The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan laporan ros bagi komponen A dan Komponen B.
( Zanariah binti Mat Resad (A19HP0160) )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanariah990511, 2022-07-05 09:50:41

LAPORAN ROS ( KOMPONEN A & KOMPONEN B )

Berikut merupakan laporan ros bagi komponen A dan Komponen B.
( Zanariah binti Mat Resad (A19HP0160) )

TAMBAHAN UTM
B.Cina Fizik
Kimia
Biologi
Mate. Tamb
P.Perakaunan
Perniagaan
Geografi
Tasawwur
SRT

UUM
Fizik
Kimia
Biologi
Mate. Tamb
P.Perakaunan
Perniagaan
Geografi
Tasawwur
SRT

5.0 KERTAS KERJA PROGRAM KURIKULUM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS

KERTAS KERJA
PROGRAM

pendedahan aplikasi pengajaran
abad ke21 ( Aplikasi jamboard )

PROJEK GURU PRAKTIKAL RBT
2022

1.0 Pengenalan
Program pendedahan aplikasi pengajaran abad ke21 iaitu jamboard merupakan

salah satu program dibawah Panitia RBT yang bertujuan memperkenalkan kaedah
penggunaan dan pengaplikasian aplikasi tersebut didalam bilik darjah sama ada
pembelajaran secara atas talian atau bersemuka. Program ini akan melibatkan Guru
RBT Smk Pekan Nanas dan semua guru sesi petang. Program ini juga merupakan
salah satu aktiviti dimana para guru boleh bertukar idea dan pendapat yang sekaligus
dapat menghasilkan aktiviti yang lebih menarik didalam kelas.

2.0 Matlamat Program
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi

Jamboard yang boleh digunakan oleh para guru sebagai aktiviti didalam bilik darjah.
Projek ini juga bertujuan sebagai memberi kemahiran dan menambah ilmu baharu
dalam kalangan guru dalam menghasilkan sebuah aktiviti yang menarik selaras
dengan pembelajaran abad ke21

3.0 Objektif Program
Melalui program ini, guru - guru dapat :
3.1 Mengetahui cara penggunaan aplikasi Jamboard
3.2 Mengaplikasikan aplikasi yang dipelajari didalam bilik darjah
3.3 Menghasilkan aktiviti yang boleh disesuaikan dengan penggunaan aplikasi
Jamboard yang telah dipelajari.

4.0 Sasaran
4.1 Guru RBT dan semua guru sesi petang.

5.0 Tempat
5.1 Bilik Mesyuarat SMK Pekan Nanas

6.0 Tarikh, Hari, Masa :
28 JUNE 2022 (SELASA)
10.30 Pagi - 12.00 Tengah hari

7.0 Ahli Jawatankuasa
Penasihat : PN. Lim Wee Ling ( Ketua Panitia RBT)
Pengarah : Zanariah binti Mat Resad
Setiausaha : Nurul Ainnawwarah bin Arif

8.0 Tentatif Program

10.30 Pagi : - Ucapan kata - kata aluan dan perasmian program

- Penerangan Objektif program dan Kaedah Program dijalankan.

- Mengambil Kehadiran para guru

10.45 Pagi : Taklimat dimulakan.

12.00 Tengah hari : Penutup

9.0 Penutup
Diharapkan Program ini dapat dijayakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan
memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat. Semoga segala pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa program ini dapat diaplikasikan
didalam bilik darjah dan guru guru akan menjadi lebih bersemangat dalam
menghasilkan aktiviti yang menarik didalam bilik darjah.

Disediakan oleh :

( Cik Nurul Ainnawwarah bin Arif )
Guru Praktikal RBT SMK Pekan Nanas
Setiausaha Program

Disemak oleh :

( Pn Lim Wee Ling )
Ketua Panitia RBT SMK Pekan Nanas
Penasihat Program

Lampiran

Rajah 1 : Aplikasi Jamboard
Rajah 2 : Slide Program

6.0 LAPORAN AKHIR PROGRAM

SMK PEKAN NANAS PONTIAN
PLC REPORT PROGRAM
RBT 2022

Venue : MAKMAL KOMPUTER SMK
PEKAN NANAS

Date/ Day : 28 JUNE 202 Time 12.00 PM Person
Time Start : 10.30 AM PLC NO. 2
Chairperson : NURUL AINNAWWARAH
Action &
NO Agenda Item Notes

Deadline responsible

1 Kata –kata Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi

aluan pengerusi semua guru yang sudi hadir PLC 2

majlis

2 Pengenalan Cik Zanariah memulakan program dengan Cik Zanariah

kepada memberi pengenalan ringkas mengenai (Penceramah)

jamboard aplikasi jamboard menggunakan paparan

slide power point. Pengenalan tersebut

meliputi kaedah penggunaan aplikasi

jamboard dan kelebihan yang boleh

diperoleh para guru dengan menggunakan

jamboard dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

(Paparan Slide)

3 Cara Cik Zanariah menunjukkan kepada para Penceramah
mengakses guru cara untuk mengakses google dan Semua
google jamboard. Para guru juga digalakkan guru
jamboard untuk turut sama mengikut setiap langkah
yang ditunjukkan oleh Cik Zanariah pada
komputer riba masing masing.

Langkah membuka Aplikasi
Jamboard:

Langkah Pertama : Guru perlu
membuka google chrome dan login
dengan menggunakan id delima para
guru .

Langkah kedua : Guru perlu mencari
aplikasi jamboard di bahagia google apps
pada bahagian atas sebelah kanan google
page.

4 Pengenalan Cik Zanariah menerangkan setiap Penceramah
dan Semua
kepada “Feature” yang terdapat di jamboard guru

setiap seperti contoh “sticky note” “Text box”

“feature” di dan cara untuk memuat naik gambar di

jamboard dalam jamboard. Setiap “Feature”

diterangkan satu persatu oleh Cik

Zanariah daripada cara menghasilkan

sesuatu bahan ke jamboard sehingga ke

cara menyimpan dan cara berkongsi hasil
kerja yang telah dihasilkan kepada para
pelajar.

5 Penghasilan Cik Zanariah memberi penerangan Penceramah
dan Semua
aktiviti ringkas contoh aktiviti yang boleh para guru

Pak21 di guru hasilkan dengan menggunakan

Jamboard Jamboard. Aktiviti tersebut dikelaskan

kepada tiga jenis aktiviti iaitu aktiviti

pengelasan idea (Induksi), aktiviti

berkumpulan (Aktiviti pengukuhan

konsep) dan Quiz (Pentaksiran Formatif)

6 Penutup Paparan Slide (Aktiviti Pak21)

Seterusnya, Cik Zanariah membimbing
para guru untuk menghasilkan setiap
aktiviti tersebut di Jamboard.

Cik Zanariah membuat kesimpulan
ringkas Program dan mengucapkan terima
kasih kepada Para guru yang hadir.

Keberkesanan, Kekangan Dan Cadangan Penambahbaikan Program

Keberkesanan  Melalui Program ini, Para guru dapat menimba ilmu baru
berkaitan Aplikasi Jamboard. Hal ini dapat dilihat apabila
Kekangan para guru dapat bersama - sama menghasilkan aktiviti
dengan menggunakan Aplikasi Jamboard ketika Program
Cadangan dijalankan.
Penambahbaikan
 Melalui program ini, para guru dapat berkongsi ilmu
bersama rakan guru yang lain. Setiap Hasil Aktiviti yang
dihasilkan oleh para guru dengan menggunakan Aplikasi
Jamboard dikongsi bersama guru guru yang lain bagi
tujuan percubaan. Guru yang lain boleh mencuba
melengkapkan aktiviti yang dihasilkan oleh rakan - rakan
guru yang lain.

 Kekangan dari segi kemudahan. Pada hari Program
berjalan, LCD Projector tidak boleh digunakan dan pihak
pengurusan program terpaksa meminta Para Guru untuk
berpindah ke bilik lain yang mempunyai kemudahan LCD
Projector.

 Kekangan dari segi Capaian Internet. Aplikasi Jamboard
memerlukan capaian internet dan hal inI menyukarkan
sesetengah para guru untuk melakukan aktiviti bersama
guru yang lain kerana mempunyai capaian internet yang
agak lemah.

 Melakukan Persediaan alatan sehari sebelum program
supaya dapat mengesan jika alatan mempunyai masalah.

 Memilih bilik yang mempunyai capaian internet yang
baik seperti makmal komputer.

Disediakan oleh :

( Cik Nurul Ainnawwarah bin Arif )
Guru Praktikal RBT SMK Pekan Nanas
Setiausaha Program

Disemak oleh :

( Pn Lim Wee Ling )
Ketua Panitia RBT SMK Pekan Nanas
Penasihat Program

LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI


Click to View FlipBook Version