The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM6-0620 Nur Nayllis Nasuha Binti Azaney, 2022-05-15 08:16:44

PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NUR NAYLLIS NASUHA BINTI AZANEY

ANGKA GILIRAN 2020192340206

NOMBOR KAD PENGENALAN 010906-10-0366

KUMPULAN PISMP JUN 2020 (F11)

NAMA KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KOD KURSUS EDUP3073

NAMA PENSYARAH PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI

TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT
1. ISI KANDUNGAN i
2. PENGHARGAAN ii
3. 1.0 PENGENALAN 1
4. 2.0 KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN 1

MESRA BUDAYA 2-5

5. 3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIMABIL 5
OLEH GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH 6-7
MESRA BUDAYA

6. 4.0 PENUTUP

7. 5.0 RUJUKAN

I

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan
kerja kursus yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Budaya dan Pembelajaran. Kerja
kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja kursus individu.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali kepada Puan Nor Rul Azlifah
binti Zulkafali selaku pensyarah BMMB3073 kerana beliau telah banyak memberikan
bimbingan dan semangat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama berhempas
pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi
terkini mengenai projek kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan
masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
mahupun tidak langsung sepanjang tugasan kerja kursus saya dijalankan dan dibentangkan.

II

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan asas tunjang bagi setiap inidvidu untuk menjadikan kehidupan
lebih baik. Pendidikan abad ke-21 di negara kita merupakan salah satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di
negara kita. Malah, 7 teras pedagogi abad ke-21 juga telah diperkenalkan dengan salah
satunya ialah ‘Mencipta Persekitaran Pembelajaran yang Positif’. Hal ini diertikan dengan
konsep pengurusan bilik darjah mesra budaya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) telah menetapkan akses sebagai salah satu aspirasi sistem negara yang
menetapkan aspek kesamarataan pendidikan dalam kalangan murid untuk membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing (Goay Teck Chong et.al, 2013). Kepelbagaian etnik
dan budaya di sekolah di Malaysia menjadi satu cabaran dalam mencapai matlamat tersebut.
Sehubungan dengan itu, guru merupakan insan yang memainkan peranan penting dalam
membina dan menguruskan persekitaran iaitu bilik darjah yang penyayang, menyokong serta
inklusif bagi membolehkan mereka berasa selesa untuk belajar dan sudi menerima perbezaan
dalam persamaan antara mereka (Noriati Abd Rashid et.al, 2017). Persekitaran yang mesra
budaya adalah penting bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,
tenteram dan berkesan kepada semua murid (Montgomery, 2001).

2.0 KONSEP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA

Burden (2004) mendefinisikan bilik darjah adalah satu tempat di mana murid dan guru
berinteraksi secara formal dan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran
bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-
mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya. Sebaliknya, persekitaran bilik
darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Hasani (2006)
memberi pendapat bahawa kemesraan dapat diwujudkan apabila manusia berhubungan dan
dalam hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan. Pengurusan bilik
darjah mesra budaya bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka
saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Najeemah Md. Yusof (2006)
mengatakan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah relevan untuk diaplikasikan
oleh guru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pengurusan bilik
darjah yang mesra budaya dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan murid yang
berperanan sebagai komuniti bilik darjah.

1

3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIMABIL OLEH GURU DALAM PENGURUSAN
BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan aktiviti
intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan
pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Ia adalah pakatan di antara guru dan
murid bagi mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan
pengurusan fizikal, emosi, sosial serta sosiolinguistik yang dilaksanakan pembelajaran yang
kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.

3.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL

Pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran
yang positif dan prodktif (Woolfook, 2001). Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah seperti
keluasan ruang dan susun atur perabot, kerusi dan meja perlu sesuai dengan kapasiti murid.
Susunan kerusi dan meja murid perlu mengambil kira peluang murid bercampur gaul dan
belajar bersama-sama tanpa sebarang halangan dan rasa kurang selesa. Jadi, guru
seharusnya menyusun murid dalam satu kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai
taburan kaum yang sama denga kumpulan yang lain (Najeemah Md. Yusof, 2006). Menerusi
susunan tersebut, murid-murid akan bekerjasama antara satu dengan lain ketika
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Selain daripada aspek susunan meja dan kerusi, guru juga boleh memupuk rasa
tanggungjawab dalam kalangan murid terhadap keadaan dan suasana bilik darjah mereka.
dengan diberi kebebasan untuk menghias bilik darjah dengan nasihat dan pandangan
daripada guru. Dengan ini, murid dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan perpaduan
semasa menghias bilik darjah. Antara hiasan bilik darjah mesra budaya yang boleh
dipamerkan di dalam bilik darjah ialah artifak-artifak budaya dan sejarah etnik seperti model-
model pakaian tradisional, lukisan yang menggambarkan budaya etnik boleh digantung pada
dinding bilik darjah, resepi makanan tradisional dan potret tokoh dan pemimpin masyarakat.
Haliza & Joy (2016) memberi pendapat bahawa kelas yang ceria mampu meningkat semangat
dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh meningkatkan prestasi murid

Guru juga boleh menyediakan suatu sudut ruang bacaan atau perpustakaan mini di
dalam bilik darjah tersebut untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Guru
sepatutnya mewujudkan suatu sudut khas di dalam bilik darjah untuk meningkatkan
pengetahuan murid terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia. Murid juga boleh menyumbang
dan memenuhkan buku, majalah dan komik tentang etnik masing-masing untuk diletakkan di
ruangan tersebut. Ruang bacaan yang disediakan dalam bilik darjah perlu mengandungi

2

buku-buku cerita dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Cina atau Bahasa Tamil supaya dapat meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa dalam
kalangan murid. Selain itu, ruang bacaan juga boleh disediakan dengan pelbagai komik dan
majalah pendidikan untuk membolehkan murid-murid mencari maklumat dan menambah
pengetahuan. Bagi murid Tahap Satu, guru juga boleh menampal bahan bacaan yang
mengandungi nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum dalam bentuk
kad imbasan bewarna warni dan peta I-think bagi menarik minat murid untuk membaca. Hal
ini bertepatan dengan pernyataan yang dinyatakan oleh Noriati A. Rashid et al. (2017) yang
menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik seharusnya membolehkan murid
meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan.

3.2 PENGURUSAN SOSIAL

Perkataan sosial merujuk ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat.
Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain
mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya (Adi Setia, 2004).
Pengurusan persekitaran sosial positif di dalam bilik darjah boleh dilakukan melalui pelbagai
aktiviti. Antaranya ialah berkongsi pengalaman sambutan perayaan, iaitu guru mengadakan
satu sesi pembelajaran dengan memilih tema perayaan yang akan mendorong murid untuk
bercerita pengalaman mereka semasa sambutan perayaan. Jadi, setiap murid dapat
mengetahui adat dan budaya setiap kaum semasa hari perayaan kaum masing-masing.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti memcipta kad ucapan hari jadi, terima kasih
atau apa-apa sahaja bentuk kad sebagai unsur mengeratkan hubungan antara murid dengan
kawan-kawan atau guru. Dengan aktiviti ini, hubungan antara murid semakin erat dan dapat
menguasai kemahiran interpersonal. Bukan itu sahaja, guru boleh mengadakan aktiviti
berkelah di luar bilik darjah dan murid-murid boleh membawa sedikit makanan masing-masing
untuk dikongsi bersama.

Di samping itu, guru boleh mengaturkan permainan yang menyeronokkan yang dapat
membuatkan murid berasa ceria dan memupuk nilai disiplin yang tinggi dalam diri mereka.
Seterusnya, guru boleh mengadakan aktiviti pembelajaran yang mendedahkan murid untuk
bekerjasama dalam kumpulan. Dalam hal ini, pembelajaran koperatif sangat berkesan. Hal ini
kerana apabila murid bekerjasama dalam kumpulan yang pelbagai kaum, mereka akan saling
memahami dan cuba untuk bertingkah laku agar disenangi dan diterima oleh ahli
kumpulannya. Bukan itu sahaja, ia juga akan memberi murid pengalaman untuk bercampur
gaul dengan rakan-rakan yang berbeza etnik dan budaya supaya hubungan antara mereka
lancar dan boleh membina hubungan dengan masyarakat apabila di luar bilik darjah.

3

3.3 PENGURUSAN EMOSI

Emosi didefinisikan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar
sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan
sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta
memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui
kelakuan kanak- kanak. Albert Bandura (1977) berpendapat bahawa perkembangan emosi
diperolehi melalui dengan cara peniruan. Antara langkah yang guru perlu titikberatkan untuk
mewujudkan bilik darjah mesra budaya ialah denagn memberikan layanan yang adil kepada
semua murid tanpa mengira latar belakang mereka. Guru wajar melayani muridnya dengan
adil tanpa pilih kasih. guru juga perlu mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-kata yang
negatif sebagai contoh ‘kamu memang bodoh la…’, ‘pemalas betul kamu ni…’ dan
sebagainya. Hal ini demikian kerana situasi sebegini akan memberi impak negatif terhadap
emosi murid-murid dan akhirnya mereka akan berkelakuan pasif pada kelas yang akan
datang. Malah guru seharusnya memberi galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya
murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan. Dengan ini, murid akan
menjadi lebih semangat dan terus aktif di dalam kelas. Hal ini dibuktikan dengan pendapat
oleh Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit,
mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.

Selain itu, guru perlu memiliki sikap periang, peramah dan penyayang. Guru yang
mudah didekati menjadikan murid gembira berada dalam bilik darjah. Sikap penyayang dan
mengambil berat tentang kebajikan murid yang ditonjolkan oleh guru menyebakan guru itu
disayangi oleh murid. Perwatakan guru yang mesra menjadi tempat murid untuk menceritakan
masalah dan membolehkan guru bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah mereka.
Suasana kemesraan akan wujud apabila guru mempunyai sikap seperti ini. Murid-murid tidak
akan berasa tersisih atau terbiar. Kesannya, ia akan memberikan impak positif kepada emosi
murid. Seterusnya, tiada pertelingkahan dan suasana yang tidak selesa akan wujud sekiranya
guru memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk menerima perbezaan budaya
dalam kalangan ahli kelas. Sehubungan dengan itu, guru boleh merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang mendorong ke arah amalan nilai memahami dan menghormati. Murid
boleh didedahkan dengan unsur kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, menanam bibit-bibit
menyukai budaya rakannya, menghormati kepercayaan dan amalan agama rakan mereka
supaya dapat mengelakkan diri daripada menyentuh isu-isu sensitif yang menyakiti rakan
mereka (Noriati Abd Rashid et.al, 2017).

4

3.4 Sosiolinguistik

Seperti yang diketahui, pelbagai kaum dan bangsa yang terdapat dalam bilik darjah. Jadi,
antara peranan guru dalam aspek sosiolinguistik ini adalah dengan mengadakan pelbagai
aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid. Aktiviti yang
memartabatkan bahasa kebangsaaan boleh dilaksanakan dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa pelbagai etnik di Malaysia, guru-guru
boleh menyelitkan unsur-unsur etnik lain dalam proses PdP. Misalnya, menggunakan cerita
etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Malaysia, menggunakan lagu etnik Kadazan dusun
dalam pdp Muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani dan sebagainya.
Pertubuhan pendidikan pelbagai kaum (2007), berpendapat penggunaan sumber pdp dengan
menggunakan pelbagai unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid
yang pelbagai. Bukan itu sahaja, murid juga dapat memahami dan mengetahui serta
menambah ilmu kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Setiap etnik tidak akan berasa
tersisih sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbir PdP dengan berkesan malah ia
akan menjadikan murid yang kaya dengan variasi bahasa dan budaya (Noriati Abd Rashid
et.al, 2017).

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang
terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
(Zahrina ,2008). Bilik darjah mesra budaya dilihat sebagai medium yang efektif dalam
menjayakan hasrat murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) tersebut.
Hal ini demikian kerana, bilik darjah mesra budaya mengalakkan murid untuk mewujudkan
konsep penerimaan dan persefahaman dalam kalangan murid yang teridiri daripada latar
belakang yang berbeza. Perkara tersebut secara tidak langsung dapat menanamkan
semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai etnik. Selain itu, murid juga boleh
mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Bilik darjah mesra budaya
seharusnya dipraktikkan oleh guru dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid. Oleh itu, Sharifah Alawiyah Alsagoof (1990) menyatakan, untuk mewujudkan
suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang
sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.

5

5.0 RUJUKAN

Adi Setia. (2004). Hakikat bahasa menurut Chomsky dan Al-Attas: Satu tinjauan
perbandingan. Jurnal Kesturi, 2, 14-16.

Albert, Bandura. (1977). Sosial Learning Theory. Practice Hall.

Bosch, P. (2006). References demonstration for demonstrative pronouns. In proceeding of the
conference on the intersential pronominal reference in child and adult language: 39-
51.

Burden, P. R. (2004). Methods for Effective Teaching. Allyn and Bacon.

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong & Suriani Basir. (2013). Pengajian Am STPM Penggal 2.
Pearson Sdn Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Oxford Publication Distribution.

Hasani, M. D. (2006). Asas Pengurusan Tingkah Laku Guru Novis di Bilik Darjah. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Montgomery, W. (2001). Creating Culturally Responsive, Inclusive Classroom. Teaching
Exceptional Children, 33(4), 4-9.

Najeemah Md Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. PTS Professional.

Noriati Abdul Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah Abd Majid.
(2017). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Pertubuhan pendidikan pelbagai kaum (2007). Memorandum mengembalikan bahasa ibunda
dalam pendidikan di sekolah.

Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan Guru dan Ibu Bapa merangsag perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Fakulti Pembangunan Manusia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sharifah Alawiyah Alsagoof (1990). Ilmu pendidikan Psikologi. Heinemann Education Book
(ASIA) Ltd.

Syed Ismail Syed Mustaffa & Ahmad Subki Miskon (2012). Budaya Dan Pembelajaran.
Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6

Woolfolk, B. Y. (2001). Educational Psychology. Allyn and Bacon.
Zahrina Hasnan (2008). Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah. Tesis Ijazah Sarjana Universiti

Teknologi Malaysia.

7


Click to View FlipBook Version