The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan panduan mengenai sukan petanque

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanariah990511, 2021-05-18 11:53:10

SUKAN PETANQUE

Buku ini merupakan panduan mengenai sukan petanque

PETANQUE

ZANARIAH, NURUL NADIAH, NOR SHUHADA,
NURULAIN NAWWARAH, NURAZIMA AZNIZA

AHLI KUMPULAN

ZANARIAH BINTI MAT RESAD
A19HP0160

NURUL NADIAH BTINTIFADLIL
ALAMIN

A19HP0131

NURULAIN NAWWARAH BINTI
ARIF

A19HP0137

NOR SHUHADA BINTI MOHAMAD
SHARAPI

A19HP0093

NURAZIMA AZNIZA BINTI ABDUL
AZIZ

A19HP0123

ISIKANDUNGAN

1 SEJARAH

2 ATLET PENTAQUE

3 ALATAN YANG DIPERLUKAN

4 TEKNIK PERMAINAN

5 SEKOLAH YANG TERLIBAT

6 RUJUKAN

Sejarah Sukan Petanque

Petanque, permainan yang dimainkan oleh dua
kumpulan lawan dengan melemparkan ‘boules’
sehingga dekat kepada ‘but’. Petanque merupakan
sukan Perancis yang divariasikan dari permainan
yang sangat lama. Awalnya, dikenali sebagai ‘boling
rumput’ di England dan Perancis dipanggil ‘boules’.

Petanque ialah salah satu permainan yang popular di seluruh
negara. Antaranya, Selatan Perancis telah memainkan permainan

ini di padang besar dimana pemain akan berlari 3 langkah
sebelum melakukan lemparan bola manakala di Provence pula
kebiasaannya dimainkan di dataran tanah yang bernaungkan
pokok. Namun, telah berlaku perubahan atau inovasi dari segi
peraturan iaitu penambahbaikan supaya menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan, serta kurang merumitkan. Namanya juga menjadi

lebih pendek daripada Jeu de boules pieds tanques kepada
tanques pieds dan akhirnya Petanque

Pada tahun 1907 di Marseilles, Bandar La Ciotat telah terciptanya
Modern Petanque oleh Jules Hugues atau Lenoir iaitu pemain

Perancis. Petanque ini juga dimainkan di Asia Tenggara iaitu Laos,
Thailand Utara, Vietnam dan Kemboja kerana kehadiran Perancis

selama berabad-abad lalu.

Kejohanan Petanque yang pertama dilaksanakan di La Ciotat
oleh saudara-saudara Ernest dan Joseph Pitiot pada tahun 1910.

Kemudiannya, sukan ini menjadi terkenal dan tertubuhnya
Persekutuan Petanque Antarabangsa ialah Federation

Internationale de Petanque et Jue Provencal (FIPJP) pada tahun
1958 di Marseille. Kejuaraan Dunia dwi-tahunan untuk pemain

wanita dan junior telah diadakan oleh FIPJP pada tahun 1987 dan
tahun 2015, mereka Berjaya memegang kejuaraan perseorangan

lelaki. Pada masa kini, permainan ini telah menyerlahkan bakat
orang kurang upaya sehingga peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

ATLET PENTAQUE MALAYSIA

MUHAMAD HAFIZUDDIN MAT DAUD

Antara tokoh atlet pentaque lelaki yang mewakili Malaysia

ialah Muhamad Hafizuddin Mat Daud kelahiran Kota Bharu,

Kelantan. Beliau mula bergiat dalam sukan pentaque dan pada
ketika itu pencapaian terbaik Malaysia dalam acara ini adalah

meraih 2 pingat perak dan satu pingat gangsa di Temansya
Loas 2009. Beliau melakar sejarah apabila muncul pemain
pentaque pertama meraih pingat emas pada tahun 2001 di

Malaysia. Beliau sentiasa konsisten dalam Latihan bagi
memperoleh pencapaian yang lebih baik dengan menyertai
kejohanan Piala Dunia 2015 di Perancis. Beliau memperoleh
kemenangan pingat emas berturut-turut dalam acara sukan

pentaque bagi mewakili negara Malaysia.

PENCAPAIAN MUHAMAD HAFIZUDDIN
MAT DAUD

Atlet pertama meraih pingat emas
pada temasya dwitahunan pada

2001 di Malaysia.

· Meraih kejayaan
memperoleh pingat emas

dalam menumpaskan
KiatKong Tanong (Thailand)
dalam pentaque Sukan SEA

KL 2017

Memperoleh tambahan Meraih pingat gangsa
pingat emas negara dalam di Temasya Palembang

menewaskan Thong 2011 dan Myanmar
Chhoeun (Kemboja) dalam 2013

Sukan SEA ke-28 tahun
2015

ATLET PENTAQUE
MALAYSIA

NUR THAHIRA TASNIM ABDUL AZIZ

Antara atlet pentaque wanita yang mewakili Malaysia dalam

skuad berpasukan ialah Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz yang

berasal dari negeri Pahang. Beliau merupakan pelajar Diploma
Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Muadzam Shah. Beliau
mula bergiat dalam acara sukan pentaque pada usia 12 tahun dan
pada ketika itu beliau terpilih bagi menyertai Kejohanan pentaque
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Pahang 2009. Beliau sentiasa

berlatih dalam menjalani Latihan skuad pentaque bagi
meningkatkan prestasi pencapaiannya. Walaupun masih berusia
muda, namun beliau mampu meraih kejayaan pingat gangsa yang

pertama buat Malaysia pada kejohanan peringkat Dunia.

PENCAPAIN NUR THAHIRA TASNIM

· Memperoleh pingat emas dalam acara
berpasukan wanita dan pingat gangsa acara
bertiga dalam mewakili negeri Pahang untuk

Sukan Malaysia (SUKMA)

· Memperoleh pingat emas
acara beregu campuran
SUKMA 2014 di Perlis

Mewakili skuad · Meraih pingat perak acara
pentaque dan berpasukan dan bertiga
memperoleh pingat
gangsa dalam wanita dalam SUKMA 2016
kejohanan dunia di di Sarawak.
Belgium 2017

PERALATAN DALAM SUKAN PETANQUE

Boule (Bola)

· Berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam,
berongga dibahagian dalamnya.

· Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga
80mm.

· Beratnya antara 650gram hingga 800gram.
· Mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat

dan nombor siri tertera padanya.
Boule yang digunakan dalam pertandingan mestilah
yang telah diluluskan oleh badan antarabangsa
(FIPJP) atau persekutuan petanque kebangsaan

(PPM).

PERALATAN DALAM SUKAN PETANQUE

jack

· Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada
kayu keras.

· Mempunyai garis pusat antara 25 mm
hingga 35 mm.

Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah
boleh dilihat dengan jelas di atas
permukaan gelanggang.

PERALATAN DALAM SUKAN PETANQUE

Alat Pengukur

Jarak

· Meliputi alat-alat seperti “tape
measure”, “telescopic measure”,

“caliper” dan “tappet gauge”.
Digunakan untuk mengukur jarak

boule yang terdekat dengan
kedudukan jack.

PERALATAN DALAM SUKAN PETANQUE

Kain atau Tuala
Kecil

Digunakan untuk
membersihkan
boule semasa
pertandingan.

Beg

Mempunyai saiz
yang sesuai untuk

mengisi dan
membawa peralatan

petanque.

TEKNIK PERMAINAN PETANQUE

Teknik Asas Memegang Bola

Menggunakan 4 jari Menggunakan kelima-lima
tanpa menggunakan jari dengan sokongan ibu

ibu jari jari pada sisi tepi

Menggunakan kelima-lima Menggunakan kelima-lima jari
jari dengan sokongan ibu dengan sokongan ibu jari pada sisi

jari pada sisi depan. belakang.

TEKNIK PERMAINAN PETANQUE

Teknik Asas Posisi Kaki

Kedudukan kaki separuh ke depan
dan separuh ke belakang.

Kedudukan kaki sama/selari.

Kedudukan kaki setengah di
hadapan dan setengah di belakang

dan sedikit terbuka di bahagian
belakang.

TEKNIK PERMAINAN PETANQUE

Teknik Asas Posisi Pointing
(Duduk)

Paras kedua-dua lutut Paras lutut kanan lebih
sama tinggi tinggi

Hayunan bola dari Hayunan bola dari
paras bahu aras bawah

TEKNIK PERMAINAN PETANQUE

Teknik Asas Posisi Shooting
(Berdiri)

· Pastikan posisi kaki, lutut, badan,
jari dan tangan dalam keadaan
betul dan selesa.
· Tumpuan perhatian kepada
target (bola atau jack)

· Hayunkan tangan ke belakang
dengan pergerakan seluruh
badan dengan lembut.

Bengkokkan sedikit badan untuk
menambah kekuatan kepada
Teknik ‘Back swing’.

TEKNIK PERMAINAN PETANQUE

Teknik Asas Posisi Shooting
(Berdiri)

Ketika melepaskan bola pastikan:

· Tangan lurus

· Pergelangan tangan bengkok ke
atas

· Kelima-lima jari rapat
· Lutut dan pinggang terkunci

SEKOLAH DAERAH JOHOR YANG TERLIBAT
DENGAN PERTANDINGAN PETANGQUE

Salah satu sekolah yang terlibat dengan pertandingan
petanque ini ialah Sekolah SMK Tun Perak, Muar.

Sumber yang diperolehi daripada laman web rasmi
Sekolah SMK Tun Perak menyatakan bahawa telah
mengikuti pertandingan petanque ANGKASA pada
peringkat Negeri Johor pada tahun 2019. Sekolah ini
telah mendapat tempat ketiga pada pertandingan

tersebut.

SEKOLAH DAERAH JOHOR YANG TERLIBAT
DENGAN PERTANDINGAN PETANGQUE

Sekolah SMK Benut juga merupakan
sekolah yang terlibat dengan pertandingan
Petanque ANGKASA peringkat Negeri Johor

pada tahun 2015. Sekolah ini telah
mendapat kedudukan tertinggi iaitu johan.

Maklumat ini diperolehi daripada Blog
Sekolah Menengah Kebangsaan Benut.

SEKOLAH DAERAH JOHOR YANG TERLIBAT
DENGAN PERTANDINGAN PETANGQUE

Sekolah SMK Kulai Besar telah membawa pelajarnya
mengikuti pertandingan petanque daerah Kulai bagi
pelajar PPKI iaitu pelajar Program Pendidikan Khas
Integrasi. Pertandingan petanque ini telah disertai
pada tahun 2018 di SMK Bandar Tenggara. SMK Kulai

Besar telah mendapat tempat keempat dalam
kategori SIMDROM DOWN. Maklumat ini telah dipetik

daripada Blog SMK Kulai Besar.

SEKOLAH DAERAH JOHOR YANG TERLIBAT
DENGAN PERTANDINGAN PETANGQUE

Sekolah SMK Sri Kukup juga pernah terlibat dalam
pertandingan petanque ini. Pertandingan petanque ini

melibatkan ahli koperasi sekolah daerah Pontian.
Pertandingan yang diikuti adalah pertandingan yang

dijalankan pada tahun 2013. Maklumat ini dipetik
daripada laman web Sekolah SMK Sri Kukup. Bagi
kategori perempuan, mereka telah mendapat naib johan
manakala kategori lelaki tidak mendapat sebarang

tempat kerana kalah di peringkat kumpulan.

RUJUKAN

1. Sejarah sukan petanque, http://www.petanquelafayette.org/history/

2. Farah Azharie, (Ogos 22, 2017) Hafizuddin raih emas perseorangan
petanque, https://www.bharian.com.my/sukan/lain-
lain/2017/08/315994/hafizuddin-raih-emas-perseorangan-petanque

3. Mohd Fitrie Muhammad , (Jun 8, 2015) Atlet petanque Muhd Hafizuddin
raih emas ke-9,
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3/2015/06/60005/atlet-
petanque-muhd-hafizuddin-raih-emas-ke-9

4. Sport247.my, ( july 24, 2017) Nur Thahira optimis tewaskan juara dunia
Phantipha, https://www.sports247.my/nur-thahira-optimis-tewaskan-juara-
dunia-phantipha/

5. Mohd Aswadi Muhamad, Nur Thahira Tasnim atlit petanque negara
berbakat, https://www.gpsbestari.com/sukan/jaguh/nur-thahira-tasnim-atlit-
petanque-negara-rupanya-dah-berbakat-sejak-tahun-enam-1.736346

6. Georgeaiman, (june 14, 2012) teknik asas kemahiran petanque,
http://www.georgeaiman.com/2012/06/teknik-asas-kemahiran-petanque.html

7. Sukusem.blogsport (November 2015) peralatan dalam sukan petanque,
http://sukusem.blogspot.com/2015/11/peralatan-dalam-sukan-petanque.html

8. http://smkbenut.blogspot.com/2015/03/28-mac-2015-pasukan-petanque-
smkb-telah.html

9. pertandingan petanque daerah kulai, (27 June 2018)
https://pksmkkb.blogspot.com/


Click to View FlipBook Version