1. Apakah peranan utama Jabatan Mufti di tubuhkan ?
A. Menyebarkan agama Islam kepada rakyat.
B. Memberi pengetahuan kepada rakyat.
C. Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan agama Islam
D. Memberi tunjuk ajar kepada rakyat.
2. Siapakah pengasas kepada penubuhan Jabatan Mufti di Kelantan ?
A. Sultan Muhammad ke – 2.
B. Sultan Mansor
C. Long Senik Mulut Merah.
D. Sultan Muhammad ke – 3.
3. Pada tahun berapakah Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan di tubuhkan secara rasmi ?
A. 1983
B. 1984
C. 1985
D. 1986
4. Tokoh agama yang pertama yang di lantik sebagai Mufti di Kelantan ialah ?
A. Haji Nik Wan Daud Haji Nik Wan Sulaiman.
B. Haji Nik Din Nik Man.
C. Haji Wan Sota Wan Ahmad.
D. Tok Pulai Condong.
5. Mufti pertama yang mendapat geleran Dato’ ialah ?
A. Dato’ Haji Che Idris Haji Che Hassan.
B. Dato’ Haji Wan Musa Wan Ahmad.
C. Dato’ Haji Wan Yusoh Wan Ahmad.
D. Dato’ Haji Che Idris Haji Che Husin.
6. Sebutkan 2 tempat kawasan penyerangan tentera Jepun di Kota Bharu ?
A. Sekitar Pantai Pak Amat dan Pantai Sabak.
B. Pengkalan Datu dan Kota Kubang Labu.
C. Kota Jembal dan Pantai Sabak.
D. Pengkalan Datu dan Pantai Sabak.
7. Berapakah lamakah pihak Jepun memerintah Tanah Melayu.
A. 3 tahun 8 bulan sehingga bulan Ogos 1945.
B. 3 tahun 9 bulan sehingga bulan Ogos 1945.
C. 3 tahun 4 bulan sehingga bulan Mei 1945.
D. 3 tahun 5 bulan sehingga bulan Mei 1945.
8. Sebutkan 2 buah Bandar yang musnah di bom oleh pihak Amerika di Jepun ?
A. Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.
B. Hiroshima dan Tokyo pada 6 dan 9 Ogos 1945.
C. Osaka dan Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos 1945.
D. Osaka dan Hieishima pada 6 dan 8 Ogos 1945.
9. Apakah maksud Malayan Union mengikut istilah Bahasa Melayu ?
A. Negara Kesatuan Tanah Melayu.
B. Negara Kesatuan Tanah Melaya.
C. Majlis Kesatuan Tanah Melayu.
D. Majlis Kesatuan Tanah Melaya.
10.. Sebutkan nama Negeri Selat ?
A. Melaka ,Pulau Pinang dan Singapura.
B. Melaka ,Pulau Pinang dan Johor.
C. Melaka ,Pulau Pinang dan Siam.
D. Melaka ,Pulau Pinang dan Perak.
11. Apakah tindakan yang di ambil oleh pemerintah Negeri Selat dalam mengusai Tanah
Melayu.
A. Melantik Residen
B. Seorang Gabenor dan tiga orang Pesuruh Jaya Residen.
C. Melantik Gabenor.
D. Melantik Pesuruh Jaya.
12. Bilakah Negeri Kelantan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu?
A. 1 Febuari 1942. B. 1 Febuari 1948.
C. 1 Febuari 1945. D. 1 Febuari 1950.
13 . Siapakah pegawai eksekutif di peringkat negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu ?
A. Sultan B. Menteri Besar
C. Penghulu D. Ketua Bahagian.
14. Berapakah ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan ?
A. 70 B. 75
C. 72 D. 74
15. Bilakah Sabah Serawak dan Singapura masuk kedalam Persekutuan Tanah Melayu?
A. 16 September 1962.
B. 16 September 1963.
C. 16 September 1960.
D. 16 September 1950.
16. Apakah yang terkandung di dalam senarai satu jadual kesembilan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
A. Kuasa Kerajaan Negeri
B. Kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
C. Kuasa - Kuasa Persekutuan.
D. Kuasa pusat.
17. Apakah yang terkandung di dalam senarai dua jadual kesembilan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
A. Kuasa Persekutuan.
B. Kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
C. Kuasa Kerajaan Negeri.
D. Kuasa pusat.
18. Kebajikan Masyarakat merupakan bidang kuasa kerajaan ?
A. Kerajaan pusat.
B. Kerajaan pusat dan negeri.
C. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
D. Kerajaan Negeri sahaja.
19. Berapakah wakil negeri dalam Persekutuan Malaysia di pilih untuk menganggotai
Dewan Negara.
A. 5 B. 4
C. 2 D.1
20. Hal ehwal negara terletak di bawah kekuasaan kerajaan ?
A. Kerajaan Pusat
B. Kearajaan Negeri.
C. Kerajaan Persekutuan
D.. Kerajaan Umno.
21. Persekutuan Malaysia terdiri daripada ....... buah negeri.
A.12
B. 10
C. 11
D. 13
22. Siapakah Ketua Eksekutif di peringkat negeri ?
A. Timbalan Menteri Besar.
B. Ahli Parlimen
C. Wakil Rakyat
D. Menteri Besar.
23. Berapakah Ahli Majlis Perundangan Persekutuan?
A.95 B. 85
C. 65 D. 75.
24. Berikut merupakan pemberian wang daripada persekutuan kepada negeri kecuali
A. Mengikut bilangan penduduk
B. Bagi memelihara jalan negeri.
C. Untuk pembangunan dan tambahan hasil negeri .
D. Sebagai hasil cukai negeri.
25. Berikut institusi yang di wujudkan khas bagi mendapatkan faedah kerjasama di dalam
persekutuan kecuali
A. Majlis Raja - Raja.
B. Majlis Tanah Negara.
C. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam.
D. Majlis Agama Islam.
26. Apakah sebab peralihan kuasa Raja-raja pemerintahan Kelantan dari Dinasti Jembal ke
Dinasti Long Yunus?
A. Kerana kalah perang
B. Perebutan kuasa
C. Tindakan Raja Sakti II yang melantik menantunya sebagai pemangku raja
D. Tindakan Ratu Pattani yang melantik Long Bahar
27. Siapakah yang membunuh Sultan Yunus pada tahun 1749?
A. Putera Long Bahar
B. Long Sulaiman
C. Raja Legeh
D. Long Nuh, Datu Pujuk
28. Dimanakah pusat pemerintahan Kelantan Barat?
A. Kota Pengkalan Datu B. Kota Jembal
C. Kota Kubang Labu D. Kota Bharu
29. Dimanakah pusat pemerintahan Kelantan Timur?
A. Kota Kubang Labu B. Kota Jembal
C. Kota Pengkalan Datu D. Kota Bharu
30. Siapakah yang digelar Raja Kelantan Moden?
A. Raja Sakti II B. Raja Sakti I
C. Long Bahar D. Raja Bahar
21. Siapakah yang bertindak melaksanakan arahan pesuruhjaya British di Singapura ?
___________________________________.
22. Nyatakan bidang kuasa Gabenor di Negeri Selat ?
___________________________________.
23. Siapakah yang mengawal Negeri Melayu bersekutu ?
___________________________________.
24. Berapa lamakah Inggeris berkuasa ke atas Kelantan setelah mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957 ?
___________________________________.
25. Siapakah penasihat British yang pertama di Kelantan ?
___________________________________.