Bab 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan
kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat
oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan
serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada
Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran
tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan
dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap
Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya
menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa
hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya
yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah
begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam
itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai
mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula
berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki
kacak yang siap berpakaian 17 seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan
Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad
yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya
sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha
teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut
Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan
palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya,
Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
Bab 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz
dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul.
Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu
menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga
berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di
hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat
bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya
yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain. 18 Lamunannya tersentak
apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi
huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan
penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya.
Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu
kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital
lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut.
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.
Bab 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung
di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor
Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya
daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya.
Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun
pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya
menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya
yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur.
Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini. Doktor Uwang juga
teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri
majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche 19 bersama-sama anak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan
berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche
itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang
secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang
memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah
bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih
berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor
Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan
memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan
hidup Raiha tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar
melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan
tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan
lampu trafik. Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk
di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian
sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha
atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor
Sadiz yang akhirnya 20 berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz
melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara
tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha
akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
Kekuatan Novel Pantai Kasih
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah mempunyai plot cerita yang tidak dijangka oleh
pembaca. Novel ini bertemakan pahit manis kehidupan seorang siswi yang mengambil
bidang perubatan dan mengutarakan ketabahan seorang wanita yang menghadapi
pelbagai dugaan dalam hidup.
Kekuatan yang kedua ialah mempunyai nilai yang dapat menjadi teladan kepada
manusia. Antaranya ialah nilai ketabahan. Sebagai contoh, Dr. Raiha tabah meneruskan
kehidupan walaupun kematian anaknya dan diceraikan oleh suaminya.
Kekuatan yang ketiga ialah mempunyai pengajaran yang mampu membuat pembaca
sedar akan perbuatan itu. Antaranya ialah kita hendaklah jujur dan amanah dalam
menjalankan tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan di atas perkhidmatan kita.
Kekuatan yang keempat ialah mempunyai jalan cerita yang menarik dan mampu
membuat pembaca menghayati setiap situasi tersebut.
Kekuatan yang kelima ialah novel ini mempunyai watak utama yang tegas dengan
mempunyai pendirian yang teguh. Raiha Seorang yang dihantui kenangan lalu dan berasa
curiga dengan kemampuan diri kerana peristiwa malang yang mengakibatkan kematian
anaknya.
Kekurangan Novel Pantai Kasih
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel ini. Kekurangan yang pertama ialah
penulis seakan kekurangannya idea untuk menukis cerita. Penulis sering menggunakan
ayat yang sama. Selain itu, novel ini mempunyai beberapa situasi keganasan yang tidak
sesuai untuk pembaca bawah umur atau kanak-kanak. Seterusnya, novel ini mengandungi
latar tempat yang kurang sesuai untuk pembaca bawah umur seperti kelab malam. Novel
ini juga mempunyai unsur-unsur negatif yang membuatkan ia tidak sesduai umtuk
golongan bawah umur. Akhir sekali, novel ini kurang sesuai kerana akan menjejaskan
fikiran dan membuatkan pembaca berimaginasi tentang situasi yang kurang baik.
Cadangan Penambahbaikan Novel Pantai Kasih
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan untuk novel ini. Cadangan yang pertama
ialah penulis tidak mengulangi ayat yang sama dan mengolah ayat menjadi lebih
gramatis. Selain itu, saya mencadangkan u ntuk mengurangkan beberapa situasi yang
mempunyai unsur keganasan supaya novel selamat dibaca untuk pelbagai golongan
umur. Seterusnya, menggunakan latar tempat yang lebih bersesuaian agar pembaca tidak
memikirkan perkara yang negatif. Cadangan yang keempat ialah memikirkan cara untuk
menghilangkan situasi situasi yang melibatkan unsur-unsur yang kurang sesuai untuk
dibaca oleh remaja. Akhir sekali, saya mencadangkan penulis membuat jalan cerita yang
lebih jelas supaya pembaca boleh terus memahami jalan cerita tersebut.
Novel 5 :
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
Pengenalan Novel Songket Berbenang Emas
Songket Berbenang Emas mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar, Dahlia yang
cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Tetapi dia menghadapi pelbagai masalah
keluarga hingga terganggu perhatiannya kepada peperiksaan yang akan dihadapi. Sebagai
anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila ibunya
dirawat di Hospital Bahagia, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang seorang oleh
jirannya. Malah niat sucinya untuk menyelamatkan seorang budak lelaki telah tidak
dihargai apabila budak lelaki itu tidak dapat diselamatkan nyawanya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kerjayaannya dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
Biografi penulis
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak
keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau
mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun
1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga
lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga
1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan
Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya.
Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam
sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong
Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa
Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau
bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai
School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling
Perdana, Selangor.
Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan.
Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat
berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui
kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan
sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.
Kehidupannya banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang
menempatkan anak menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan
berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik
hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras,
pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani
hadapi segala kemungkinan.
Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca
buku dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya
abangnya Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui
media massa. Pada tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar
dalam Berita Harian semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak
RM1O.OO menerusi rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980,
sewaktu menunggu keputusan SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang
diterbitkan oleh Knight Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul
keyakinan bakat dirinya dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis
novel Pelangi Senja yang diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa
menunggu keputusan STP, beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan
dengan judul Guruku Ibuku Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah
Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui
minat beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio
dan drama pentas.
Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel Songket Berbenang Emas
Sinopsis keseluruhan Novel Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4
Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak
mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual
kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah
mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah
yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana
beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering
mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu
bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang
diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan
pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa
memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah
kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di
kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan
keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar
dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala
mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m
X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah
mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil
perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi
dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia
mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan
peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia
menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis
pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat
peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan
keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan
dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai
kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada
hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun
Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam
pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah
berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan
budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
Sinopsis Setiap Bab Novel Songket Berbenang Emas
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki
itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada
bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia
untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin
membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa
dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan
bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan
emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik
menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum
pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat
susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan
malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula
pasir sekilo secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah.
Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati
Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak
mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke
arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan
rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan
abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh
ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa
semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan
imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia
juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar
suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat
Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha
lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam
kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain
yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji
Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah
untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi
itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar
oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh
dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan
paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia
walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek
Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha
dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat
semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau
terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-
pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya
hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha
di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah
kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik
Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah
mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang
pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke
sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik
guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia
berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya
di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau
akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya
dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji
Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang
lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah
dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia
mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan
neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana
dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,
Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam
kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan
Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak.
Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan
mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau
tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu
dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said.
Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit
di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika
Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said.
Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-
buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi
masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.
Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong
pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh
ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak
mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana
orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang
ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut
untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca
dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan
pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk
membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga
Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji
dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman
apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui
masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam
mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim.
Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar,
anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti.
Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya
tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu,
Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya
dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu
abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di
kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya
telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang.
Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual
kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya
atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia
kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga
Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana
suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi
halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga
tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin
merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat
di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir
ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan
menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju
dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang
ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian,
Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam
dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut
apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus
tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat
membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual.
Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia
mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya
lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia
bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya
terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik -
adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah
di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk
membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya
kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong
menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang
yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong
leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin
bekerja bagi membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju
kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar
harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus
tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama -
sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku
ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut
berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak
menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton
telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu
telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia.
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-
kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah
yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin
akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada
orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan
barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu
Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek
Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat
sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang
dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama
ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu
ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka
telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.
Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan
Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik
Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya.
Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan
mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas
ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari
belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk
bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung
kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.
Kekuatan Novel Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah jalan cerita yang terasa dekat di hati. Novel ini membuat
pembaca menghayati seolah-olah pembaca turut sama merasa perjalan kehidupan dahlia.
Sebagai contoh, Dahlia kuat dari segi fizikal dan mental untuk menerima kutukan dari
orang sekelilingnya.
Kekuatan yang kedua ialah mempunyai binaan plot yang sangat baik. Watak-watak
direka dengan penuh kreativiti serta sangat bersesuaian . Sebagai contoh , watak Dahlia
yang tidak pernah berputus asa dan redha dengan ketentuan tuhan sangat sesuai dengan
kisah ini.
Kekuatan yang ketiga ialah penulis bijak mengatur rentak certita umtuk menarik
perhatian pembaca. Sebagai contoh , pada plot perumitan di dalam novel , penulis berjaya
mewujudkan perasaan simpati terhadap nasib Dahlia yang perlu menghadapi pelbagai
ujian yang sukar di dalam diri pembaca
Kekuatan yang keempat ialah penulis berjaya membuat pembaca tidak jemu
membacanya dengan jalan cerita yang sangat tidak membosankan. Novel yang
mengisahkan tentang kekuatan dan pengorbanan seorang gadis miskin yang begitu
mementing ilmu pendidikan demi masa depan membuatkan pembaca lebih teretarik
untuk menghayati novel tersebut.
Kekuatan yang kelima ialah novel mempunyai pengajaran yang mampu menyedarkan
pembaca untuk berusaha. Kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah
yang kita hadapi. Sebagai contoh, Dahlia berusaha untuk menyelesaikan semua masalah
yang dihadapinya satu demi satu.
Kekurangan Novel Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel ini. Kekurangan yang
pertama ialah jalan cerita yang agak perlahan. Ini akan menyebabkan pembaca berasa
kurang menarik untuk meneruskan pembacaannya atau melangkau ke plot yang lebih
menarik. Kesannya, ia akan membuat pembaca kurang faham dengan jalan cerita
tersebut. Seterusnya, terhdapat situasi yang seakan menggunakan ilmu sihir di dalam
novel ini. Ia akan membuatkan pembaca boleh mengikut perkara tersebut. Sebagai
contoh, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hamper reput membalut dua biji telur ayam
yang mengandungi jarum peniti, cincin, butiran pasir, dan dua batang paku. Selain itu,
jalan cerita novel ini terlalu panjang dan mempunyai plot yang tergantung membuatkan
pembaca tertunggu-tunggu untuk mengetahui kebenarannya. Akhir sekali, terdapat
beberapa situasi di mana watak watak hanya berbual kosong dan tidak mempunyai apa-
apa isi tersirat membuatkan cerita bosan dan terlalu panjang. Ia akan megurangkan minat
pelajar untuk membaca novel tersebut.
Cadangan penambahbaikan Novel Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan untuk novel ini.
Cadangan yang pertama ialah menggunakan Bahasa yang lebih sesuai dan mudah
difahami untuk golongan remaja dan kanak-kanak. Cadangan kedua ialah mengurangkan
situasi dialog yang mengandungi sembang kosong. Cadangan yang ketiga ialah membuat
jalan cerita yang lebih mudah difahami dan tidak memeningkan pembaca. Cadangam
seterusnya, membuat pengakhiran cerita yang lebih jelas supaya pembaca tidak berasa
kurang puas hati selepas membaca novel sehingga ke akhir cerita. Cadangan yang
terakhir ialah menghasilkan jalan cerita yang lebih tersusun dan menegenai temanya agar
pembaca lebih mudah memahami situasi dan jalan cerita tersebut.
Novel 6 :
Tirani karya Beb Sabariah
Pengenalan Novel Tirani
Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan
resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak
diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam
mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia. Lumrahnya,
kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam
skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan
kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan
persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya
bagi membangkitkan inti pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa
daerah dan istilah saintifik yang sesuai. Membaca novel Tirani juga persis menaakul
dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru pengarangnya berupaya membawa
pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.
Biografi Penulis
Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya
Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas,
Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK
Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas
@ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei
dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun
1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan
sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah
ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA
(Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). Berikut adalah Sinopsis dan Ulasan Novel Tirani
yang ditulis oleh Rosani Hiplee yang boleh dijadikan rujukan untuk mengupas
keseluruhan intipati novel Tirani
Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel Tirani
Sinopsis Keseluruhan Novel Tirani
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin
mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet
dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan
kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan
niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda
tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya
melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan
ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan
di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup
bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
.
Sinopsis Setiap Bab Novel Tirani
Bab 1: Melontar Puing Duka
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya
dapat diredakan.
Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang
dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk
menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini
adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan
bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak.
Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan
pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di
kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di
situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2: Dayang Muda
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang
penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak
kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya
yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik.
Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak
menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus
memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah
dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria.
Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3: Katarsis
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju
kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama
Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
Bab 4: Semarak Api Semarak Hati
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda
tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan
diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah.
Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik
Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa
mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan
gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang
sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di
kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.
Bab 5: Doa Selamat
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira
10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi
membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala
lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran
ibunya.
Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke
bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan
Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik
bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6: Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-
sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit.
Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan
sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke
Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7: Ke Pulau Sentosa
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon
putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes.
Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.
Bab 8: Hadiah Alam
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal
dari Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita
Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran
Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka.
Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri
sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah
dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan
Singapura.
Bab 9: Wajah Pesono
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam
pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya
di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama
Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar
sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari
yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda
kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup
berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan
Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance
atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan
Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang
akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran
tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10: Senyum Sepuluh Ela
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak
beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis
Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari
Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading.
Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada
malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik
Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11: Orang Rumah Sebelah
Fatimah menerima E-Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati
kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di
biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan
berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di
Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada
majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12: Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid
terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun
Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan
kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas
bersin berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr
Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13: Mati Hidup Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai
RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha
Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong.
Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak
mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda
dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa
cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan
Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah
diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima
rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak
mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi.
Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada
di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14: Bagaikan Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua
hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15: Hidup Ranggi
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh
mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid
dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
Bab 16: Mimpi Lain-Lain
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara
tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat
Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan
pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan.
Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh
NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah
terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan
karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-
sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan
mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil
oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan
dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17: Konflik
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri
Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas
blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda
berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan
rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di
Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada
stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-
macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid.
Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas
tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu,
Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang
melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18: Dilanda Nostalgia
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid
tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang
zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita
yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah
tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19: Bagaikan Bongkah Batu
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan
bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya
menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada
kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid
suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda
apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda
supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya,
Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh
Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang
kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid
memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala
rambut lebat seperti dengan . Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda
telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan
rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka
dihati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20: Ke Pusat Rawatan Islam
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda
di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di
chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak
Cik Aziz ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais
memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais
sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada
Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang
bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya,
bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya
Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda
sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik
Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan
menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.
Bab 21: Sinar Di Hujung Terowong
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi;
alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setejah pergi melihat
sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan
lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron
Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di
Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi
dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22: Bagaikan Air Gunung
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani)
telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu
pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.
Bab 23: Sejuk-Sejuk Tropika
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya
akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan
isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui
bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa
kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana
dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan
dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati
berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu
chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di
luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat
dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid
dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di
kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan
Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan
menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka
berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu
membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar
terkedu.anakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid,
seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan
bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya,
Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang
dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24: Kama Hati
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah
entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis
yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga
ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.
Kekuatan Novel Tirani
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah pemaparan perwatakan utama iaitu Waheeda
digambarkan sebagai seorang yang gigih berusaha. Waheeda memajukan Syarikat
pelancongan Tajau Emas milik keluarga sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan
resort tersebut menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara.
Kekuatan yang kedua ialah pengutaraan tema yang baik. Tema novel ini mengisahkan
kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun , ilmu yang dimiliki seseorang dapat
melindungi kelemahan diri. Sebagai contoh, Waheeda yang bijak dan gigih berusaha
dalam memajukan perniagaannya, telah melakukan pembedahan rekonstruksi hidung
bagi menjadikan dirinya cantik kerana hidungnya pesek, tambahan pula hidungnya itu
digigit oleh seekor monyet.
Kekuatan yang ketiga ialah mempunyai nilai yang boleh dicontohi seperti nilai kasih
sayang seorang isteri terhadap suaminya. Waheeda sangat menyayangi suaminya.
Sebagai contoh, Waheeda yang mencintai suaminya sepenuh hati telah mengalami
kemurungan dan meroyan akibat tindakan Zahid menceraikannya.
Kekuatan yang keempat ialah mempunyai pengajaran yang boleh diamalkan sebagai
seorang anak. Antaranya ialah kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk
mempererat hubungan antara ahli keluarga.Sebagai contoh, Raidah, ibu Waheeda
berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya
itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
Kekuatan yang kelima ialah mempunyai binaan plot yang menarik terutamanya pada
klimaks. Sebagai contoh, apabila Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya,
Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang
terlampau itu. Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain meroyan
akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.
Kekurangan Novel Tirani
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa kekurangan di dalam novel ini.
Kekurangan yang pertama ialah penggunaan Bahasa yang kurang jelas dan sukar
untuk difahami. Ia akan menyebabkan pembaca mengambil masa untuk memahamkan
sesuatu perkataan dan situasi terserbut.
Kekurangan yang kedua ialah jalan cerita yang agak membosankan dan tidak jelas
pada permulaannya. Ini akan menghilangkan minat pembaca untuk meneruskan
bacaannya terhadap novel tersebut.
Kekurangan yang ketiga ialah penulis seakan tidak meletakkan sepenuh usaha untuk
menyiapkan novel ini kerana novel ini terlalu terperinci. Sesuatu peristiwa dinyatakan
dengan sikit dan pendek.
Kekurangan yang keempat ialah mempunyai kesimpulan yang tergantung
membuatkan pembaca tertanya-tanya dan sukar memahami situasi tersebut.
Kekurangan yang kelima ialah jalan ceritanya yang tersasar dari plot utama yang
mengekalkan budaya Sarawak.
Cadangan penambahbaikan Novel Tirani
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan untuk novel ini. Cadangan yang pertama ialah
menggunakan Bahasa yang lebih sesuai dan mudah difahami untuk golongan remaja dan
kanak-kanak. Cadangan kedua ialah membuat jalan cerita yang lebih menarik pada awal
sehingga akhir. Cadangan yang ketiga ialah membuat jalan cerita yang lebih mudah
difahami dan tidak memeningkan pembaca. Cadangam seterusnya, membuat pengakhiran
cerita yang lebih jelas supaya pembaca tidak berasa kurang puas hati selepas membaca
novel sehingga ke akhir cerita. Cadangan yang terakhir ialah menghasilkan jalan cerita
yang lebih tersusun dan menegenai temanya agar pembaca lebih mudah memahami
situasi dan jala n cerita tersebut.
Novel 7 :
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Pengenalan Novel Bimasakti Menari
Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya
yang berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam
sekitar khususnya untuk menangani pencemaran cahaya. Dalam Bimasakti Menari, Sri
Rahayu membawa pembaca sejenak merenung tentang aktiviti-aktiviti antropogenik yang
telah mengakibatkan pencemaran cahaya sehingga langit tidak lagi gelap dan kelip-kelip
Kuala Selangor tidak lagi mahu menunjuk cahaya.
Biografi Penulis
Penulis novel Bima Sakti Menari, Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39,
merupakan guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau
adalah bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana
muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas
pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Kulit Hadapan Dan Kulit Belakang Novel Bimasakti Menari
Sinopsis Keseluruhan Novel Bimasakti Menari
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi
anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat
demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’
Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis
Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan
Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan
musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan
lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Sinopsis Setiap Bab Novel Bimasakti Menari
Bab 1: Janji Srikandi
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada
malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada
para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk
menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan
hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria
manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan
bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka
dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
Bab 2: Wicham
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut
kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi
bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul
Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka
tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3: Sungai Rahsia
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat
kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak
berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini
disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah
ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai
milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip
serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana
kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4: Budiman
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca
laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.
Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan
sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih
atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati
jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar
akibat pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5: Jiwa Ayahanda
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka
beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau
tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
Bab 6: Cita-Cita
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya
yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati
dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia
melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman
sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman
menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan
orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7: Lelaki Kelip-Kelip
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya
cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki
tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan
bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke
kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia
mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut
memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.
Bab 8: Bebas Grid
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik
tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk
sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan
pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat
gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan
dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan
asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.
Bab 9: Zuriat
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin
dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk
berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
Bab 10: Sidang Sejuta Kelip-Kelip
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik
oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul
Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala
Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ
mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan
nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan
mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang
hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka
berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak
dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
Bab 11: Lewat Satu Melinium
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa
dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx
tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu
gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti.
Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa
Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad
Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu
terjadi kepada Muhammad Taufik.
Bab 12: Strategi
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai
daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan
Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan
Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit
gelap yang pertama di negara ini.
Bab 13: Dendam Kembali Mekar
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal
itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya
mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion
Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’
Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar
dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek
tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa
tamaknya.
Bab 14: Gelap Dalam Terang
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan
Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari
tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai.
Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15: Khianat
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun
demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan
bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian
rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang
mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon
bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
Bab 16: Dua Kelip-Kelip Terakhir Di Dunia
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua
dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh
berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan
Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat
Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia
jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai
selendang hitam bermanik Kristal.
Bab 17: Jalan Yang Ditinggalkan
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati
beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya
merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu
perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah
Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan
harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 18: Kerasukan
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan
ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita
pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
Bab 19: Selendang Hitam Manik Kristal
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang
ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam
bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas
ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa
disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia
cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia
dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
Bab 20: Nyawa Untuk Nyawa
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah
kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal
sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir
dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri
Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada
Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan.
Bab 21: Legasi Baju Biru
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan
ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa
khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di
sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak
Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
Bab 22: Cinta Pejuang
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia
telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa.
Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita
ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
Kekuatan Novel Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah menggunakan bahasa yang mudah. Ia memudahkan
pembaca untuk memahami sesuatu situasi. Lenggok bahasanya menarik membuatkan
pembaca indah menikmati.
Kekuatan yang kedua ialah novel ini membawa banyak nilai murni yang salah satunya
terdiri daripada semangat setiakawan. Sebagai contoh, Budiman dan Nurul Hafsa
bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi
membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan
Kekuatan yang ketuga ialah mempunyai jalan cerita yang menarik di mana cerita ini
mengisahkan tentang kegigihan seorang anak muda dalam usahanya melestarikan alam.
Kekuatan yang keempat ialah novel ini mempunyai klimaks yang menarik perhatian
pembaca. Sebagai contoh, Ekoran daripada penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik
yang sepatutnya mengikuti ibunya balik ke Otago, New Zealand dengan berani telah
pergi menemui penculik di stesen minyak PETRONAS. Di situ, dia diculik dan dibawa
ke sebuah kawasan perladangan kelapa sawit di Bestari Jaya. Selepas itu, penculik
membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis Bestari Jaya.
Pihak polis yang diketuai oleh lnspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak Khas.
Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas.
Kekuatan yang kelima ialah novel menjadi lebih menarik kerana klimaks cerita
ini membawa tema penculikan yang membuatkan pembaca membaca dengan penuh
debar dan emosi di minda dalam mengahayati cerita ini.
Kekurangan Novel Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel ini. Kekurangan yang
pertama ialah plot yang terlalu singkat dan ringkas membuatkan pembaca kurang
memahami situasi tersebut. Seterusnya, jalan ceritanya yang kurang mengikut tema atau
lari tema membuatkan pembaca keliru dengan plot yang sedang terjadi. Selain itu,
terdapat juga situasi yang kurang baik untuk dibaca oleh golongan bawah umur seperti
situasi keganasan. Sebagai contoh, Muhammad Taufik dipukul dirusuknya sehingga tidak
menyedarkan diri. Kemudian, terdapat nilai yang kurang sesuai di dalam watak yang
membuatkan pembaca keliru sama ada watak ini berperwatakan baik atau jahat. Akhir
sekali, terdapat jalan cerita yang tergantung membuatkan pembaca ingin mengetahui
kebenarannya lalu melangkau plot yang kurang menarik baginya.
Cadangan penambahbaikan Novel Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji di Tingkatan Empat ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan untuk novel ini. Cadangan
yang pertama ialah mengembangkan sesuatu situasi plot supaya pembaca tidak keliru dan
mudah memahami situasi tersebut. Cadangan yang kedua ialah tidak mencampurkan
pelbagai situasi yang menyebabkan jalan ceritanya tidak mengenai dengan tema.
Cadangan yang ketiga ialah mengurangkan situasi yang melibatkan keganasan agar
pembaca bawah umur tidak perlu dirisaukan lagi untuk membaca. Cadangan yang
keempat ialah menetapkan hanya satu nilai dalam seorang watak supaya pembaca tidak
keliru dengan perwatakan itu. Cadangan yang terakhir ialah tidak membuat jalan cerita
yang tergantung terlalu lama supaya pembaca boleh mneikmati jalan cerita tanpa
melngkau mana-mana situasi.