INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP 3023)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NUR NAYLLIS NASUHA BINTI AZANEY
ANGKA GILIRAN 2020192340206
NOMBOR KAD PENGENALAN 010906-10-0366
KUMPULAN PISMP JUN 2020 (F11)
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH PUAN ZAIRIHAN BINTI CHE HARON
TARIKH HANTAR 4 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA SURAT
1. ISI KANDUNGAN i
2. PENGHARGAAN ii
3. 1.0 PENGENALAN 1
4. 2.0 TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET 1-2
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT 2-5
5. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM USAHA
MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
BERDASARKAN TEORI JEAN PIAGET
6. 4.0 KESIMPULAN 5
7. 5.0 RUJUKAN 6
i
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja
kursus yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Perkembangan Kanak-Kanak. Kerja
kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada
kerja kursus individu.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali puan Zairihan binti Che Haron
selaku pensyarah EDUP3023 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini
mengenai projek kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
mahupun tidak langsung sepanjang tugasan kerja kursus saya dijalankan dan dibentangkan.
ii
1.0 PENGENALAN
Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan
dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah
menjadi remaja, dewasa dan tua. Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai
atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dalam satu jangka masa
yang tertentu (Kamaruddin Husin, 1997). Perkembangan bermaksud aspek perubahan pada
tubuh badan seseorang yang dapat diukur secara kuantitatif (Mok Soon Sang, 2009).
Perkembangan juga dapat diertikan sebagai suatu perubahan yang tersusun dan sistematik,
progresif dan bersepadu dalam diri seseorang individu sejak dari lahir sehinggalah mencapai
akhir hayatnya. Ia juga dapat dijelaskan sebagai perubahan-perubahan yang dialami oleh
seseorang individu dalam proses menuju peringkat kedewasaan dan kematangannya. Pendapat
ini disokong oleh Santrock (2004), yang mana beliau menyatakan corak perkembangan dalam
pelbagai aspek bermula sejak proses persenyawaan hinggalah akhir hayat. Antara ciri-ciri
perkembangan ialah berlaku secara berperingkat daripada kecil sehingga dewasa dan berlaku
sepanjang hayat. Perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
Perkembangan juga dapat berlaku melalui perubahan fizikal, cara berfikir dan komunikasi.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET
Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang berasal dar Switzerland dan telah
menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Piaget dan
ahli psikologi kognitif dikenali sebagai ahli struktur kerana mementingkan struktur pemikran
manusia (Azizi Yahaya et al, 2005). Menurut Piaget, minda ini boleh berkembang, berubah dan
mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.
1
Piaget berpendapat bahawa persekitaran tidak membantu dalam membentuk kognitif
kanak-kanak sebaliknya kanak-kanak yang membina persekitarannya sendiri. Hal ini boleh
berlaku melalui proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jadi Piaget
telah memperkenalkan empat konsep utama berhubung dengan teori kognitif beliau.
KONSEP TAKRIF
Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasi maklumat baru.
Asimilasi
Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia
Akomodasi ada.
Keseimbangan
Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.
Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam
keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.
Dalam teori kognitif Piaget juga terdapat empat peringkat perkembangan iaitu yang
pertama peringkat sensori motor yang melibatkan kanak-kanak yang berumur 0 hingga 2 tahun.
Pergerakan fizikal dan penggunaan deria sebagai sarana perkembangan kognitif. Yang kedua
ialah peringkat pra operasi di mana melibatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 7 tahun.
Kanak-kanak pada peringkat ini menggunakan minda sebagai medium pembentukan skema
baharu dan kemahiran berbahasa juga semakin meluas. Peringkat yang ketiga ialah operasi
konkrit. Kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan berkebolehan untuk menguasai
konsep pemuliharaan dan masih berfikir secara logik dan terikat dengan situasi konkrit. Peringkat
yang terakhir ialah peringkat operasi formal di mana kanak-kanak yang berusia selepas 12 tahun
akan memiliki pemikiran yang abstrak dan sistematik. Mereka juga berkebolehan dalam
berhipotesis dan mempunyai egosetrik iaitu susah untuk menerima pendapat orang lain.
2
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
DALAM USAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA BERDASARKAN
TEORI JEAN PIAGET
Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh orang yang lebih dewasa dan lebih
berpengalaman dan berilmu pengetahuan. Berdasarkan penyataan Mok Soon Sang (2009) ini,
guru sebagai seorang pendidik merupakan individu yang memainkan peranan utama untuk
memperkembang kognitif kanak-kanak sehingga mencapai suatu tahap yang maksimum. Guru
sewajarnya menguasai teori perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori Jean Piaget agar
perkembangan kognitif dapat dilakukan secara holistik dan sistematik. Penguasaan guru
terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak adalah penting untuk meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia.
Antara kepentingan dalam penguasaan teori perkembangan kognitif Jean Piaget ini
kepada guru ialah dapat membantu guru dalam merancang pengalaman pengajaran.
Pengalaman pengajaran ini ditakrifkan oleh Mok Soon Sang (2009) sebagai suatu bentuk gerak
balas atau interaksi murid dengan alam sekeliling. Jadi menurut teori perkembangan kognitif Jean
Piaget ialah guru menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk membuat penerokaan dan
penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran.
Contohnya, guru menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan murid seperti
pengajaran dan pembelajaran secara hands-on. Aktiviti seperti ini misalnya permainan
menyususun puzzle akan melibatkan hands-on dan minds-on. Jadi secara tidak langsung
permainan ini akan meningkatkan kognitif murid dan sensori motor mereka seperti yang terdapat
dalam teori Piaget. Hal ini akan menarik perhatian murid apabila mereka berusaha untuk
menyusun gambar untuk mengetahui hasil gambar yang sebenar. Dalam pada itu juga, mereka
akan membentuk skema untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya.
Seterusnya ialah, dengan menguasai teori-teori perkembangan kognitif mengikut Jean
Piaget ini, guru dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah lebih
sistematik. Menurut Wong Kiet Wah et.al (2013), proses pengajaran perlu disusun mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu bermula daripada konkrit kepada abstrak,
daripada dekat kepada jauh dan daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu.
Mangikut teori Jean Piaget, guru hendaklah menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses akomodasi ini lebih
3
berpusat kepada motivasi intrinstik murid. Guru tidak boleh sewenangnya melangkau sesetengah
topik dalam suatu mata pelajaran kerana setiap perancangan yang dibuat itu telah mengikut
kebolehan dan tahap seseorang murid. Penekanan terhadap konsep asas perlu dilakukan oleh
guru ketika menjalankan sesebuah aktiviti kerana akan lebih memberi pemahaman yang mudah
kepada murid melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan bahan-bahan yang konkrit seperti ranting kayu, plastik, daun dan sebagainya.
Pendekatan seperti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang berada pada peringkat pra operasi
kerana mereka akan lebih cepat untuk belajar dengan adanya bahan-bahan seperti ini.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit ini sesuai untuk menggantikan konsep-konsep
pengajaran yang abstrak, kerana murid sekolah rendah menghadapi masalah memahaminya
kerana konsep-konsep tersebut tidak memberi makna kepada mereka dan akhirnya mereka akan
menggunakan kaedah belajar dengan menghafal untuk menyelesaikan masalah.
Penguasaaan teori kognitif Piaget yang baik oleh guru juga dapat membantu dalam
memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, guru dapat
mengetahui bahawa perkembangan diri kanak-kanak adalah tidak serupa dengan menguasai
teori-teori perkembangan tersebut. Jadi kanak-kanak perlu dilayan mengikut keprluan psikologi
mereka yang sebenar. Oleh itu guru harus membuat perancangan yang melibatkan aktiviti,
kandungan, pemilihan bahan, teknik pengajaran dan sebagainya haruslah signifikan dengan
perkembangan diri kanak-kanak pada zaman tersebut. Contohnya guru boleh
memperkembangkan kretiviti murid-murid mengikut tahap peringkat mereka. Misalnya peringkat
pra operasi di mana kanak-kanak akan lebih suka berimaginasi dan fantasi. Jadi guru boleh
menceritakan cerita-cerita imaginasi. Aktiviti melukis juga boleh mengembangkan kreativiti dan
imaginasi mereka.
Menurut Thomas (2002) dalam Azizi Yahaya et al (2005), personaliti dan tingkah laku
kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur. Jadi dengan menguasai teori
perkembangan kognitif ini, guru dapat mengetahui tingkah laku, kesukaan dan apa yang tidak
disukai oleh murid. Bruner (1975) mengatakan seperti yang dinyatakan dalam teori Piaget,
misalnya pada peringkat operasi formal, remaja akan sering memikirkan tentang masa hadapan
dan cuba menentukan sesuatu yang terbaik sehingga menimbulkan kekeliruan yang disebut
sebagai egosentrisme dewasa, yakni tidak dapat membezakan antara pemikiran sendiri dengan
pemikiran orang lain (Mok Soon Sang, 2009). Jadi sebagai guru, mereka harus membimbing
golongan ini supaya tidak dipengaruhi oleh persekitaran yang akan merosakkan nilai murni dalam
4
diri (Wong Kiet Wah et al, 2013). Guru juga sewajaranya menggalakkan pelajar supaya mereka
berfikiran terbuka, berfikiran kritikal dan berpengetahuan luas supaya dapat membezakan baik
dan buruk sesuatu perkara.
Selain itu, apabila guru ini menguasai teori perkembangan kanak-kanak ini, guru dapat
membantu murid unruk meningkatkan daya kognitif mereka secara lebih efektif. Seperti di dalam
teori kognitif Jean Piaget, proses pengajaran mestilah menggalakan murid agar menggunakan
kaedah penyelesaian masalah untuk memperoleh ilmu dan kemahiran dengan usaha diri sendiri.
Penglibatan murid secara aktif juga amat ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
oleh teori Piaget ini. Guru juga harus kurang untuk berperanan sebagai penyampai maklumat. Ini
kerana contohnya dalam peringkat pra operasi, kanak-kanak belum mahir dalam memahami
sesuatu maklumat yang disampaikan. Kanak-kanak hanya akan faham apabila guru-guru
memberi peluang untuk kanak-kanak ini membuat penerokaan dan penemuan konsep yang
dipelajari menggunakan daya pemikiran. Guru juga boleh melaksanakan aktiviti soal jawab yang
akan menggalakkan kanak-kanak berfikir secara logik.
4.0 KESIMPULAN
Oleh itu, teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget dalah penting
untuk dikuasai oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Teori-teori perkembangan kognitif tersebut menekankan agar guru melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan dan kemampuan pelajar
pada masa tertentu agar mereka dapat memahami kandungan pembelajaran yang disampaikan
oleh guru. guru berperanan yang penting kepada kepada kanak-kanak dalam mencapai
perkembangan kognitif yang optimum. Ini supaya kanak-kanak tiada masalah untuk menghadapi
peringkat perkembangan seterusnya. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid
dengan efektif. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk
mencapai perkembangan kognitif ini. Penilaian dan pemantauan perkembangan ini, perlu
dilakukan supaya ia konsisten dan sentiasa terkawal
5
5.0 RUJUKAN
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakaria & Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan. PTS Professional Publishing.
Kamaruddin Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah, Asas Pedagogi. Utusan Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Santrock, J.W. (2004). Educational Psychology. McGraw-Hill.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad & Maridah Hj. Alias. (2013). Pekembangan Kanak-Kanak.
Oxford Fajar.
6