaysia selepas komuniti Melayu. Di Malaysia, terdapat beberapa sub-etnik yang terdiri daripada masyarakat keturunan Cina seperti Cina Min, Cina Yue, Cina Hakka, Cina Wu, dan Cina Utara. 2


emberian angpao sedang dilakukan sejak zaman Dinasti Qin (sekitar 221-206 SM). Pada saat itu, angpao yang berupa koin berlubang diikat dengan benang merah dan disebut "yā suì qián" yang bererti wang keberuntungan untuk mengusir roh jahat. Asal usul ""yā suì qián" memiliki dua makna, salah satunya adalah untuk "menghimpit sumpah." Sumpah adalah makhluk mitos kecil yang dikatakan keluar pada malam tahun baru dipercayai mengganggu tidur anak-anak. Menurut legenda, setelah makan malam tahun baru, seorang akan membungkus delapan keping wang logam dengan kertas merah dan menaruhnya di sebelah bantal anak-anak untuk membantu mereka mengusir sumpah. Oleh itu, ia dinamakan "duit menghimpit sumpah" dalam bahasa Melayu. Warna merah tersebut memberi maksud tenaga baik yang membawa pencerahan dan perlindungan. Sejarah Angpao " Angpao membawa keberuntungan, kebahagiaan, keselamatan bagi penerimanya. " P 3


TATA CARA MEMBERI ANGPAO Sampul Angpau Harus Berwarna Merah Merah ini menjadi lambang keberkahan dan keberuntungan bagi siapa yang menerima ataupun memberikannya Tidak Boleh Diisi dengan Angka 4 Dalam bahasa Mandarin, angka 4 memiliki pelafalan yang sama dengan kata 'mati'. Tidak Boleh Diisi Nombor Ganjil Selain melarang angka 4, sampul angpau juga tidak boleh diisi dengan bilangan ganjil Tidak Boleh Dititipkan Angpao harus diberikan secara langsung kepada penerima. Wakil tidak boleh mengambil angpao menggantikan orang lain. Jadi angpau tidak boleh dititipkan. 4


5


Hanfu Pakaian orang Cina Kedai kat mana? George Town,, Penang, Malaysia Nak2 id FB? https://www.facebook.com/photo/? fbid=666235025518617&set=a.5043712 38371664&locale=zh_CN Boleh Contact tak? Jet 016- 422 8850 6


P E M A K A I A N 7


SAMFU CHEONGSAM H A N F U J E N I S P EMA K A I A N 8


Samfu ialah S jenama a pakaian m yang terkena f l dan u bergaya 9


Keanggunan dan Tradisi: Meneroka Keindahan Samfu Abadi Samfu membawa maksud 'baju' dan 'seluar' dalam dialek kantonis. Kebanyakan samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus - contohnya, kain sutera. Selain itu, pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina. Namun begitu, terdapat perbezaan dari segi rekaan dan corak bagi membezakan samfu wanita dan juga lelaki. Pakaian traditional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. Hal ini kerana masyarakat cina di Malaysia tidak terlalu ramai dibandingkan dengan masyarakat cina di negara China. Namun, penting untuk dicatat, walaupun Hanfu jarang dipakai, pakaian tradisional ini masih dihargai dan dipertahankan oleh beberapa komuniti Cina di Malaysia. Penggunaan warna-warna cerah dan kontras juga menambah pesona visual pada samfu. 10


llllllllll llllllllll Cheongsam 11


Cheongsam merupakan pakaian tradisional masyarakat cina yang paling popular. Pada zaman dahulu, Cheongsam dinamakan (qipao) dalam bahasa mandarin. Pada asalnya pakaian ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas dan sutera. Tambahan lagi, pakaian tradisional ini agak menjolok mata kerana pakaian ini dipakai mengikut tubuh. Cheongsam dipakai agar pakaian ini kelihatan lebih menarik dan juga mengikut tradisi yang melambangkan masyarakaat cina iaitu bunga, burung, naga, dan sebagainya. Pakaian ini sangat diminati dengan busana wanita kalangan menengah ke atas. Pakaian ini sering digunakan dalam acara formal seperti pernikahan, acara resmi, atau pesta. Namun, sekarang cheongsam juga dapat ditemukan dalam berbagai gaya modern yang lebih sesuai dengan fashion terkini. 12


H a n f u 13


Namun begitu, pada masa kini, orang cina jarang memakai Hanfu kecuali pada majlis- majlis khas, seperti perayaan dan majlis perkahwinan sahaja. Namun, saat ini terdapat kebangkitan minat terhadap Hanfu di kalangan sebagian masyarakat Tionghoa. Beberapa individu, terutama generasi muda, tertarik untuk mempelajari dan mengenakan Hanfu sebagai bentuk pelestarian budaya mereka. H A N F U Dalam konteks ini, Hanfu sering kali dipanggil 'Pakaian Han'. Hal ini kerana pada zaman dahulu majoriti orang Cina adalah etnik Han. Oleh itu Hanfu dikatakan pakaian tradisional China yang tertua. Bagi membezakan Hanfu dan pakaian china yang lain, Hanfu memiliki lengan kembang, dan kolar yang selesa. MEMELIHARA WARISAN BUDAYA TIONGHOA YANG MEGAH 14


MAKANAN HARI RAYA 15


KUIH BULAN 16


kuih bulan SALAH SATU MAKANAN YANG PALING MEWAKILI FESTIVAL BULAN TENGAH. Kuih bulan adalah sejenis pastri berbentuk bulat dengan pelbagai jenis inti seperti lotus, kacang merah, campuran kacang, dan sebagainya. ASAL Kuih Bulan muncul pada zaman Dinasti Yuan di China sebagai sejenis pastri yang dibuat untuk merayakan Festival Tengah Musim Panas. EVOLUSI Seiring perkembangan berbagai dinasti, teknik pembuatan dan rasa Kuih Bulan semakin matang, dan kemudian menyebar ke negara-negara Asia lain. MODERNISASI Oleh kerana perkembangan perniagaan modern, rasa dan hiasan Kuih Bulan menjadi lebih inovatif dan menarik. sejarah kuih bulan 17


PEMBUATAN KUIH BULAN Memerlukan teknik khas, dengan kulitnya yang biasanya berwarna keemasan dan dihiasi dengan corak dan cap yang cantik. 18


Isi kuih bulan (serbuk lotus, kacang merah, atau campuran kacang) Kulit kuih bulan: Bahan-bahan: -500g tepung biasa K u i h B u lan -120ml minyak tumbuhan (minyak kacang tanah atau minyak tumbuhan lain) -80ml air kapur Acuan kuih bulan (buat daripada kayu atau logam) 19


02 Sediakan kulit kuih bulan Dalam mangkuk besar, campurkan tepung biasa dan minyak tumbuhan. Tuangkan air kapur dengan perlahan sambil meguli menggunakan tangan atau alat pengacau, sehingga terbentuk adunan yang berbutir kasar. Uli adunan sehingga menjadi bola yang licin dan elastik. Tutup dengan kain basah dan biarkan adunan berehat selama 20-30 minit Langkah-langkah: 01 Sediakan isi kuih bulan Pilih isi kuih bulan mengikut citarasa anda dan sediakan dengan betul. Jika menggunakan isi kuih bulan yang dibeli dari kedai, ikut arahan pada pembungkusannya. 03 Bahagikan kulit kuih bulan Selepas berehat, bahagikan adunan kulit kepada beberapa keping kecil. Uli setiap keping adunan sehingga licin dan elastik. Kumpalkan kepingan adunan menjadi bola kecil. Sediakan baki tepung untuk mengelakkan adunan dari melekat. 20


05 Cetak corak Letakkan kuih bulan yang sudah diisi dalam acuan kuih bulan. Tekan acuan dengan lembut untuk mencetak corak pada kuih bulan. Keluarkan kuih bulan dari acuan dan letakkan di atas dulang yang dilapisi dengan kertas pembakar. Isi kuih 04 Ambil satu bola adunan kulit dan gulingkan dalam tepung. Hentakkan adunan dengan lembut untuk membentuk bulatan yang lebih lebar di tengah dan nipis di tepi. 06 Bakar Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Letakkan dulang dengan kuih bulan dalam ketuhar dan bakar lebih kurang 15 minit, atau sehingga kuih bulan keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan kuih bulan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan atau dihidangkan. Letakkan isi kuih bulan di tengah bulatan kulit. Lipat kulit ke atas dan rapatkan tepi, pastikan isi kuih ditutupkan sepenuhnya. 21


SEMASA FESTIVAL BULAN TENGAH Orang berkongsi kuih bulan dengan keluarga dan rakan-rakan, yang melambangkan kebersamaan dan harapan. Kuih bulan me lambangkan kebulatan ke luarga dan keharmoniaan. 22


NIAN GAO SENI PEMBUATAN KUIH NIAN GAO YANG DIWARISI DALAM KELUARGA 23


24


Di sebuah keluarga keturunan Cina di Malaysia, pembuatan kuih nian gao telah menjadi tradisi dan keistimewaan keluarga mereka. Para leluhur keluarga ini telah memulakan pembuatan kuih nian gao beberapa generasi yang lalu, dan kemudian teknik pembuatannya diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya, yang menjadi kebanggaan keluarga mereka. Tokoh utama dalam kisah ini adalah Keluarga Lee, sebuah keluarga keturunan Cina yang sangat mencintai pembuatan kuih nian gao. Kakak Tuan Lee, telah mempelajari pembuatan kuih nian gao sejak beliau masih muda. Beliau mahir dalam berbagai cara dan resepi pembuatan kuih nian gao. Selama beberapa puluh tahun, Tuan Lee selalu memerhati pembuatan kuih nian gao sebagai tanggungjawab dan tradisi penting. Pada setiap tahun beliau akan membuat nian gao untuk merayakan perayaan penting tersebut. 25


Prosespembuatan kuih nian gao sangat memerhatikan proses pembuatan dan kualitas kuih nian gao. Ia teguh kerana penggunaan Keluarga Lee membuat Nian Gao secara sekeluarga. Seluruh ahli keluarga akan bekerjasama untuk menyiapkan bahan kuih lalu akan mengukus kuih nian gao, dan menghiasnya. Setiap orang memiliki peranan berlainan masingmasing. Ada yang bertugas mengaduk adunan beras ketan, ada yang bertugas mengisi adunan dengan bahan isi, ada yang bertugas mengukus kuih nian gao, dan ada juga yang bertugas mengemas dan menghias tampilan kuih nian gao. tuan lee beras ketan yang berkualiti tinggi. Tepung kuih nian gao digiling secara peribadi untuk memastikan tekstur dan kualiti kuih nian gao sesuai dengan rasa aslinya. Beliau juga mengajarkan teknik pembuatan kuih nian gao kepada anak-anak dan cucu-cucunya secara berahsia, agar dapat meneruskan seni pembuatan tradisional Nian Gao. 26


yang dibuat oleh keluarga ini tidak hanya dinikmati pada perayaan Tahun Baru Imlek, tetapi juga menjadi hadiah penting dan pemberian salam Tahun Baru kepada jiran dan sahabat. Kuih nian gao yang dibuat oleh mereka sendiri itu akan mendapat pujian dari masyarakat sekitar kerana teksturnya yang lembut dan rasanya yang unik. Pembuatan kuih nian gao oleh Keluarga Lee semakin terkenal kerana kelazatannya. Kuih nian gao buatan mereka semakin digemari dan diminati oleh ramai. Kuih nian gao 27


K i s a h Pembuatan kuih nian gao oleh Keluarga Lee bukan hanya menjadi tradisi keluarga dan warisan budaya kuliner, tetapi merupakan simbol persatuan dan simbol nilai keluarga. Setiap tahun pada perayaan Tahun Baru Imlek, anggota Keluarga Lee berkumpul untuk membuat kuih nian gao, saling membantu dan memberi pengalaman, yang akan meningkatkan silaturahim antara mereka. Kuih nian gao tidak hanya memberi khasiat, tetapi mewakili perpaduan keluarga dan tradisi yang diwariskan secara turun-termurun. Kisah pembuatan kuih nian gao dalam keluarga ini menggambarkan nilai-nilai warisan dan nilai persatuan yang dimiliki oleh masyarakat cina di Malaysia. Kuih nian gao bukan sahaja menjadi makanan lazat, tetapi menjadi warisan budaya yang menghubungkan anggota keluarga lalu dapat meneruskan sejarah dan kenangan keluarga dari satu generasi ke generasi berikutnya. 28


Tangyuan Tangyuan adalah kuih tradisional yang sering dimakan pada perayaan Tanglung (Yuanxiao), yang dirayakan pada bulan ke 15 dalam kalender Cina. Tangyuan dibuat dalam bentuk bolabola kecil dengan tepung beras yang kenyal dan lembut. Bola-bola ini biasanya diisi dengan berbagai jenis inti manis, seperti kacang merah, bijan hitam, atau manisan lain mengikut citarasa. Tangyuan disajikan dalam kuah manis lalu dipanaskan. 29


Keju Bijan Hitam ISI Tangyuan Kacang Merah Kacang Tanah 30


BUDAYA Tangyuan Dalam budaya rakyat cina, terdapat ungkapan ''Makan Tangyuan pada Malam Dongzhi dan Tambah lagi Satu Tahun Umur''. Puisi "Tangyuan" karya Chen Zhisui "Setiap tahun pada Malam Dongzhi, setiap keluarga memasak Tangyuan, lalu menambahkan usia dengan damai." 颗颗圆圆想龙眼,耋龆爱吃要功夫。 拌云慢舀银缸水,抟雪轻摩玉掌肤。 推入汤锅驱白鸭,捞来糖碗滚黄珠。 年年冬至家家煮,一岁潜添晓得无? 31


Tangyuan memiliki makna yang erat dengan keluarga dan kesatuan masyarakat cina. Bentuk bulat dan kenyal bolabola tepung beras Tanyuan melambangkan sesuatu keluarga yang utuh dan erat. Kesatuan dan Kesejahteraan Pada Perayaan Tanglung, rakyat akan menikmati tangyuan sebagai tradisi yang menujukkan rasa perpaduan dan keharmoniaan antara ahli keluarga. 32


Adat kaum Cina di Malaysia Penghormatan kepada leluhur n e n e k mo y a n g p e n g a r u h k u a t k e hid u p a n RITUAL menghormatiarwah nenek moyang RITUAL memuliakan arwah nenek moyang 33


Tradisi, budaya, dan Adat resam masyarakat China di nilai-nilai Malaysia merujuk kepada tradisi, budaya, dan nilai-nilai yang dipegang oleh komuniti keturunan Cina yang tinggal di Malaysia. Keturunan Cina merupakan salah satu kumpulan etnik terbesar di Malaysia, dan mereka telah menyumbang secara signifikan kepada kepelbagaian budaya negara ini. Salah satu aspek penting dalam adat resam masyarakat China adalah penghormatan kepada leluhur dan semangat nenek moyang. Ritual seperti upacara peringatan leluhur dan perayaan Tahun Baru Cina dijalankan dengan penuh khidmat untuk menghormati arwah nenek moyang dan memohon berkat serta keberuntungan untuk tahun yang baru. Selain itu, adat resam perkahwinan juga memegang peranan penting dalam komuniti Cina di Malaysia. Perkahwinan dijalankan dengan mengikut tradisi dan adat istiadat yang diwarisi dari nenek moyang. Ini termasuklah pertunangan, adat pemberian hantaran, berarak, bersanding, dan perayaan perkahwinan yang meriah. Masyarakat Cina juga mengamalkan beberapa adat dan kepercayaan seperti Feng Shui dan ilmu ramalan Cina seperti zodiak dan bintangbintang. Feng Shui, yang bermaksud "angin dan air" dalam bahasa Cina, adalah ilmu yang mempelajari tentang harmoni dan keseimbangan tenaga dalam persekitaran. Adat resam mencerminkan kekayaan budaya dan warisan yang diwarisi dari generasi ke generasi. Komuniti Cina di Malaysia melestarikan nilainilai tradisional ini sambil juga berintegrasi dengan budaya Malaysia yang lebih luas, mencipta kepelbagaian yang unik dalam landskap budaya negara ini. "Warisan Budaya" "Memeluk Tradisi Budaya untuk Identiti dan Hubungan" 34


kaum Cina di Malaysia 35


TahunBaru Cina Tahun Baru Cina menandakan permulaan Kalendar Lunar Cina. Perayaan ini dipercayai merupakan acara yang paling ramai sambut dalam kalangan rakyat Cina di seluruh dunia. Ia biasanya disambut antara 21 Januari dan 20 Februari menurut takwim Gregory. Masyarakat Cina kerap menyambut Tahun Baru Cina dengan mengunjungi dan meluangkan masa dengan kaum keluarga. Sebuah tradisi persembahan disembah semasa Tahun Baru Cina, terutamanya di hadapan kedai perniagaan milik Cina untuk memangil datang keuntungan dan kekayaan. Tarian Singa 36


t u r u t d i k e n a l i s e b a g a i d i P e r ay a a n B u l a n, a c a r a i n i m e r a i k a n b u l a n p e n u h y a n g b e r s i n a r p a d a h a r i t e r s e b u t. 3 7


Disambut pada malam ke-15 dalam bulan kelapan menurut Kalendar Lunar Cina. Orangramaimeraikannyadengan memakan ‘Kuih Bulan’ Cina sambil menikmati cahaya bulan penuh bersama-samakeluarga. Ia juga merupakan peluang untuk mereka melahirkan kesyukuran untuk hasil tuaian yang baik atau sebarang perkara baik yang berlaku pada tahun itu. Tanglung-tanglung Cina yang cantik dinyalakan dan dibawa oleh kanakkanak. Pesta Tanglung Sebuah cerpen Semangat Tahun Baru Cina eluarga Lim menyambutTahunBaru Cinadengangembira. EncikLimmemberikan bungkusanmerah kepada ahlikeluarganya. Mei LingdanWei Jie memakaipakaianmerah yang cantik.Mereka berharaptahunbaru akanmembawa tuahdan kebahagiaan. K i atasmeja, hidanganistimewa TahunBaruCina menggoda selera. Keluarga Limmakan bersama,bergurau danketawa.Selepas makan,mereka pergikekuiluntuk berdoadan memberi penghormatan kepadanenek moyangmereka. Keesokanpaginya, merekamenyertai perarakanperayaan dibandar. D Semuaorang tidaksabar untuk menyambut tahunbaru dengan gembira. TahunBaru Cinaadalah masauntuk keluarga berkumpul, mengeratkan hubungandan menghargai warisan budaya mereka. Sambutanini penuhdengan harapandan impian. 38


PestaPerahu Naga Pesta Duanwu, diadakan untuk memberi penghormatan kepada seorang cendiakawan bersejarah Cina, bernama Qu Yuan, yang dengan penuh berani telah melemaskan dirinya sendiri pada tahun 278 S.M. 39


Semenjak zaman Dinasti Tang (tahun 265-419 S.M.), Pesta Perahu Naga telah diraikan dengan perlumbaan perahu naga yang telah dilukis dan dihias indah dengan kepala naga di haluan perahu, seolah-olah keseluruhan perahu itu merupakan seekor naga. Perlumbaan perahu ini adalah untuk mengingati para nelayan yang telah berdayung di sungai untuk mencari MAYAT QU YUAN. Ia juga merupakan masa untuk menikmati ladu pulut berbentuk segitiga yang dibalut dengan daun buluh, yang dipanggil zongzi. Di bahagian tengah zongzi seringkali diisi inti daging atau sayuran. Mencari Mayat Qu Yuan? Pulutberbentuksegitigayang dibalutdengandaunbuluh, yangdipanggil zongzi Perlumbaan perahu naga telah dijalankan setiap tahun semenjak tahun 1979. Perayaan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang (PIDBF) telah menarik penyertaan dari seluruh dunia untuk bertanding dalam acara tersebut. Perlumbaan Perahu Naga juga turut diadakan di tempat-tempat lain di Malaysia seperti Putrajaya, Melaka dan Sarawak. Di air yang membelai, Perahu Naga berlari, Dibentuk dari kayu yang kuat, Menyambutsenyum tak terkira. 40


Trap adn tiasn gi 41


Tarikh perkahwinan mesti dielakkan dari berlangsung pada bulan perayaan hantu (qing ming). Majlis Perkahwinan Pakaian berwarna merah digalakkan. Tetamu yang kematian ahli keluarga tidak boleh memberi angpao kepada bakal pengantin. Terdapat upacara minum teh. Pasangan hendaklah memberikan teh kepada ahli keluarga yang lebih tua. 42


KEHAMILAN Semasa 43


PANTANG LARANG HAMIL Semasa kehamilan, wanita kaum Cina dilarang melakukan kerja memaku kerana perbuatan ini akan menakutkan anak dan dipercayai akan mencacatkan anak yang terkejut dengan bunyi pukulan. Wanita hamil dilarang mengeluarkan kata kesat kerana masayarakat Cina percaya bahawa perbuatan ini akan menyebabkan anak yang dikandung terkena badi. Wanita hamil dilarang menggosok perut dengan terlalu kerap kerana bimbang perbuatan demikian akan menyebabkan anak menjadi terlalu manja apabila besar nanti. Wanita hamil dilarang makan buah-buahan yang berbentuk tajam seperti nanas atau mangga kerana masyarakat Cina bimbang anak tersebut akan menjadi terlalu besar, 44


Semasa Kematian Upacara kematian kaum Cina akan berlangsung selama 3 atau 4 hari untuk memastikan semua anak saudara dapat berkumpul untuk menghantar orang yang telah meninggal ke dunia akhirat. Sumbangan wang dalam sampul putih akan diberikan oleh tetamu yang datang ke upacara sebagai tanda hormat dan bantuan kepada ahli keluarga. Orang yang hadir ke upacara dilarang memakai pakaian yang berwarna warni. Selain itu, mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh tetamu. Sebagai tanda terima kasih, tetamu akan diberikan seutas benang merah atau gula yang diikat benang merah. Semasa si mati diusung ke tanah perkuburan, tetamu dan ahli keluarga perlu menguatkan tangisan. 45


Mengambil lauk dari hidangan dengan menggunakan sudu, kemudian makan menggunakan penyepit . Dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung penyepit. Letakkan penyepit di tempat yang disediakan dan jangan berebut untuk mengambil makanan. Nasi tidak boleh disediakan secara menggunung kerana membawa petanda yang tidak baik (mati). Tidak menghasilkan bunyi mengunyah makanan. Setelah selesai makan, penyepit yang digunakan tidak boleh diletakkan secara bersilang. Adat Resam dan Pantang Larang Semasa Makan 46


SAJ A K Dalam pesta warna-warni, Budaya Cina berkilauan dengan gemilang. Tanglung merah bersinar terang, Menerangi jalan yang dipenuhi harapan. Keluarga berkumpul di meja, Makanan lezat menggoda lidah, Dumpling dan kuih keranjang, Semua orang menikmati dengan rasa yang enak. Pertunjukan singa dan naga, Menari dengan lincah dan bersemangat, Membawa keberuntungan dan kegembiraan, Mengusir roh jahat dalam kegelapan malam. Dalam budaya Tionghoa, Kebersamaan sangat berharga, Hormati leluhur dengan tulus, Balas budi dan saling membantu. - Li Bai 47


Click to View FlipBook Version